Pray For MH370

Pray For MH370

ZAID IBRAHIM dissolves KITA

Saying 'I have failed', KITA calls it a day

Harakahdaily, 02 February 2012
Feb 2: Just over a year after forming the KITA party, former minister in the Prime Minister's Department Zaid Ibrahim, who left Parti Keadilan Rakyat after a war of words with its leaders, has announced that the tiny party would be dissolved.

"An Extraordinary General Meeting will be held soon to dissolve KITA. This is necessary to remove any and all doubts that we indeed do support the Opposition, especially in light of some of our members in Kedah and Penang being openly critical of the Pakatan Rakyat," he said in a statement.

KITA was transformed from Kelantan-based party Malaysian People’s Justice Front, or AKIM, which Zaid joined after his resignation from PKR.

'I have failed'

Zaid admitted that he had failed to set up a political party which adapts decorum in political discourse.

"I have not succeeded in bringing in enough members who are interested in democratic ideals, good governance and accountability amongst  public officials.

"I have also not been able to raise sufficient funds to manage the party’s activities, and friends who had promised to help have since decided otherwise," said the lawyer-turned-politician  who founded the country's largest law firm Zaid & Co before he had to quit his senior position to fulfill his appointment in 2008 as a cabinet minister in charge of the judiciary.

Quoting a Malay proverb which means "if you get lost along the way, go back to the beginning", Zaid said the decision to form KITA was a mistake, made worse by the lack of talents to bring about diversity in local politics.

"I have made many mistakes in my life but I am not disheartened. I remain convinced that change will come for the betterment of this country and I will do my part, again and again, to help achieve that," said Zaid, who resigned as cabinet member in protest after the government arrested blogger Raja Petra Kamarudin, DAP member of parliament Teresa Kok and journalist Tan Hoon Cheng under the Internal Security Act.
Earlier this month, Zaid criticised Raja Petra over the latter's criticism of Pakatan Rakyat and Opposition Leader Anwar Ibrahim.

"What I fail to understand is, why did Petra choose to attack Anwar from all angles, and at the same time he wanted to see a stronger opposition?”, Zaid said.

Meanwhile, to KITA members, Zaid has this parting message:

"I seek your forgiveness. I appreciate your support and I hope you will accept this decision, for it is for the greater good of the Opposition. The survival of democracy depends on the viability of the Opposition. If it is destroyed – as the Barisan Nasional is bent on doing – then there can be no democarcy, no freedom and no moderate policies ever again."

Read More “ZAID IBRAHIM dissolves KITA”  »»

ADUN SELAT KLANG rai warga emas program JOM SHOPPING

 KLANG

YB Dr Hjh Halimah Ali , ADUN Selat Klang meraikan 100 orang warga emas yang dibawa bershopping dalam program tambahan SKIM MESRA USIA EMAS di mana warga emas yang mendaftar.
Selain layak mendapat khairat kematian sebanyak RM2500, warga emas ini dipelawa shopping bersama ADUN untuk memberi perhatian kepada mereka supaya mereka dihargai. Kegembiraan yang jelas kelihatan di wajah mereka memberi impak positif kepada tubuh badan dan emosi mereka. Pemberian ini adalah simbolik kepada penghargaan kerajaan negeri Selangor kepada titik peluh mereka semasa muda membantu membangunkan keluarga, masyarakat dan negeri.
 Ia juga bertujuan mengingatkan anak cucu mereka tentang peri pentingnya warga emas ini diberi layanan istimewa agar terus produktif dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
Ada yang terharu kerana mendapat layanan dan perhatian khusus YB. Ada yang mengucap terima kasih berulangkali.

Kegirangan bersama-sama dengan kumpulan sebaya dengan mereka amat tereserlah. Duka lara terhenti sebentar.Rindu kepada anak cucu terubat sejenak.
 Masih ada yang sayang. Itu mesej yang tertonjol diwajah mereka!
Moga Allah menambah rezeki yang boleh dikongsi bersama dengan rakyat jelata . Amin


Read More “ADUN SELAT KLANG rai warga emas program JOM SHOPPING”  »»

EXCO Pendidikan Selangor bentang model pendidikan Selangor SPIES di JOHOR

29.1.12
MUAR
JOHOR
Lajnah Pendidikan PAS Pusat melancarkan Squad KAWAN iaitu Pasukan Sukarelawan Pendidikan Rakyat Zon Selatan yang melibat negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Majlis perasmian dilancarkan oleh Us. Dato' Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

YB Dr Hjh Halimah Ali, Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat merangkap EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor membentang kertas kerja mengenai pengalaman beliau di Selangor.Kertaskerjanya berkisar tentang model pembangunan insan SPIES.
Hj. Mohd Deraman membentang konsep KAWAN.
 Turut hadir Dato' Adnan, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri Perak yang baru-baru ini telah menyertai PAS dan banyak berkongsi pengalaman beliau diarah mengambil tindakan kepada guru-guru yang pro kerajaan BN.
Pengarah program Cikgu Normala, mantan calon PAS DUN Tenang selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Johor.

Read More “EXCO Pendidikan Selangor bentang model pendidikan Selangor SPIES di JOHOR”  »»

S.P.I.E.S. Program Pembangunan Modal Insan Dipertingkatkan standard

 30-31.1.12
SHAH ALAM

Setelah melangkah laju daripada program pertama SPIES bermula 24.8.08, usaha-usaha peningkatan kualiti MODEL SPIES diteruskan dengan input daripada semua pihak dan dari pengalaman trainer dan pemantau SPIES sendiri.

   Melangkau masuk ke tahun keempat, strategi pembangunan insan perlu mensasar kepada massa dan pengukuhan konsep SPIES kepada
 alumni SPIES supaya boleh mempratikkan SIRI PROGRAM TINGKAT DIRI agar sentiasa maju dan berkembang potensinya.

Sudah banyak penapisan dilakukan supaya konsultant yang benar-benar tulen, jujur dan berkemampuan disenaraipendek untuk diteruskan. Kemudian mereka ini diberi ujian tulis dan juga penyampaian mereka diaudit oleh panel juri yang juga trainer berpengalaman serta pengasas SPIES , YB Dr Hjh Halimah Ali.

Modul untuk tahap 2 dibentang untuk dianalisa oleh sekretariat SPIES, dilakukan penambahbaikan. Pembentangan di depan konsultan-konsultan SPIES juga memberi pendedahan kepada mereka supaya mereka berpeluang daripada gaya dan cara rakan-rakan mereka serta memperatkan silaturrahim untuk mengurang pergeseran dan memupuk sifat setiakawan dalam mendokong misi yang sama.

 Mereka diharapkan untuk melahirkan khaira ummah, ummat terbaik yang akan menjadi pemangkin kearah mencapai visi kerajaan Selangor iaitu negeri idaman, maju sejahtera dan berkebajikan.

Read More “S.P.I.E.S. Program Pembangunan Modal Insan Dipertingkatkan standard”  »»

PERIHAL UMNO NUKILAN MANTAN ADUN PULAU MANIS aka SAKMONGKOL

Umno parti rasuah

Sakmongkol AK47
January 31, 2012

Kawan kawan saya dalam Umno bercakap mengenai rasa cemas bila kerajaan yang di pimpin oleh Umno menabur wang begitu banyak kepada rakyat. Bayaran RM100, RM200, dan sekarang ini RM500 sedang rancak di jalankan. Tapi apa yang hendak di risaukan? Bukankah ini hasil pejuangan Umno dan bukti Umno dan BN amat perihatin kepada rakyat?

Mereka bertanya kepada saya, bayaran2 ini, adakah ianya meningkatkan peluang Umno dan kerajaan BN menang? Saya cakap sudah tentu ia meningkat peluang- peluang untuk rakyat merasa sakit hati. Bila rakyat sakit hati, bertambah ramailah musuh2 Umno.

Hah? Macam mana itu berlaku? Saya menyatakan bahawa dalam hal beri memberi ini, Umno selalu menghadapi masaalah. Siapa yang menentukan siapa dapat RM100, RM200 dan RM500? Selalunya yang menentukan ialah ketua kampung.

Ketua kampung punya keutamaan ialah menyenaraikan adik beradik, saudara-saudara terdekat, dan geng-geng yang sebulu dengan mereka. Golongan yang terpinggir ramai daripada yang dapat imbuhan. Ini memang resam sesetangah ketua kampong. Semasa saya jadi ADUN dahulu, saya mempunyai masaalah dengan ketua-ketua kampung yang seperti inilah juga — yang jadi pagar yang memakan padi.

Kalau buka kawasan pembesaran kampung, lot-lot tanah di sapu mereka dan keluarga mereka sendiri. Kalau ada rumah rakyat, rumah PPRT, sanak saudara di dahulukan. Bahkan lot-lot tanah di beri kepada suku-sakat mereka yang tidak pun tinggal dalam kawasan pemberian tanah.

Apabila saham Felcra di beri oleh kerajaan, yang sepatutnya di beri kepada kepala keluarga, pemimpin kampung mendesak di beri kepada anggota isi rumah. Kalau keluarganya ada lima orang, mereka mahu saham Felcra di beri kepada ke lima-lima ahli keluarganya. Apa akan jadi bila perkara seperti ini di biarkan? Ianya bermakna lima ketua keluarga yang lain di nafikan peluang untuk dapat saham Felcra.

Nah, sekarang perkara yang serupa berlaku apabila pentadbiran Najib Razak membayar wang kepada rakyat. Ramai orang menerima wang tersebut tapi bilangan yang di nafikan hak untuk menikmati rezeki dari Najib Razak juga kian bertambah.

Jadi saya suka sangat Najib Razak buka lebih banyak fronts kebencian rakyat. Ini melanggar nasihat yang dia selalu beri kepada rakan-rakan dan ahli Umno. Jangan open up fronts terlalu banyak untuk orang membenci kita.

Dan saya harap ada orang membawa perkara ini kepada mahkamah. Adakah pemberian wang ini suatu bentuk sogokan dan rasuah untuk mendapatkan undi rakyat? Kepada saya, ianya satu bentuk rasuah yang di lakukan dengan terang. Duit dan wang ini bukan Umno yang punya. Ianya duit yang datang dari hasil pendapaatn kerajaan. Operasi menyampaikan wang tersebut sepatutnya di lakukan melalui pejabat pejabat daerah. Kenapa wang tersebut di sampaikan oleh ketua bahagian Umno dan bakal-bakal calun dari komponen BN?

Di Sentul Kuala Lumpur, penyampaian wang RM500 ini menonjolkan bakal calun dari parti Gerakan yang akan menentang Tian Chua dalam PRU 13 nanti. Tapi jangan risau, kita sudah tahu outcome PRU tersebut.

Tian Chua yang berani membaringkan diri di hadapan jentera dan kenderaan polis tidak mungkin di kalahkan oleh rasuah Gerakan dan Umno.

Sukalah saya mengingatkan dalam soal beri duit dan wang ini, ianya bukan lah suatu perkara yang luar biasa. Bahkan, inilah bukti yang saya suka sebut sebagai satu-satunya cara dan kaedah yang DS Najib tahu dan gunakan untuk menyelesaikan masaalah. Caranya ialah membayar sana sini. Itu dianya, cara parti Umno dan pemimpin tertingginya menyelesaikan masaalah.

Elok kita biarkan Umno mengamalkan cara merasuah rakyat. Sebab sebuah parti seperti Umno yang sustain sokongan kepada nya melalui merasuah rakyat tidak akan kekal lama. Ini berbanding dengan parti politik yang mencerna dalam diri penyokong nilai nilai, keyakinan dan kepercayaan kepada seruan perjuangan.

Saya mahu orang Melayu sedar bahawa Umno tidak mempunyai seruan perjuangan. Alif Ba Ta Umno (Agama, Bangsa dan Tanah Air) sudah lama di singkirkan dan di gantikan dengan perjuangan kepentingan peribadi dan kelompok.

Adakah Umno berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu?

Ianya hanya suatu metos yang di bina oleh pemimpin-pemimpin haprak Umno. Apabila keadaan cemas dan sesak, ketika itulah Umno akan menjerit sana sini, bahawa hanya merekalah yang melindungi kepentingan bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air.

Berhentilah dari menipu bangsa Melayu.

Jika Umno berjuang untuk kepentingan Melayu, maka tidaklah mereka menafikan hak bangsa Melayu mendapat royalty minyak di Kelantan dan Terengganu. Penduduk dalam dua negeri ini majoritynya Melayu tapi mengapakah royalty minyak tidak di beri secara lansung kepada rakyat kedua negeri itu secara lansung?

Rakyat Kelantan di nafikan hak mendapat royalty hanya semata mata rakyat negeri itu menyokong parti PAS. Dalam kes negeri Terengganu, orang Umno sendiri tidak percaya kepada pemimpin Umno negeri untuk mengendali pemberian wang royalty minyak. Orang Umno tak percaya kepada orang Umno sendiri kerana mereka tahu, jika royalty minyak Terengganu di kendalikan oleh Mat Said dan geng-geng, wang tersebut akan masuk kedalam poket orang lain.

Makanya, Umno bukanlah memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu secara keseluruhan. Pertama, orang Melayu yang di maksudkan oleh Umno itu tidak termasuk Melayu yang bukan dalam Umno. Melayu yang di maksudkan oleh Umno ialah Melayu dalam Umno itulah jua. Dalam kamus Umno orang Melayu hanya ahli Umno yang tiga juta itu sahajalah yang layak di gelar Melayu. Orang Pahang, bila tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat akan berkata — kepala bapak awaok! Maka bila orang Umno kata mereka berjuang untuk orang Melayu, saya orang Pahang akan berkata, kepala bapak awaok!

Kedua, daripada tiga juta ahli itu, Umno berjuang untuk kumpulan terpilih. Jika cawangan Umno mempunyai 50 orang ahli, ketua cawangan akan berjuang untuk 30 orang sahaja. Itu terdiri dari yang sekabilah dengannya. Amalan ini di lakukan di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya pada peringkat induk.

Bayangkan sebuah parti yang membina kekuatan nya diatas perpecahan yang bermula di peringkat cawangan lagi adakah parti seperti ini layak bercakap mengenai perpaduan dan bersatu?

Dasar yang ada dan di amalkan oleh Umno ialah dasar Bumiputera — yang berada di hadapan mengaut dan memonopli segala hasil peuangan ialah putera-putera pemimpin, putera raja, putera ahli politik, putera ketua cawangan, putera ketua bahagian, putera ahli MKT Umno dan putera-putera orang berkuasa dan bernama. Bumi? Anak Bumi ketinggalan di belakang putera tanpa apa-apa selain dari memegang ***** sendiri. —

sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

Read More “PERIHAL UMNO NUKILAN MANTAN ADUN PULAU MANIS aka SAKMONGKOL”  »»

Perasmian NGO KAWAN Johor

Parit Pecah
Muar

Program Himpunan Generasi Bermaruah dan Perasmian NGO KAWAN, Pasukan Sukarelawan Pendidikan Rakyat. Dirasmi oleh Dato' Abu Bakar Cik, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat.Turut hadir Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, YB Dr Hjh Halimah Ali yang membentang kertas kerja. Pengarah KAWAN En Mohamad Deraman membentang kertas kerja kedua tentang konsep KAWAN.
Ketua Dewan Ulamak dan Ketua Dewan Muslimat JOHOR, YDP PAS Muar, mantan calon DUN di situ sama- sama meraikan.
Pesrta dari Melaka dan Negeri Sembilan turut sama dalam pelancaran program.

Read More “Perasmian NGO KAWAN Johor”  »»

ADUN SELAT KLANG khitan 16 orang kanak-kanak perempuan

 28.1.12
Kpg Sg Sireh
DUN SELAT KLANG

ADUN Selat Klang melaksanakan khittan anak perempuan siri ke 7 di Selat Klang. Kali ini upacara berlangsung di Surau Nurul Falah. Seramai 16orang kanak-kanak, majoritinya bayi tetapi ada yang berumur 8 tahun. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa tahlil untuk warga emas yang telah kembali ke rahmatullah yang diberi khairat kematian sebanyak RM1000 untuk fasa pertama.
Marhaban oleh kelab remaja SURAU HJ ABBAS Kpg Delek menghiburkan peserta ketika menunggu giliran untuk dikhitankan.
YB memangku seorang kanak-kanak yang bakal dikhitan





Read More “ADUN SELAT KLANG khitan 16 orang kanak-kanak perempuan”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com