Pray For MH370

Pray For MH370

ADUN SELAT KLANG MAHU ANJAKAN PARADIGMA UMMAT NABI S.A.W.

Bismillah.
Ramai orang tersedarkan wujudnya Nabi saw dengan sambutan maulidur Rasul saban tahun. Namun adakah penganjur merancang hubungannya dan ummat Nabi saw akan semakin akrab dan semakin berkesan dengan gaya dan cara sambutan itu diadakan.
Lazimnya sambutan agak stereotype......'copy paste'. Tidak ada kelainan. Tidak ada kejutan yang menyeronokkan. Mungkin salawat beralunan sedikit mendorong ketenangan jiwa. Syarahan agama juga membugarkan ingatan kepada junjungan besar saw. Perarakan bermaksud ada pakaian seragam, sepanduk kreatif, mesyuarat, kemudian makan. Boleh dijangka aturcaranya daripada satu tempat.

Riuh rendah beberapa hari kemudian balik asal....takuk lama. Kenal Nabi saw seperti sebelumnya program. Sayang Nabi ala kadar. Tak mahu mengikut jejak langkah Nabi saw. Tak berdaya mematuhi perintah Nabi saw. Tak mampu mencontohi akhlak Nabi saw. Tak malu melakukan perkara yang dibenci oleh Nabi saw.
Solat sama kualiti. Ukhuwwah masih longgar dan kabur.
Walaupun banyak keringat yang telah diteteskan. Walau banyak bersengkang mata. Walau beribu pamphlet diagihkan..........cinta Nabi saw masih belum melonjak ke permukaan lagi.

Strategi ADUN SELAT KLANG merangkap EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN KERAJAAN SELANGOR cuba mencetus kelainan untuk memungkinkan gelombang besar kesedaran ummat Islam apa erti Nabi saw dalam hidupnya khususnya di DUN SELAT KLANG menatijahkan pendekatan sambutan maulidur Rasul yang disusun untuk menggelembengkan semua kelompok modal insan utama dalam DUN. Maka, semua JKKK dan MASJID serta surau kariah mereka digabungkan dalam sambutan kali ini yang bertema YA RASULALLAH, KAMI CINTA PADAMU.Semua lapisan masyarakat juga dilibatkan agar riuh semua kampung bukan riuh sekampung sahaja. Kanak-kanak tadika juga dilibat sama dalam perarakan mengikut jarak yang sesuai bagi mereka, sekolah rendah, sekolah menengah, maahad tahfiz bahkan kaum veteran dan belia serta jabatan kerajaan juga dijemput bersama.
Program yang berunsur kewanitaan, seperti masakan sunnah, aktiviti memanah dan gerai jualan di perkarangan masjid, pidato, pertandingan khat dan ARC memeriahkan lagi program.Pertandingan surau terbersih, lorong terbersih juga cuba menerapkan ajaran Nabi saw secara praktikal.

Yang lebih utama, penglibatan semua AJK MASJID di DUN SELAT KLANG dan surau-surau ini adalah proses pembudayaan SPIES D'Village , satu lagi produk EXCO PENDIDIKAN KERAJAAN SELANGOR dalam mengEHSANkan insan di Selangor Darul Ehsan. Perancangan rapi serta pelaksanaan program yang agak licin ini telah disempurnakan oleh SEKRETARIAT SPIES D'VILLAGE SELAT KLANG yang diketuai oleh modal insan yang cekap dan gigih Sdra Abdul Razak Rashid.
Mudah mudahan Allah merahmati dan memberkati segala usaha untuk menjunjung titah perintah Allah swt dan selaku ikhtiar mengikut jejak langkah Nabi saw. Amin Ya Rabbal 'alamiin.

Read More “ADUN SELAT KLANG MAHU ANJAKAN PARADIGMA UMMAT NABI S.A.W.”  »»

KAFA MENENGAH Ditambah di Selangor

9 KAFA menengah beroperasi di Selangor sebagai perintis
Oleh: Norhayati Umor/selangorkini

SHAH ALAM 15 JAN : Sembilan buah Sekolah Kafa Menengah sudah mula beroperasi awal tahun ini yang dilihat sebagai projek perintis kepada penubuhan banyak lagi sekolah terbabit.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata projek perintis itu selaras dengan manifesto Pilihan Raya Umum ke 13 yang mahu menubuhkan sekolah KAFA Menengah di seluruh kawasan negeri.

KAFA-GrafikKatanya, Kerajaan Negeri dalam mesyuarat Exco pada September lalu meluluskan penubuhan di seluruh kawasan itu dan dilaksanakan berperingkat.

“Untuk permulaan ini dan sebagai projek pilot, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menubuhkan beberapa kelas Kafa peringkat Menengah di sembilan buah Sekolah Rendah Agama (SRA) sedia ada.

“Kami juga memutuskan sekolah ini akan beroperasi di sekolah sedia ada iaitu sebagai permulaan di SRA di Bukit Sentosa, Bandar Tasik Puteri, Sungai Buloh, Kampung Jalan Kebun, Bandar Bukit Puchong, Jalan Klang Lama, Telok Panglima Garang, Jalan Pandan Indah dan Kampung Sungai Udang,” katanya dalam sidang media di Bangunan SUK, di sini.

halimah ali EXCO MeetingHalimah berkata keputusan itu diambil berikutan dengan permintaan tinggi kepada sekolah menengah agama yang ketika ini kurang di Selangor.

“Pendidikan di KAFA Menengah adalah merupakan pendidikan alternatif kepada murid yang tidak berpeluang untuk mengikuti pengajian sekolah agama menenga negeri atau persekutuan.

“Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ketika ini hanya mendapat pendidikan Islam sekitar dua jam 40 minit bagi tingkatan empat dan lima manakala empat jam bagi tingkatan satu hingga tiga dalam seminggu.

“Jumlah itu tidak mencukupi untuk membina jati diri murid yang diharapkan berjaya dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau berkata program KAFA Menengah itu akan dipanjangkan di KAFA Integrasi Negeri dan di masjid berkemampuan.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di talian 03-5514300 atau Ustazah Jamaliah di talian 019-3045157 atau Ustaz Jaafar 019-6964579.



Read More “KAFA MENENGAH Ditambah di Selangor”  »»

Buktikan......ISLAM Rahmat Untuk Sekelian ALAM bukan Slogan dn Rhetorik

Bukan Islam yakin ditadbir pemimpin taat agama

Oleh : NAZLI IBRAHIM/selangorkini

KLANG, 19 JAN: Masyarakat bukan Islam di negara ini percaya keselamatan nyawa dan harta benda mereka lebih terjamin jika Malaysia ditadbir pemimpin yang taat kepada ajaran Islam.

Exco Pendidikan Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata hal itu kerana ajaran Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan sebarang perkara yang mampu memudaratkan penganut agama lain.

“Orang bukan Islam yakin kalau orang Islam yang baik dan taat kepada agamanya, tidak akan kacau agama lain, ” katanya.

Dr Halimah berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang. di sini, hari ini.

Pada masa sama, Dr Halimah turut menggesa masyarakat mencontohi sifat Nabi Muhammad SAW yang pengasih sesama manusia walaupun terhadap penganut agama lain.

“Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menyuapkan roti kepada seorang Yahudi dengan penuh kasih, sedangkan ketika itu lelaki yang buta itu sedang memarahi baginda,” katanya.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang itu diadakan di Masjid Darul Muttaqin memasuki hari terakhir sejak dimulakan, pada 16 Januari lalu.

Pada sambutan itu, pelbagai acara diadakan seperti bacaan Yassin Perdana, pertandingan pidato, pertandingan masakan sunah, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan percuma, acara memanah, cabutan bertuah dan perarakan.

Kira-kira 1,600 peserta menyertai 37 kontinjen yang mewakili masjid, surau, agensi kerajaan serta swasta dalam perarakan berjalan kaki sejauh lebih satu kilometer.

Read More “Buktikan......ISLAM Rahmat Untuk Sekelian ALAM bukan Slogan dn Rhetorik”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com