Pray For MH370

Pray For MH370

EXCO SELANGOR DR HALIMAH ditangkap:TAMRIN QIYADI BERSIH..........

KL SENTRAL lakar sejarah negara hari ini
Ketika dibebaskan..
 9.7.11
Kuala Lumpur
Malaysia

Hari bersejarah untuk Malaysia yang mahu BERSIHkan sistem pilihanraya dalam negara supaya mampu setaraf dengan dunia maju selaras dengan idaman mantan PM Tun Dr Mahathir yakni wawasan 2020.

Menurut neraca dunia kriteria penting untuk mempersadakan sesebuah negara ke peta dunia ialah daya saingnya dalam bidang ekonomi dan sudah tentu juga daripada bidang pendidikan dan sosiopolitiknya.

Rakyat Malaysia yang berjiwa global dan panjang akal serta sedar tentang hak kemanusiaan diri dan keluarganya, mampu merancang bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk masa depan keluarganya.

Justeru, kebangkitan rakyat di seluruh pelusuk negara bahkan daripada Sabah dan Sarawak untuk menuntut pihak berwajib mempastikan sistem pemilihan pemimpin yang menerajui negeri dan negara adalah telus, betul dan bersih mengikut piawaian antarabangsa sepatutnya diraikan oleh semua pihak yang celik dan berintegriti .

Bukan sistem kolot dan kotor. Itulah yang disebutkan sebagai amanah yang diberikan (mandat) oleh rakyat. SPR suatu suruhanjaya, badan yang kakitangannya dibayar gaji oleh rakyat sepatutnya diberi kebebasan untuk menjalankan tanggunjawabnya secara professional.Bukan untuk ditekan oleh mana-mana pihak. Bukan, budak suruhan UMNO/BN.
 
 Mana-mana parti politik yang sudah jelas tidak diterima oleh rakyat sepatutnya membiarkan SPR berdikari dan menjalan tugas rasminya.Jangan bongkak dan sombong dan terdesak mengambil undang-undang rimba untuk menghukum rakyat yang berjiwa besar, berakal tajam dan bersemangat waja.

9.7.11 akan menjadi hari BERSEJARAH yang memberi impak besar untuk membangkitkan kesedaran rakyat tentang apa yang terjadi dalam negara. Mungkin ada rakyat jauh di desa, di hutan belantara atau di Felda yang boleh sentiasa ditipu. Mereka hidup-hidup ditipu oleh pihak UMNO/BN.  TV dan media alat propaganda sentiasa menonjolkan betapa  manis bak madu  UMNO/BN dan segala yang dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat dipakejkan sebagai menggerunkan  dan pahit serta bahaya.

    Allah telah berjanji bahawa hak akan terserlah akhirnya dan kebatilan akan lenyap. UMNO/BN tidak akan mampu mempertahankan segala perancangan kejahatan mereka selama-lamanya. Walau dengan wang ringgit, projek, kemewahan, percutian, tanah dll sekalipun yang disogokkan kepada rakyat serta orang upahan tukang karut mereka.( Baca Utusan Malaysia).


    Pengalaman pertama saya di KL SENTRAL bersama dengan 13 Muslimat dari pelbagai tempat dan 8 Muslimin termasuk seorang pelajar Sudan yang terpingga tak tahu kenapa ia diberkas, semata-mata hanya kerana berada di KL Sentral tiba-tiba di tangkap dan dibawa oleh trak polis ke BALAI POLIS JINJANG.

Selama 2 jam kami berpanas dalam trak di balai polis itu dan tidak dibenarkan turun, buang air dan juga solat. Pelajar Sudan ini resah gelisah tak tahu apa cerita.Dia telefon abangnya yang tak tahu di mana letaknya Jinjang di Selangor.

Alhamdulillah, kesempatan Allah beri dalam trak tersebut saya manfaatkan untuk baca Ma'thurat dan surah Yasin.Ustazah Shifa' minta saya beri tazkirah pula.
 Melihat lebih daripada separuh adalah anak-anak muda dalam lingkungan 20an saya pun mula tazkirah.Saya hanya kupas surah Al Fatihah dan sedikit Asmaul Husna sesuai dengan keadaan kami dalam trak polis di BALAI POLIS Jinjang.

Alhamdulillah, kumpulan kami tenang.Asalnya, kecoh sedikit sebab seorang muda yang telah ditangkap digari dan ditiarapkan untuk masuk dalam trak.Beliau terluka sedikit.Bila sampai di balai polis jinjang Alhamdulillah, polis-polis yang menjaga kami itu berlembut dan bersetuju membuka garinya.Beliau berpeluh-peluh menahan kesakitan.

Saya beri tazkirah dalam Bahasa Malaysia, sesekali saya sampuk dalam Inggeris kerana pelajar Sudan si Nabil pun perlu ditenteramkan. Saya mengingatkan semua termasuk diri saya sendiri bahawa yang berkuasa hanyalah Allah, bukan POLIS atau kerajaan.Perkataan saya gunakan tadi ialah 'ini adalah tuisyen bagi kita untuk menghadapi padang mahsyar kelak' supaya berjaya S.P.M.=SIJIL PADANG MAHSYAR!!


   Saya juga sempat berseloroh dengan mereka, anggaplah pengalaman itu sebagai 'tamrin' untuk memperkuatkan iman dan kebergantungan kita kepada Allah. Selepas 2jam kami berpanasan dan minta untuk solat kerana jam telah 5petang, akhirnya kami dibawa ke PULAPOL,Jln Semarak bersama 4 trak lain.

'Statement' ringkas diambil.Kemudian saya desak lagi mahu solat. Selepas solat hajat, kami pergi ke khemah untuk minta air. Semasa saya baru nak hampir sampai ke khemah, 'ketua' polis yang menahan kami tadi menghampiri saya, 'Mana kumpulan yang dari KL Sentral tadi?'Saya jawab jujur,'Kami baru berjumpa dalam trak tadi saya pun tak berapa kenal, kenapa?'

Dia jawab,"yang dah diberi IC tadi boleh balik, kami akan hantar ke KL Sentral' Sebenarnya, saudara mara kami ramai tadi sudah pun menunggu di luar Balai Jinjang
dan apabila kami di hangtar pula ke PULAPOL mereka sudah mengekori kami dan menunggu di luar pagar.
Ramai rakan dan taulan serta ahli PAS dan PAKATAN RAKYAT telah mendoakan kami.Bagi pihak kawan kumpulan kami yang tak seorang pun pakai baju BERSIH, saya mengucap jazakumullahu khairan kathiir.Moga Allah membalas jasa saudara dan saudari.
Selamat memBERSIHKAN jiwa raga, Salam perjuangan....kembali kepada kebenaran hakiki.
YB DR HALIMAH ALI

Read More “EXCO SELANGOR DR HALIMAH ditangkap:TAMRIN QIYADI BERSIH..........”  »»

TOK GURU MUNAJAT DEPAN KAABAH AGAR TAHANAN DIBEBASKAN

Kenyataan penuh Tok Guru Nik Aziz

Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat Zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya Allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0 pada hari ini.

Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang.

Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?

Bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?

Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti. Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa.

Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman yang dilakukan pada hari ini. Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. Umno pasti akan jatuh tersembam juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!

Allahu Akbar!!!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.

Dicatat pada: 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan)

7 Syaaban 1432/9 Julai 2011.

Read More “TOK GURU MUNAJAT DEPAN KAABAH AGAR TAHANAN DIBEBASKAN”  »»

Dengan namaMu Ya Alim, kami mentadbir makhlukMu

Read More “Dengan namaMu Ya Alim, kami mentadbir makhlukMu”  »»

Kacamata luar melihat UMNO/BN

Read More “Kacamata luar melihat UMNO/BN”  »»

Are you really interested in making Malaysia a better state?!

Read More “Are you really interested in making Malaysia a better state?!”  »»

Nak pastikan masa depan Malaysia lebih baik...semua gembeleng tenaga

46 peguam PAS mula bertugas malam ini

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 8 Julai: 46 peguam PAS akan mula bertugas jam 10 malam ini bagi memberikan khidmat kepada peserta perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara esok.

Mereka memenuhi pejabat Agung PAS bagi mengikuti taklimat tugas mereka dan menerima pakaian khas yang akan mereka gunakan sepanjang menjalankan tugas itu.
(Lima dari 46 peguam PAS yang akan bertugas mulai malam ini)

Pasukan yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Haji Asmuni Awi itu akan berada di semua kawasan yang dijangka akan ada orang yang berhimpun sempena perhimpunan itu.

Di samping mempunyai nombor hotline, mereka juga akan berada di stesyen-stesyen yang ditetapkan mengikut giliran tugasan mereka.

46 peguam ini tidak termasuk 120 peguam yang disediakan oleh Majlis Peguam untuk menyeliakan perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Selain mengiringi pimpinan PAS, para peguam ini akan berada di pusat-pusat tahanan sementara yang dijangka akan dibuka oleh polis untuk menahan peserta perhimpunan kali ini.

Mereka akan bertugas dari jam 8 pagi esok hinggalah jam 2 pagi ekoran tindakan polis mengetatkan sekatan terhadap perhimpunan ini.

Antaranya mendapat perintah dari mahkamah terhadap 91 pemimpin Bersih, PAS, PKR, DAP, Pemuda Umno dan Perkasa.

Perintah larangan itu diperolehi polis Kuala Lumpur daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan, tengah) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.
(Salah seorang peguam PAS, Mohd Fikah Sanusi dengan pakaian rasmi yang akan dipakai oleh mereka esok)

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya – Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang seramai 11 orang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Read More “Nak pastikan masa depan Malaysia lebih baik...semua gembeleng tenaga”  »»

POLITIK UMNO UNTUK SURVIVAL PERIBADI

Umno retak kerana himpunan Bersih 2.0

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Keretakan dalaman Umno jelas dapat dilihat dengan percanggahan pandangan antara pemimpin mereka dalam menangani himpunan Bersih 2.0.
AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, pertentangan tersebut antara kem Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengharamkan Bersih dengan kem Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
Hishammuddin yang turut disokong Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kumpulan ultra Melayu dalam Umno ujarnya, lantang menolak himpunan Bersih walau dengan apa alasan.
“Ini agak pelik sebab Hisham lazim berada dalam kem Najib seperti juga Khairy dan Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu,” katanya kepada Harakahdaily.
Muhyiddin, ujarnya, masih tetap mengintai-mengintai peluang untuk mencuri sokongan tegar Umno itu dari bossnya. Kelompok ini didakwa mendapat sokongan mantan PM, Tun Mahathir dan warlords Umno yang masih punya 'taring' atau clouts.
Kini kelompok ini dilihat langsung tidak mempedulikan pandangan Yang di-Pertuan Agong yang telah membenarkan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini di buat di stadium.
Berbeza dengan Najib yang didakwa turut mendapat sokongan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dilihat lebih "terbuka" menangani Bersih 2.0.
"Hishammuddin mahu buktikan dia punya kuasa dan mahu kawal rakyat seperti zaman kuno dalam Politik Lama. Pelaku-pelaku atau politikus ini ditanggapi sebagai ‘dinasour’ yang mengecewakan pelbagai pihak sivil dan awam.
"Najib pula mahu tampilkan dia perdana menteri yang fahami rakyat yang telah mengalami "pencerahan politik," kata Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor. Najib juga mahu meyakinkan bahawa dia serius apabila mengemukakan retoriknya ‘zaman kerajaan tahu semula telah berlalu’, tetapi nyata tidak disenangi ‘kelompok penguasa kedua dalam Umno," hujah Dzulkefly lagi.
Keterbukaan Najib itu bagaimanapun menurutnya terus "tersepit" dengan janji beliau tentang anjuran "kesederhanan Islam" kepada pimpinan kuasa tunggal dunia sedikit waktu dahulu. Segala retoriknya tampak bertentangan dengan falsafah dan doktrin supramacist sempit Umno yang berpaksikan ‘Ketuanan Umnoputera’ ujar beliau lagi.
Biarpun terpaksa bercanggah dengan kem Hishamudin dan kumpulan ultra Melayu dalam Umno, Najib katanya,  terpaksa mengambil resiko itu sebab tidak mahu di tanggapi umum sebagai lemah dan ‘takut’ kepada kelompok ‘Muhyuddin-Hishammuddin’.
"Kemungkinan juga beliau ditekan oleh pihak barat supaya menunjukkan moderate yang dicanangnya. Pertentangan dengan kumpulan Melayu tegar dalam Umno kata Dzulkefly, bukan baru bagi Najib," ujarnya.
Dari sudut ekonomi, Najib sebelum ini juga dakwanya pernah cuba membawa perubahan dalam Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi ditentang kumpulan itu. MEB sekarang tenggelam dalam pengisytiharaan pelbagai projrk-projek mega di bawah akronim lain seperti NKRA, NKEA, GTP, ETP, EPP dan lain-lain.
"Dan kemuncak pertentangan itu dizahirkan dalam menangani Bersih di mana Hishamuddin mengharamkan Bersih biarpun bertentangan dengan Agong, sementara Najib memahami kehendak baginda lantas memberi laluan kepada perhimpunan aman itu," katanya.
Apapun jelasnya, ia membuktikan keretakan umno semakin serius dan menonjol sekali, serentak mengisyaratkan persaingan kuasa yg semakin sengit. Tampak dalam kemelut Bersih2.0 ini Najib akan sekali lagi kecundang dan berbolak-balik atau ‘flip-flop’.
“Setiap langkah Najib, beliau dipaksa berundur dua langkah kebelakang. Umno di persimpangan ini sememang berdepan dengan "generational conflict" atau konflik generasi yang getir” mengikut pengamatan Pengerusi Jabatan Penyelidikan PAS yang baru dilantik semula itu.
“Lebih parah bagi Najib, konflik generasi ini tidak mudah dirungkaikan dengan garis usia semata-mata. Ianya dirumitkan lagi dengan pelbagai dnamika dalaman Umno.
“Namun faktor ‘kepentingan survival politik’ dan sekaligus perebutan kuasa dan peluang bagi membolot kekayaan, mendominasi konflik ini," tegas beliau lagi.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4226-umno-retak-kerana-himpunan-bersih-20

Read More “POLITIK UMNO UNTUK SURVIVAL PERIBADI”  »»

Pemimpin berjiwa besar mampu bersemuka tuntutan SEMUA rakyat

PAS cadang Najib hadir himpunan Bersih 2.0

Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 6 Julai: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disaran hadir ke Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Dengan kehadirannya, sudah pasti beliau dapat mendengar sendiri semua ucapan pimpinan Bersih dan jemputan mereka terutama huraian lapan tuntutan berkaitan pilihan raya bersih dan telus dalam negara. 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) bersetuju penuh dengan saranan agar Najib hadir sendiri di Stadium Merdeka, Sabtu ini untuk mendengar dengan lebih dekat lagi isu yang dibangkitkan Bersih mewakili lebih 60 NGO.
"Ya elok sangat jika perdana menteri dapat hadir dalam Himpunan Bersih ini," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Namun begitu Najib, ujarnya,  tidak dijemput untuk merasmikan Himpunan Aman Bersih tetapi beliau boleh hadir sebagai penonton biasa sahaja seperti orang lain juga.
Jika rakyat awam terpaksa berjalan, membawa peralatan berwarna kuning dan juga berbaju kuning, Najib digalakkan juga berbuat demikian, ujarnya lagi.
Bersih pada asalnya akan diadakan dalam perarakan raksasa dari tiga lokasi menuju ke Istana Negara untuk diserahkan memo berkaitan oleh pimpinan Bersih.
Namun selepas lebih 2,000 lapuran polis dibuat terhadap penganjur oleh puak-puak pengampu BN dan kumpulan 'carma' serta provokasi media menyebabkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong termasuk mengeluarkan titah baginda.
Setelah tiga wakil Bersih menghadap baginda dan mendapat nasihat Istana, lokasi himpunan telah ditukar ke Stadium Merdeka. 
Kini hanya menanti masa dan ketika sahaja, himpunan jutaan rakyat akan berlaku secara aman tenteram dengan mendapat perkenan Agong.
Namun sehingga kini, Bersih dilapurkan sebagai belum halal meskipun dalam titah Agong langsung tidak terdapat kalimah haram terhadap Bersih.
Ekoran titah Agong, pimpinan Bersih mendesak pihak berkuasa akan memberikan laluan mudah kepada semua peserta Bersih untuk menjayakannya.
Desakan itu termasuklah membebaskan mereka yang direman dan melupuskan semua tuduhan terhadap orang awam dan wakil rakyat terlibat.

Read More “Pemimpin berjiwa besar mampu bersemuka tuntutan SEMUA rakyat”  »»

Pembelajaran minal mahdi ilal lahdi

Read More “Pembelajaran minal mahdi ilal lahdi”  »»

UNISEL mengalah IPTA/IPTS lain

30.6.11
Bestari Jaya
Kuala Selangor

EXCO Pendidikan Tinggi Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali meluangkan masa bersama warga UNISEL(UNIVERSITI SELANGOR) dalam majlis penyerahan dua mock cek khususnya kepada Dekan Fakulti Kejuruteraan,Professor Jamaluddin dan Professor Anwar, penyelaras program SEKOLAH ANGKAT UNISEL yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor UNISEL dan personaliti utama yang mencari dana untuk membantu UNISEL memohon dana daripada kerajaan negeri.
Fakulti Kejuruteraan Unisel berjaya menjuarai ECO CHALLENGE anjuran PERODUA dengan menggunakan makmal UNISEL sendiri merekaciptakan kerangka kereta dan segala inovasi untuk mencapai kelajuan terbaik dengan penjimatan petrol maksima! 

 Selain daripada penciptaan inovasi kereta 'sport' Perodua, fakulti kejuruteraan UNISEL ini juga berjaya membuat pembaharuan dengan mempertingkatkan 'performance' motorsikal yang sudah sampai ke peringkat pusingan terakhir.
 


EXCO Pendidikan Tinggi, YB Dr Hjh Halimah menyampaikan cek bernilai RM20,000 bagi tujuan UNISEL RACING TEAM turut serta CLUB PRIX CHALLENGE dengan membuat kajiselidik untuk mempertingkatkan keupayaan motorsikal dengan taktik kejuruteraan yang bijak.

Read More “UNISEL mengalah IPTA/IPTS lain”  »»

Pasukan Sukarelawan BRIGED AMAL SELANGOR lahir beliawanis kreatif

Monday, July 4, 2011

Kemahiran Sulaman Manik Bantu Masyarakat Selat Klang

3 Julai 2011, Pelabuhan Klang - Briged Amal Selangor telah mengadakan Kursus Kemahiran Sulaman Manik Siri 1 di Dewan Masjid As Saadah, Bandar Sultan Suleiman Klang. Program tersebut di rasmikan oleh YB Puan Dr Hjh Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor.Program yang di jayakan bersama Noriz De Fashion itu telah menarik minat penduduk dari Flat Sri Perantau dan sekitar Selat Klang. Kemahiran yang di pelajari ini sangat berharga sehingga boleh membantu meningkatkan pendapatan keluarga, tegas YB Dr Halimah di dalam ucapan penutup kursus tersebut petang semalam.
0 comments http://brigedamal-selangor.blogspot.com/

Read More “Pasukan Sukarelawan BRIGED AMAL SELANGOR lahir beliawanis kreatif”  »»

EXCO Dewan Muslimat PAS Pusat Lakar Pelan PAS Ganti UMNO

Dewan Muslimat bersiap sedia melakar pelan menerajui kepimpinan wanita yang selama ini di pegang oleh wanita UMNO. Natijahnya jelas kelihatan.Pemimpin wanita UMNO tidak mampu memberi contoh yang baik hingga dahan yang tempat wanita berpaut selama ini sudah reput dan terkulai layu.
Anak gadis hilang pandu arah hingga sanggup menggadai maruah dan menconteng arang ke wajah orang tuanya.Anak teruna kegersangan jiwa.Terpaksa bergantung kepada gam, dadah, arak atau mengabdikan diri kepada runtunan nafsu dan syahwat.
Ungkapan:
Pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang pertiwi
sudah lama punah berkecai kerana wanita yang menjadi ibu dan pembimbing serta pencorak utama anak tidak diberi keutamaan oleh pemimpin wanita UMNO.Akhirnya wanita-wanita yang sentiasa melibat kelibat pemimpin wanita UMNO yang berpola kebendaan akan tergelongsor ke dunia HEDONISME.
    Memang tidak menjadi keutamaan bagi UMNO untuk mempasti keluarga dibimbing di jalan yang diredhai Allah yang mengambil kira keperluan hidup bukan sahaja di dunia bahkan yang lebih kekal di akhirat kelak.
Ini beza paling ketara antara misi perjuangan wanita UMNO dan Muslimat PAS yang menganggap perjuangannya semata-mata kerana mahu mendapat keredhaan Allah.

Read More “EXCO Dewan Muslimat PAS Pusat Lakar Pelan PAS Ganti UMNO”  »»

Perjuangan memerlu kecekalan....kebenaran akan terserlah jua akhirnya

Read More “Perjuangan memerlu kecekalan....kebenaran akan terserlah jua akhirnya”  »»

Ketika ramai wanita Melayu susah....ketam menyuruh anaknya berjimat

Monday, June 27, 2011

Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.

Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).

Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.

Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.

Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus.

Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom).

Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady.

Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.
http://sitizailah.blogspot.com/2011/06/perbelanjaan-lawatan-rasmi-perdana.html

Read More “Ketika ramai wanita Melayu susah....ketam menyuruh anaknya berjimat”  »»

takut,fobia gara-gara banyak tengok cerita hantu di TV PUTRAJAYA

Bersih 2.0: Bila 1 juta pelancong domestik banjiri Kuala Lumpur

Ahmad Tajdid   
Entahlah... Mengapa agaknya sesetengah pemimpin negara ini begitu kacau bilau pemikirannya apabila mengulas cadangan perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, 9 Julai ini?
Bagaimana pula perhimpunan aman tanpa senjata yang dibenarkan Perlembagaan tiba-tiba boleh menjadi ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan negara sedangkan ianya hanya berlangsung selama 2 hingga 3 jam dan diadakan pada cuti hujung minggu pula.
Tak semena-mena, hampir seribu laporan polis dibuat NGO dan pertubuhan politik di seluruh negara bagi membantah perhimpunan  itu sedangkan yang terjejas dalam kesesakan lalulintas (itupun jika polis enggan memberi kerjasama) hanyalah penduduk ibukota yang kebanyakannya tentu memilih untuk duduk di rumah jika tidak mahu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.
Lucunya antara yang membantah adalah Umno, Perkasa dan beberapa NGO pro-Umno, sedangkan merekalah yang saban minggu menganjurkan 'perhimpunan haram' di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan juga Perak ketika negeri-negeri itu ditadbir Pakatan Rakyat. Ada juga perhimpunan dan perarakan yang membawa pelbagai poster dan sepanduk mengecam kerajaan negeri. Tidak mudah dilupa juga perarakan membawa kepala lembu oleh ahli-ahli Umno Selangor ke Bangunan SUK di Shah Alam.
Mutakhir adalah komen dibuat Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (yang kini dikenali sebagai "Menteri Curi-Curi Malaysia" ekoran skandal RM1.8 juta akaun Facebook kementeriannya) tentang perhimpunan BERSIH 2.0.
Menurut Ng, perhimpunan 9 Julai ini bakal menyebabkan sektor pelancongan negara kehilangan lebih RM1 bilion. Ini kerana, dakwa beliau BERSIH 2.0 boleh merencatkan kehadiran pelancong sekaligus mengurangkan jumlah pendapatan sepertimana yang dicatat pada tempoh sama tahun lalu.
"Berdasarkan statistik, ketibaan pelancong antarabangsa pada bulan Julai 2010 adalah sebanyak 2.2 juta dengan perbelanjaan sebanyak RM6 bilion.
"Jika perhimpunan itu telah kurangkan 20 peratus daripada pendapatan tersebut, kita sudah kerugian RM1.2 bilion, yang mana ini akan dirasai oleh semua pihak dalam industri," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur seperti dipetik Malaysiakini.
Pelik juga difikirkan bagaimana perhimpunan aman selama 3 jam itu boleh menyebabkan pengurangan 20 peratus pendapatan industri pelancongan? Menurut Ng Persatuan Pelancongan Negara China telah berada di negara ini bagi berbincang dan mendapatkan perkembangan mutakhir 'perhimpunan haram' itu sebelum membuat keputusan sama ada membatalkan pakej-pakej percutian yang telah dibuat sebelum ini.
Lihatlah betapa jahilnya menteri berkenaan dalam memberikan hujah sehingga memperlihatkan bagaimana rapuhnya tahap keselamatan negara kita hingga perhimpunan aman pun boleh mengancam nyawa pelancong asing!
Adakah Ng berani membandingkan jumlah kemasukan pelancong asing ke Malaysia berbanding negara jiran Thailand dan Indonesia, sedangkan dua buah negara itu lebih kerap menghadapi demonstrasi rakyat? Demonstrasi rakyat di Thailand sebagai contoh bukan sahaja berlangsung selama beberapa jam, malah mengambil masa berhari-hari, berminggu-minggu dan berbulan-bulan! Dan adakah pelancong asing telah serik untuk mengunjungi negara gajah putih itu kerana rakyatnya gemar berdemonstrasi? Sudah tentu tidak.
Bagi menjawab hujah Ng juga, sukacita disiarkan komen beberapa pembaca Malaysiakini:
"Orang pergi BERSIH ingat tak keluar duit ke? Naik bas, naik kereta, itu semua kena pakai petrol. Perut kosong nak kena diisi. Tekak dahaga nak kena basahkan. Itu semua kena beli guna duit! Jangan nak membohong kata akan rugi RM1 billion. RM1.8 juta yang kamu dah rembat untuk akaun Facebook tu apa cerita? *** Ingat kami bodoh?" - Che' Tat
Lebih menarik lagi komen seorang pembaca:
"Alamak! Yang jadikan kerugian kononnya berbilion ringgit tu sapa? Hangpa jugak.. Cuba bagi dia orang buat demo secara aman, tak payah simbah itu ini. Hangpa yang buat rosak tu semua. Tengok Indonesia, buat demo cool je. Tidak pun polis nak buat kacau bilau... Masa saya pergi ke sana, siap pemandu pelancong bagi tahu hari ni ada demonstrasi pelajar-pelajar. Tapi jangan risau, mereka tak ganggu orang... di sini demonstrasi secara aman... lagi ramai pelancong datang adalah... Malulah! Berbeza betul dengan Malaysia. Tak boleh buat demo langsung. Kalau 'orang depa' buat tak apa pulak...
"Cuba bila tv atau radio umumkan hari ini BERSIH akan mengadakan satu demonstrasi secara aman. Sesiapa yang ingin menyertai perhimpunan tersebut, sila kawal tingkah laku anda agar tidak mencemarkan nama baik negara dan kawasan yang terlibat. Peniaga-peniaga juga digalakkan untuk membuka jualan dengan menempah khemah-khemah jualan. Siapa cepat dia dapat... Bukankah bagus begitu? Dapat tolong peniaga lain. Pasti orang yang berdemo itu lapar dahaga. Lepas berdemo, mereka pergi makan sama-sama. Bukankah bagus begitu? Tak ada kecoh-kecoh. Polis pun boleh makan laksa bawah pokok bersama orang yang berdemo." - Nora Abdullah
Begitulah komen-komen bernas pembaca yang sempat dirakam. Soalnya, mengapa Ng dan lain-lain pemimpin BN gagal melihat aspek positif perhimpunan itu.
Ketepikanlah sentimen politik sempit dan fobia hilang kuasa. Lihatlah perhimpunan BERSIH 2.0 dari sudut positif.
Bagi Ng Yen Yen, cuba bayangkan sejuta pelancong domestik yang bakal membanjiri Kuala Lumpur 9 Julai ini. Semuanya hadir dengan perbelanjaan sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak. Kementerian beliau sendiri tidak perlu membelanjakan walau sesen pun wang negara untuk menarik kehadiran sejuta pelancong domestik ini.
Bayangkan apa yang akan diraih oleh para peniaga dan pusat membeli belah di Kuala Lumpur dengan kehadiran sejuta pelancong domestik ini. Pastinya premis perniagaan mereka akan bertambah meriah dan kutipan hasil jualan berlipat kali ganda.
Apa yang pasti, negara tidak memerlukan pelancong asing untuk menjana ekonomi Kuala Lumpur pada tarikh 9 Julai ini!
HARAKAHDAILY

Read More “takut,fobia gara-gara banyak tengok cerita hantu di TV PUTRAJAYA”  »»

Orang negeri HANG TUAH bangkit men'jebat'!!

Guru sekolah agama dipaksa hadir majlis Muhyiddin

Ahmad Danial   
BUKT KATIL, 4 Julai: Ramai di kalangan guru Sekolah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merungut kerana dipaksa menghadiri program makan malam 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah sekolah Cina di Machap Baru malam ini.
"Kami sudah tidak tahan dengan paksaan sebegini, bayangkan kami yang kebanyakan wanita dipaksa hadir pada program tersebut sehingga pukul 12.00 malam.
"Ada yang dari Sungai Rambai dan lain-lain tempat yang jaraknya agak jauh dari Machap Baru, kami berasa kesal dengan Jaim dan Kerajaan Negeri Melaka yang seringkali memaksa kami hadir pada program bersama pemimpin," kata seorang guru yang tidak mahu namanya disiarkan.
Selain itu, menurut guru tersebut murid-murid sekolah Jaim juga dipaksa balik awal iaitu pada pukul 4.30 petang.
Menurutnya, sudah banyak kali sekolah diarahkan ditutup awal hanya kerana program-program bersama pemimpin kerajaan pusat.
Apa yang dikesalkan ialah semua guru-guru diwajibkan hadir dan sesiapa yang didapati tidak hadir akan diambil tindakan tegas oleh Jaim.
"Masa murid-murid belajar digadaikan hanya semata-mata kerana politik," tegas seorang bapa yang kesal.
Menurutnya, satu lagi masalah timbul ialah ibu bapa juga menghadapi kesulitan kerana terpaksa mengambil anak mereka lebih awal iaitu pada pukul 4.30 petang sedangkan majoriti dari mereka bekerja dan pulang paling awal jam 5.00 petang.
"Saya risau dengan keselamatan anak saya yang terpaksa menunggu saya mengambilnya agak lewat iaitu sekitar jam 5.45 petang.
"Anak saya kadang-kadang terpaksa menunggu saya seorang diri, siapa yang dapat menjamin keselamatan anak saya sedangkan sekarang ini bermacam jenayah berlaku melibatkan anak-anak sekolah," tegas beliau.
Sementara itu Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata tindakan Jaim dan kerajaan negeri Melaka benar-benar merugikan pembelajaran anak-anak kerana masa belajar menjadi pendek selain ianya membebankan guru-guru dan juga mendedahkan murid-murid kepada ancaman keselamatan.
"Tindakan Jaim ini benar-benar merugikan pembelajaran anak-anak kita selain ianya membebankan guru-guru yang terpaksa bekerja lebih masa kerana terpaksa menghadiri program berkaitan sehingga jauh malam.
"Kita juga bimbang tentang keselamatan anak-anak kita kerana mereka terpaksa menunggu ibubapa sehingga sampai jam 6.00 petang atau mungkin lebih lambat kerana habis kerja pun jam 5.00 petang," kata Yusof.
harakahdaily

Read More “Orang negeri HANG TUAH bangkit men'jebat'!!”  »»

PAS MIRI cergas menghijaukan bumi Kenyalang!!

Presiden PAS tetamu makan malam PAS Miri

Harakahdaily   

MIRI, 4 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menjadi tetamu khas PAS kawasan Miri, Sarawak dalam satu majlis makan malam 6 Julai ini.

Majlis ini akan diadakan di Park City Everly Hotel Miri bermula jam 7.45 malam dengan tema "Miri Go Green With PAS".

Majlis ini adalah antara program yang dibuat PAS Miri untuk mempersiapkan mereka menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, PAS Miri terlepas untuk menyertainya apabila PAS tidak jadi bertanding di Dun Senadin.

Ekoran itu dalam Muktamar PAS Kawasan Miri baru-baru ini, perwakilan membuat ketetapan melalui usul agar PAS bertanding di Parlimen Miri mewakili Pakatan Rakyat.

Tiket-tiket makan malam boleh didapati melalui saudara Arifiriazul (0138377505) atau saudara Azwani (0133603290) dengan harga RM50 setiap
satu.

Selain Abdul Hadi, turut serta menjadi tetamu majlis makan malam ini adalah Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang mendapat undi paling tinggi dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini.

Read More “PAS MIRI cergas menghijaukan bumi Kenyalang!!”  »»

Kenapakah 60 NGO tekad memBERSIHkan sistem pilihanraya negara?!

BERSIH 2.0: Gabungan ini tak perlu didaftar
Joseph Sipalan
Jul 4, 11
1:47pm

BERSIH 2.0 berkata ia bukan sebuah 'pertubuhan haram' seperti yang diisytiharkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Sabtu lalu.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Subramniam Pillay berkata manakala bersetuju dengan kementerian dalam negeri bahawa ia sebuah pertubuhan tidak berdaftar, BERSIH 2.0 tidak diperlukan mengikut undang-undang untuk didaftarkan secara rasmi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat gabungan itu di Petaling Jaya hari ini, beliau berkata, BERSIH bukan pertubuhan yang didaftarkan, tetapi gabungan pertubuhan yang sah.

Sabtu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, atas alasan ia operasi tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan.

Read More “Kenapakah 60 NGO tekad memBERSIHkan sistem pilihanraya negara?!”  »»

MB rasmi AMAL JAMBORI AMAL ISLAMI Sekolah agama rakyat

3.7.11
AHAD
BESTARI JAYA, KUALA SELANGOR

Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor(MAPPIS) yang dilahirkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang menaungi semua sekolah agama rakyat telah berjaya menganjurkan JAMBORI AMAL ISLAMI untuk kali kedua ekoran dari kejayaan tahun lepas.
Peningkatan yang membanggakan daripada segi penyertaan sekolah dan peserta di mana 23 buah sekolah menengah agama dengan peserta 1400 orang(100orang guru pengiring).
Majlis dirasmikan oleh YAB Dato'Menteri Besar Selangor.
Turut hadir YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan merangkap Penasihat MAPPIS, Naib Canselor UNISEL, Timbalan-timbalan naib Canselor, Pegawai Daerah Kuala Selangor.
Tema:
Ruhbanun fillail wa fursanun finnahar(Umpama hamba di malam hari dan singa di siang hari)
Sekolah agama rakyat terus menikmati segala perhatian dan bantuan daripada KERAJAAN SELANGOR untuk mempertingkatkan keupayaan sistem SAR agar terus berkembang maju dan melahirkan Insan rabbani yang mampu menjadi khalifah Allah di muka bumi ini, insyaallah

Read More “MB rasmi AMAL JAMBORI AMAL ISLAMI Sekolah agama rakyat”  »»

Muhyiddin TAK SABAR mahu jadi PM

Peluang cerah Muhyiddin ganti Najib
M Faqih

PASIR MAS, 3 Julai: Hanya 26 bulan berada di kedudukan nombor satu, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan dengan masalah dalaman Umno yang dikatakan semakin kronik.

Dua tahun pertama kepemimpinannya sudah menjelaskan watak sebenar. Maka tidak hairanlah ramai melihat kegagalannya itu memberi nafas baru buat Tan Sri Muhyiddin Yassin mengintai kedudukan lebih selesa.

Muhyiddin dikatakan memerhati kegawatan politik yang berlaku sekarang. Peluangnya mendaki satu lagi tangga semakin cerah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa pemimpin yang paling gembira sekarang ialah Muhyiddin kerana Najib sedang berdepan dengan suasana kritikal.

Katanya, kemunculan begitu banyak badan bukan kerajaan bagi membela Umno berkaitan isu 9 Julai sebenarnya lebih banyak mencalar nama Perdana Menteri.

”NGO-NGO terbabit sudah merosakkan nama Najib. Mereka secara terbuka menyatakan mahu mewujudkan suasana tegang sehingga Perdana Menteri tidak mampu lagi mengawalnya.

”NGO tersebut berada di hadapan Muhyiddin bagi mencalar imej Perdana Menteri. Muhyiddin perlu merebut peluang sekarang kerana tidak ada masa lagi. Beliau lebih berumur berbanding Najib.

”Sekarang hanya kelihatan Datuk Seri Hishamuddin Hussin sahaja yang beriya-iya mempertahankan Najib,” katanya pada ceramah pemimpin bersama rakyat di sini malam tadi.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Perhubungan PAS, Zulkeli Mamat.

Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan, Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim, Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad dan wakil-wakil rakyat.

Orang ramai tetap memenuhi ruang padang mini stadium biar pun hujan agak lebat.

Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena mendakwa Muhyiddin membiarkan Najib keseorangan menyelesaikan isu yang dianggap boleh mencetus ketegangan sekarang.

Katanya juga ketika Bersih 2007 diadakan tiada ketegangan berlaku kerana pada masa itu masalah dalaman Umno tidak ketara seperti sekarang.

Mohamad pula berkata, empat tuntutan Bersih 2007 belum lagi ditunai kerajaan sehingga sekarang.

Tuntutan tersebut iaitu menggunakan dakwat kekal, daftar pengundi secara automatik, menghapus undi pos dan peranan media harian lebih seimbang.

”Sudah lima tahun tuntutan itu dibuat namun sehingga sekarang Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan gagal menunainya sehingga menyebabkan muncul Bersih 2.0,” katanya.

Menurutnya juga kemaraan Pakatan Rakyat untuk melangkah ke Putrajaya begitu dibimbangi Perdana Menteri sehingga beliau mengajak anak muda mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan itu.

Beliau juga meluah rasa bimbang rampasan baju T, Bersih 2.0 yang dibuat polis sekarang kemungkinan disalah guna pihak lain bagi menimbulkan ketegangan 9 Julai ini.

Husam berkata, dua tahun lalu pemimpin Umno begitu takut dengan baju hitam dan sebelum itu bimbang dengan warna merah.

Namun sekarang pemimpin Umno benar-benar rimas dengan warna kuning.

Beliau juga menjangka 9 Julai ini menjadi detik penting yang mampu menarik perhatian dunia terhadap apa akan berlaku di Malaysia.

Read More “Muhyiddin TAK SABAR mahu jadi PM”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com