YB Dr Halimah sertai rombongan EXCO KERAJAAN SELANGOR serah surat ISU AIR
ISU AIR SELANGOR
Kerajaan Selangor memandang serius tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor(SYABAS) yang telah menunjukkan prestasi yang begitu tidak professional dalam isu air di Selangor.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpanggil untuk bertindak atas dakwaan dan tindakan SYABAS yang mencetuskan panik dan kebimbangan di kalangan rakyat Selangor dengan kenyataan-kenyataan yang menggambarkan seolah-olah ada krisis air di Selangor.
SYABAS juga membuat kenyataan mahu mencatukan air di Selangor kerana dikatakan sudah mencapai tahap yang begitu serius.
Justeru, kerajaan Selangor sebagai kerajaan yang bertangungjawab dan memandang berat tentang bekalan keperluan asas kepada rakyatnya iaitu AIR terus memutuskan untuk menghantar delegasi EXCO KERAJAAN SELANGOR untuk menghantar surat yang menyatakan hasrat mahu 'campurtangan' dalam urusan pengendalian bekalan air di syarikat yang telah dipilih oleh pemerintahan BN dulu khususnya SYABAS yang dengan kenyataan dan tindakan mereka mengakui mereka gagal menjalankan tugas mereka dengan cekap dan berkesan seperti yang dimeterai dalam perjanjian konsesi air. Peruntukan dalam klausa 32 memberikan ruang untuk kerajaan negeri sebagai pihak yang penting dalam perjanjian tersebut untuk 'campurtangan' sekiranya syarikat SYABAS gagal memainkan peranan.
Rombongan EXCO yang berlepas daripada SUK untuk bertemu dengan MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR, PETER CHIN terdiri daripada Dr. Xavier, YB Iskandar, Yb Ronnie Liu dan YB Dr Halimah Ali.
Surat berkenaan menyatakan kepada Menteri Air bagi pihak kerajaan Persekutuan tentang pasukan profesional yang mempunyai pengalaman tentang air akan dihantar untuk melihat urusan pengendalian SYABAS untuk mempastikan hal ehwal pembekalan air berjalan dengan lancar dan optima. Pasukan yang terdiri daripda CEO KDEB, 1jurutera, 1 akauntan, dan penasihat undang-undang akan meneliti kesahihan yang dikatakan krisis air seperti yang digembar gemburkan oleh SYABAS dan Menteri UMNO-BN. Analisa secara objektif dan pencarian faktor utama kekecohan yang menyebabkan gangguan bekalan air mahu diselesaikan oleh kerajaan Selangor demi menjaga keselesaan rakyat lebih-lebih ketika ummat Islam menghadapi Ramadhan.
Read More “YB Dr Halimah sertai rombongan EXCO KERAJAAN SELANGOR serah surat ISU AIR” »»
SYABAS, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahu pastikan bekalan air CEKAP dan AMANAH
|
Exco yang bertanggungjawab dalam tindakan itu, Dr Xavier Jayakumar berkata, tindakan bagi memantau perkhidmatan operasi SYABAS itu adalah mengikut Perkara 32 dalam perjanjian konsesi air.
"Semua kakitangan SYABAS di bawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.
"Jadi kita harap kakitangan SYABAS yang banyak pengalaman serta berdedikaasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses 'step-in' (campurtangan) kerajaan negeri tidak berapa lama lagi," kata Jayakumar dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sidang media hari ini berkata surat makluman berhubung tindakan itu akan dihantar kepada Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pagi esok.
"Exco Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok akan mengetuai delegasi untuk menghantar surat ini ke Putrajaya (pagi esok) secara peribadi kepada KETTHA kerana kerajaan negeri berpendirian bahawa isu ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.
Selain itu, Selangor juga akan menghantar satu kumpulan profesional bagi melihat operasi SYABAS berhubung masalah air terawat di negeri berkenaan.
"Kumpulan ini dianggotai oleh Shuhaimi Kamaruzaman (ketua pegawai operasi eksekutif KDEB), Ir Abas Abdullah (pengarah ABASS), Karim Endut (pengurus besar pengurusan air, Kumpulan Perangsang Selangor) dan Kevin Lee (ketua perancangan strategik dan pelaburan, Perangsang Selangor).
"Kumpulan ini dihantar kerana SYABAS gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada setiausaha kerajaan negeri pagi tadi," katanya.
YB Dr Halimah buat lawatan PULAU KETAM
Pulau Ketam
DUN SELAT KLANG
ADUN Selat Klang merangkap EXCO Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali membuat lawatan rasmi ke Pulau Ketam. Dimulakan sebelah paginya dengan mengunjungi tadika dan sekolah-sekolah dengan memberi sedikit cenderahati kepada guru dan pelajar tadika.
Ini sebagai sentuhan peribadi beliau yang mahu melihat penduduk Bagan Pulau Ketam menitik berat tentang pendidikan.
Beliau mendapati ramai pelajar di kawasan yang agak terpencil di pulau ini agak ketinggalan dalam pelajaran. Lebih ketara di peringkat menengah dimana ramai yang sudah mula ponteng sekolah dan memilih untuk membantu ibubapa mereka yang majoritinya nelayan.
Galakkan dan perhatian daripada pemimpin diharapkan memberi suntikan semangat dan kesedaran kepada ibubapa dan guru supaya anak-anak dibudayakan dengan ilmu untuk menentukan masa depan yang lebih cerah.
Di sebelah petang program mesra rakyat memberi bantuan beras dan barang dapur kepada 250 orang miskin, ibu tunggal dan yang sakit.
ADUN Selat Klang juga menyampaikan bantuan sekolah daripada kerajaan Selangor kepada SJKC Hwa Lien RM120ribu, 4 tokong , bantuan skim mesra usia emas. Kemudian beliau melawat tapak pembinaan jalan konkrit sepanjang 160m menggantikan jalan papan dan memantau jalan Sg Satu yang telah siap di bina.
Beliau juga bersama dengan Ketua kampung CHA KENG LEE dan Song Soon Guan , ahli MAJLIS MPK dan pimpinan pakatan rakyat melihat projek pagar bagi melindung orang dari pada jatuh ke bawah kerana jalan yang boleh memuatkan pejalan kaki dan penunggang basikal boleh menyebakan seseorang jatuh ke bawah jambatan yang berupa air loaut apa bila air pasang.
YB Dr Halimah juga meyaksikan demonstrasi oleh pasukan sukarela BOMBA dan menyelamai sendiri keperluan pasukan penting ini kerana tidak ada balai bomba di Pulau Ketam yang diurus oleh kerajaan. Beliau meluangkan masa mendengar rintihan mereka yang bersifat sukarela tetapi memainkan peranan penting seandainya terjadi kebakaran.
Kemudian beliau melawat pejabat ahli mahlis MPK , menyantuni pendudk warga emas berumur 102 tahun yang masih sihat dan boleh berjalan.
Sebelah malam pula di sulami dengan solat maghrib dan isya' berjemaah, baca Yasin dan solat hajat di BALAI ISLAM PULAU KETAM. Kemudian selepas makan mereka bermesyuarat pakatan rakyat yang dipengerusi oleh YB Dr Hjh Halimah dan disertai oleh semua pengerusi PAS, DAP dan PKR Pulau Ketam.
Rombongan beliau bermalam di situ dan diakhiri esoknya dengan penyerahan bendera gergasi PAS kepada pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pulau Ketam yang juga merupakan Ketua Kampung dan Mr Song
Read More “YB Dr Halimah buat lawatan PULAU KETAM” »»
UTUSAN MELOYA AKUI PUTAR BELIT FAKTA SEMENTARA ULAMA MUDA GESA "TIPU MUSLIHAT" UMAT ISLAM
Wartawan Utusan ajar 'putar' fakta
Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan (gambar kanan) berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.
Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.
"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).
"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.
"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.
Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.
"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.
"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).
"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala
Lumpur.
Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia turut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.
"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.
Ketua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya (gambar kiri) yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik.
"Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada
bukti sama ada ia benar atau tidak benar," katanya.
Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan "muslihat" dalam perang psikologi terhadap pembangkang.
Menurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh.
Sumber: Malaysiakini
GO GREEN; KUALA SELANGOR
Himpunan HIJAU ke PUTRAJAYA @PAS SELANGOR
Stadium KUALA SELANGOR malam ini bermula MAGHRIB berjemaah
JOM JOIN
ADUN SELAT KLANG rasmi agihan bantuan RAMADHAN ,HARI RAYA kepada 695asnaf fakir, miskin di masjid Kpg Delek
DUN SELAT KLANG
YB Dr Hjh Halimah Ali menyempurnakan majlis perasmian agihan bantuan kepada asnaf fakir miskin di masjid Nurul Amin, Kpg Delek Klang.
Sebanyak RM561,890 di peruntukkan yang diagihkan menurut keperluan keluarga asnaf. Bantuan seorang dari RM600-1000 untuk mengurangkan bebanan kewangan mereka menghadapi Ramadhan dan Hari Raya.
Mudah-mudahan Allah melimpahkan rezeki yang lebih dan berkat untuk mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan hingga mencapai martabat yang mampu menyumbang pula kepada orang lain.
Read More “ADUN SELAT KLANG rasmi agihan bantuan RAMADHAN ,HARI RAYA kepada 695asnaf fakir, miskin di masjid Kpg Delek” »»