Pray For MH370

Pray For MH370

MAKLUMAT TERKINI TENTANG YBK (yayasan bapa kamu)

Pemodalan Yayasan Basmi kemiskinan (PYBK) telah melantik dua pemaju untuk memajukan tanah seluas 2,165 ekar yang diluluskan oleh kerajaan negeri terdahulu iaitu Shah Alam Properties Berhad dan Syarikat Tenaga Ehsan Sdn Bhd.

Carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) YBK menunjukkan YBK hanya memiliki 12,500 unit saham dalam PYBK.

Pemegang saham lain, Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd memilik 6,200 unit saham manakala Fajar Synergy Sdn Bhd memiliki 6,250 unit saham.

Fajar Synergy Sdn Bhd yang dianggotai Mohd Hilmi Yusop sebagai pengarah manakala Khairul Anuar Selamat@Keliwon sebagai Pengarah syarikat dan Setiausaha syarikat.

Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd pula, Datuk Zainal Abidin Sakom dan Zulhairy Jalaludin sebagai Pengarah syarikat sementara setiausaha syarikat, Rahimi Mohd Noor.

Data juga menunjukkan Pengarah PYBK adalah Kamarudin Ahmad, Datuk Zainal Abidin Sakom dan Mohd Tamin Mohd Yusof.


Maklumat terbaharu mengenai YBK



SHAH ALAM, 24 Feb - Mesyuarat Majlis kerajaan Negeri Selangor hari ini meluluskan supaya kerajaan negeri mengggunakan kuasa Menteri Besar mengikut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk menkelaskan semula maklumat mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada umum.

Mesyuarat hari ini diberitahu pada 8 Mac 1995, kerajaan negeri terdahulu telah meluluskan tanah seluas 2,165 ekar kepada Pemodalan Yayasan Basmi kemiskinan (PYBK) dan melantik dua pemaju untuk memajukan tanah berkenaan iaitu Shah Alam Properties Berhad dan Syarikat Tenaga Ehsan Sdn Bhd.

Data terkini yang diperoleh dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan, PYBK bukan dimiliki sepenuhnya oleh YBK. YBK hanya memiliki 12,500 unit saham dalam PYBK.

Pemegang saham lain, Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd memilik 6,200 unit saham manakala Fajar Synergy Sdn Bhd memiliki 6,250 unit saham.

Fajar Synergy Sdn Bhd yang dianggotai Mohd Hilmi Yusop sebagai pengarah manakala Khairul Anuar Selamat@Keliwon sebagai Pengarah syarikat dan Setiausaha syarikat.

Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd pula, Datuk ZainalAbidin Sakom dan Zulhairy Jalaludin sebagai Pengarah syarikat sementara setiausaha syarikat, Rahimi Mohd Noor.

Data juga menunjukkan Pengarah PYBK adalah Kamarudin Ahmad, Datuk Zainal Abidin Sakom dan Mohd Tamin Mohd yusof.

PYBK telah membuat gadaian tanah kepada bank yang bernilai lebih RM100 juta.

Mesyuarat Exco berpendapat, penemuan mengenai milikan saham dan pelantikan pengurus projek pembangunan tanah perlu diperjelaskan kepada kerajaan neeri untuk mengenatahui jika YBK diurus dengan baik oleh PYBK.

Mesyuarat Exco jga dimaklumkan, pengerusi YBK, Datuk Zainal Abodin Sakiom didapati memiliki majoroti saham dalam salah satu syarikat yang dilantik sebegai enaku tanah iaitu Syarikat Tenaga Ehsan.

Maklumat ini antara maklumat penting yang akan didedahkan secara berperingkat menerusi kertas putih yang dijanjikkan kerajaan negeri.

Semua maklumat mengenai pengurusan YBK ini amat penting kerana melibatkan harta kerajaan negeri yang diserahkan YBK untuk program basmi kemiskinan.

Kerajaan negeri menegaskan pengurusan harta milik YBK perlu dibuat secara telus dan bertanggungjawab.


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim/selangorkini

Read More “MAKLUMAT TERKINI TENTANG YBK (yayasan bapa kamu)”  »»

73 MILLIONS AMERICANS SUFFER HYPERTENSION

This is not rocket science, the report makes clear: Cut the salt. Eat more potassium. Get some exercise. Drop 10 pounds.

Those steps could make a big difference in how many people suffer high blood pressure — 73 million at last count. Another 59 million are on the brink, with blood pressure hovering at levels officially deemed pre-hypertension. Population of USA HERE .

High blood pressure, the US second-leading cause of death, is relatively simple to prevent and treat, the institute said.

US fails to fight high blood pressure

By LAURAN NEERGAARD/AP

WASHINGTON -A critical new report declares high blood pressure in the U.S. to be a neglected disease — a term that usually describes mysterious tropical illnesses, not a well-known plague of rich countries.

The prestigious Institute of Medicine said Monday that even though nearly one in three adults has hypertension, and it's on the rise, fighting it apparently has fallen out of fashion: Doctors too often don't treat it aggressively, and the government hasn't made it enough of a priority, either.

Yet high blood pressure, the nation's second-leading cause of death, is relatively simple to prevent and treat, the institute said.

"There's that incredible disconnect," said Dr. David Fleming, Seattle-King County's public health director and chairman of the IOM committee that examined how to trim the toll.

"In our country, if you live long enough, you're almost guaranteed to get hypertension, so this is something we should all be concerned about," added report co-author Dr. Corinne Husten of the nonprofit Partnership for Prevention.

This is not rocket science, the report makes clear: Cut the salt. Eat more potassium. Get some exercise. Drop 10 pounds.

Those steps could make a big difference in how many people suffer high blood pressure — 73 million at last count. Another 59 million are on the brink, with blood pressure hovering at levels officially deemed pre-hypertension.

So the institute urged the Centers for Disease Control (CDC) and Prevention to push doctors to better treat hypertension, and to work with communities to make it easier for people to live the healthy lifestyles that can prevent it.


Hypertension competed with other disorders for the $54 million that CDC spent on heart disease and stroke prevention last year, while it cost the health care system at least $73 billion, the institute noted.


High blood pressure is sinister because it's silent. People seldom notice symptoms until their organs already have been damaged. Hypertension triggers more than one-third of heart attacks, is a leading cause of strokes and kidney failure, and plays a role in blindness and even dementia.


Normal blood pressure is measured at less than 120 over 80. Anyone can get high blood pressure, a level of 140 over 90 or more. But leading risk factors are getting older, being overweight and inactive, and having a poor diet.

Among the committee's findings:

_Too many doctors ignore hypertension if only the top number in a blood pressure reading — the systolic pressure — is high. That's contrary to treatment guidelines.

_Too little potassium and too much sodium fuel high blood pressure, and only 2 percent of adults eat enough potassium, which is found in fruits and vegetables.

_CDC should work with food makers to lower the sodium hidden inside processed foods, our main source of sodium. The average adult is thought to eat about 3,400 milligrams of sodium a day; the recommended daily limit is 2,300 mg.

_If everyone who is overweight lost 10 pounds, the nation's hypertension cases could drop 8 percent.

_The government should work with insurers to reduce or eliminate copayments for blood pressure medications, and with drug companies to simplify patient-assistance programs for the poor.

The Institute of Medicine is part of the National Academies, an independent organization chartered by Congress to advise the government on scientific matters.

Read More “73 MILLIONS AMERICANS SUFFER HYPERTENSION”  »»

SATU LAGI PEMANGKIN INFLASI SEDANG INKUBASI

Kenapa tariff eletrik perlu naik? Untuk meningkatkan keuntungan IPP (Independent Power Producer- Pengeluar Kuasa Eletrik Bebas) seperti Genting Sanyen berlipat kali ganda

Kabinet Akan Putuskan Tarif Baru Elektrik Pada Rabu

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik pada Rabu, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

"Sekiranya Kabinet meluluskannya, akan terdapat kenaikan, tidak mungkin penurunan," kata beliau kepada pemberita pada majlis Tahun Baru Cina Tenaga Nasional Bhd di sini.

Mengenai peratusan kenaikan, Chin berkata: "Saya tidak boleh beritahu kerana mungkin esok Kabinet membuat keputusan lain."

-- BERNAMA
===============================================================================

Kenaikan Tarif Elektrik Bukti Najib Gagal Laksana Slogan 1Malaysia


SHAH ALAM, 23 Februari - Kabinet pimpinan Perdana Menteri Najib Razak akan bermesyuarat esok untuk memutuskan sama ada meluluskan kenaikan tarif elektrik.

Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Peter Chin mengesahkan pihaknya telah mencadangkan supaya kadar tarif letrik dinaikan.

Pakar Ekonomi Tony Phua berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional akan berlaku tidak adil sekali lagi jika meluluskan kenaikan tarif elektrik itu.

Beliau berkata, sebarang kenaikan harga bukan sahaja bertentangan dengan slogan-slogan yang dicanang Najib tetapi juga membuktikan kepimpinannya lebih mengutamakan kroni-kroni dalam pengagihan subsidi.

“Kalau mereka meningkatkan tarif elektrik adalah amat tidak adil kerana buat masa ini sekiranya subsidi dikurangkan terhadap konsumer, sepatutnya subsidi yang diberikan kepada pihak penjana kuasa bebas perlu dikurangkan dahulu.

“Kenapa pihak itu dapat menikmati subsidi yang begitu lumayan dan menjamin keuntungan yang besar kepada pihak IPP tetapi bagi rakyat pula kerajaan meningkatkan harganya? Adakah ini slogan kerajaan dan Najib bahawa rakyat akan didahulukan? Buat masa ini apa yang kita nampak, kroni-kroni perniagaan-perniagan besar didahulukan manakala rakyat dibelakangi,”katanya.

Tony Phua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, pengurangan subsidi kepada rakyat dengan pelbagai kenaikan harga barang mencerminkan kegagalan Umno-BN menguruskan negara.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak menggunakan wang dan pendapatan negara secara berkhemah dan telah menyebabkan sekarang kerajaan rumit kewangan iaitu tidak cukup wang dan semua subsidi dikurangkan dan semua harga dinaikkan. Menunjukkan kerajaan selama ini tidak mempunyai kecekapan dalam menguruskan isu-isu ekonomi,”katanya.

-YUSMAWATI MHD YUSOF/Selangorkini

Read More “SATU LAGI PEMANGKIN INFLASI SEDANG INKUBASI”  »»

DI MANA MARUAH KITA

"Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat."

Kehakiman lemah punca negara luar campur tangan - Abdul Hadi


KUALA TERENGGANU, 20 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kelemahan proses kehakiman dan perundangan negara ini telah menyebabkan pihak luar campur tangan dan memprotes sistem kehakiman negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang semasa bercakap kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di sini, semalam berkata, situasi itu mesti diperbetulkan supaya proses keadilan wujud.

Begitupun, beliau bukan ‘menyelar’ tetapi tidak bersetuju terhadap campur tangan asing dalam sebuah negara berdaulat di atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa.

Ketika ditanya wartawan "Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?" Abdul Hadi menjawab begini:-

"Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat."

Berikut ialah jawaban penuh beliau kepada soalan yang dikemukakan pihak media.

Wartawan
: Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab, ada pihak yang membantah campur tangan tersebut?

Abdul Hadi
: Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik, khususnya mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh. Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala, bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang Barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat. Saya beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.

Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu negara kita sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlu kepada campur tangan asing, apa lagi dari negara-negara barat, negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat, ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur. Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.

Jadi, pada pandangan Datuk Seri, campur tangan asing itu tidak bolehlah?


Campur tangan tidak boleh tetapi dari dalaman sendiri mesti perbaiki, mesti ada kehebatan. Ini kerana, apa yang berlaku hari ini timbul krisis ‘keyakinan’ terhadap sistem kehakiman. Dengan sebab itu, selesaikan krisis keyakinan ini dahulu. Barulah kita ada kehebatan. Jika tidak, hilang kehebatan kita.

Jadi, PAS sendiri melihat sistem kehakiman kita tidak berjalan lancar dan dipengaruhi?

Sistem kehakiman kita masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’. Pemisahan kuasa itu tidak berlaku, sudah jadi bercelaru dan ini yang menyebabkan hilang keyakinan. Dengan sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa itu berlaku dan barulah kehakiman itu ada kewibawaan dan ada kehebatan.

Maksud Dauk Seri, ada campur tangan dalam ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’ dan menyebabkan krisis?

Ya, krisis, krisis keyakinan yang berlaku.

Jadi, maksudnya badan kehakiman mesti jadi badan bebas dan tidak dipengaruhi?

Ya, bebas dan pemisahan kuasa itu ada, dengan sebab itu, kehakiman patut diletak di bawah Parlimen secara langsung atau di bawah Majlis Raja-Raja Melayu, supaya yang disebut Raja Berperlembagaan itu dipraktikkan dengan cara yang tepat.

Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?


Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri, tangan, jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat.

Datuk Seri, tadi kata kita rasa malu sebab ada keaiban. Apa yang dimaksudkan dengan keaiban itu?

Keaibannya ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak iaitu ‘legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhammad s.a.w. sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini dalam kes yang banyak dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi s.a.w. tidak menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia salah.

Khairul Azlam /harakahdaily

Read More “DI MANA MARUAH KITA”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com