Pray For MH370

Pray For MH370

BEKAS KETUA POLIS MUSA HASSAN DEDAH GANGGUAN POLITIK

Ex-IGP says ministers meddle with investigations UPDATED @ 06:22:24 PM 28-11-2012 November 28, 2012 Musa (right) suggested that his professed refusal to pander to politicians had cost him his job. — File pic PETALING JAYA, Nov 28 ― Tan Sri Musa Hassan today accused Cabinet ministers and politicians of regularly trying to interfere with police investigations and arrests when he was serving as Inspector-General of Police ― a practice that continues even now. Musa, who retired as IGP in September 2010, named Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein as one of the politicians but suggested at a press conference today that his refusal to indulge them had resulted in the government’s decision not to renew his contract. “There are certain misgivings from police officers who said that they received instructions not from (their police superiors) but from the Home Ministry. “Even the ministry can issue instructions now ... Who is in control now?” Musa asked at a press conference here. Musa then quoted Section 4(1) of the Police Act, which states that police orders must only come from the IGP, who will be liable for such instructions. “I was informed even a Secretary-General can direct CPOs (Chief Police Officers) and (ask them to) report back to him. So, who is in charge of the police now? “Command and control ... over the police force should be under the IGP. No other person can issue instructions.” The former top cop refused to name any names, but stressed that he had received such instructions from ministers, deputy ministers and politicians, as well as even from the opposition. “Whenever I arrest some crooks, who are involved in illegal activities, there will be phone calls from the top. “I still remember ... an opposition MP used to come to my office. He brought with him a bundle of summons (to settle). I said Tan Sri ... you were (among those) who passed the law in Parliament. He also took aim at his successor, Tan Sri Ismail Omar, suggesting the latter was a yes-man who bowed to politicians’ influence. “You read the papers. Sometimes, you hear (politicians say) “I directed the police to do this ... to do that,” Musa replied, when asked to list down orders given to the current IGP. “(Ismail) is a good man, but being a good man alone and to become popular, is not a criterion to be an IGP. You need to be tough. “Sometimes, you have to be vocal (to) your superiors. When it is not right ... don’t just say yes. “If the IGP is a yes-man, he will the best IGP in the world. If he is vocal, he will be a very bad IGP and he will have a lot of allegations against him,” he joked. The former top cop described his working relationship with Hishammuddin as cordial, but the Home Minister did not see eye-to-eye with him on the command of the police force. “When I found out that instructions were given to junior officers and OCPDs (Officer in Charge of Police District) without my knowledge, then something was wrong. “So, I highlighted to him Section 4(1) of the Police Act ... command and control of the police force is by the IGP, not a minister. “I talked to him nicely, he didn’t like it ... that’s why (my tenure) was not extended,” Musa claimed. Tan Sri Musa Hassan served as the IGP for three years before retiring on September 13, 2010, after a corruption case that was closed in July 2007 for lack of evidence. The press conference today was organised by Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch), a crime watchdog NGO who had claimed that they will “challenge any statistics that the Royal Malaysian Police (PDRM) comes out with”. The NGO claimed that they have the “real” crime statistics from the police force, which they said are “manipulated” before their release to the public. MyWatch also claimed to have evidences of alleged links between high-ranking police officers and underworld kingpins. They plan to release their revelations in stages, starting from next week, if PDRM continues to refuse working with them.

Read More “BEKAS KETUA POLIS MUSA HASSAN DEDAH GANGGUAN POLITIK”  »»

Sekolah Rendah Agama Integrasi Selangor

     Selangor mempunyai satu sistem yang mewujudkan pengajaran dan pembelajaran akademik di bawah satu  pentadbiran sebagai usaha untuk mula sistem pendidikan sepadu yang dinamakan Sekolah Rendah Agama Integrasi(SRAI).Ia masih begitu awal untuk memperlihatkan keberkesanan dan menghayati kesyumulan sistem pendidikan Islam.

Ruang untuk penambahbaikan masih begitu luas.Namun langkah untuk memulakan sistem holistik adalah baik berbeza dengan sistem pendidikan bersifat dualisme warisan daripada penjajah.

Maklumat SRAI di Selangor

11 SEKOLAH
216 KELAS
599 GURU
7217 MURID

  1. Klang: 1 sekolah; 22 KELAS; 53 GURU; 734 MURID
  2. Kuala Langat: 1sekolah;13 kelas; 37 guru; 429 murid
  3. Kuala Selangor: 1 sekolah; 13kelas; 37 guru; 365 murid
  4. Hulu Langat: 2 sekolah; 42 kelas; 114guru; 1463 murid
  5. Hulu Selangor; 0 sekolah
  6. Sabak Bernam: 1 sekolah; 13kelas; 34 guru; 324 murid;
  7. Gombak: 2 sekolah; 37 kelas; 110 guru; 1231 murid
  8. Petaling: 2 sekolah; 60 kelas; 169guru; 2209 murid
  9. Sepang; 1 sekolah;16kelas; 45 guru; 462 murid
  10.  
  11.  
  12.  

Read More “Sekolah Rendah Agama Integrasi Selangor”  »»

SPIES model pendidikan universal

SPIES Wajar Dilaksanakan Di Semua Negeri Pakatan

501 views
SHAH ALAM, 18 NOV – Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) Selangor perlu diberikan pengiktirafan dan dilaksanakan di semua negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).
Cadangan ini dilontarkan oleh Ketua Perunding dan Latihan Baha Creative Consultants, Bahrom Abu Bakar ketika sesi ulasan pembentangan kertas kerja ‘Program S.P.I.E.S Selangor, Falsafah dan Perlaksanaan’ sempena dengan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara bertempat di Universiti Selangor (Unisel).
Menurutnya, jenama SPIES yang diilhamkan Exco Pendidikan Tinggi, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali ini merupakan satu mekanisma penambahbaikkan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1988.
“Saya melihat SPIES ini bukan suatu (program) yang ganjil tapi penambah baikkan kepada FPN,” katanya.
Falsafah Pendidikan Negara mengungkapkan:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
“Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Apa yang penting katanya, SPIES ini perlu dipersembahkan secara universal agar dapat diterima oleh seluruh masyarakat meskipun telah memperolehi pengiktirafan Sijil ISO9001:2008 dari SIRIM.
Mengulas lanjut mengenai kertas kerja yang dibentangkan oleh wakil Sekreteriat Exco Pendidikan Tinggi, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Dr Ruziah Ghazali, pasukan SPIES yang sedia ada mampu memberikan sumbangan lebih hebat kepada pembangunan sumber manusia negara jika diberikan dokongan dan pimpinan sewajarnya oleh semua pihak.
“Saya menyokong agar ditubuhkan sebuah akademi khusus SPIES ini.
“Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) perlu digerakkan khusus berorientasikan SPIES yang bergerak secara sukarelawan menembusi belia, pelajar, pekerja dan wanita.
“NGO ini perlu dibantu agar boleh bergerak secara fitrah dan meresapi dalam masyarakat di pelbagai kelompok dan sektor masyarakat,” jelasnya lagi.

Read More “SPIES model pendidikan universal”  »»

JAWAPAN SIDANG DUN MENGENAI KEMPEN ANTI ZINA


PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B DATO MARSUM BIN PAING
(DENGKIL)

TAJUK : KEMPEN ANTI ZINA
Gejala Sosial yang melibatkan generasi muda terutama kelahiran bayi tidak sah taraf begitu berleluasa di Negeri Selangor
a)      Apakah tindakan kerajaan terutama kempen anti zina yang tidak berkesan langsung hanya sekadar banner sahaja?

JAWAPAN :

1.   Saya mahu tegaskan di sini bahawa kerajaan Selangor sentiasa mengambil tindakan yang holistik ,berjangka panjang dan inklusif dengan menggunakan segala sumber yang sudah ada dan mengupayakan segala sumber  termasuk rakyat dan pimpinan rakyat untuk menyokong dan mendokong satu gerakan bersama membasmikan masalah zina yang tidak mahu diatasi oleh kerajaan UMNO-BN dahulu.

2.   Keseriusan pihak kerajaan(political will) kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dibukti dengan  langkah-langkah berikut:

 i) mewujudkan  JAWATANKUASA INDUK MENANGANI GEJALA SOSIAL
ii)peruntukan khusus sebanyak RM1juta setahun berbandingkan dengan kerajaan BN sebelum ini yang hanya memperuntukkan RM10 sahaja setahun;
iii) sedang mewujudkan satu sistem pengurusan sosial yang  dibangunkan dan diuruskan untuk fasa pertamanya di FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL UNISEL  untuk membangun sistem data segala prasarana, sumber fizikal dan juga sumber tenaga manusia yang akan di kursuskan untuk menangani gejala sosial di peringkat kawasan setempat serta sistem sokongan. Laporan terus kepada Pusat Pengurusan Sosial Selangor(PPSS) secara maya dan melalui penyelia setempat seperti ketua kampung/penghulu mengenai insiden gejala sosial dan akan masukkan data terkini dalam sistem ini dan membantu kerajaan negeri daripada mengesan trend, memantau keberkesanan dan kecekapan ‘key personnel’ untuk mengambil tindakan dan penerima input terus daripada masyarakat umum dan pengadu khusus.

3.   Melalui Program Generasi Idaman Selangor (GeMS)  Kerajaan Negeri Selangor  mahu mengatasi isu gejala sosial bukan sahaja masalah zina  di Negeri Selangor. Langkah dan tindakan kerajaan negeri terutamanya  Kempen Anti Zina  bukan sekadar banner tetapi Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan jawatankuasa menangani gejala sosial (peringkat INDUK DAN PERINGKAT DAERAH )yang dianggotai oleh jabatan serta agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemimpin akar umbi seperti JKKK,  ibubapa, masjid/surau seperti berikut :

a.   Pejabat Daerah
b.   Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk PeBT
c.   Polis Diraja Malaysia
d.   Jabatan Agama Islam Selangor
e.   Jabatan Pelajaran Selangor
f.     Agensi Anti Dadah Kebangsaan
g.   Jabatan Kebaikan Masyarakat
h.   Jabatan Agama Islam Selangor
i.     Jabatan Imigresen
j.     Jabatan Penjara
k.   Jabatan Kesihatan
l.     Jabatan Pendaftaran Negara
m. RELA
n.   Pertubuhan Belia
o.   Pertubuhan Wanita
p.   Institusi Pengajian Tinggi
q.   Majlis Permuafakatan Guru MPPBIG
r.     Majlis Permuafakatan Tadika Selangor
s.   Majlis Institusi Pendidikan Islam Selangor
t.     Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor
u.   Ketua-ketua kaum
v.   Persatuan Pesara
w.  Kaunselor

4.   Peranan jawatankuasa ini untuk menjadi penyelaras yang dapat menghasilkan perancangan strategik dalam meningkatkan usaha menangani gejala sosial secara efektif.
5.   Hasil daripada jawatankuasa terdapat beberapa program yang telah dilaksanakan antaranya :

a.   Kempen Anti Zina (7siri) yang disertai bersama oleh 40 NGO Islam
b.   Seminar Pengurusan Cinta(JOM JODOH)
c.   Kursus Kepimpinan Masyarakat
d.   Pusat Sehenti Gems(One-Stop GeMS Centre)
e.   Pengupayaan sistem sokongan masyarakat termasuk pengukuhan keluarga
f.     Menonjolkan ikon remaja/belia positif sebagai idola alternatif seperti celebriti berakhlak dan  tunas ILMUWAN
g.   Mewujudkan trend budaya positif(trend setting) di kalangan pemimpin dan pelaksana hingga ke masyarakat umum
h.   Memperbanyakkan program pembangunan jaringan sosial

6.   Sehingga kini sebanyak 7 kali operasi sempena Kempen Anti Zina diadakan untuk mencegah dan menangani masalah zina. Statistik tangkapan adalah seperti berikut :

STATISTIK TANGKAPAN SEPANJANG PROGRAM KEMPEN
ANTI ZINA SIRI 2, 3, 4, 5 DAN 7
                                                       

DAERAH
BILANGAN TANGKAPAN
SIRI 2
SIRI 3
SIRI 4
SIRI 5
SIRI 7
PETALING
28
25
36
20
40  
KLANG
6
7
12
21
14

STATISTIK TANGKAPAN SEPANJANG PROGRAM KEMPEN
ANTI ZINA SIRI 2, 3, 4, 5 DAN 7

DAERAH
BILANGAN TANGKAPAN
SIRI 2
SIRI 3
SIRI 4
SIRI 5
SIRI 7
KUALA LANGAT
4
4
9
4
12  
KUALA SELANGOR
2
2
18
3
3  
GOMBAK
24
14
7
37
14  
SEPANG
12
12
3
5
8
HULU LANGAT
40
4
12
12
12  
SABAK BERNAM
2
2
1
4
Tiada
HULU SELANGOR
-
1
1
10
18  
JUMLAH
118
71
99
116
121

GRAF BILANGAN TANGKAPAN PASANGAN

Text Box: BILANGAN TANGKAPAN

          Statistik di atas menunjukkan bahawa penurunan di beberapa Daerah seperti           Kuala Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sabak Bernam, manakala  di           Daerah- Daerah lain mencatatkan sedikit peningkatan tangkapan iaitu Daerah           Kuala Langat, Sepang, dan Hulu Selangor. Terdapat beberapa faktor yang           menunjukkan peningkatan  kes seperti di Hulu Selangor terdapat banyak kes           tangkapan yang di buat di apartmen yang bersempadan dengan Genting           Highlands dan ia adalah antara salah satu faktor penyumbang berlakunya kes           khalwat ataupun zina.

7.   Indikator bagi keberkesanan sesuatu program yang dianjurkan  tidak hanya diukur dengan angka-angka tangkapan yang dibuat. Langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah untuk terus meningkatkan kesedaran kepada masyarakat untuk mengetahui hukum-hakamnya berkaitan perbuatan zina. Dengan kesedaran ini masyarakat itu bersifat rasional dan emosional kerana situasi semasa menunjukkan berlaku trend yang meninggalkan hukum dan larangan Allah SWT. Selain itu, strategi menggunakan platform banner sebagai sistem penyebaran maklumat kepada masyarakat  dan ia merupakan salah satu medium yang di gunakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa usaha menangani masalah zina perlu ditangani oleh semua pihak. Peranan Banner amat penting bagi memberi maklumat kepada rakyat bahawa zina merupakan salah satu masalah sosial yang melanda masyarakat masa kini. Perkara yang lebih luas harus dilihat dalam aspek penggunaan banner ialah satu cara meuar-uarkan apa sahaja dasar dan program yang dijalankan serta apa-apa maklumat lebih –lebih lagi dalam konteks dasar tidak demokratik kerajaan persekutuan BN yang menafikan hak kerajaan negeri untuk diperuntukkan ruang dalam media massa perdana.

Adalah tidak adil mengatakan kempen anti zina sekadar banner sahaja kerana penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah digembeleng dan melibat 3 fasa dan membuktikan kegigihan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat. Ada yang menyengkang mata sehingga subuh untuk menyelamatkan remaja-belia yang tersasar dalam operasi bersepadu ke tempat maksiat.





b)      Apakah langkah pencegahan yang diambil dalam mengatasi gejala tersebut?

JAWAPAN :

1.   Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor telah memutuskan untuk melaksanakan program-program menangani gejala sosial berdasar 5 P iaitu :

a.   Pencegahan
Program yang dijalankan kepada golongan yang berisiko tinggi yang masih lagi tidak terjebak tetapi terdedah kepada masalah sosial seperti remaja, belia dan kanak-kanak. Antara aktiviti positif yang dijalankan yang bercorak interaktif dan menyeronokkan dan diterapkan elemen SPIES untuk menanam nilai diri dan suburkan kekuatan dalaman untuk membina penangkis anasir negatif dan membekalkan kepada mereka skil menyelesaikan masalah hidup dalam suasana bergelora.
b.   Pembangunan dan Pemulihan
Dilaksanakan secara berterusan kepada mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti kaunseling berkala dan dirujuk ke Pusat Pemulihan Akhlak. Jawatankuasa Masjid, JKKK, PIBG serta Badan Bukan Kerajaan akan dilibatkan secara aktif untuk memastikan pendekatan “Terapi Keluarga”

c.   Pencelahan dan Penguatkuasaan
Dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut keperluan dan dilaksanakan oleh jabatan dan agensi kerajaan berkaitan.

2.   Terdapat pelbagai program yang telah dilaksanakan untuk mencegah berlakunya gejala sosial seperti Seminar Pengurusan Cinta di Sembilan Daerah di Negeri Selangor yang melibatkan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan serta pimpinan masyarakat. Seminar ini memberi pendedahan kepada remaja mengenai kaedah pengurusan cinta yang mengikut syariat Islam serta keperluan cinta dalam kehidupan dan secara langsung mencegah mereka daripada terjebak dengan perkara maksiat atau zina.

3.   Selain itu, pendedahan pencegahan untuk menangani gejala sosial juga diadakan dalam siri ceramah yang berbentuk santai serta persembahan daripada artis tempatan. Kaedah seumpama ini dilaksanakan bertujuan untuk menarik golongan belia dan remaja untuk terlibat dalam program ini.  Kejayaan penganjuran Sambutan Tahun Baru 2012 yang mencatatkan pengunjung seramai 80 000 orang di Dataran Kemerdekaan Shah Alam telah membuktikan Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan sangat serius dalam usaha menangani gejala sosial. Inisiatif ini akan diteruskan pada masa hadapan untuk menggalakkan remaja dan belia khusus untuk meraikan sesuatu sambutan dalam bentuk terkawal dan tidak melanggar batas-batas Islam yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan kes maksiat dan jenayah.




c)      Berapa ramai yang telah diberi bimbingan oleh kerajaan kepada mereka yang terlibat ?

JAWAPAN :

   a)        Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor telah melaksanakan Kursus Bimbingan Rohani (KUBRO) kepada pesalah-pesalah jenayah syariah yang terlibat. Sehingga kini seramai 2250 orang telah menghadiri kursus ini yang bermula pada tahun 2009.

Read More “JAWAPAN SIDANG DUN MENGENAI KEMPEN ANTI ZINA”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com