Pray For MH370

Pray For MH370

BANTUAN PERKAHWINAN BELIA KURANG MAMPU:Projek perintis GeMS

Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Kerajaan Selangor yang dijenama sebagai GeMS(GENERASI IDAMAN SELANGOR) mengorak langkah maju ke depan untuk membantu belia yang sudah perlu atau mahu berkahwin tetapi kurang mampu untuk mengikat tali pernikahan yang sah dalam PROGRAM PERKAHWINAN PERDANA.
     Satu program perintis akan diadakan di Klang dan akan diselaraskan oleh JAWATANKUASA GeMS DAERAH KLANG yang dipengerusi oleh Pegawai Daerah Klang dan melibatkan jabatan dan agensi kerajaan ketua-ketua kampung serta 2 masjid di Klang.
    Program ini perlu dimanfaat oleh muda-mudi yang perlu bantuan daripada kos penyediaan makanan, baju pengantin serta segala kos yang terlibat daripada penganjuran perkahwinan. Justeru untuk membantu belia yang perlu dengan menyediakan baju pengantin, makanan,urusan pendaftaran perkahwinan, ujian saring HIV, pasukan polis serta penguatkuasa MPK akan membantu daripada segi konvoi pengantin lelaki dan keluarga.
   Pasukan sukarelawan BRIGED AMAL SELANGOR juga akan bertugas sebagai penanggah dan tugas-tugas khas bagi mempasti perjalanan majlis lancar.

Perincian program:
Tarikh; 26.3.11
(sabtu)
8.30pg:      Ketibaan pengantin lelaki dan keluarga di MASJID MUTTAQIN, KPG SG UDANG, KLANG
                   Ketibaan pengantin perempuan dan keluarga di MASJID NURUL AMIN, KPG  
                   DELEK,KLANG

9.30pg:      Konvoi pengantin-pengantin lelaki di dahului dengan konvoi bermotor belia
                   Perarakan dengan pasukan kompang
                   Di sambut dengan persembahan silat  di MASJID NURUL AMIN, Kpg Delek, KLANG

10.30pg     KHUTBAH nikah oleh YB EXCO AGAMA
                    Majlis akad nikah
                    Ucapan perasmian YAB DATO' MENTERI BESAR
12.30tgh     Jamuan


9.00mlm; FORUM KELUARGA BAHAGIA


TARGET: 50 orang pasangan
KEUTAMAAN: pasangan daripada keluarga asnaf/muallaf/bermasalah
UNTUK BELIA/BELIAWANIS SELANGOR (belia daripada daerah lain juga boleh memohon: diutamakan dariapda KLANG)

Sila hubungi nombor di atas blog ini untuk keterangan lanjut atau
daftar di PEJABAT ADUN SELAT KLANG ATAU
ONE-STOP GeMS  Centre, BLOK L , PANGSAPURI SRI PERANTAU , PELABUHAN KLANG
 ATAU PEJABAT AGAMA KLANG

Read More “BANTUAN PERKAHWINAN BELIA KURANG MAMPU:Projek perintis GeMS”  »»

Hanya Engkau tujuanku,hanya Engkau yang patut jadi tumpuan cintaku

Vitamin spiritual mujarab

Read More “Hanya Engkau tujuanku,hanya Engkau yang patut jadi tumpuan cintaku”  »»

HIBURAN KHAS UNTUK PENGUNDI MERLIMAU DAN KERDAU

KENALI PARTI BULAN
jom undi bulan!

Read More “HIBURAN KHAS UNTUK PENGUNDI MERLIMAU DAN KERDAU”  »»

KHUSUS KEPADA PENGUNDI KERDAU DAN MERLIMAU: SILA FIKIR-FIKIR

Untuk pilih menantu pun perlua pilih ikut kriteria.Nak pilih sekolah pun mesti pilih yang terbaik. Nak tanam buah pun kita pilih benih yang terbaik. Nak pilih ketua kampung pun mesti teliti inikan pula nak pilih wakil rakyat yang mewakili suara rakyat seluruh kawasan DUNnya

Read More “KHUSUS KEPADA PENGUNDI KERDAU DAN MERLIMAU: SILA FIKIR-FIKIR”  »»

MESIR: OPS EHSAN PELAJAR SELANGOR: UPDATES



4.3.11
SHAH ALAM
Perbincangan terkini dengan JAIS dan TOURISM SELANGOR yang di arah untuk mengendalikan penerbangan pulang pelajar Selangor ke Mesir:
Jadual Penerbangan 12.3.11 -15.3.11(1penerbangan sehari)

Urusan visa dikendalikan oleh Tourism Selangor melalui BPI JAIS
Logistik pengangkutan di Mesir dikendalikan oleh JAIS dan pegawai LEMBAGA ZAKAT SELANGOT bersama BKASM,PMRAM dan ILMAM.
Pelajar di minta mendaftarkan diri bersama BKASM  dan JAIS supaya kebajikan pelajar mudah dipantau dan sekira ada keberangkalian berlaku kecemasan kepada pelajar, kerajaan negeri lebih mudah untuk membantu sekiranya sudah ada dalam pangkalan data negeri.

Read More “MESIR: OPS EHSAN PELAJAR SELANGOR: UPDATES”  »»

PERHATIAN: OPS EHSAN PELAJAR MESIR: perjumpaan dengan MB SELANGOR

TARIKH: 4..3.11(Jumaat)
VENUE: MASJID NEGERI SHAH ALAM
WAKTU: 
2.30ptg Pendaftaran, pengumpulan pasport/check visa
4.30ptg-6.30ptg: program jati diri
 Perjumpaan bersama YAB MENTERI BESAR SELANGOR

SILA BAWA 

1.PASSPORT

2.2 keping GAMBAR SAIZ PASPORT(BERLATAR BELAKANG PUTIH)
 
                                  3. KAD PELAJAR

pemberitahuan penting:
Ramai pelajar yang tidak mempunyai visa, maka penerbangan awal yang dijangka mahu dimulakan 6.3.11 tidak boleh dijalankan.
Penerbangan charter dijangka bermula 12.3.11 

Read More “PERHATIAN: OPS EHSAN PELAJAR MESIR: perjumpaan dengan MB SELANGOR”  »»

PERHATIAN KEPADA MAHASISWA: PINJAMAN TANPA FAEDAH KERAJAAN SELANGOR

Bagi semua pelajar rakyat Selangor sila ambil perhatian tarikh tutup permohonan pinjaman ubah alih kerajaan Selangor(convertible loan) untuk fasa 1 ialah 1.4.11
Sila hantar permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat kepada BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA, SUK SHAH ALAM
Semoga berjaya


IKLAN
TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
SESI PERTAMA TAHUN 2011
Tarikh Tutup Permohonan Pada 1 April 2011
Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Pertama Tahun 2011 bermula pada 31 Januari 2011 (Isnin).
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
2. Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).
(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor:
Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.
3. Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:
Peringkat Pengajian  Kelayakan Akademik
Ijazah Pertama
  • Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM;
  • atau Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM.
Diploma
  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
Sijil (IPTA)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.



PROSEDUR PERMOHONAN
1. Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui:

(i) Kaunter: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau

(ii) Pos: Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm x 23 cm yang dilekatkan dengan setem RM1.00 ringgit beralamat sendiri serta no. telefon untuk dihubungi beserta wang pos/ money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut di bawah.
Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-55212275 / 55447480/ 55447543
2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2011 (Jumaat). Borang-borang yang diterima selepas tarikh tersebut atau didapati tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Urus Setia di talian 03-55447480 / 55212275.
3. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangor www.selangor.gov.my

download MUAT TURUN IKLAN TAWARAN SESI 1/2011 VERSI PDF


Read More “PERHATIAN KEPADA MAHASISWA: PINJAMAN TANPA FAEDAH KERAJAAN SELANGOR”  »»

PROGRAM TUISYEN PERCUMA KERAJAAN SELANGOR CALON SPM

Teras utama pembangunan Selangor ialah memacu pembangunan modal insan.

EXCO PENDIDIKAN SELANGOR telah mewujudkan program tuisyen rakyat Selangor(PTRS) untuk tahun ketiga ini bagi mempastikan calon-calon SPM khususnya yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah diberi peluang semaksima untuk meraih sekurang-kurang 5 kredit dalam SPM. Ini sekaligus melayakkan mereka masuk IPTA.

Setelah mendapat tawaran masuk ke universiti /kolej mereka diberi hadiah rangsangan RM1000.00 bagi mempastikan mereka terus berjaya hingga mampu membantu keluarga mereka keluar dari belenggu kemiskinan. Ini antara strategi kerajaan Selangor untuk meminimakan kemiskinan di Selangor.

Bagi yang layak diminta menghubungi pusat khidmat masyarakat, khususnya KPMI (KOORDINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN) di setiap DUN di Selangor.

Sebanyak RM3.4JUTA telah diperuntukkan 3 tahun berturut-turut sejak PAKATAN RAKYAT mengambil alih pemerintahan kerajaan Selangor.

Read More “PROGRAM TUISYEN PERCUMA KERAJAAN SELANGOR CALON SPM”  »»

INSAFLAH WAHAI INSAN....hidup tidak kekal selama-lamanya

Sebelum kita berniat buat dosa alangkah baik kita ingat lagu ini...

Read More “INSAFLAH WAHAI INSAN....hidup tidak kekal selama-lamanya”  »»

Kerajaan Selangor bantu tempah tiket untuk pelajar Kelantan sekali!!

1.3.11
Kerajaan Selangor bersetuju membantu urusan penempahan tiket kapal terbang balik ke Mesir
untuk pelajar negeri Kelantan.Mesyuarat penyelarasan bersama wakil pejabat Menteri Besar Klenatan , En Nor Azman Mohd Nawi dan wakil Yayasan Kelantan di bangunan SUK SHAH ALAM SELANGOR.
YB EXCO PENDIDIKAN SELANGOR bersama YB SUK Selangor mengendalai perjumpaan khas bersama wakil sistem penerbangan dan Tourism Selangor, Lembaga Zakat Selangor, JAIS, Badan Kebajikan Selangor Mesir, PMRAM, ILMAM dan Briged Amal Selangor serta Setiausaha Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Hjh Siti Munirah.

PEMBERITAHUAN PENTING:
Untuk pelajar Selangor:
1.   Mutakhir difahamkan ada pelajar yang tidak mempunyai visa maka BPI, Bahagian Pendidikan Islam JAIS akan mengumpul passport yang diserahkan oleh pelajar semasa program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor iaitu:
28.2.11;
2-3.11;
4.3.11
Sila berkumpul di masjid negeri 7.30pg untuk urusan pengangkutan ke tempat program 2-3.3.11

2. Pelajar di minta membawa kad pelajar bagi urusan visa

3.Penerbangan terawal dijangka 6.3.11 bagi pelajar perubatan yang perlu menduduki peperiksaan dan tiada masalah visa;
Penerbangan seterusnya dijangka 9-14.3.11

PASTIKAN PELAJAR SELANGOR BERDAFTAR DENGAN JAIS!
Segala kemusykilan sila hubungi bilik operasi SELANGOR seperti tertera di atas blog ini.

4. Bagi pelajar Kelantan sila hubungi bilik operasi kerajaan Kelantan untuk didaftarkan kerana pembiayaan akan dibuat oleh kerajaan Kelantan.

YB DR HJH HALIMAH ALI
EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR
merangkap
Penyelaras OPS EHSAN  pelajar Mesir Selangor-Kelantan

Read More “Kerajaan Selangor bantu tempah tiket untuk pelajar Kelantan sekali!!”  »»

OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR: PROGRAM SIRI KE II : 2- 3.3.2011

Program holistik khas siri I untuk pelajar Mesir yang akan dibiayai penghantaran pulang oleh kerajaan Selangor telah  bermula pada 28.2.11. Seramai 142 orang pelajar perubatan /pergigian dan 30 pelajar pengajian Islam menyertai kursus SPIES , pemeriksaan kesihatan, pengupayaan pelajar melalui teknik  brain mapping serta  pengurusan pendaftaran pelajar bagi urusan penempahan tiket.

Di samping dialog serta motivasi pelajar MODUL ini diharap dapat  membantu pelajar Selangor yang bakal meneruskan pelajaran mereka supaya sentiasa berusaha meningkatkan daya tahan, daya maju dan daya juang serta daya saing agar mampu meraih kejayaan dunia dan akhirat. Pelajar juga diingatkan agat hormat dan taat kepada ibubapa serta Allah dan Rasul s.aw.

Siri ke II akan bermula dari 2 - 3.3.11

BAS disediakan untuk pengangkutan peserta di MASJID NEGERI di Shah Alam pada 7.30pg

PASTIKAN ANDA HADIR TEPAT PADA MASANYA!!

SILA BAWA PASPORT ANTARABANGSA

Read More “OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR: PROGRAM SIRI KE II : 2- 3.3.2011”  »»

TAKBIR! MOGA ALLAH MERAHMATI mereka yang berada di jalan yang benar

Does America really practise freedom of faith? Is there real evidence of truth seeking? Why the worry?

Read More “TAKBIR! MOGA ALLAH MERAHMATI mereka yang berada di jalan yang benar”  »»

Come on, friends! Come along, we have a big mission!I need your help

Who will really want to think about others when the norm is self centredness?! Who would really want to contribute when capitalism is the norm and hedonism the life?Who would care for others when they can't really care for themselves?
Let's do mind jogging and heart cleansing and soul finding!

Read More “Come on, friends! Come along, we have a big mission!I need your help”  »»

KONSERT MAHER ZAIN TEMPAT UKHUWWAH FILLAH







Read More “KONSERT MAHER ZAIN TEMPAT UKHUWWAH FILLAH”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com