PUSAT KOMUNITI WANITA BERDAYA
DUN SELAT KLANG
20/10/12
YB Dr Hjh Halimah Ali melancarkan program kitar semula sisa minyak masak anjuran PUSAT WANITA BERDAYA DUN SELAT KLANG dengan kerjasama LUAS dan syarikat kilang biodiesel.
Alhamdulillah, sambutan daripada wanita yang terdiri daripada surirumah. Minyak dapur yang telah banyak dibuang begitu sahaja samada terus ke sinki yang akhirnya akan menuju longkang, parit, sungai dan seterusnya ke laut.
Tidak kurang peniaga goreng pisang, dan warung-warung yang menuangkan minyak sisa dapur ini ke dalam tong sampah atau terus ke longkang.
Dengan usaha menggunakan sisa minyak ini untuk diproses atau dikitar semula untuk melahirkan bahan tenaga khususnya biodiesel yang menggantikan diesel biasa.
Yang menakjubkan asap yang keluar daripada exhaust kereta yang dibawa syarikat tersebut oleh JAAFAR ABDULLAH berwarna putih yang hanya samar-samr. Baunya pula mirip bau yang seperti bau goreng di dapur.
Tidak ada bau teruk yang lazim keluar daripada kereta yang menggunakan diesel biasa.
Difahamkan oleh En Mazlan, Penolong Pengarah ALAM SEKITAR daripada LUAS, maintenance kereta juga mudah kerana combustion atau pembakaran biodiesel ini lebih efisyen dan bersih.
Turut hadir JKKK , wakil masjid dan PA ADUN SELAT KLANG.
Tahniah kepada Hjh Pujiah Bahran, Ustazah Muntamah dan Puan Anees kerana berjaya mencari ruang memberdayakan wanita. Boleh jual sisa minyak!
Read More “ADUN SELAT KLANG sokong sepenuhnya usaha kitar semula sisa minyak” »»
Laporan Ketua Audit Negara dalam aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor tahun 2011 mendapati, bangunan tambahan sekolah agama Kota Masai, Johor Bahru - sebuah rumah kedai itu menempatkan lebih 3,000 pelajar dan mengalami masalah kekurangan bilik darjah.
"Pemerhatian Audit mendapati sekolah yang menumpang di balai raya, surau dan bangunan sekolah milik Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak lagi digunakan tidak menghadapi masalah sehingga kini kerana bilangan murid yang tidak terlalu ramai dan kemudahan asas yang mencukupi.

pembelajaran adalah kurang selesa disebabkan gangguan bunyi bising daripada kedai dan bengkel kereta berhampiran kerana ditempatkan di bangunan rumah kedai yang disewa," laporan audit dipetik.
Selain masalah pembelajaran, keselamatan murid juga tidak terjamin disebabkan tiada kawalan keselamatan.
Menurut laporan audit, kedudukan sekolah tersebut menumpang adalah disebabkan tiada tapak yang diwakafkan untuk pembinaan sekolah agama.
Selain itu, kerja membaik pulih kerosakan sekolah juga tergendala akibat kekurangan peruntukan.
Menurut laporan itu, jumlah peruntukan yang diluluskan ialah sebanyak RM5.43 juta. Bagaimanapun, permohonan bagi membaik pulih kerosakan dianggar berjumlah RM10.47 juta.
"Semenjak tahun 2009 hingga kini, tiada program baik pulih dilaksanakan walaupun terdapat permohonan pada tahun 2010 dan 2011 oleh SA Kampung Pasir Putih dan SA Pekan Nanas.

kepada murid, guru dan harta benda sekolah selain mengaibkan imej SA berbanding sekolah kebangsaan," kata laporan itu.
Antara masalah lain yang dihadapi oleh sekolah agama di Johor ialah kekurangan kemudahan infrastruktur asas, perabot sekolah yang rosak dan uzur, kekurangan guru dan kakitangan sokongan serta pengurusan aset dan inventori yang perlu dibaiki.
Menurut maklum balas Jabatan Agama Johor dalam laporan itu menyebut, kekurangan kemudahan infrastruktur di sekolah agama disebabkan kekangan kewangan sehingga pihak mereka perlu peruntukan daripada Majlis Agama Islam Johor bagi memenuhi keperluan tersebut.
Maklum balas itu menyebut lagi, pada tahun 2011, tiada peruntukan untuk pembelian perabot diterima daripada kerajaan negeri.