Pray For MH370

Pray For MH370

PENGUNDI HANTU DI MANA ASAL USUL KAU

Taktik hina Umno/ BN untuk merampas Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sedang beroperasi dengan liciknya. Dengan taktik ini  BN berjaya menumbangkan kerajaan PAS Terengganu pada PRU ke-11 apabila memindahkan pengundi Selangor ke Terengganu. Kini PAS Selangor sedang mengadakan operasi mengesan pemilik-pemilik kad pengenalan (IC) yang diragui di Selangor.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor, Khairuddin Othman  berkata, operasi tersebut dilakukan dengan pergi dari rumah ke rumah mengikut alamat di IC.

Ia berikutan pertambahan mendadak pengundi di Selangor yang mencecah 450,000, manakala 130,000 pula tidak dapat dikesan berdasarkan alamat yang didaftarkan.



Lebih ramai 'pengundi hantu' dapat surat Najib

 Kad ucapan PM bantu Pakatan kesan pengundi hantu

Kad tahun baru yang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengundi di Selangor secara tidak langsung telah membantu Pakatan Rakyat untuk mengesan pengundi 'hantu'.

Wakil rakyatnya kini meminta pengundi untuk melaporkan kepada pusat perkhidmatan terdekat yang dikendalikan oleh Pakatan jika kad yang dihantar ke alamat mereka ditujukan kepada orang yang tidak dikenali.

ADUN PKR Rawang Gan Pei Nei , yang juga anggota sekretariat Pakatan Rakyat Selangor, memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya memutuskan dalam mesyuaratnya pada hari Isnin untuk mengumpul maklumat tersebut dari pengundi.

Beliau berkata tiga ADUN - Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Halimah Ali (Selat Klang) dan beliau sendiri - telah membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat itu, selepas mereka menerima aduan.

"Saya menerima aduan dari seorang penduduk di Rawang bahawa kad yang diterimanya, dialamatkan kepada seorang wanita India," kata Gan.

"Dia bertanya kepada jiran-jirannya tetapi tidak seorang pun kenal wanita tersebut. Jadi dia mengesyaki wanita itu adalah pengundi 'hantu'. Kami akan menyemak aduan ini. "

Aduan akan disemak

Gan berkata Teng mendedahkan seorang pengundi di kawasan pilihan rayanya terkejut apabila menerima kad atas namanya dan alamat baru, kerana dia telah berpindah tetapi belum lagi mengemaskini alamatnya dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

 Gan, jika kes-kes ini disahkan, Pakatan akan memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gan telah meletakkan mesej di laman Facebook beliau yang menyeru
pengundi memberi maklumat kepada Pakatan jika mereka menerima kad ucapan yang 'mencurigakan'.

Isnin lalu, Exco Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah mempersoalkan bagaimana BN mendapat alamat terkini pengundi, dan sama ada BN atau kerajaan yang membiayai kos kad tersebut.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendakwa bahawa satu kajian oleh kerajaan negeri Selangor terhadap pengundi baru dalam suku keempat 2011, mendapati kira-kira 134,000 yang tidak dapat dikesan.

Read More “PENGUNDI HANTU DI MANA ASAL USUL KAU”  »»

PAHANG "BERANGAN" JUAL AIR PADA SELANGOR...

Read More “PAHANG "BERANGAN" JUAL AIR PADA SELANGOR...”  »»

SATU LAGI PROJEK KERA DI HUTAN DISUSUKAN OLEH UMNO

United Statess Sports Academy (USSA) mengaku bahawa  International Diploma in Physical Education and Scholastic Sports (IDPESS) adalah satu program baru yang direkabentuk khas atas permintaan Muhyidin.

 Seramai seribu guru pendidkan jasmani telah menjalani kursus di atas sebagai projek perintis dan menelan belanja RM22.9 juta.


Jelaskan kenapa kos melatih guru sukan di USSA itu empat kali ganda berbanding Diploma in Pengajian Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sedangkan kos untuk melatih guru sukan di UITM hanya RM5,709 seorang untuk enam semester. Di mana maruah  Naib Cancellor UiTM yang juga bekas individu penting di Kementerian Pengajian Tinggi serta staf Fakulti Sains Sukan UiTM?

Projek bersama USSA bakal memaksa rakyat menampung kos RM1.15 bilion sekiranya diteruskan untuk melatih lima puluh ribu guru P.J. seluruh negara.


Di kawasan Parlimen TPM sendiri iaitu Pagoh, pelajar sekolah agama terpaksa berpuas hati dengan ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai


Malaysia Deputy Prime Minister Receives International Honorary Doctorate from the Academy
Published January 18, 2013

The United States Sports Academy honored His Excellency Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin with a 2012 International Honorary Doctorate Thursday, Jan. 17 at its campus in Daphne, Ala.

“It is a great honor for me to be here today to receive an Honorary Doctorate from the Academy and will be a moment I shall cherish,” said Muhyiddin, who is both Malaysia’s Deputy Prime Minister and Minister of Education. “Sports always has been a passion of mine. I am convinced that sports is able to play an important role in not just developing oneself, but having a multiplier effect on molding and unifying a nation.”

This led to the Malaysia Ministry of Education (MOE), which Muhyiddin heads, approving the Academy’s latest sports education program for Malaysia—the International Diploma in Physical Education and Scholastic Sports (IDPESS). .

The Academy recently completed training the first 1,000 Malaysian educators from June to December and plans call for tens of thousands more to eventually go through IDPESS over the next several years. The Academy’s 10-course diploma program is approved by the Malaysian Qualifications Authority (MQA), a national accrediting body.




http://ussa.edu/publications/news/2013/01/18/malaysia-deputy-prime-minister-receives-international-honorary-doctorate-from-the-academy/

Muhyidin dapat 'doktor', USSA dapat projek http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16171-muhyidin-dapat-doktor-ussa-dapat-projek

Read More “SATU LAGI PROJEK KERA DI HUTAN DISUSUKAN OLEH UMNO”  »»

BERSIH 2.0 DAN 3.0 MEMANG PATUT

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negara ini  duduk di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Manakala Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berfungsi sebagai agensi pendaftaran lahir,  mati , kawin,  cerai dan kewarganegaraan terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mana bosnya ialah Perdana Menteri Malaysia. Kesimpulannya, huru hara yang disebut oleh TS Rashid datang dari menteri perdana dan kuasa individu ini hanya dengan mengangkat telefon atau menulis memo.



Siapa tak kenal bekas Pengerusi SPR, pernah berkhidmat 27 tahun di SPR.

“Masalah kad pengenalan dan bukannya masalah SPR, dia tidak ada kuasa, masuk campur dalam itu.. ini huru hara, itu JPN."kata TS Rashid.  "Saya hanya menurut perintah" mungkin bunyi bisikan hati kecil beliau.


 Kena ubah sistem pilihan raya – Tan Sri Rashid   

Aslani M,     23 Jan 2013

KOTA BHARU: “Kena ubah sistem pilihan raya yang ada sekarang, saya cadangkan kita daftar semula pemilih buat macam banci penduduk.



“Sekarang timbul macam-macam orang yang mati pun didakwa mengundi,” kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.



Menurutnya dengan langkah tersebut barulah daftar pemilih betul-betul bersih.



“Daftar pemilih sekarang saya tak kata tak bersih. Ini kerana daftar pengundi tidak boleh bersih dengan undang-undang yang ada dan keadaan sekarang,” ujarnya pada forum pemantauan PRU-13, “Kuasa Rakyat dan Menangani Isu-Isu Semasa” anjuran Gabungan NGO Kelantan di sini, kelmarin.



Turut bertindak sebagai panelis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat. Manakala Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh bertindak sebagai moderator.



Forum tersebut dianjurkan Gabungan NGO Kelantan yang dipengerusikan Dr Abdul Halim Yusof, diadakan di Balai Islam.



Abdul Rashid ketika memberitahu khalayak tidak berpihak pada mana-mana parti, turut mengakui daftar pemilih mempunyai masalah besar.



“Masalah kad pengenalan dan bukannya masalah SPR, dia tidak ada kuasa, masuk campur dalam itu.. ini huru hara, itu JPN.



“Ada IC boleh daftar, masalah di Sabah saya tahu, masa itu saya sebagai Setiausaha SPR, orang itu diberi warga negara dan ada hak hendak daftar sebagai pemilih,” tambahnya.



Menurutnya pada masa lampau ketua-ketua kaum datang membawa penduduk yang hendak mendaftar sebagai pengundi.



Beliau yang berkhidmat 27 tahun di SPR berkata, badan pengendali pilihan raya itu memberi hak untuk mengundi tidak kira kepada sesiapa, asalkan ada dalam daftar pemilih.

Sumber: harakahdaily, Sinar Harian, Wikipedia

Berminat? Lihat SPR bersekongkol dengan JPN dulu, kini,  

Read More “BERSIH 2.0 DAN 3.0 MEMANG PATUT”  »»

BAKAL PENGUNDI HANTU....MASIH TAK PERCAYA HANTU PILIHANRAYA ?

Sumber harakahdaily/ http://shalehudin.blogspot.com

Read More “BAKAL PENGUNDI HANTU....MASIH TAK PERCAYA HANTU PILIHANRAYA ?”  »»

1-800-88-2824 ADUAN JALAN ROSAK


 Ops Tampal Jalan seluruh Selangor   

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor dengan kerjasama 12 pihak berkuasa tempatan menjalankan Ops Tampal Jalan di semua jalan di negeri itu termasuk jalan persekutuan.



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dalam tempoh 1 sehingga 15 Januari lalu, sepanjang 56,642 meter persegi jalan rosak telah dibaiki di seluruh negeri.



“Banyak kerja-kerja ini masih berjalan dan akan diteruskan selagi aduan diterima daripada rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.



Justeru, katanya rakyat Selangor digalakkan membuat aduan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2824 atau menghubungi talian-talian yang disediakan PBT kawasan masing-masing.



Menruutnya, setiap aduan akan diambil tindakan segera dan setiap aduan akan direkodkan untuk kita mengambil tindakan susulan.



“Kita berharap rakyat mengambil peluang ini untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri meningkatkan mutu kemudahan awam untuk keselesaan bersama,” ujarnya.



Beliau berkata, Kerajaan Selangor prihatin dengan keluhan dan aduan rakyat terhadap keadaan jalan yang menjejaskan keselesaan rakyat.



Justeru, kata beliau kerajaan negeri menjalankan operasi itu termasuklah membaiki jalan persekutuan yang sepatutnya dibaiki oleh kerajaan Persekutuan.

Read More “1-800-88-2824 ADUAN JALAN ROSAK”  »»

UTUSAN SINONIM PENYEBAR FITNAH

Saman Khalid Samad  Utusan kalah lagi

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad. Pada 21 November lalu Hakim Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 bertajuk 'ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” adalah memfitnah ke atas Khalid Samad. Laporan penuh di SINI

  Mahkamah dapati Utusan fitnah Anwar

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu.

Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari.

Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" itu, Utusan memetik kenyataan bekas pemimpin PAS Datuk Hasan Ali yang mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.

sumber; malaysiakini

Read More “UTUSAN SINONIM PENYEBAR FITNAH”  »»

PEMBODOHAN MASSA OLEH MEDIA ARUS PERDANA

Pengundi kali pertama yang membentuk 30 peratus daripada 13 juta populasi pengundi, dilihat menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum ke-13. Laman media sosial terutama Facebook muncul sebagai salah satu platform paling penting bagi perkongsian maklumat .  71 peratus pengundi adalah pengguna Facebook, kebanyakannya mengakses laman web tersebut beberapa kali sehari,” menurut pemerhatian Merdeka Center. “Tidak seperti pengudi lebih tua yang secara umumnya lebih positif terhadap penguasa, mood pengundi baru dilihat terpecah diantara condong kepada status quo dan yang mahukan perubahan,” tambah badan tinjauan tersebut. Laporan penuh di SINI.


Tragedi pembodohan massa

20 JAN — Kehebohan yang berlaku di Malaysia beberapa hari lalu memperlihatkan bahawa media sosial sebagai senjata ampuh mempengaruhi dan mendedahkan isu tidak boleh diragui lagi. Setelah media sosial berperanan menjatuhkan beberapa kerajaan seperti di Tunisia dan Mesir, kini ia menghampiri Malaysia.

Belum pun reda fenomena Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) yang berlangsung jaya di Stadium Merdeka, Malaysia digegarkan dengan fenomena #listen iaitu video penghinaan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin terhadap mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS yang tersebar luas di laman sosial Facebook dan Twitter. Kedua-dua fenomena ini memunculkan satu hal yang sudah lama terjadi iaitu tragedi pembodohan massa.

#KL112 ditanggapi negatif hampir seluruh media cetak arus perdana kecuali akhbar berbahasa Cina dan Sinar Harian, satu-satunya akhbar berbahasa Malaysia yang berani mengambil sikap objektif. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa media berbahasa kebangsaan adalah media pembodohan terulung. Media elektronik juga berkelakuan sama dengan pembodohan demi pembodohan menjadi intipati berita.
Sangkaan bahawa media arus perdana akan berubah pasca tsunami politik 2008 jauh meleset. Malah sikap yang diambil semakin membuat rakyat sebal dengan kebebalan mereka. Pengalaman saya membaca akhbar baik Utusan Malaysia mahupun The Star mulai peristiwa Reformasi 1998 hingga kini sama sekali tidak menunjukkan mereka bergerak ke arah kecerdikan.

Alih-alih meratapi kematian media, kita diberi rezeki video penghinaan Sharifah Zohra Jabeen yang jauh lebih berkesan dalam membangkitkan kesedaran rakyat bahawa fenomena pembodohan tidak boleh ditoleransi sama sekali. Meski indoktrinisasi mahasiswa seperti yang terakam di dalam video itu bukan hal baru, bukti nyata sangat diperlukan dan di sini keberadaan media sosial sangat membantu.

Fenomena #listen mengingatkan kembali pembodohan-pembodohan yang saya alami sewaktu menuntut di UiTM pada 1999. Tahun itu sepanas 2012/2013 kerana pilihanraya umum akan menjelang dan dengan bersumberkan surat-surat layang, akhbar Harakah dan akhbar bawah tanah, pembodohan itu dilawan dengan laungan “boooo”. Maka rasmi lahirnya generasi Reformasi yang sudah memasuki umur 30an kini.

Fenomena #listen bukan sekadar soal menyokong Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN), tetapi jauh dari itu menyedarkan rakyat bahawa pembodohan adalah tragedi nasional seperti mana rasuah dan pemerkosaan. Kes calon Hakim Agung, Daming Sunusi yang terjadi baru-baru ini di Indonesia harus dijadikan pelajaran. Daming dalam fit and proper test di DPR membantah hukuman mati untuk pemerkosa dengan menyebut. “Yang diperkosa dengan yang memperkosa ini sama-sama menikmati. Jadi harus pikir-pikir terhadap hukuman mati”. Jangan sampai pembodohan nantinya diberi pembenaran seperti “Yang dirompak dengan yang merompak harta negara ini sama-sama menikmati. Jadi harus fikir-fikir terhadap perubahan”.

Sejak saya bersikap kritikal terhadap kerajaan mulai PRU ke-10, hujah mereka yang mempertahan kerajaan BN tetap sama; bersyukur, negara dah aman damai, Melayu gaduh bangsa lain tepuk tangan & kalau tak suka pindah/pulang ke negara lain/”asal”.

Andai tergerak mendukung kerajaan BN sekalipun, hujah saya adalah BN masih pilihan yang lebih baik berbanding PR kerana konsep perkongsian kuasa yang terbukti berjaya walaupun masih perkauman & BN berjaya membangun negara meski hubungan kaum rakyatnya sangat rapuh serta terdedah kepada perkelahian.

Mahu tidak mahu kemenangan PR diperlukan untuk melenyapkan polemik picisan seperti fenomena #listen, seterusnya beranjak ke polemik yang lebih penting dan berisi. Generasi muda masa hadapan diyakini akan lebih kritikal terhadap PR serta BN dan hal ini sangat penting untuk menguatkan masyarakat sivil sebagai kuasa ketiga yang mampu menggerunkan kedua-dua gabungan parti politik.

Barang harus diingat, pembodohan oleh PR terutama di kalangan generasi Reformasi terhadap anak-anak muda generasi tsunami politik sudah mulai menunjukkan bibitnya. Kelompok ini mendakwa sebagai yang paling memahami perjuangan dan sering memandang remeh dinamika perjuangan anak-anak muda yang jauh lebih progresif dan tidak bersifat partisan melulu.

Maka mengangkat PR bukan sekadar peralihan kuasa tetapi untuk meletak batu asas kepada wacana yang lebih cerdik buat generasi masa hadapan. Biarlah anak dan cucu kita mentertawakan generasi #listen asalkan mereka bebas merdeka dan tidak perlu #listen kepada sesiapa.

Read More “PEMBODOHAN MASSA OLEH MEDIA ARUS PERDANA”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com