Pray For MH370

Pray For MH370

Di atas adalah keratan akhbar the Star 28hb Mac 2008 yang memaparkan lawatan YAB MB Selangor ke Pulau Ketam dan Sg Lima. Izinkan saya mengulas tentang kenyataan Tan Sri bahawa sesebuah negeri diperintah oleh parti politik yang menang dalam pilihanraya dan pentadbirannya terdiri dari kakitangan awam. Ya, kakitangan awam dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Menurut Tan Sri lagi, parti politik datang dan pergi, pentadbiran negeri haruslah terus berjalan dan berfungsi seperti biasa. Menurut beliau lagi, kerajaan BN di bawah Dr Khir Toyo yang lalu tidak memisahkan dengan jelas di antara kedua entiti ini.

Bagi rakyat biasa, mereka kurang jelas tentang pemisahan antara parti politik dan kakitangan perkhidmatan awam kerana kerajaan BN sudah memerintah begitu lama , macam sudah sinonim antara porti politik yang memerintah dengan penjawat jawatan awam. Kerajaan BN telah menyalahgunakan kuasa mereka selama ini bagi tujuan politik mereka. Maka berlakulah kezalimaan dan penindasan seperti selain dari orang UMNO/BN, parti lain tidak boleh menggunakan kemudahan seperti Balai Raya, untuk mendapat pekerjaan mesti mengisi borang UMNO, tender dan kontrak mudah diperolehi oleh ahli UMNO dan sebagainya.

Saya mendapat maklumat bagaimana seorang bekas menteri mengerah dan mengarah semua pemandu dan kenderaan sebuah agensi kerajaan untuk bekerja pagi petang siang malam dalam pilihan raya yang lalu. Mereka diarahkan untuk membuang logo dan sticker kereta yang digunakan. Pendek kata, jika kita ingin sebut satu persatu tentang penyalahgunaan kuasa oleh BN, kita boleh tulis satu buku mengenainya.

Read More “ ”  »»

GOAL: BUNYI MACAM GOL bola sepak



Di padang bola sepak atau hoki, gol mempunyai dua tiang dan satu palang. Terdapat juga gol yang diletakkan jaring agar kemasukan bola melalui pintu gol dapat disahkan serta bola tidak terlepas jauh jika telah digolkan. Saiz gol bola sepak berbeza dengan saiz gol hoki. Bentuk gol ragbi berbeza dengan bentuk gol bola jaring. Kesimpulannya, dalam permainan dan sukan, mesti ada gol agar pemain dari kedua belah pasukan dapat mengembleng tenaga dan bekerjasama untuk menjaringkan gol lawan. Dengan lain perkataan, wujud satu matlamat atau objektif yang hendak dicapai oleh para pemain.


Begitu juga halnya dalam kehidupan kita yang singkat ini. Kita mesti memiliki gol dan cita-cita. Cita-cita bersifat umum tetapi gol mempunyai ciri-ciri yang khusus agar lebih mudah tercapai dan dinilai tahap pencapaiannya.

Fikirkan apa yang anda hajati atau inginkan. Tuliskan kesemuanya. Gunakan proses sumbangsaran. Kemudian, buat keputusan apa sebenarnya yang anda inginkan atau impikan. Tuliskan di atas kertas atau di dalam buku. Semak senarai kesemua gol anda. Kenalpasti sebab-sebab kenapa anda mahu gol yang berkenaan. Tuliskan sebab-sebab ini di kertas atau dalam buku. Ini kerana alasan atau sebab datang sebelum yang lain. Jika anda mempunyai alasan yang membara dan jitu, lautan api sekalipun akan anda redah. Tak hairanlah telah ada di kalangan rakyat kita yang sanggup berjalan kaki atau berbasikal mengelilingi dunia.
Lazimnya setiap gol harus mempunyai ciri-ciri menurut akronim SMART.

S
= SPECIFIC (khusus)
M=MEASURABLE, MANAGEABLE (dapat diukur kejayaannya, boleh diuruskan secara munasabah)
A = ACHIEVABLE, AMAZING, AWESOME (boleh dicapai, berjejak di alam nyata, hebat,mengagumkan)
R =RELEVANT, REALISTIC, RASIONAL ( relevan, realistik, munasabah, boleh diterima akal)
T =TIME FRAME, TRACKABLE ( jangka masa pencapaian, boleh dijejaki atau dipantau)

M.Heppel dalam bukunya berjudul "How to be Brilliant" mengutarakan agar gol hendaklah memiliki 3 ciri-ciri P iaitu Personal (peribadi), Positive (positif), Present tense (kala kini, sekarang). Gol yang bersifat peribadi memiliki kuasa WIIFM iaitu "apa yang saya dapat dari semua ini". Kita sedang memperkatakan tentang gol persendirian dan bukan kumpulan atau syarikat. Kita memperkatakan tentang gol ANDA , gol yang akan membuat anda berbeza dari anda dulu, atau dari orang lain yang mengenali diri anda. Gol juga mestilah sesutu yang positif contohnya, "saya ingin bebas dari hutang dalam satu tahun lagi" merupakan gol yang tidak positif tetapi sebaliknya. Perkataan "hutang" adalah perkataan negatif. Pernyataan gol anda sepatutnya berbunyi " Dalam setahun saya bebas dari segi kewangan". Perkataan "akan" dalam pernyataan gol anda memberi makna kala hadapan atau akan datang. Kita mesti menggunakan "sekarang" atau seolah-olah sudah berlaku. Apabila kita menetapkan gol kita dalam kala masa kini atau telah berlaku, otak bawah sedar (subconscious) kita akan bekerja keras bagaimana mencapai gol berkenaan. Ia akan mencari jalan dan memberi ide bernas untuk menjawab persoalan "HOW" atau "bagaimana". Justeru , pada peringkat permulaan di atas, kita mesti jelas di fikiran kita tentang "WHY" atau "kenapa " atau sebab kita mesti mendapat atau berjaya dalam sesuatu gol kita.




Terdapat beberapa aspek kehidupan yang mana gol wajib dibuat. Untuk menjadi seorang insan yang seimbang dan saling lengkap melengkapi (insan kamil mutakkammil) kita hendaklah mengambil berat serta prihatin dalam kesemua aspek kehidupan iaitu kerohanian/spiritual, fizikal, kewangan, kerjaya, pendidikan, keluarga/famili, masyarakat, emosi/mental, dan masa lapang (senggang/hobi). Aspek utama gol ialah kita mesti memiliki gol dalam medan kerohanian atau spiritual. Sebagai contoh, " saya mesti memahami apa yang saya ucapkan dalam solat saya di penghujung bulan April 2008", "saya mesti dapat menghafaz surah AtTariq pada bulan Mei 2008" dan sebagainya. Dalam aspek fizikal, sebagai contoh, "saya dapat belari keliling balapan Stadium Kota Raja tanpa berhenti sebelum penghujung tahun 2008".
Setelah selesai proses menetapkan atau mengwujudkan senarai gol, setiap gol yang telah ditulis mestilah mempunyai senarai langkah tindakan (action steps) yang tersendiri. Sebagai contoh, dalam bidang pendidikan, golnya ialah "saya hendak mendapat sijil tambahan dalam bidang kaunseling di hujung tahun 2008", maka langkah tindakan selanjutnya mungkin: melayari internet untuk mencari program PJJ (pendidikan jarak jauh) yang ditawarkan serta perkara yang berkaitan seperti kos, jangkamasa dll., merujuk individu tertentu seperti kaunselor sekolah, merujuk KWSP untuk pembiayaan dengan pengeluaran simpanan, berbincang dengan majikan atau bos hasrat untuk sambung belajar dan seterusnya.

Senarai langkah tindakan bagi setiap satu gol harus dibuat mengikut keutamaan (priority). Kemudian, laksanakan langkah tindakan yakni BUAT. Buat sesuatu setiap hari. Rujuk gol dan langkah tindakan setiap hari. Pada setiap hari, lihat, bayangkan dan sebut gol anda. Jika perlu, gantungkan senarai gol anda di tempat-tempat yang anda mudah melihatnya seperti di cermin muka, di bilik air atau pada dash board kereta. Semoga berjaya duniawi ukhrawi.

Read More “GOAL: BUNYI MACAM GOL bola sepak”  »»

Lawatan Kerja Bersama Dato' MB dan MP Kapar ke Bagan Hailam, Sungai Lima dan Pulau Ketam pada 27/03/08

Menunggu ketibaan VVIP di Jeti Pulau Ketam.
Ketibaan YAB Tan Sri Abdul Khalid di Jeti.
Tan Sri di dalam speedbot Polis Marin.




Rombongan mendengar taklimat dari Pegawai TNB Sungai Lima.
YAB MB beramah mesra dengan penduduk.
Sesi dialog dengan penduduk



Membuat lawatan keliling kampung.
Bertemu penduduk.
Janakuasa di Sg Lima yang kerap rosak.

Read More “Lawatan Kerja Bersama Dato' MB dan MP Kapar ke Bagan Hailam, Sungai Lima dan Pulau Ketam pada 27/03/08”  »»

J.A.K.I.M: JANGAN DIKEJI, DICACI, DIJAKI, ....






Imej di atas telah diambil dari Majalah Melenia Muslim keluaran Januari 2007. Walaupun sudah setahun berlalu namun isu yang dibancangkan tetap relevan dan dekat di lubuk hati.

Read More “J.A.K.I.M: JANGAN DIKEJI, DICACI, DIJAKI, ....”  »»

RESEPI DARI KELANTAN: UNTUK YANG TAK OBESE

Resipi di atas dikutip dari majalah Aniqah keluaran Julai 2006.

Ada tuba dalam perahu,
Belum cuba belum tahu.

Orang Kelate memang bijak bestari,
Adik kakak sungguh pandai mengundi.

Ikan you bulan Mac,
Thank you very much.

Read More “RESEPI DARI KELANTAN: UNTUK YANG TAK OBESE”  »»

MPOWER STRATEGY FROM WHO: TO PREVENT DEATH

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, World Health organisation) sedang mempromosi dan mengalakkan negara ahli untuk mengguna pakai strategi yang diformulasikan bagi mencegah kematian yang tak sepatutnya berlaku disebabkan oleh tabiat merokok selewat-lewatnya tahun 2030. MPOWER strategi adalah akronim kepada "monitoring tobacco use and prevention policies, protecting people from tobacco smoke, offering help to quit tobacco use, warning about the dangers of tobacco, enforcing bans on tobacco advertising, promotion and sponsorship and raising tobacco taxes." Dengan kata lain, MPOWER bermaksud memantau penggunaan tembakau dan polisi pencegahan, melindungi orang ramai dari bahaya asap rokok, menawarkan bantuan untuk berhenti merokok, amaran tentang bahaya merokok, menguatkuasakan pengaharaman tentang pengiklanan rokok, promosi dan penganjuran untuk menaikkan cukai rokok.

Menurut WHO, menaikkan cukai tembakau merupakan satu strategi yang paling berkesan di kebanyakan negara kerana ini membekalkan dana yang lestari bagi melaksanakan dan menguatkuasakan MPOWER strategi. Dr Margaret Chan selaku Ketua Pengarah WHO, menegaskan bahawa setiap negara perlu meningkatkan usaha membenteras tabiat merokok dan strategi yang dicadangkan (MPOWER) boleh dilaksanakan sama ada negara miskin atau kaya.Dalam laporan WHO berjudul " Epidemik Merokok Global" , Dr Chan menyebut bahawa hanya 5% penduduk dunia tinggal di negara yang menguatkuasakan langkah-langkah mengurangkan kadar merokok di kalangan penduduknya.

Laporan tersebut juga menyebut tentang bagaimana kerajaan-kerajaan di negara dalam dunia ini mengutip 500 kali ganda cukai berbanding jumlah yang digunakan untuk program pencegahan merokok. Yang paling malang ialah 80% daripada 8 juta kematian yang dikaitkan dengan merokok dijangkakan berlaku di negara sedang membangun menjelang tahun 2030. Ini berpunca dari perubahan strategi syarikat rokok yang mensasarkan muda mudi di negara dunia ketiga terutama wanita .

Di negara kita, syarikat utama pembuat rokok ialah JTI (Japan Tobacco International) dan BAT (British American Tobacco) yang mana kedua-duanya adalah syarikat multinasional. Kerajaan kita mendapati amat mudah untuk mengaudit pengeluaran dan eksport rokok kerana pegawai Jabatan Kastam hanya perlu memeriksa dan mengesahkan lori dan kontena yang keluar dari kilang syarikat rokok dan selanjutnya mengutip cukai darinya.

Read More “MPOWER STRATEGY FROM WHO: TO PREVENT DEATH”  »»

Penerimaan Kunci Pejabat dan Pemilihan Pembantu

Secara rasminya, kunci pejabat Exco untuk Portfolio Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan akhirnya dipersetujui terletak di Aras 12, Bangunan Sultan Sallahudin Abd Aziz Shah, Shah Alam. "Kedai" mula dibuka pada 26hb Mac 2008, iaitu dua hari selepas Majlis Angkat Sumpah.
Kelihatan Tn Hj Mokhani menulis sesuatu. Beliau merupakan bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan jawatan akhir beliau sebelum membuat keputusan untuk bersara awal adalah Pengarah Naziran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Beliau telah bermurah hati untuk menyumbang dan membantu dalam perjuangan yang baru bermula ini. JZKKK. Tahmid.

Kelihatan Tn Hj Kamaluddin, yang telah banyak berjasa kepada masyarakat Selat Klang juga bersetuju untuk membantu dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai ADUN N45.
Kelihatan berbaju biru ialah Saudara Zulkifli dari Unit Amal Selangor. Beliau juga sanggup berkorban masa, tenaga dan duit ringgit demi mengisi kemenangan dan melaksanakan amanah.
Perbincangan telah dibuat di Pejabat Exco bagi tujuan melicinkan perjalanan di peringkat awal ini. Maklumlah saja, masuk rumah barulah katakan , banyak perkara perlu difikirkan. Kelihatan Hjh Zaharah Awang, isteri kepada Tn Hj Kamaludin. turut menyumbang buah fikiran beliau.

Read More “Penerimaan Kunci Pejabat dan Pemilihan Pembantu”  »»

GLC versus PLC: SO WHAT'S THE BIG DEAL


The daily charts of MRCB, UEM Builders, Equine and Scomi. Verify what happened after 8th of March 2008.
Mr Siow Chen Ming in his column "BIG MONEY" in THE EDGE March 24th edition succintly put forth the changing nature of Politically-linked Companies (PLC) like SCOMI and EQUINE CAPITAL BHD from being an "asset" to a "liability" in just one day i.e March 8 when BN lost the two-third majority status in Parliment. Scomi is owned by Kamaluddin, the son of PM Abdullah Badawi whilst Equine is owned by Datuk Patrick Lim, said to be a close associate of Kamaluddin.
In a matter of 24 hours, scomi share price dropped by 24% after the polls.

Meanwhile, GLC (Government-linked companies) like MRCB (Malaysian Resources Corp Bhd) and UEM Builders Bhd (UEM Builders) are going to feel the pressure in terms of implementation delays. Hence investors and punters alike are jittery and a massive selldown occured in both counters. MRCB has RM1.2 billion Penang Monorail Project while UEM Builders has the RM3.0 billion Second Penang Bridge Project. Both projects are in question since Penang is now under BA rule.

Hence both GLC and PLC have been affected in one way or another. This issue of political risk has never been considered or taken for granted before by most investors especially local ones.

Read More “GLC versus PLC: SO WHAT'S THE BIG DEAL”  »»

TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH: SIMBOL KEKUATAN PDRM

Ucapan Tahniah dan Syabas ditujukan kepada PDRM serta sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat warga PDRM, termasuk pasangan dan ahli keluarga mereka sempena Sambutan Hari Polis Ke-201 yang berlangsung pada 25hb Mac 2008. PDRM telah berjaya menerobos ke tahap yang lebih tinggi apabila melancarkan slogan dan cogan kata lencana yang baru bagi menggantikan yang masing-masing telah diperkenalkan pada 1999 dan 2005. Slogan baru Tegas, Adil dan Berhemah menggantikan Mesra, Cepat dan Betul sementara cogan kata Integriti Amalan Kita menggantikan Saya Antirasuah.

Menurut Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26hb Mac 2008 , " perubahan itu bertujuan antara lain untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anggota serta pegawainya agar lebih sensitif terhadap hak rakyat dan pada masa yang sama berlaku adil kepada semua pihak. "

Tan Sri Musa juga dilaporkan berkata bahawa " slogan ini amat penting untuk mengingatkan anggota agar menjalankan tugas dengan tegas tetapi tanpa menggunakan kekerasan sebaliknya komited dalam menguatkuasakan undang-undang."

Tambah beliau lagi, " slogan baru juga bertujuan membina kekuatan rohani pegawai dan anggota Polis supaya mereka mempunyai kawalan terhadap diri sendiri dalam menjalankan tugas masing-masing."

Beliau juga menyebut bahawa " PDRM mesti menghayati maksud slogan tersebut untuk memperbaiki tahap kecekapan masing-masing dan keberkesanan setiap tindakan serta keputusan yang diambil."

Tan Sri juga berkata" persepsi masyarakat juga diharap akan berubah menjadi positif apabila setiap tindakan dan keputusan dapat diperakui dengan menjadikan slogan baru sebagai kayu pengukur tahap berhemah pasukan Polis."

Manakala lencana berwarna perak dan biru yang membawa cogan kata Integriti Amalan Kita merupakan tunjang perjuangan PDRM dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni dan beretika ketika melaksanakan tugas.

Read More “TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH: SIMBOL KEKUATAN PDRM”  »»

MINUMAN RINGAN & GARAM UNTUK KANAK-KANAK

Menurut satu kajian yang dibuat di United Kingdom terhadap 1,600 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara empat(4) hingga 18 tahun selama tempoh tujuh hari mendapati kanak-kanak yang menerima diet rendah garam , minum kurang cecair. Juga, jika satu gram garam dikurangkan daripada diet harian mereka , pengambilan cecair mereka berkurangan sehingga 100 gram sehari. Menurut Dr Feng J. He, pengkaji utama, dari St. George 's Hospital Universiti London, minuman ringan merupakan sumber kalori (tenaga) yang penting di kalangan kanak-kanak. Jadi, pengambilan minuman ringan dikaitkan dengan obesiti (kegemukan) di kalangan muda mudi.

Kajian di atas juga mendapati jika kanak-kanak mengurangkan separuh pengambilan garam harian mereka (purata 3 gram sehari), jumlah minuman ringan yang diambil berkurangan sebanyak dua dan pengambilan kalori berkurangan sehingga 250 kcal seminggu. Ini sekaligus mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi) dan obesiti. Kedua-dua faktor ini iaitu hipertensi dan obesiti merupakan faktor risiko untuk strok (angin ahmar) dan serangan jantung ("heart attack").

Kesimpulan/rumusan dari kajian di atas:

  • Kantin sekolah hendaklah lebih peka tentang bahaya makanan segera seperti kentang goreng ("chips", "printzel", "french fries"), keropok leko, keropok udang , kerepek, coklat, gula-gula dalam apa jua bentuk dan pembungkusan.

  • Kantin sekolah juga hendaklah peka tentang bahaya minuman ringan dan bergas seperti coke, sprite dan lain-lain jenama.

  • Pengetua, PIBG dan Pengusaha Kantin sekolah hendaklah mencari alternatif lain selain daripada penjualan dua kategori makanan serta minuman di atas.

  • Ibu bapa, ahli keluarga serta guru-guru hendaklah peka tentang bahaya jangka panjang pengambilan minuman ringan dan makanan segera yang dikaitkan dengan kandungan garam serta kalori yang berlebihan.

  • Ibu bapa, ahli keluarga serta guru-guru hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada kanak-kanak dalam hal pemakanan.

  • Ibu bapa hendaklah menyediakan pemakanan (menu) yang seimbang bagi setiap sajian yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein, air dan buah-buahan serta sayur-sayuran yang menjadi punca utama vitamin serta serat (serabut).

  • Pengusaha Makanan Segera hendaklah menunaikan tanggung jawab sosial mereka kepada masyarakat dengan mengurangkan kandungan garam dari menu atau makanan yang dijual. Contohnya, kentang goreng hendaklah dikurangkan kandungan garam secara saintifik. Penambahan garam kepada kentang yang baru digoreng hendaklah disukat atau ditentukan secara saintifik dan bukan hanya dengan merenjis atau menuang garam halus dari bekasnya seperti yang biasa kita lihat di MacD atau KFC.

  • Pihak Kerajaan hendaklah memantau kandungan garam dan gula dalam makanan serta minuman segera. Ketepatan 'Fakta Nutrisi atau maklumat pemakanan"yang tertera di paket atau bungkusan hendaklah dikenalpasti. Sekiranya terdapat perubahan dalam maklumat pemakanan setelah kajian/siasatan makmal dibuat, tindakan sewajarnya hendaklah diambil.

  • Pihak Kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan hendaklah mempunyai kakitangan terlatih yang mencukupi untuk membuat pemantauan dan penguatkuasaan.

  • Pihak Kerajaan, khususnya Kementerian Penerangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hendaklah memastikan produk makanan dan minuman menepati piawaian sebelum pengiklanannya di media cetak serta eletronik.

  • Persatuan-persatuan pengguna serta NGO (badan bukan kerajaan) yang lain hendaklah memainkan peranan yang aktif dalam menyedarkan rakyat tentang bahaya makanan segera dan minuman ringan serta mengambil pendekatan mendesak kerajaan (pressure group) jika terdapat pengabaian tanggung jawab mana-mana pihak berwajib.

Read More “MINUMAN RINGAN & GARAM UNTUK KANAK-KANAK”  »»

BETWEEN RAFIDAH & MAT TAIB: WHO IS A BETTER.......

The March edition of "The Edge" under the column "frankly speaking", the columnist concerned was puzzled by the appointment or otherwise of two well-known personalities of their own class, namely Datuk Seri Rafidah Aziz and Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Rafidah was involved with the issue of AP (approved permit) of imported cars whereby each car was declared to the Custom Department only costing at e.g RM36,000/= so that the import duty amounts to RM18,000/= only. The car is then sold at exorbitant/inflated price to the Malaysian public. Rafidah was also allegedly involved with the purchase approval of shares for her family a few years ago.

Mohammad Taib, nicknamed Mike Tyson, was charged with an attempt to bring in S$1.0 million into Australia in 1997. It was during the Asian economic crisis. During the court proceeding Muhammad Taib claimed that he could not read English as a result of which he did not declare the amount of money he was bringing into Australia. Interestingly, he made a statement under oath that he always bring large amount of money wherever he went since that is the norm in Malaysian society. Furthermore , he said that he did not believe in the use of credit cards.

Read More “BETWEEN RAFIDAH & MAT TAIB: WHO IS A BETTER.......”  »»

POLITICAL PRICE OF CORRUPTION

Artikel di atas telah di tulis oleh Joyce Au-Yong untuk "The Edge" edisi March 24-30, diterbitkan oleh The Edge Communications Sdn Bhd. Artikel ini menceritakan tentang mahar yang perlu dibayar untuk rasuah ("graft", "corruption"). Joyce telah memetik laporan dari PERC, singkatan untuk Political And Economic Risk Consultancy Ltd, yang berpusat di Hong Kong. Laporan PERC mendedahkan hasil kajian mereka setelah menemubual 1400 "expatriate" atau "pegawai yang bertugas di luar negara asal mereka", bahawa Singapura menduduki tangga pertama negara di Asia yang paling rendah gred korupsinya dan Filipina merupakan negara yang paling korup dalam kajian ini. Sila rujuk jadual di atas.

Sedikit penerangan tentang gred yang digunakan dalam kajian ini. Julat gred ialah dari kosong hingga sepuluh. Kosong merupakan gred yang paling baik dan sepuluh mewakili gred paling teruk. PERC secara khususnya meminta "expatriate" memberi gred tentang sejauh mana korupsi menganggu keupayaan daya tarikan kepada iklim perniagaan dalam negara yang mereka bekerja.

Untuk kefahaman yang lebih terperinci, sila baca artikel di atas. Bagi usahawan dan ahli perniagaan, korupsi merupakan satu kos dalam menjalankan perniagaan, sama seperti pinjaman bank akan dikenakan faedah atau bunga. Hanya negara yang memiliki penduduk yang ramai seperti negara China, India dan Vietnam sahaja korupsi tidak menjadi masalah dalam menjalankan perniagaan kerana saiz pasaran yang besar offset atau menampung kos tersembunyi dalam bentuk korupsi yang harus dibayar.

Pengarah Urusan PERC , En Bob Broadfoot menyarankan agar Malaysia meniru sistem yang digunapakai di Singapura. Selama 11 tahun, tanggapan tentang korupsi di Singapura ialah gred kurang dari dua (2) manakala Malaysia mempunyai gred antara 6 dan 7.5 sahaja. Di Singapura, menurut Broadfoot, kerajaannya telah memberi kuasa penuh kepada POLIS dan BADAN KEHAKIMAN untuk membenteras rasuah di segenap peringkat.

Di negara kita, korupsi disiasat dan dibicarakan "berpilih-pilih mengikut bulu" dan mengikut musim serta mood. Dari aspek perundangan, amat sukar untuk memulakan kes rasuah di mahkamah kerana tiada pemisahan jelas antara bidang eksekutif dan legislatif di Malaysia. Dengan kata lain, pihak yang menyiasat dan menjatuhkan hukum di letak di bawah Kementerian yang sama iaitu, JABATAN PERDANA MENTERI.

Read More “POLITICAL PRICE OF CORRUPTION”  »»

KRISIS KEHAKIMAN MULA BILA TUN SALLEH DIPECAT

Perlembagaan Malaysia Perkara 125, fasal 3 yang telah dicabuli oleh Dr M semasa menjadi Pm selama 22 tahun!
Perlembagaan Malaysia Perkara 125, fasal 3 kurungan b dan c, fasal 4-9
Pada 22hb Mac saya telah meletakkan artikel oleh ''''' dari Majalah Aliran bertajuk "Selamatkan Sistem Kehakiman Kita". Posting kali ini mengulas tentang kenyataan yang dibuat oleh Senator Zaid Ibrahim dari Kelantan dalam akhbar Mingguan Malaysia keluaran Ahad 23 Mac 2008. Selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beliau menegaskan bahawa punca krisis kehakiman di negara kita adalah berpunca daripada pemecatan tidak sah Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988 sekaligus Kerajaan BN yang dipimpin oleh Dato' Seri Dr Mahathir telah mencampuri urusan badan kehakiman ketika itu sehinggalah ke hari ini. Sehubungan dengan itu Senator Zaid mahu kerajaan BN memohon maaf kerana menurut beliau insiden ini suatu yang memalukan Malaysia di mata dunia. Pembaca dan adik-adik yang belum lahir atau masih kecil ketika itu, mungkin nak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

WIRA DUNIA KETIGA pada masa itu, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir, telah mencabul Perlembagaan Malaysia Perkara 125, fasal 3 dengan melantik satu Tribunal dan memecat Tun Salleh Abbas serta dua orang hakim lagi iaitu Allahyarham Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Seah pada tahun 1988.
En Karpal Singh pula berpendapat bukan Kerajaan Malaysia yang harus memohon maaf kepada Tun Salleh Abbas tetapi Dr Mahathir Mohamad sendiri yang patut berbuat demikian, itupun jika Dr M tidak lupa (perkataan saya sendiri). Kerajaan pula wajib membayar segala kos dan manfaat yang harus mereka dapat. Karpal Singh juga menyeru agar diadakan satu inkuiri tentang krisis kehakiman.
Tun Salleh Abbas bersedia untuk memaafkan kezaliman yang telah dilakukan ke atas beliau.

Read More “KRISIS KEHAKIMAN MULA BILA TUN SALLEH DIPECAT”  »»

NISSAN EXPERIENCE by CARLOS GHOSN


Many years ago, in 1914 , Nissan Motor Company was known as DATSUN then, taken from the initials of the three investors (Den, Aoyama and Takeuchi) i.e DAT. When they started producing vehicles and later changed to smaller size car, the later was known as "son of DAT". This soon evolved into datsun. Khazanah Nasional Berhad, recently held dinner-lecture given by Carlos Ghosn, CEO and President of Nissan. He was interviewed by STARBIZ.

Read More “NISSAN EXPERIENCE by CARLOS GHOSN”  »»

HEALTHCARE SYSTEM IN DIRE NEED OF CHANGE

Read More “HEALTHCARE SYSTEM IN DIRE NEED OF CHANGE”  »»

BERCUCU-CICIT BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING



Read More “BERCUCU-CICIT BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING”  »»

SIMPTOM DAN SISTEM: hubungkait antara keduanya




Bab 10 di atas telah ditulis 20 tahun yang lalu semasa saya masih mempunyai banyak masa lapang untuk mengarang, buku berjudul "Apa Anda Perlu Tahu Tentang Sistem perubatan Moden" terbitan Pustaka gedung Ilmu. Kini buku di atas "out of print". Bab 10 buku ini menerangkan hubungkait antara simptom atau aduan pesakit (apa yang anda sebagai seorang pesakit rasai atau alami yang boleh menyebabkan anda berjumpa doktor atau pengamal perubatan ). Dalam bab lain buku ini saya ada menerangkan bagaimana untuk sampai kepada suatu atau beberapa diagnosis iaitu dengan mensintesis dan mensepadukan simptom dengan keputusan pemeriksaan fizikal, siasatan makmal atau ujian yang lain seperti sinar-X.

Read More “SIMPTOM DAN SISTEM: hubungkait antara keduanya”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com