(siri1)
Alhamdulillah saya sangat bersyukur kepada Allah swt kerana
memberikan saya kesempatan untuk berada di bumi Kelantan yang telah dilanda
banjir berskala besar bermula 26 Disember 2014.
Saya suka mengambil peluang belajar daripada bencana alam
seperti yang Allah rezekikan saya terlibat bersama misi kemanusiaan NGO Yayasan
Amal Malaysia khususnya ketika tsunami(Aceh), gempa bumi(Kashmir/Jogjakarta),
meletus gunung merapi,tanah runtuh(Hulu Langat/Bukit Antarabangsa), pasca
peperangan (serangan zionis Israel), Kampuchea, banjir besar(Johor) dan
terakhir bah di Kelantan.
Bagi saya izin dan iradat Allah ar Rasyid untuk memberi
peluang kepada saya untuk melihat,
memerhati, mendengar suara mangsa secara ‘first hand’, mengikuti pengakuan dan
penceritaan semula kejadian daripada mangsa banjir termasuk pimpinan tempatan
adalah proses pembelajaran hidup yang
tidak ternilai harganya. Ianya tidak sama dengan membaca laporan pemberita
lebih lagi media massa yang tidak menyeluruh dan berpihak-pihak. Ianya amat
berbeza dengan kita mendengar perkongsian kekawan yang balik daripada misi
bantuan. Semua ini hanyalah sekerat separuh keadaan sebenar! Ianya mengikut
persepsi pencerita daripada pengalaman diri mereka sendiri di tempat yang
tertentu. Bukan keadaan sebenar keseluruhannya. Bukan juga daripada persepsi
neutral. Ada banyak di tokok tambah atau ditinggalkan pengajaran paling penting
mahupun yang bersifat ‘subtle’ dan perlu proses tadabbur untuk memanfaatkan apa
yang disaksikan.
Bertunjangkan kefahaman ini, saya diuji dengan terseliuh kaki
kiri pada masa Allah mentakdirkan bah di bumi Kelantan. Nak berdiripun sakit!
Bagaimana nak bantu mereka yang berjihad menyelamat mereka yang terperangkap
dalam bangunan sekolah, atas pokok dan hospital dll. Bagaimana nak hantar makan
minum kepada mereka yang diuji kebuluran dan kesakitan. Allahu Rabbi....saya
hanya boleh mengikuti daripada saluran siber sosial pimpinan PAS di Kelantan
dan juga rakan rakan di Selangor yang mempunyai keluarga dan kenalan di
Kelantan....
Esok pula,pergelangan tangan kiri saya mula meragam. Kesan
patah 10 tahun dulu, Colles fracture.Saya memang latih ia supaya tetap kuat
dengan angkat barang seperti biasa. Kekadang ‘terlebih pakai’.Ia mula ‘demo’.
Sakitlah jadinya. Beberapa hari kemudian, tambah set pula, sakit belakang hingga nak mengiring kalau tidur pun sakit!
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Semasa sakit yang saya hadapi, saya malas
berbicara. Memang saya bukan jenis yang sukar berbicara.Apatah lagi ketika
anggota jasad yang tidak boleh membantu banyak. Saya gagahkan juga diri untuk
meraikan pemuda dan anggota Jabatan Amal DUN SELAT KLANG yang menyambut
panggilan jihad membantu saudara sejihad sebagai sokongan moral dengan sedikit
sumbangan. Saya bangga pelapis sudah ada.
Kemudian golongan Muslimat dan Nisa’ SELAT KLANG pula sudah
bersiap untuk berlepas. Saya raikan juga perlepasan mereka di dataran PASTI
DARUL ULUM 2 , Kpg Sg Udang. Berbengkung untuk sokong belakang, dilengkapi
dengan ‘ankle guard’ dan ‘wrist guard’.
Ketua Misi Muslimat-Nisa’ Selat Klang di ketuai oleh Kak Ani,
rakan saya yang sama-sama pergi ke Acheh ketika bantuan misi kemanusiaan
Yayasan Amal Malaysia bencana tsunami 26 Disember 2014 dulu. Kak Ani ini baru
sembuh beberapa bulan daripada patah kaki kemudian patah tangan. Malam itu saya
lihat gelagatnya macam orang umur 20 + yang tak mengalami patah-patah anggota
badan....... inilah karakter kak Ani yang saya kenal....orang kuat PAS Selat
Klang. Lupa sakit diri sendiri. Sudah tentu ada masa ‘body’ Kak Ani ni
berbicara juga.Ketika itu tidak siapa yang tahu. Namun sudah tentu jiwa kak Ani
akan puas. Ini ciri ciri orang yang mementingkan orang lain.
Nikmat si Pemberi
Itu kesan orang yang telah ditarbiyyahkan secara praktikal
oleh Allah swt yang telah merasai ‘first hand’ nikmat kepuasan apabila
‘memberi’ kepada orang lain. ‘Memberi tanpa syarat’, memberi tanpa mengharap
balasan, memberi tanpa mengungkit, memberi walaupun payah, memberi ketika
senang walaupun susah, memberi ketika sihat mahupun sakit.....
Ia tahu ia akan tidak dibalas oleh orang yang diberi itu. Ia
bersedia orang yang memberi tidak berterima kasih. Adakala orang yang diberi
‘mencerca’ dan menghina pemberiannya kerana biasa dengan pemberian orang kaya-kaya,
orang ada nama dan jenama....Bagi si pemberi yang ikhlas, dia tidak peduli itu
semua.Bukan balasan manusia yang dibantu ini yang dia tagih.Bukan sekecil itu.
Penat lelah, sakit ngilu, mencatu makan minum bahkan mencatu membuang air besar
dan kecil itu bukan untuk melayan kerenah manusia kerdil yang sebangsa
dengannya keturunan Nabi Adam a.s. dan Tok Hawa. Meninggal keselesaan hidup
dengan keluarga sendiri demi mensejahterakan keluarga orang lain tidak perlu
dimengertikan oleh orang yang mahu ditolong. Cukuplah baginya si MAHA MELIHAT,
MAHA MENGETAHUI, MAHA BAIK yang membalasnya insya Allah. Itu pun dia tahu
jasanya tak sebanyak mana pun kerana seandainya Allah memilih untuk melantik
orang lain bekerja menabur bakti bagi membantu hambanya yang lain maka melepas
dia peluang tersebut. Dia tahu bukan Allah
yang berhajat kepada pertolongannya tetapi dialah yang berhajat kepada
Allah. So,beres....
Bak kata lirik lagu ‘Tidak ada yang kita punya’....lagu
nyanyian Allahyarham Us Asri kumpulan Rabbani.
Ini sikap yang mesti ada pada sesiapa yang mahu ‘memberi’
sesuatu, samada mahu berkhidmat sebagai sukarelawan ketika bencana atau apa jua
kebajikan yang mahu dilakukan. Jangan sama sekali menyimpang dari niat asal.
Jangan mahu cari untung berlipat ganda daripada kesusahan orang lain.
Sebenarnya konsep memberi ini telah salah difahami oleh
masyarakat kita termasuk ummat Islam. Walhal ‘memberi tanpa syarat’ ini menjadi
sinonim dengan praktik Nabi saw. Ia diantara kekuatan karakternya. Ia tersimpul
dalam uswah dan qudwah hasanah. Ia komponen utama dalam akhlak agungnya seperti
termaktub dalam surah al Qalam ayat 4, pujian daripada pencipta dan pelantiknya
sendiri yakni Allah swt
Dan sesungguhnya kamu
benar-benar berbudi pekerti yang agung