Pray For MH370

Pray For MH370

HADIAH MASUK UNIVERSITI KERAJAAN SELANGOR TELAH BAYAR LEBIH RM 26JUTA

SHAH ALAM
5.5.12

EXCO Pendidikan Tinggi Selangor YB Dr Hjh Halimah Ali mendedahkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah membayar RM 26,568,000 untuk anak Selangor yang berjaya mendapat tawaran masuk IPT semenjak Jun 2008 lagi.
   Beliau mengingatkan para pelajar bahawa wang hadiah itu adalah daripada rakyat Selangor dan mereka mempunyai tanggungjawab untuk membalas balik dengan belajar bersungguh-sungguh. Sebagai modal insan mereka harus menghargai pengiktirafan dan insentif itu serta memenuhi harapan ibubapa dan keluarga dan seluruh rakyat Selangor yang mahu melhat mereka berjaya dengan cemerlang.
Beliau merasmikan majlis penyerahan cek RM1 ribu kepada pelajar yang layak daripada seluruh 56 DUN di Selangor. Lebih 1200 yang hadir dalam majlis itu. Turut serta ADUN Bukit Melawati YB Muthiah.Ibubapa juga turut hadir memberi sokongan padu dan teruja dengan keprihatinan kerajaan negeri dalam masa depan anak mereka.

Read More “HADIAH MASUK UNIVERSITI KERAJAAN SELANGOR TELAH BAYAR LEBIH RM 26JUTA”  »»

EXCO Pendidikan lancar Quranik Botanical Garden di SRA Kpg Delek

JUMAAT
4.5.12

Program Jejak Ilmuwan Selangor telah menghasilkan satu lagi produk untuk mencambahkan lagi aktiviti keilmuwan di Selangor. Kali ini ia merupakan usaha bersama International Islamic Academy Of Life Sciences and Biotechnology yang berpangkalan di UNISEL dengan Majlis Perbandaran Klang untuk mewujudkan taman mini botani yang memuatkan tumbuha-tumbuhan yang disebut dalam Quran dan Hadith di tanam di taman mini yang indah sebagai taman ilmu untuk pelajar di SRA Kpg Delek Klang khususnya dan Kolej Integrasi Tahfis Tunas Ilmuwan Selangor, Klang , penduduk dan ahli qariah masjid Nurul Amin Kpg Delek menikmati ilmu yang bersumber al Quran dan Hadith.

Ianya simbolik bagi mencetuskan budaya merujuk kepada Al Quran dan Hadith dalam semua dalam kehidupan. Ia juga menggalakkan kepelbagaian dalam mempelajari sesuatu.

Majlis di lancarkan oleh EXCO Pendidikan Selangor YB Dr Hjh Halimah Ali. Turut dihadiri oleh Naib Canselor UNISEL, Pengerusi Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor(MAPPIS), Prof Abdul Latif Ibrahim, wakil MPK, JKKK, Nazir masjid, Guru besar dan ketua guru sekolah-sekolah sekitar, PIBG, guru-guru dan ibubapa serta pelajar sekolah.

Read More “EXCO Pendidikan lancar Quranik Botanical Garden di SRA Kpg Delek”  »»

PERKONGSIAN PAK PANDIR BAKAL MENANTI PENEROKA FELDA

Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail berkata permohonan pembelian saham MITI akan ditutup hari ini. Warga Felda, khususnya anggota (GWGF) yang berkemampuan, disaran segera memohon saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH)melalui MITI.



Pegangan saham FGVHB apabila IPO (initial public offer) dilaksanakan bakal didominasi oleh pelabur institusi Malaysia dan antarabangsa dengan pegangan sebanyak 41% yang mana 20% bakal dipegang oleh rakan kongsi strategik yang telah dikenalpasti.

 Pelabur Bumiputera terpilih (dipilih oleh MITI)  bakal menguasai 11.5% dari jumlah saham FGVHB yang akan diapongkan. Ini bermakna pelabur institusi akan menguasai majoriti (52.5%) saham FGVHB yang diapongkan. 

Oleh itu, kesan utama daripada penyenaraian FGVHB ialah pemindahan harta Felda kepada pelabur-pelabur institusi dalam negara dan luar negara dan sebuah syarikat asing yang diangkat sebagai “rakan kongsi strategik” bakal berkongsi milik tanah dan lain-lain harta Felda dengan peneroka.



Post ini memuatkan kajian oleh Dr Rosli Yaakop phD, bekas pegawai Bank Negara Malaysia dari prospektus yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan laporan oleh ANAK yang dipengerusikan oleh Sdr Mazlan Alimin. Penyelidikan dan usaha di atas tidak dibayaai oleh mana-mana pihak tetapi berdasarkan keprihatinan dan rasa tanggungjawab agar kita mempunyai hujjah di hadapan ALLAH pemilik semua yang ada di langit dan di bumi, mengenai usaha pihak pemimpin UMNO yang ingin menghancurkan umat Islam dan ekonomi mereka.


 

FGVHB: Menang sorak kampung tergadai

Dr. Rosli Yaakop, 03 Mei 2012


Deraf Prospektus Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB) telah dipaparkan di laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mulai 29 April 2012. Prospektus itu masih bertaraf “registrable” dan hanya menjadi “registered” apabila permohonan penyenaraian diluluskan. Penganalisi berspekulasi ia pasti lulus. Ruang sudah tiada untuk Perdana Menteri bermain sorong-tarik.



Penyenaraian bakal terjadi pada akhir bulan Jun ini setelah tertunda berkali-kali. Berdasarkan maklumat di dalam prospektus, saham FGVHB, atas asas modal berbayar yang telah dibesarkan, berjumlah 3.65 bilion unit pada nilai tara RM1.00 se saham. Harga IPO tidak dinyatakan di dalam prospektus tetapi sumber Reuter yang dipetik oleh Malaysiakini bertarikh 30 April 2012 menyebut harga IPO ialah RM4.65 se saham. Ini akan menghasilkan pungutan modal melebihi RM10 bilion bagi FGVHB. Butir terpenci saham FGVHB adalah seperti dalam Jadual 1.



Jadual 1: Jumlah Saham FGVHB yang Diterbitkan





Dari kesemua saham FGVHB (3.65 bilion unit), hanya 2.19 bilon unit atau 60% (“saham IPO”) akan diapongkan, iaitu, dijual kepada pelbagai pelabur yang terdiri daripada pelabur runcit (pelabur orang awam Bumiputera dan bukan Bumiputera), peneroka Felda yang layak, kakitangan Felda yang layak, pelabur institusi dalam dan luar negera dan pelabur Bumiputera terpilih (yang berdaftar dengan MITI).



Saham yang bakal dijual kepada para pelabur terdiri daripada saham sedia ada, iaitu, saham milik Felda Badan Berkanun (Felda BB) di dalam FGVHB sebagai balasan kepada pelupusan 49% kepentingan Felda dalam Felda Holding Berhad (FHB) kepada FGVHB berjumlah 1.21 bilion unit (33%). Felda akan menawarkan untuk menjual kesemua saham ini kepada para pelabur. Selepas ini, ia tidak lagi memiliki apa-apa kepentingan dalam FGVHB.



Selain dari itu, FGVHB bakal menerbitkan saham baru (“saham terbitan”) berjumlah 980,000,000 unit (27%) untuk dijual kepada para pelabur. Ini bakal menjana RM4.6 bilion untuk FGVHB, tidak cukup besar untuk ke arena perniagaan global.



Juga, FGVHB memiliki opsyen untuk menjual saham tambahan (di bawah “Greenshoe Option”) berjumlah 109,445,000 unit (3%) lagi kalau berlaku “oversubscription” atau untuk menyetabilkan harga saham di pasaran. Kalau opsyen ini dilaksanakan, jumlah saham bakal diapongkan berjumlah 2.3 bilion unit.



Sejumlah 1.35 bilion unit saham FGVHB tidak diapongkan di pasaran saham. Ia sekadar “diketepikan” atau “diperuntukkan” kepada KPF kerana penyeneraian FGVHB “tidak melibatkan KPF.” Walaupun KPF “tidak terlibat” di dalam pengapongan ini, namun kepentingannya (51%) di dalam FHB bersama-sama kepentingan Felda BB (49%) di dalam FHB, adalah harta yang menjadi asas kepada saham-saham yang diterbit dan diapongkan. Harta inilah dinilai bagi menentukan harga seunit saha FGVHB yang akan diapongkan.



Walaupun saham berjumlah 2.19 bilion unit yang bakal diapongkan, tetapi asset back-up merangkumi kesemua aset iaitu, 51% hak KPF dan 49% hak Felda BB. Tiada pemecahan aset dilakukan.



Saham yang tidak diapongkan berjumlah 1.35 bilion unit (37%) dan ini adalah hak KPF. Ia tidak diapongkan kerana KPF “tidak terlibat” dalam penyenaraian dan KPF tidak memberi kebenaran kepentingannya itu diapongkan di bursa saham. Bila pasaran sekondari bermula nanti, yang akan dijualbeli hanyalah 2.19 bilion unit saham. Saham 1.35 bilion unit ini tidak tersenarai dan tiada dijualbeli di pasaran sekondari.



Saham itu “diketepikan” dan tidak dijual kepada para pelabur di bawah tawaran IPO. Ia akan dipindahkan kepada Felda Asset Holding Company (FAHC) yang akan memegang dan mengurus saham ini secara mutlak bagi pihak KPF. Perlantikan FAHC sebagai pemegang dan pengurus saham berkenaan bagi pihak KFP diputuskan sendiri oleh Felda BB. Tiada resolusi berkaitannya diluluskan oleh mana-mana mesyuarat KPF yang sah.

Jadual 2: Agihan Saham IPO FGVHB



Bagaimanakah saham IPO bakal diigihkan? Sebagaimana yang didedahkan di dalam prospektus, saham IPO (terdiri dari saham sedia ada dan saham terbitan) yang bakal diapongkan akan diagihan seperti dalam Jadual 2. Diperhatikan, pertama, saham yang mewakili kepentingan Felda berjumlah 1.21 bilion unit (saham sedia ada - “offer for sale shares”) bakal diapongkan kesemuanya ditambah dengan 0.98 bilion unit saham terbitan baru (“public issue shares”) menjadikan jumlahnya 2.19 bilion unit.



Kedua, pegangan saham FGVHB apabila IPO dilaksanakan bakal didominasi oleh pelabur institusi Malaysia dan antarabangsa dengan pegangan sebanyak 41% yang mana 20% bakal dipegang oleh rakan kongsi strategik yang telah dikenalpasti. Pelabur Bumiputera terpilih (dipilih oleh MITI bakal menguasai 11.5% dari jumlah saham FGVHB yang akan diapongkan. Ini bermakna pelabur institusi akan menguasai majoriti (52.5%) saham FGVHB yang diapongkan. Oleh itu, kesan mutakhir daripada penyenaraian FGVHB ialah pemindahan harta Felda kepada pelabur-pelabur institusi dalam negara dan luar negara dan sebuah syarikat asing yang diangkat sebagai “rakan kongsi strategik” bakal berkongsi milik tanah dan lain-lain harta Felda dengan peneroka.



Ketiga, tiada saham percuma untuk peneroka Felda. Peneroka Felda diperuntukkan 91,204,000 unit saham (1%), bermakna, kalau diagihkan sama rata kepada kesemua 112,635 orang peneroka, setiap peneroka akan mendapat 809.73 unit saham seorang (dibulatkan kepada 1 lot atau 1,000 unit seorang). Pada harga IPO RM4.65 se saham, kosnya RM4,650 se lot. Dikira setakat membeli 1 atau dua lot, majoriti peneroka mampu membeli secara tunai, tidak perlu pinjaman bank. Kalau diperuntukkan 10 atau 20 lot seorang, barulah berbaloi membuat pinjaman bank.



Kalau peneroka diperuntukkan 10 lot seorang, maka jumlah keseluruhan menjadi 1,126,350,000 unit saham atau 51.4% dari seluruh saham yang diapongkan. Kalau seorang peneroka diperuntukan 20 lot, maka jumlah keseluruhan menjadi 2,252,700,000, sudah melebihi 100% jumlah saham yang diapongkan. Jadi, tidak logik peneroka bakal diberikan 10 hingga 20 lot seorang seperti mana yang diuar-uarkan selama ini. Kalau pun diberikan, peneroka akan menjualnya (lebih-lebih lagi kalau berhutang dengan bank) segera menyebabkan harta mereka terlepas buat selama-lamanya kepada orang lain, majoritinya pelabur bukan peneroka dan pelabur asing yang memang diharapkan masuk secara besar-besaran ke Bursa Malaysia untuk memacu naik harga saham FGVHB ini.



Jelas tiada durian runtuh untuk peneroka dalam bentuk saham. Hatta, kalau diberi satu lot pun, peneroka kena bayar. Pada analisis mutakhirnya, berapa banyak pun saham yang bakal dimiliki peneroka, ia pasti dijual dalam jangka pendek apatah lagi kalau pembelian dibiayai bank. Yang bakal meraih untung besar ialah “pelabur Bumiputera terpilih” (di bawah MITI) yang umum maklum majoritinya adalah kroni pemerintah dan penama-penama yang mewakili sebuah parti politik.



Mungkin peneroka bakal dibayar durian runtuh tunai. Sumbernya dari Felda yang bakal memperoleh RM5.62 bilion tunai. Kalau peneroka diberikan RM10,000 seorang, jumlahnya RM1.13 bilion. Ini tidak berbalau kerana nilai tanah Felda Plantation Sdn. Bhd. sudah jauh lebih besar. Kalau diagihkan kesemua RM5.62 bilion itu, peneroka bakal mendapat RM50,000 seorang. Kurang dari RM50,000 seorang bukan durian runtuh namanya. Kebenarannya ialah, Felda tidak mungkin membayar jumlah ini.



Penyenaraian FGVHB tidak lebih dari eksersais memindahkan harta yang selama ini berada di bawah Felda Badan Berkanun kepada pelabur institusi (awam dan swasta) dan pelabur asing swasta dan di dalam proses ini, segolongan pelabur bernama “Pelabur Bumiputera Terpilih” dan pemain judi di pasaran saham – bukan peneroka - menikmat manfaat terbesar. Felda BB dan KPF dimandulkan. Jadilah peneroka “menang sorak kampong tergadai.”




==================================================================
Permohonan saham FGVH melalui MITI ditutup esok
9:41PM Mei 3, 2012
Warga Felda, khususnya anggota Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang berkemampuan, disaran segera memohon saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Permohonan boleh dilakukan melalui peruntukan saham kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), khas untuk terbitan saham Bumiputera.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail berkata permohonan pembelian saham MITI akan ditutup esok.

Namun, katanya anggota masih berpeluang memohon saham FGVH dengan melayari laman web kementerian iaitu http://saham.miti.gov.my untuk memperoleh maklumat
berkaitan saham tersebut.

"Peluang ini harus direbut oleh warga Felda sebelum penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia nanti," kata Rozali.

Menurutnya Gabungan itu tidak mendapat peruntukan saham istimewa daripada FGVH.

Oleh itu, katanya warga Felda, khususnya anggota GWGF, boleh terus berhubung dengan MITI, Felda dan FGVH, bagi mendapat maklumat sebenar berkaitan saham yang ditawarkan.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/196888
========================================

Tiada peruntukan khas generasi kedua Felda beli saham FGVH'
9:08AM Mei 3, 2012
Felda perlu mewujudkan satu mekanisma bagi generasi kedua tanah rancangan itu memiliki saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Wakil gabungan empat badan bukan kerajaan generasi kedua Felda iaitu Majlis Belia Felda Malaysia, Gabungan Wawasan Generasi Felda, Persatuan Usahawan Felda dan Persatuan Pengamal-pengamal Undang-Undang Generasi Felda berkata mereka menyokong usaha kerajaan untuk menyenaraikan FGVH, dan berharap mereka diberikan
peruntukan khas.

Pengerusi Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi Felda, Roshidi Hasan, yang mewakili kumpulan itu, berkata di bawah peruntukan pembelian saham FGVH, generasi kedua Felda tidak ada diperuntukan khas untuk memiliki saham itu, kecuali membelinya di pasaran terbuka.

Justeru itu, mereka berharap FGVH dapat memberikan peruntukan khas baru atau menawarkan saham di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, katanya dalam satu sidang media di ibunegara malam tadi.

Beliau juga berkata pihak Felda perlu memberi penerangan kepada peneroka dan keluarga mereka mengenai penyenaraian FGVH memandangkan masih ramai tidak memahami kebaikan tindakan tersebut.

Katanya, Felda perlu menangkis kesemua dakyah yang dijaja oleh pelbagai pihak yang membantah penyenaraian FGVH yang telah mewujudkan kekeliruan di kalangan peneroka mengenai hasrat murni Felda itu.

Beliau juga berkata keempat-empat badan itu juga turut menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini untuk mendapat beberapa penjelasan mengenai kepentingan generasi kedua Felda dalam penyenaraian FGVH itu
http://www.malaysiakini.com/news/196768


- Bernama

------------------------------
NGO dakwa peneroka menyesal tandatangan borang
Abdul Rahim Sabri
7:15PM Mei 2, 2012
Terdapat peneroka yang menyesal selepas menandatangani borang permohonan pinjaman dari institusi perbankan bagi membeli saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK).

Presidennya Mazlan Aliman mendakwa, kekesalan itu apabila mereka mengetahui risiko yang mungkin ditanggung setelah mendapat maklumat sebenar.

Malah, dakwanya, ada peneroka yang berjumpa dengan pengurusan Felda untuk menarik balik borang yang ditandatangani itu.

NONE"(Bagaimanapun) respons pengurusan Felda sangat negatif," katanya sambil mendakwa terdapat peneroka yang 'diugut dan diancam' disingkir dari Felda jika berbuat demikian.

Dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini, Mazlan turut menunjukkan, mengedarkan dan membaca dokumen perjanjian dan surat tanggung kerugian itu.

"Satu yang pelik, kita berniaga memikirkan pasal keuntungan, tetapi (di sini) fikir tentang kerugian," katanya sambil mengangkat surat tanggung kerugian.

"Jadi pihak bank pun tidak yakin... Saya yakin mereka tidak mahu tanggung risiko jika saham FGVH yang (disenaraikan) diapungkan," katanya yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS.

Pasaran saham dijangka merudum

Mazlan berkata penganalisis ekonomi meramalkan pasaran saham akan terus merudum dalam tempoh enam bulan akan datang menyebabkan peneroka bakal menanggung risikonya.

NONE"Saya merujuk kepada pegawai bank, risiko bankrap (bakal ditanggung) jika gagal membayar pinjaman bank... Perkembangan ini, (dilihat) sangat menzalimi, satu penipuan dan pengkhianatan kepada peneroka.

"Skim yang diperkenalkan ini, hampir menyerupai skim Pak Man Telo (iaitu) kumpul saham peneroka dan dipaksa jual dalam tempoh enam bulan," katanya.

Menurutnya lagi, beliau turut berasa pelik apabila peneroka yang berumur 65 tahun turut diberi pinjaman dalam jumlah yang besar sehingga mencecah antara RM50,000 dan RM100,000.

Mazlan mendakwa separuh daripada dana yang dikumpulkan daripada saham peneroka akan digunakan untuk pemberian 'durian runtuh' oleh perdana menteri pada 8 April dan hanya separuh lagi digunakan untuk pelaburan.

Turut hadir bekas pegawai Bank Negara Dr Rosli Yaacob yang kini bergiat aktif bersama PAS.

http://www.malaysiakini.com/news/196744

Biodata Dr Rosli Yaakop
Born in Kampong Kundur, Rembau, Negeri Sembilan in 1952. Currently he is the CEO of Ahsania-Malaysia Hajj Investment and Finance Company Limited, Dhaka, Bangladesh. Obtained his first degree in Economics from UM in 1975. Obtained masters and PHD in the same field from the University of Wisconsin, USA on BNM scholarship. He served BNM for 18 years. Previously served as Senior Vice President, Global Hajj and Umrah Corporation (Labuan) Limited, CEO, Golden Pharos Berhad, Director, Islamic Banking Scheme and Special Project, Abrar Discount Berhad, CEO, Abrar Finance Berhad, part-time lecturer on financial markets and institutions at the University of Malaya and board member of several companies. Areas of expertise included regulation of financial institutions, formulation and implementation of monetary, fiscal and economic policies, liquidity management, Islamic banking and finance and developing business strategies. Writes regularly on economic issues and presents papers in economic seminars. Current research interest is on the return of Gold Dinar as the currency of the Islamic World. 21 July 2007

Read More “PERKONGSIAN PAK PANDIR BAKAL MENANTI PENEROKA FELDA”  »»

SISTEM PENGANGKUTAN KONTENA LUMPUH DI P.KLANG

Sejak dari hari semalam sehingga  kini, tiada pergerakan lori  haulier,dan kontena di Pelabuhan Klang. Syarikat yang mempunyai kontena  import dan eksport tergendala dek kerana  mogok yang dilancarkan semalam oleh pemandu semua syarikat haulier yang berjumlah lebih kurang 50 buah. Sila lihat senarai di bawah yang dikeluarkan oleh LPKP.

Difahamkan mogok ini menuntut pengendali depot kontena kosong supaya memikirkan hak dan kebajikan pemandu pemandu lori haulier yang cari makan dengan mengejar trip penghantaran kontena .

Bayangkan berapa trip sahaja mereka akan dapat sekiranya depot  yang mengendalikan simpanan kontena servis mereka kurang efisien  serta lambat,untuk mendapatkan kontena. Pemandu terpaksa menunggu dalam jangka masa yang sangat lama kira-kira 2jam atau hampir ke 3jam.Macam mana mereka dapat mengejar trip sekiranya masa yang lama terpaksa diambil untuk mengambil sesebuah kontena di depot.

Sekarang pihak depot atau yard pula dikatakan menaikkan charge kepada RM 18 ke 20 ringgit yang terpaksa ditanggung oleh pemandu sedangkan gaji basic pemandu hanyalah RM300 sebulan atau RM30 sehari. Apakah ini adil?

Walau pun Perdana Menteri telah mengumumkan kadar gaji minima RM900 mereka terbeban pula dengan charge pihak depot sebanyak rm 18 hingga 20 ringgit bagi sebuah kontena..Jika dalam sehari mereka dapat menarik  tiga kontena, ini bermakna mereka terpaksa membayar RM58 sehari sebagai modal untuk mendapat gaji RM300sebulan.

Jika pihak kerajaan lambat menangani isu ini  pelabuhan pula yang akan menanggung lambakan kontena di depoh dalam pelabuhan sehingga kapal kapal tidak dapat menurunkan kargo kargo mereka.
.
Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan usah pandang  remeh sumbangan para pemandu  ini.Dengar dan ambillah tindakan segera bagi menyelesaikan masalah mereka.. Semuanya bermula apabila Lim Liong Sik mantan menteri pengangkutan meliberalisaikan pemberian permit haulier.

Senarai Syarikat Haulier Selangor


Senarai Syarikat Haulier Kuala Lumpur

 RUJUKAN: http://ismits-ulamraja.blogspot.com/2012/05/pemandu-haulier-mogok-sejak-dari-hari.html

Read More “SISTEM PENGANGKUTAN KONTENA LUMPUH DI P.KLANG”  »»

EXCO Pendidikan raikan PROGRAM ANUGERAH ANAK CEMERLANG 2011 WARGA PKNS

SHAH ALAM
21.4.12

Walaupun dijadual akan berlepas ke Mesir dalam beberapa jam lagi untuk meninjau pelajar di Timur Tengah, EXCO Pendidikan Selangor, YB Dr Hjh Halimah meraikan undangan PKNS.

 Sebuah anak syarikat kerajaan Selangor yang diamanahkan untuk membantu melonjakkan kemajuan negeri Selangor telah menyusun program meraikan pelajar cemerlang 2011 yang terdiri dari anak warga PKNS dan juga pekerja PKNS yang belajar untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.
 Beliau menekankan dalam ucapannya bahawa kerajaan Selangor menghargai jasa pekerja PKNS yang telah menyumbang bakti membantu masyarakat Selangor dan di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, PKNS menjadi sendi penting melaksanakan dasar kerajaan untuk maslahah rakyat. Justeru, sudah tentulah kebajikan diri serta keluarga modal insan PKNS ini perlu dijaga dengan baik.

Kerajaan Selangor turut berbangga dengan pencapaian cemerlang anak-anak staf PKNS dan majlis itu akan menjadi insentif bagi mereka agar terus cemerlang dalam hidup mereka.
Turut serta Hajah Noraida, Timbalan Pengurus Besar PKNS.
Anak-anak yang cemerlang yang dihargai ini akan menjadi dorongan kepada ibubapa mereka yang mencari rezeki di PKNS untuk terus tekun bekerja agar masa depan mereka lebih cerah dengan perhatian yang diberi oleh PKNS.Syabas dan tahniah kepada PKNS. Syabas dan tahniah juga kepada pelajar cemerlang ini!

Read More “EXCO Pendidikan raikan PROGRAM ANUGERAH ANAK CEMERLANG 2011 WARGA PKNS”  »»

Ziarah/kunjung hormat YB DR HALIMAH -Naib Musrsyidul Am 1&2 Ikhwan Muslimun



 Kaherah
21.4.12

Kunjungan EXCO Kerajaan Selangor , YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan Tinggi ke Mesir sudah lama ditunggu oleh para pelajar Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Bagi kunjungan kali ke 2 setelah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan kerajaan Selangor, beliau telah membawa bersama wakil Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor yang diketuai oleh Penasihatnya Ustaz Fauzan dan Pengerusinya Akram Ikrami bin Taib Azamuden yang juga merupakan Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia).

 Selain daripada bertujuan meninjau keadaan pelajar dan menyumbang RM20ribu kepada BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR Mesir dan memberi motivasi IMTIHAN kepada pelajar yang 'exam fever' samada daripada jurusan agama mahupun perubatan dan kesihatan, YB Dr Halimah dan rombongan juga mengambil kesempatan menjejaki ilmuwan tersohor yang telah mengamalkan ilmu mereka sehingga hembusan nafas terakhir seperti AL MARHUM IMAM SHAFIE DAN SYAHID IMAM HASAN AL BANNA.Ini sesuai dengan dasar PROJEK JEJAK ILMUWAN SELANGOR yang telah dilancar oleh YAB MB Selangor Julai 2008.

 Kesempatan untuk mengadakan kunjung hormat kepada Ikhwan Muslimun yang diakui dunia sebagai contoh gerakan utuh yang jelas berjaya menongkah arus , merentasi belantara dan di pukul badai namun akhirnya alhamdulillah dengan iltizam, istiqomah dan silah serta ukhuwwah yang dipraktikkan secara sistematik dan sedar dan semangat jihad maksima mereka sudah menghampiri puncak kejayaan.

Peluang bertemu dan berbincang serta mendengar nasihat dan pesanan daripa kedua-dua NAIB MURSYIDUL AM    (1 dan 2) Ikhwanul Muslimun adalah peluang yang ditentukan oleh Allah Yang Maha Mentakdirkan. Tidak sia sia doa minta dipertemukan dengan orang baik dan soleh.Alhamdulillah. Masyaallah.
 Dalam kerancakan berbual, azan dikumandangkan, maka kami hentikan perbualan dan semua yang hadir solat bersama dengan Naib Mursyidul Am. Selesai solat kami sambung semula.
Antara pesanan dan juga jawapan kepada orang muda dan khususnya mahasiswa sangat membanggakan dan mengkagumkan kerana bersifat praktikal dan kontemporari.
Tidak ada syak mereka sesuai mengemudikan Mesir.
Mahasiswa katanya perlu menekankan tumpuan kepada pelajaran, cari ilmu, kita perlu perlbagai jenis ilmu dan kemahiran. Kita perlu bukan sahaja ilmu ukhrawi malah mesti dikembarkan dengan ilmu duniawi untuk melayakkan diri mengurustadbir bumi.


Maka sudah je;las bagi mereka yang mahu berjuang tidak ada alasan untuk tidak belajar bersungguh-sungguh.

Jangan buat helah mahu 'beribadah' sahaja sedangkan strategi perjuangan jemaah yang diagungkan mempunyai tasawwur yang jelas dan berbeza dengan yang ditanggapi.

Dr Halimah dan Naib Mursyidul Am 1

Makam Imam Shafie

Read More “Ziarah/kunjung hormat YB DR HALIMAH -Naib Musrsyidul Am 1&2 Ikhwan Muslimun”  »»

POLIS BERTINDAK "PROFESSIONAL" MENJADI MANGSA.......


Jawapannya di akhir posting.

Polis yang jadi mangsa, kata Najib

Hisham: Polis tangani perhimpunan secara profesional

 Polis telah menjalankan tugas secara profesional dalam menangani perhimpunan hari ini walaupun berlaku provokasi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau berasa kagum dan bangga dengan polis yang tidak mudah melatah dengan provokasi yang dilakukan kira-kira 20,000 peserta perhimpunan itu.
  
"Saya sedih dengan apa yang berlaku hari ini, penganjur menjanjikan perhimpunan aman sebaliknya bertukar menjadi tidak terkawal walaupun kerajaan sedaya upaya memberi kebenaran untuk rakyat berkumpul secara aman di tempat yang disyorkan.
  
"Mereka masih berdegil ingin mengadakan di Dataran Merdeka," katanya kepada pemberita.
  
Beliau mengulas kejayaan polis menghalang percubaan peserta perhimpunan haram itu menceroboh Dataran Merdeka dengan merempuh penghalang dan kawat berduri dipasang selepas Mahkamah Majistet mengisytiharkan dataran itu sebagai kawasan larangan mulai semalam hingga 1 Mei.

Hishamuddin kesal dengan pihak penganjur dan peserta yang sanggup memperjudikan keselamatan umum demi kepentingan minoriti seperti mereka.
  
Katanya, peserta perhimpunan itu perlu 'membayar balik setimpal' apa yang mereka lakukan iaitu menggadaikan keselamatan majoriti orang awam demi menyuarakan hak asasi mereka.
  
"Saya sedih dengan usaha transformasi kerajaan yang cuba kita bawa, seperti menghapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman, tetapi telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan mengajak rakyat berdemonstrasi dan mengancam keselamatan awam," katanya.
  
"Perkara mengenai orang ramai perlu lihat secara teliti, apa yang cuba penganjur katakan perhimpunan ini adalah aman tetapi tidak aman," katanya.
  
Hishamuddin berkata bukan perkara mudah bagi kerajaan untuk mencapai keseimbangan antara hak asasi manusia dengan menjaga keamanan negara.
  
Beliau berkata perhimpunan hari ini tidak menjejaskan keselamatan dan kepentingan awam di negara ini dan yakin dengan kemampuan polis menjaga keselamatan awam.
  
Menurut laporan Polis Bukit Aman, sehingga 8 malam, seramai 388 orang yang berada di perhimpunan itu telah ditahan dan mereka telah dibawa ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL)

Sementara itu, di SHAH ALAM, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata sudah sampai masa golongan majoriti senyap melahirkan perasaan tidak senang hati mereka terhadap perbuatan menimbulkan huru-hara dan menzahirkan perasaan jijik mereka dengan perbuatan yang melanggar peraturan.
  
"Kita tak mahu perkara huru-hara, tidak ikut peraturan ini terus menjadi budaya minoriti yang vokal yang diketuai dan didalangi pembangkang." katanya mengulas tindakan mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini.
  
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Rapat 1Malaysia bersama Persatuan Bekas Polis DiRaja Malaysia Selangor di Universiti Teknologi MARA, Ahmad berharap rakyat sedar tindakan kumpulan yang menyusahkan rakyat termasuk pemandu teksi, merugikan peniaga selain menakutkan pelabur serta pelancong.
  
Beliau berkata masa depan negara tidak harus dipertaruhkan di tangan pergerakan seperti penganjur perhimpunan hari ini yang hanya mewakili kalangan minoriti di negara ini.
  
Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata majoriti rakyat negara ini yang cintakan keamanan, kedamaian, keharmonian, keselamatan, kemakmuran adalah golongan yang senyap.

- Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan luar kawalan pihak polis terhadap peserta perhimpunan BERSIH 3.0 adalah disebabkan 'rusuhan psikologi' yang dilakukan oleh pihak berkenaan.

Beliau turut mendakwa, secara umumnya, tindakan 'ganas' peserta perhimpunan BERSIH pada Sabtu lalu adalah tertumpu kepada pihak polis.Laporan penuh di SINI

Jawapannya..POLIS atau PDRM sama ada FRU, trafik Cawangan Khas dll adalah mangsa kerakusan kerajaan BN. noktah

Read More “POLIS BERTINDAK "PROFESSIONAL" MENJADI MANGSA.......”  »»

PERCUMA : kERAJAAN Selangor biaya kelas tambahan SPM 2012 pelajar miskin

29.4.12
DEWAN JUBLI PERAK
SUK
SHAH ALAM

Anak Selangor yang berasal daripada keluarga yang miskin sentiasa mendapat perhatian dan menjadi paksi perkiraan kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR dalam menentukan agihan hasil mahsulnya.
Dengan konsep merakyatkan ekonomi Selangor, iaitu ikhtiar serius kerajaan yang untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk Selangor dengan memfokus kepada ruang dan potensi terbaik bagi mengeluarkan keluarga miskin daripada kepompong kemiskinan. Semua pihak bersetuju bahawa pelaburan kepada pendidikan adalah pelaburan jangka masa panjang ke arah menjamin masa depan yang lebih cerah kepada generasi muda keluarga tersebut.
Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menepati permintaan pasaran terkini, anak daripada keluarga miskin ini akan sekurang-kurangnya mendapat pekerjaan yang lebih terjamin dan diharapkan melepaskan mula-mula dirinya daripada belenggu kemiskinan yang lazimnya menjadi tradisi keluarga berkenaan. Kitaran kemiskinan keluarga boleh dihentikan dengan pendidikan yang berkualiti dengan menghasilkan modal insan yang produktif.
Rasional seterusnya, anak yang sudah mendapat pekerjaan ini sekurang-kurangnya boleh menyumbang kembali kepada keluarga yang telah megasuh dan mendidik beliau hingga dewasa.Ini akan menaikkan status ekonomi secara purata keluarga tersebut.Lebih-lebih lagi kalau seramai mungkin anak keluarga miskin ini berjaya dijadikan modal insan yang berkesan.

Menyedari hakikat ini, kerajaan PAKATAN RAKYAT negeri Selangor tidak ragu-ragu memperkenalkan dasar membantu pelajar calon SPM semenjak tahun 2011 untuk memberi kelas tambahan PERCUMA kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1500 sebulan.
Kerajaan Selangor telah memperuntukkan bajet sebanyak RM 3.45 juta setahun khusus untuk program pendidikan tambahan PERCUMA ini.
Dijalankan secara sistematik dan dilantik KOORDINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN(KPMI) untuk setiap 56 DUN di seluruh negeri Selangor yang mengendalikan seramai 100 pelajar setiap DUN. Kos bayaran untuk guru, premis dan pemantauan serta proses dokumentasi serta pembangunan syakhsiyyah ditanggung oleh kerajaan Selangor.
 Alhamdulillah, perkembangan yang sangat memberangsangkan di mana pelajar yang terpilih yang rata-ratanya berasal dari pelajar kategori sederhana bila diberi sedikit ruang dan peluang untuk menggilap potensi mereka , ada yang mencapai 5A, 7A 8A bahkan ada yang memperolehi 10A.
Ketekunan guru-guru yang berbakti dan koordinator sebagai pembimbing dan pembentuk memberi impak besar kepada masa depan mereka.
Target kerajaan negeri ialah untuk pelajarnya mendapat sekurang-kurang 5kredit dalam SPM untuk melayakkan mereka meneruskan pelajaran ke IPT.

 Bukan sekadar bagus keputusan SPM tetapi yang sangat penting dari perspektif kerajaan Selangor juga ialah akhlak mereka dan mengesan kecenderungan ke arah perkara yang negatif. Bagi kelompok yang memang sudah terlalu jauh ketinggalan daripada segi literasi mereka akan dikenalpasti untuk dislaurkan kepada  jurusan bersifat latihan kemahiran untuk menjamin mereka mempunyai sumber rezeki yang halal dan punca pendapatan yang tetap.

 Majlis pelancaran PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS) telah selamat disempurnakan oleh YAB MB SELANGOR. Turut hadir YB Dr Che Rosli ahli Parlimen Hulu Langat.
Anugerah pelajar cemerlang juga diberikan kepada mereka yang menunjuk peningkatan drastik dalam pencapaian SPM.Justeru diingatkan konsepnya ialah menghargai usaha dan ketekunan para pelajar PTRS suapay menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang serupa dengan diri mereka. 
 Alhamdulillah dalam majlis yang ringkas itu, penuh dewan jubli Perak dengan sebahagian pelajar PTRS sehingga ada yang terpaksa duduk di atas tangga.
Doa di pimpin oleh pelajar PTRS SMK IJOK.
Koordinator Pembanguan Modal Insan cemerlang pula daripada DUN MERU dan Tanjong Sepat.







Read More “PERCUMA : kERAJAAN Selangor biaya kelas tambahan SPM 2012 pelajar miskin”  »»

SPR: BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH sebelum anda dibersihkan oleh rakyat

PUTRAJAYA
19.4.12

'Kunjungan hormat' dan lawatan kerja EXCO KERAJAAN SELANGOR ke pejabat SPR yang diketuai oleh YAB MB Selangor adalah dengan misi besar bagi pihak rakyat Selangor.
Pelbagai macam kebajikan untuk rakyat difikirkan oleh kerajaan Selangor yang sayangkan rakyatnya dan mahu melonjakkan martabat rakyatnya. Daripada pemberian keperluan asas manusia seperti air percuma 20m padu, kelas tambahan/tuisyen percuma, program kesihatan wanita melalui mammogramn percuma, khairat kematian, tabung pendidikan warisan anak Selangor(TAWAS) dll.

Namun yang paling menyayatkan hati ialah apabila rakyat Selangor dinafikan hak mereka sebagai warganegara Malaysia yang sah memilih pemimpin yang mereka yakini dengan cara yang bersih, adil, telus dan profesional.Apabila masalah lambakan pengundi yang diragui kesahihan dalam daftar pemilih yang diterima dan disahkan oleh SPR maka tidak ada yang boleh menggubahnya apabila ia telah diwartakan menurut SPR.
    Banyak soalan yang diajukan kepada Pengerusi SPR serta pegawai-pegawainya termasuk Pengarah SPR Selangor namun jawapan yang diterima sudah kami jangkakan sebelum perjumpaan itu lagi!

Kerajaan Selangor telah menyatakan hasrat akan melibatkan orang ramai dalam proses pendemokrasian bagi 'membantu kerja-kerja' SPR untuk membersihkan daftar pemilih dengan menyemak satu per satu nama yang ada dalam daftar pemilih tersebut.
Ini sebelum timbul desas desus Pengerusi dan Timabalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO yang berdaftar.
Maka muncul satu lawak peminat bolasepak. Sekiranya CHELSEA berentap dengan Liverpool dan pengadilnya di dapati daripada Liverpool, adakah penyokong CHELSEA tidak patut memberontak...fikir-fikirkanlah...

Read More “SPR: BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH sebelum anda dibersihkan oleh rakyat”  »»

BERSIH 3.0 ADALAH SUARA RAKYAT YANG AMAN DAN SANTAI

28.4.12
KUALA LUMPUR

BERSIH 3.0 adalah satu keperluan bagi rakyat Malaysia kerana hak mereka untuk mendapat pemimpin negeri dan negara secara adil dan wajar telah tercemar. Hak mereka sebagai warga negara telah dikompromi oleh kerajaan BN yang memerintah Malaysia yang tidak mahu membebaskan SPR daripada menjalankan tugas secara profesional.

BERSIH 3.0 sebenarnya adalah perhimpunan aman yang santai dengan tema; DUDUK dan BANTAH.
Ianya protes simbolik kepada Suruhanjaya Pilihanraya yang telah dibiayai sepenuhnya oleh rakyat bagi pihak rakyat mempastikan proses mendaftar pengundi mengikut hak warga negara Malaysia.

Rata-rata rakyat marah dengan kerajaan BN pinmpinan Datuk Seri Najib yang dikatakan memperkudakan SPR untuk mempastikan kesenimbangunan BN memerintah Malaysia sampai bila-bila.
Malangnya SUARA RAKYAT tidak mahu didengari oleh BN. Seolah rakyat TIDAK RELEVAN bagi mereka. Menyusahkan sahaja. Tidak penting. Peduli apa dengan sungutan rakyat! Inilah perangai BN.
 Konon RAKYAT DIUTAMAKAN!! Kah1 kah!kah! kata anak muda...
Lautan manusia membanjiri Kuala Lumpur tarikh keramat itu. Walaupun ditutup jalan-jalan ke arah venue yang mahu dituju iaitu DATARAN MERDEKA!
YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Kerajaan Selangor merangkap ADUN PAS Selat Klang yang baru balik daripada Mesir tidak mahu ketinggalan. Dataran Tahrir telah memperlihatkan SUARA RAKYAT adalah SUARA KERAMAT.Akhirnya rejim zalim yang kukuh bertapak berdekad lamanya tumbang jua. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

 Beliau juga baru ditakdir dapat bertemu dengan kedua-dua Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin di Pejabat Ikhwan di Kaherah. Alhamdulillah dengan sedikit perkongsian bersama mereka dengan disertai bersama Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor menyebabkan beliau tidak mahu ketinggalan dalam peristiwa bersejarah ini. Ramai yang duduk di Jalan TAR, di bawah pokok, dalam bangunan dengan keadaan santai dan tenang. Kemudian apabila Dr Halimah menghampiri kereta YB Fuziah Salleh serta Datuk Seri Anwar yang berada di tengah jalan dan dikerumuni. Unit Amal yang bersama beliau membantu minta laluan untuk beliau naik atas kereta itu untuk bersama pimpinan pakatan rakyat. Namun baru sahaja nak naik tiba-tiba semburan FRU di depan telah menyebabkan orang ramai bertempiaran lari. Dikatakan semburan ini lebih menyengat!
Tembakan bertalu-talu dilakukan oleh pihak berkenaan sehingga menyebabkan kami sesak nafas dan pedih mata. Alhamdulillah berbekalkan air mineral dan garam kami 'survive' ujian tersebut.

Memang pihak berkuasa nampaknya tidak puas hati dan tetap mengejar walaupun peserta BERSIH 3.0 telah beralih daripada tempat asal. Ada beliawanis yang terlentang dan perlu ditarik pantas oleh rakan dan Unit Amal agar tidak dipijak.
Pengalaman kali ini memperlihatkan gelagat peserta BERSIH yang matang dan tenang.
Mereka berlari dengan sopan dan cermat supaya keselamatan pihak lain terpelihara. Mereka juga lebih kebal.
YB Dr Halimah sempat bersembang dengan belia Tionghua dan peserta India yang turut hadir. Memang ramai kaum Tionghua ikut serta kali ini.

 Ramai pelajar juga tidak mahu ketinggalan. Warga emas juga tidak ketinggalan.
 Pendek kata semua lapisan masyarakat ada wakilnya daripada semua negeri.
Yang lebih menarik kali ini Datuk Sheikh Kadir mantan veteran UMNO juga memakai baju kuning BERSIH dan memberi ucapan bersama dengan pimpinan PAS di perkarangan pejabat agung PAS Pusat selepas perhimpunan dan dihadiri oleh klhalayak yang amat memerangsangkan.

YB Dr Halimah juga mewakili kerajaan Selangor dijemput memberi sedikit ucapan diikuti oleh EXCO kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan AJK PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik. Sebelum itu Syed Azman , AJK PAS Pusat juga telah berucap.

YB Dr Halimah juga sempat berdakwah dan mengajak pelbagai pihak untuk bersama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing. Bahkan kepada polis trafik juga beliau mengingatkan perjuangan BERSIH 3.0 juga memberi kesan kepada masa depan anak cucu mereka dan diterima baik.

 Beliau juga berkongsi bahawa kerajaan Sealngor tidak akan ikut serta dalam PRU 13 sekiranya proses pembersihan daftar pemilih tidak dilakukan. Perlu diingat daftar pemilih yang paling banyak bertambah adalah di Selangor. Kerajaan Selangor telah bersetuju untuk emmperuntukkan sebanyak RM15 juta geran Selangorku untuk proses pendemokrasian dan diantara usahanya ialah mencari pemilih-pemilih yang mencurigai dan perkara ini telah pun diberitahu kepada SPR semasa kunjungan kerja MB dan SEMUA EXCO kerajaan Selangor . Rakyat Selangor perlu dibela agar tidak ditipu dan dinafikan hak mereka oleh pihak yang tidak bertnaggungjawab




Read More “BERSIH 3.0 ADALAH SUARA RAKYAT YANG AMAN DAN SANTAI”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com