Sila baca petikan laporan di sebelah atau di bawah ini, dan uji kehebatan analisis anda serta ilmu bahasa 'Arab asas anda. Selamat mencuba.
Satu kesilapan typos telah berlaku pada laporan Bernama bertarikh 17hb April 2009 yang membuktikan bahawa bahasa Arab yang mana Bahasa Melayu telah meminjam banyak istilah dan perkataan darinya, mempunyai ejaan, sebutan dan ilmu sarof yang tersendiri.
Kesilapan ejaan memberi makna yang amat jauh dari maksud asal yang dihajatkan.
Kini terdapat banyak perkataan serta istilah Arab dalam Bahasa Melayu yang telah berubah maknanya secara tidak sengaja dek kerana perubahan ejaan, sekaligus sebutan.
Laporan Bernama
Prinsip 6M Perlu Diamalkan Semua Agensi Agama
PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Pendekatan prinsip 6M akan diberi tumpuan oleh semua agensi agama bagi memastikan agensi berkenaan serba boleh dan sentiasa memandang ke hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom hari ini.
Beliau berkata prinsip 6M itu ialah Musyatarah (menepati syarat kejayaan) Mua'tabah (menghakis sifat-sifat buruk) Mu'aqabah (mengekalkan tindakan yang benar) Muraqobah (mengawal diri secara berterusan) Muhasabah (menilai diri) dan Muhajadah (bersungguh-sungguh).
Dalam amanat sulungnya pada perhimpunan bulanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini, katanya prinsip ini adalah komitmen untuk melahirkan keseragaman ketetapan dan matlamat serta pendapat yang merupakan cabaran besar yang perlu ditangani oleh semua agensi ini.
Ia juga akan menjadi panduan untuk bersikap tegas dan jelas tanpa sebarang kompromi dalam perkara yang menjurus kepada kerosakan organisasi, kata beliau.
Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, katanya beliau yakin prinsip itu dapat memperkukuhkan lagi agensi agama di negara ini.
Pendekatan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan digunakan untuk mengukur kejayaan pelaksanaan prinsip 6M itu.
BERNAMA
PERKATAAN ARAB YANG DISALAHEJA
PEMILIHAN PIMPINAN PAS DARI PERSPEKTIF BERNAMA
Ulasan berita sekitar pemilihan pimpinan PAS menjelang Muktamar PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA. Dimuatkan 3 laporan untuk tatapan anda.
Hanya Yang Layak Boleh Tawar Diri Bertanding - Nik Aziz
MACHANG, 13 April (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan hanya mereka yang layak sahaja menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang dijadualkan Jun ini.
Nik Aziz ketika mengingatkan perkara itu berkata beliau tidak mahu anggota parti itu yang tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, membuang masa menonjolkan diri menarik sokongan.
"Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia," katanya.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri di sini, hari ini.
Katanya, PAS turut memberi kebebasan kepada anggota akar umbi untuk memilih barisan pimpinan yang mereka mahukan dan menolak mana-mana pemimpin yang dirasakan tidak lagi diperlukan parti itu.
"Saya tak nak sebut apa-apa, nanti pengaruhi orang lain pula, biar saya senyap-senyap sudahlah. (Tetapi) kalau barang perlu diubah, ubahlah. Terserah kepada (anggota parti) dari peringkat cawangan untuk mengundi siapa," katanya.
Muktamar PAS dijadual diadakan di Shah Alam, Selangor Jun ini.
-- BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------------------
Hadi Sedia Dicabar Bagi Jawatan Presiden PAS
KOTA BAHARU, 18 April (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menghadapi cabaran bagi pertandingan merebut jawatan nombor satu parti pada Muktamar PAS Jun ini berikutan desas-desus berlakunya pergolakan kuasa sehingga wujud dua pasukan di dalam parti itu.
Malahan beliau menyerahkan kepada ahli parti untuk memilih sama ada dirinya atau pemimpin yang lain sebagai presiden kelak.
"(Bagi) saya biasa saja, melihat sejauh mana kepercayaan ahli kepada saya. Saya tak akan buang pakaian (jawatan) kerana ia adalah amanah yang diberikan pengikut kepada saya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah maghrib perdana di Masjid Kota, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada bersedia menghadapi pertandingan jika dicabar dalam pemilihan parti pada Muktamar PAS yang dijangka diadakan di Shah Alam, Selangor Jun ini.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam kenyataannya sebelum ini berkata beliau menyerahkan kepada ahli untuk menentukan pemimpin yang akan dipilih dalam muktamar agung itu.
Nik Abdul Aziz juga menolak dakwaan wujud pergolakan kuasa peringkat kepimpinan sehingga terdapat dua pasukan dalam PAS iaitu Pasukan Tok Guru dan Pasukan Presiden.
Beliau berkata dakwaan yang mengatakan terdapat pasukan Tok Guru atau pasukan Presiden dalam PAS adalah tidak benar dan apa yang penting ialah mengukuhkan parti bagi menghadapi pemilihan Jun nanti dan mencari pemimpin yang benar-benar layak menerajui parti itu.
Abdul Hadi berkata beliau tetap bersama PAS sama ada dipilih atau tidak untuk menerajui kepimpinan parti.
"Terpulang kepada pengikut sama ada nak tukar ke pakaian atau baju (pemimpin) kita. Namun saya (akan) terus bersama PAS, yang penting ialah pemimpin Islam. Siapa jadi pemimpin saya tak kisah," katanya.
-- BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------
Calon Ketua Pemuda PAS: Salahuddin Tiada Petunjuk
KOTA BAHARU, 18 April (Bernama) -- Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Salahuddin Ayub yang tidak akan mempertahankan jawatannya itu dalam pemilihan pada Muktamar PAS Jun ini berkata beliau tidak akan memberi petunjuk kepada ahli dalam menentukan calon bagi menggantikan tempatnya itu.
Anggota Parlimen Kubang Kerian itu berkata terserah kepada ahli untuk membuat penentuan.
"Saya tidak mempunyai petunjuk dalam menentukan calon jawatan Ketua Pemuda menggantikan tempat saya," katanya kepada pemberita di majlis mesyuarat perwakilan PAS Kawasan kubang Kerian, di sini, hari ini yang dirasmikan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada 15 Feb lepas, Salahuddin mengumumkan keputusan tidak mempertahankan jawatan ketua Pemuda bagi memberi peluang kepada muka baru menerajui Dewan itu.
Salahuddin juga berkata beliau menyerahkan kepada ahli untuk mencalonkannya untuk jawatan naib presiden parti pada pemilihan nanti.
Katanya beliau yakin pertandingan merebut jawatan dalam parti akan berlangsung dalam suasana sihat dan demokrasi sebagaimana menjadi amalan PAS sebelum ini.
-- BERNAMA Read More “PEMILIHAN PIMPINAN PAS DARI PERSPEKTIF BERNAMA” »»
BN BELUM PASTI SERTAI PRK PENANTI
Amalan politik wang dan projek mee segera merugikan kerajaan dan menguntungkan pihak-pihak tertentu. Gunung emaspun boleh habis. DS Najib belum pasti sama ada BN akan menyertai PRK. Bunyi macam tak "confident".
Ayat cinta DS PM"
" BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya."di baca" menguntungkan BN
Najib: BN Mesyuarat Akhir Bulan Tentukan Sama Ada Sertai P/raya Kecil Penanti
Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat akhir bulan ini bagi menentukan sama ada mengambil bahagian atau tidak pada pilihan raya kecil Penanti, Pulau Pinang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.
"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis `Sambutan Meraikan Perdana Menteri' peringkat Parlimen Pekan di sini hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.
Sehubungan itu, Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.
"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya.
Najib berkata BN akan sepakat berhubung pilihan raya kecil itu.
"Sebab kita perlu kuat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya.
"Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.
Pilihan raya kecil DUN Penanti bakal diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa Khamis lepas.
Mohammad Fairus, 32, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berkata langkah beliau itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.
BERNAMA
MAHKAMAH BERTINDAK "ULTRA VIRES"-LUAR BIDANG KUASA KATA DR AZIZ BARI
Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan. Kuasa mentafsir 'Standing Orders' atau peraturan Dewan ialah kuasa mutlak speaker.
Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan.
Ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72; khususnya 72(1) yang dengan jelas menyebut bahawa "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".
Mungkin selepas ini AP Govind Singh Deo akan mempersoalkan kenapa beliau digantung dari sidang Parlimen dan membawa kesnya ke mahkamah.
Mahkamah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires' - Dr Aziz Bari
Meskipun keputusan mahkamah mengisytiharkan tindakan Speaker DUN Perak menggantung Dato Dr Zambry Kadir mengecewakan banyak pihak, ia terpaksa diterima.
Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tertinggi negara pada 16 April lalu. Dalam keputusan lisannya mahkamah membuat keputusan sebulat suara. Ketika menyampaikan keputusan itu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Sherif memutuskan bahawa Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.
Aziz berkata, perlembagaan - baik negeri maupun persekutuan - tidak menyatakan dengan jelas kuasa-kuasa speaker dan selama ini undang-undang dan amalan yang ada baik di Malaysia dan seluruh Komanwel ialah ia tertakluk kepada budi bicara speaker dan ini dipandu oleh 'Standing Orders' atau peraturan dewan. Ini mempunyai asas di dalam perlembagaan dan kuasa mentafsir 'Standing Orders' itu ialah kuasa mutlak speaker.
"Saya tidak tahu apakah asas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Speaker DUN tidak sah. Dari mana mahkamah mendapat kuasa berbuat demikian?" soal profesor undang-undang itu.
Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan. Katanya ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72; khususnya 72(1) yang dengan jelas menyebut bahawa "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".
Dengan itu, Aziz berpendapat, mahkamah telah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires'.
Ditanya mengenai Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak beliau berkata: "Peruntukan itu hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir perlembagaan negeri. Peruntukan ini tidak memberi lesen kepada mahkamah untuk berbuat sesuka hati dan membelakangkan perlembagaan."
Beliau bersetuju dengan pandangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu tersebut.
Mengenai soal pembahagian kuasa (separation of powers) pula Aziz mendedahkan Mahkamah Persekutuan memang masih kabur tentang konsep itu. Katanya, "Sesiapa yang tak percaya sila baca keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Kok Wah Kuan (2008) yang menangani isu berkenaan".
Aziz menyeru Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua badan kehakiman mengambil perhatian dan memberi penghakiman muktamad mengenai isu pemisahan kuasa yang menjadi idea pokok dalam konflik undang-undang mengenai kuasa speaker itu.
Aziz berkata kekaburan dan kekeliruan itu menyebabkan mahkamah terlalu menumpukan kepada isu-isu teknikal dan prosedur yang sepatutnya dibaca dalam konteks teori tadi. Beliau berharap Mahkamah Persekutuan mengeluarkan keputusan bertulis secepat mungkin supaya kita dapat mengetahui asas keputusannya.
"Setakat ini ia masih kabur dan kalau kita melihat isu ini dalam konteks pemisahan kuasa yang menjadi tunjang kepada perlembagaan itu keputusan itu adalah keputusan yang salah".
Bagaimanapun, oleh kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah paling tinggi yang sekaligus memainkan peranan mahkamah perlembagaan maka isu itu terhenti di situ. Aziz berkata terpulang kepada ahli-ahli politik untuk menjelaskan kepada rakyat isu yang sulit dan kontroversial ini.
"Merekalah hakim yang sebenar dalam kemelut politik di Perak. Apa yang malang ialah semua institusi yang sepatutya mempertahankan perlembagaan gagal berbuat demikian," ujarnya.
Sebelum ini tokoh-tokoh dan NGO tertentu seperti Datuk Param Coomaraswamy (bekas Presiden Majlis Peguam), Prof. Dr Shad Faruqi dan ALIRAN meragui keberkesanan penyelesaian melalui jalan mahkamah.
tm/Tarmizi Mohd Jam/harakahdily
GMI SERAH MEMORANDUM TANGAKAPAN ISA TERKINI
ISA mengganas lagi tanpa disedari ketika mana rakyat tersentuh dengan pembebasan 13 orang ISA Detainees, sempena perlantikan Memanda Menteri Perdana, rupanya gimmick semata.
GMI plea on latest ISA arrests
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) said three people, including a foreigner from Indonesia, were recently arrested under Section 73 (1) of Internal Security Act 1960 (ISA) and detained for 60 days for investigations.
Pic: Chairman of GMI Syed Ibrahim handing over a memorandum to Suhakam Commissioner Datuk Siva Subramaniam while the ISA victim family members looks on.
GMI's president Syed Ibrahim Syed Noh, who handed two memorandum to Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) Commissioner Datuk S.Siva Subramaniam at Suhakam today, said the three are Agus Salim, 32, Abdul Matin Anol Rahmat, 60, and Johar Hassan.
He said Agus, who is a cook in a restaurant in Larkin, Johor, was arrested on March 5, 2009, while Abdul Matin was arrested on April 1 at 7.30am in Ulu Tiram, Johor Baru. However, there is no information on Johar.
In the first memorandum, GMI is urging the government to ensure the safety of the three detainees, allow them to meet their lawyers and family members, release them immediately or charge them in court and for the Home Ministry to give explanation to the wife and family members.
Syed Ibrahim said with the three latest arrests, there are now 30 people under ISA detention. Of the number, four have been detained for more than six years.
Agus Salim's brother Junaidi Bahri Swarno and mother Kartem from Medan, Indonesia, were also present. Kartem, who was in tears, said she wanted her son to be released.
In the second memorandum, GMI wants effective steps to enhance confidence in citizens in those entrusted with national security by abolishment of prevention and "no trial" laws, especially ISA, create new laws for national security with provision for clear evidence and trials, to create court reviews to remove arbitrary powers and abuse, to set up an Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC), release all ISA detainees without conditions and recommend compensation to former detainees and family.
GMI also recommended Suhakam to bring this matter to government.
S.Tamarai Chelvi/sun2surf
PAS SUDAH WALA' PADA DAP ATAU SEKADAR TAHALLUF SYIASI
VIDEO TN GURU HJ ABD HADI
Video Mengimbau Penubuhan Pakatan Rakyat pada 01/04/09
HANIPA MAIDIN BERI PENJELASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN PERMOHONAN ZAMBRY
Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak
Mohamed Hanipa Maidin
Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?
Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.
Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.
Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.
Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.
Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah
Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.
Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.
Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.
Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:
1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.
3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.
7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.
8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.
Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.
Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.
Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.
Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.
Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.
Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.
Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.
Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini
Harakahdaily
KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUNYA IMPLIKASI BESAR
Teori pengasingan kuasa yang biasa diamalkan di negara Komanwel hari ini sudah tidak dipakai lagi di negara kita dengan keputusan mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Dato' Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak'
“The court is expressing an opinion about the legislative assembly while the state assembly has clear rules on governing itself." says former Perak Exco Datuk Ngeh.
*Court decision against speaker: ‘It’s interference’
*Kes MB Perak vs Sivakumar undang bahaya
Kes MB Perak vs Sivakumar undang bahaya
Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Dato' Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak didakwa memberi implikasi 'bahaya' selepas ini.
Demikian kata peguam muda, Abdullah Abdul Karim kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas isu tersebut.
part1
part 2
part 3
part 4
part 5
Bagi Abdullah, ia memberi implikasi kepada persoalan 'separation of power' (pengasingan kuasa) iaitu kuasa Speaker itu sendiri sudah boleh dibawa ke mnahkamah untuk dicabar.
Kes ini katanya menjadi 'precedence' dan tidak mustahil akan berulang selepas ini.
"Nampaknya dewan itu sendiri kini tidak bebas, dan kuasa speaker boleh dicabar.Ia akan menyebabkan tidak ada lagi keistimewaan kepada Speaker.Ini akan mengundang bahaya," katanya.
Teori pengasingan kuasa yang biasa diamalkan di negara Komanwel hari ini sudah tidak dipakai lagi dengan keputusan ini, katanya.
Maknanya selepas ini di Dewan Rakyat sekalipun,sebarang tindakan yang dibujat Speaker Dewan akan terdedah untuk dibawa ke mahkamah,katanya.
Sebelum ini, Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran Dun.
mks/Wan Nordin Wan Yaacob/harakahdaily
------------------------------------------------------------------------------------------------
Court decision against speaker: ‘It’s interference’
IPOH: The judiciary has now interfered with the legislative powers of the Perak State Assembly and its Speaker, said former state senior executive council (exco) member Datuk Ngeh Koo Ham.
He was responding to Federal Court’s decision Thursday that Speaker V. Sivakumar did not have the power to suspend Mentri Besar Datuk Dr Zambry Abd Kadir and his six exco members from the assembly.
“The court has set a precedent as now whatever the Speaker says or do can be subject to review in the court,” he said.
Saying that the legislative assembly can ignore the court’s decision as it is only a declaration, Ngeh said:
“The court is expressing an opinion about the legislative assembly while the state assembly has clear rules on governing itself.”
Ngeh claimed that the court’s decision had created more confusion.
“When there is a political problem, it must be solved through political means,” he said, noting that the decision on who should be the rightful government of the day must be decided by people and the court cannot usurp that power.
“As far as we are concerned the Speaker’s power is paramount. He will exercise his power as a Speaker,” he added.
In Kota Baru, Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said the crisis in Perak could only end with a state election.
“I cannot exclude that the people may get frustrated and take matters into their hands and by that time things may be too late.
“The Barisan Government ... should have used the proper channel by going back to the people,” he told reporters after officiating a fund to refurbish the Al-Muhlisin mosque at Jalan Hospital here Thursday.
By SYLVIA LOOI/the Star
PILIHANRAYA KECIL SENGAJA DIRANCANG, SEHARUSNYA DIADAKAN JIKA WUJUD KEMATIAN ADUN
Benarkan seperti yang disebut oleh Pengerusi Gerakan P.Pinang bahawa PRK segaja dirancang bagi mencipta gelombang sokongan rakyat kepada PKR agar PKR sentiasa di hati rakyat.
Sementera itu DS PM menyatakan bahawa PRK banyak menghabiskan wang. Politiking harus dikurangkan.
Banyak Wang Digunakan Untuk Pilihan Raya Kecil
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan.
Katanya pilihan raya kecil itu sepatutnya hanya diadakan apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti di Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis.
"Peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik dan boleh disifatkan sebagai mainan politik untuk tujuan tertentu. Jadi rakyat pada umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diadakan," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-63 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM).
Ditanya adakah perbuatan ADUN Penanti itu mengkhianati pengundi di kawasan itu, Najib berkata itu terpulanglah kepada rakyat.
Najib berkata: "Ada banyak pendapat sekarang ini kita terlalu banyak sangat politiking dalam negara kita, walhal pada masa sekarang kita harus tumpu kepada usaha memulih ekonomi negara dan membela kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan untuk melihat ke hadapan dari segi masa depan negara kita dan membawa Malaysia ke tahap kejayaan yang lebih tinggi."
Mohammad Fairus mengumumkan peletakan jawatan sebagai ADUN Penanti yang dimenangninya pada pilihan raya umum tahun lepas berkuatkuasa semalam.
Dalam kenyataan beliau semalam, katanya keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.
Katanya ruang ini juga beliau akan gunakan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baiknya dari segala tomahan yang dilemparkan selama ini.
Mohammad Fairus, 32 kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan penyelewengan dalam kerja-kerja kuari.
Beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuatkuasa 8 April lepas.
---------------------------------------------------------------------------------------
Gerakan Ada Motif PKR Di Penantin Lihat
Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Penanti sengaja dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat dengan tujuan mewujudkan gelombang sokongan kepada parti itu.
"Dia sengaja mencipta 'ombak' ini supaya PKR sentiasa di hati rakyat kerana berjaya memenangi kawasan yang ditandingi," katanya kepada Bernama ketika mengulas peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti Mohammad Fairus Khairuddin Kham
Mohammad Fairus, 33, daripada PKR yang dilaporkan sedang disiasat berhubung kes rasuah, sebelum ini meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I.
"Pada pandangan Gerakan, pilihan raya kecil seperti ini dirancang dan dicipta dengan motif tertentu iaitu untuk meraih populariti dan sokongan rakyat. Tidak mustahil ia akan berlanjutan sehingga pilihan raya umum ke-13 sebagai usaha memusnahkan Barisan Nasional," kata Teng.
Beliau berkata bahawa daripada "drama" yang dimainkan oleh pembangkang sekarang, rakyat perlu menilai sejauh mana kesungguhan wakil rakyat mereka dalam usaha membangunkan negara serta menjaga kepentingan rakyat.
"Rakyat perlu buka mata dan lihat apa yang wakil rakyat pembangkang telah buat dan akan buat kerana segala tindak tanduk mereka akan memberi impak kepada negara," katanya.
Teng berkata jika pembangkang benar-benar menjaga kepentingan rakyat, mereka pasti tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil seperti ini diadakan ketika negara sedang dilanda krisis ekonomi.
"Pelabur asing melihat kepada kestabilan politik dan jika ia tidak stabil ini pastikan akan menjejaskan keyakinan mereka untuk terus melabur di negeri ini," katanya.
Teng berkata Gerakan akan mengadakan mesyuarat dengan parti-parti komponen BN di negeri itu dalam tempoh terdekat untuk merangka strategi bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.
Di KEPALA BATAS, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim berkata Umno negeri menyerahkan kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membuat keputusan mengenai calon BN bagi kerusi itu.
Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim menasihati anggota parti itu supaya menerima dengan hati terbuka calon yang dipilih oleh penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengenai ura-ura beliau mungkin diturunkan sebagai calon, Zahrain berkata: "Saya sudah menjadi Anggota Parlimen (Bayan Baru), mana boleh jadi ADUN tetapi kalau dipilih oleh parti, saya akan patuh," katanya.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata polis sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.
BERNAMA
SIAPAKAH CALON DI PRK PENANTI NANTI
Pertemuan antara PKR, DAP dan PAS mungkin dapat menyuraikan sedikit 'keserabutan' yang dialami oleh Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng .
Ini sekaligus mendapat jawapan siapa yang bakal mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang jika menang di Penanti nanti.
Anwar di Penanti malam ini, rungkai soal calon
Kembalinya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Pulau Pinang petang ini dijangka merumuskan adunan baru Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Penanti pada masa yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) kelak.
Pertemuan dengan PAS dan kemungkinan bersama DAP di Yayasan Aman, Penanti malam ini pastinya menfokuskan kekosongan kerusi yang ditinggalkan oleh penyandangnya, Mohamad Fairus Khairudin.
Pertemuan malam ini juga dijangka boleh menyuraikan sedikit 'keserabutan' yang dialami oleh Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng sekaligus mendapat jawapan siapa yang bakal mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang jika menang di Penanti nanti.
Harakahdaily juga difahamkan PAS Negeri juga berhasrat meletakkan calon yang berwibawa di situ sekiranya mandat diberikan kepada PAS pula kali ini memandangkan realiti yang ada ekoran berlaku kes-kes yang boleh merendahkan kewibawaan KeADILan secara langsung.
Apa pun, sama-sama rakyat menunggu apakah langkah-langkah terbaru yang bakal dicaturkan di situ nanti untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi setahun lalu.
Seandainya KeADILan bertanding di situ juga, parti itu seharusnya memilih calon-calon yang benar-benar bertanggungjawab, dikenali ramai, sering turun padang, berpontesi dengan adeal bernas memajukan negeri dan sanggup bekerjasama dalam satu pasukan.
Bukan apa, ia amat penting ekoran Dun Penanti agak kurang pemerhatian sebelum ini ekoran kemenangan Fairus dan dilantik sebagai TKM 1 memerlukan masa yang lebih terhadap pengurusan kerajaan yang terpaksa bermula dengan kosong setelah BN lari lintang pukang tanpa meninggalkan satu fail pun untuk rujukan kerajaan baru.
Teka-teki siapa penganti Fairus akan terjawab sedikit masa lagi sama ada calonya terdiri daripada KeADILan sendiri atau kemungkinan PAS akan mengisi kekosongan tersebut. Siapa tahu melainkan Allah SWT sahaja.
mks/Mohd Sabri Said/harakahdaily
VIDEO PERIHAL ELI WONG KEKAL SEBAGAI ADUN DAN EXCO SELANGOR
VIDEO YAB TAN SRI KHALID SERTA EXCO SELANGOR DAN ELI WONG MENERIMA BALIK JAWATAN EXCO
RM15.87 BILLION SEPATUTNYA DITERIMA OLEH TERENGGANU SEBAGAI ROYALTI MINYAK
Memang benar, wang royalti disalahgunakan, diseleweng dan sebahagiannya dilesapkan. Prosedur pembayaran tidak telus.
Dari mula lagi Dr M telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyekat pembayaran wong royalti kepada kerajaan PAS Terengganu 2000- 2004. Ketika PRK Kuala Terengganu, BN/UMNO menegaskan bahawa wang royalti telah selesai diagihkan kepada rakyat Terengganu, tetapi kini nyata tidak benar.
MB Terengganu akui pusat salahguna wang royalti
Isu penyelewengan serta penyalahgunaan wang royalti petroleum negeri Terengganu yang sering kali dibangkitkan oleh PAS akhirnya diakui oleh Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato' Ahmad Said.
Dato' Ahmad mengakui isu royalti yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ada kebenarannya yang kini dalam proses rundingan serta tuntutan kembali.
"Wakaf Mempelam (Abdul Wahid) ada membangkitkan mengenai royalti iaitu wang royalti dibelanjakan untuk membiayai Program Rumah Mesra Rakyat (PRMR) yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diberi kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain.
"Ini memang kita (kerajaan) akui dan kita (kerajaan) telah membuat semakan-semakan dan ini merupakan sebahagian dari rundingan yang perlu kita (kerajaan) kembalikan wang ini kepangkuan negeri Terengganu,"jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Persidangan Mesyuarat Yang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, di Wisma Darul Iman, semalam.
Menurutnya, SPNB telah menggunakan RM873 juta wang royalti minyak Terengganu bagi melaksanakan projek perumahan di seluruh Negara.
Namun begitu, katanya dari jumlah tersebut hanya RM102 juta dibelanjakan bagi projek SPNB itu di negeri ini.
"Ini bermakna, SPNB masih berhutang dengan kita (Terengganu) sebanyak RM771 juta dan tuntutan untuk wang royalty yang dijadikan dana khas yang dibahagi ke negeri-negeri lain adalah sebanyak RM717 juta,"ujarnya.
Katanya, kerajaan negeri juga sedang berbincang bagi menuntut kembali wang royalti minyak sebanyak RM2.6 bilion yang telah digunakan oleh beberapa kementerian lain.
Menurutnya, beberapa kementerian terbabit menggunakan dana khas (royalti) dalam melaksanakan projek-projek di negeri ini termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan pembinaan Lebuhraya Pantai timur (LPT).
Menteri Besar itu menjelaskan dari tahun 2000 hingga tahun 2008 kerajaan Terengganu hanya menerima wang royalti petroleum sebanyak RM6.27 bilion dari kerajaan pusat.
Katanya, jumlah wang yang sepatut diterima oleh kerajaan Terengganu dalam tempoh tersebut adalah RM15.847 bilion.
Ahmad turut mengumumkan kerajaan negeri baru menerima sebanyak RM650 juta dari jumlah yang sepatutnya diterima iaitu sebanyak RM1.394 juta sepanjang tempoh September 2008 hingga Mac 2009.
mks/Khairul Azlam Mohamad & Sazali Mohd Noor/HARAKAHDAILY
KENYATAAN MEDIA FAIRUS KHAIRUDDIN BERMAKNA SATU LAGI PRK
Meletak jawatan juga akhirnya, begitulah keputusan yang dibuat oleh ADUN Penanti dan mantan Timb Ketua Menteri Pulau Pinang. Sila klik pada imej surat untuk dibesarkan.
PROTON EXORA IS ON THE ROAD
MPV prices, from RM69,998 for the Exora M-Line 1.6 Automatic to RM75,998 for the Exora Hi-Line 1.6 Automatic.
PM says PROTON needs to undertake initiatives and efforts to be more competitive and productive.
What about the need to tackle the issues of quality, reliability and after sales service.
Remember the recent complaints regarding PERDANA V6 from Terengganu and Selangor Excos.
Thank you Proton management for not using women to launch and promote EXORA.
Najib: Proton needs to be more competitive
Proton cannot afford to be in the comfort zone in ensuring its continued existence in the automotive market, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today.
"With the global economic crisis, we have seen well-known automotive industry names fighting for their survival, and Proton needs to learn from this," he said at the official launch of the Proton Exora MPV.
According to Najib, Proton needs to undertake initiatives and proactive efforts to raise its competitiveness and productivity.
Proton, he said, should also cultivate the image of being able to meet consumers' needs from the aspects of design, quality and price.
Najib said that as the national carmaker, Proton has to become a more competitive company to ensure its survival in the 21st century automotive market.
"In this challenging era of globalisation as well as facing the global financial and economic crisis, we have to find more creative and innovative solutions to overcome the problems. We have to be brave to think out of the box," he said.
Also present were Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, International Trade and Industry Minister Datuk Mustapa Mohamed and his deputy Datuk Mukhriz Tun Mahathir, and Proton Holdings Bhd's advisor Tun Mahathir Mohamad, chairman Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh and managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Najib, who is also Finance Minister, said that in overcoming any crisis, there was a need to look at all options for the good of the country.
Proton, according to him, should look more seriously at strategic alliances to come out with products which were fuel-efficient and environmentally friendly.
"In the competitive local and export markets, we must always be ahead of the competition to succeed. And the competitors will also continue to challenge our position. There is no such thing as a free ride or free lunch in this world," he said.
On the Exora, Najib said he hoped that it could meet the needs of consumers who are now more conscious concerning the comfort and security of their families on the road.
He said that as the country's first locally manufactured multi-purpose vehicle (MPV), the Exora has received more than 2,000 bookings since Feb 21, 2009, when it was opened for bookings.
"We are proud because the process of coming out with the Exora, from research and development, design, testing to production, involved locals. This is a proof of our capability," he added.
Najib said the Exora required only 18 months for development, from the model fix stage to start of production.
He announced the MPV prices, from RM69,998 for the Exora M-Line 1.6 Automatic to RM75,998 for the Exora Hi-Line 1.6 Automatic.
Set up in 1983, Proton is not only a domestic player but has also entered the competitive global automotive market, including in the United Kingdom, Australia, Asian countries, the Middle East and northern Africa.
BERNAMA/fotos sun2surf
ARTICLE:PROTON BIG MAMA
HASIL KAJIAN-SOAL SELIDIK KRISIS POLITIK DI PERAK
View Perak Crisis Poll - Survey Findings (English)