Pray For MH370

Pray For MH370

ADUN SELAT KLANG buat kejutan


 22/9/12
JALAN YADI
DUN SELAT KLANG

ADUN Selat Klang semenjak menjadi EXCO kerajaan Selangor sudah jarang jarang pegang jarum dan memeriksa pesakit. Namun kesihatan rakyatnya masih menjadi di antara perkara utama yang di titik beratkannya. YB Dr Hjh Halimah Ali merasmikan program kesihatan percuma yang dianjur oleh JKKK Sg Udang dengan kerjasama dan dibiayai oleh pejabat ADUN SELAT KLANG. Pasukan Medic Yayasan Amal Malaysia telah banyak berbakti dalam program outreach mereka.

Yang unik dalam program ini ialah YB Dr Halimah secara spontan semasa dalam ucapan perasmiannya menulis  di kad manila putih, KEMPEN , SAY NO 2 DIABETES atau katakan TIDAK kepada KENCING MANIS.

Beliau menggariskan dibelakang kad yang sama  kolum nama, bacaan gula dalam darah dan no.contact. Beliau mahu kelainan!! Beliau mahu semua yang terlibat terjun terus bersama kempen untuk mencegah diri, keluarga dan sahabat handai  daripada budaya yang PASTI akan menyebabkan paras gula naik dalam darah: kencing manis!

Beliau faham ianya satu norma dalam masyarakat yang terlalu gemar masakan/minuman manis  . Beliau menyeru semua hadirin untuk BERTINDAK minum air bergula hanya sekali sehari mulai hari ini. NOKTAH! Mula langkah kecil ke arah perubahan. Ke arah membina tabiat mengawal pengambilan gula.
Buat tindakan secara sedar untuk diri sendiri!

Beliau meletak nama sendiri dan paras gula dalam rekod sebagai pemimpin yang mahu jadi teladan. Mudah mudahan berjaya. SELAT KLANG boleh insyaallah! SAY NO TO DIABETES!


Read More “ADUN SELAT KLANG buat kejutan”  »»

BUSINESS maksiat tidak diingini di Selangor

MPK Akan Terus Serbu Rumah Urut Tanpa Beri Notis
 
KLANG, 19 SEPT : Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan membuat serbuan tanpa notis pemberitahuan terhadap premis rumah urut yang melanggar peraturan.

Ahli Majlis MPK, Azmizam Zaman Huri berkata, perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Penuh MPK memandangkan kebanyakkan premis yang beroperasi kini gagal mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perlesenan.
Sebagai contoh katanya, terdapat premis yang memohon lesen perniagaan refleksologi tetapi menjalankan kegiatan urut badan.

Sebelum ini katanya, notis akan dihantar dan premis tersebut diberikan tempoh 14 hari untuk menurunkan papan tanda dan menutup operasi mereka. Namun notis tersebut tidak diendahkan.
“MPK menghantar notis kedua juga tidak diendahkan. Maka, mulai hari ini MPK akan terus lakukan operasi tanpa beri notis.

Antara kesalahan yang dilakukakan adalah papan tanda besar yang tidak mempunyai lesen iklan dan tidak ada lesen perniagaan,” katanya apabila ditemui dalam operasi hari ini Taman Botani, Bukit Tinggi.
MPK menurunkan papan tanda premis refleksologi yang tidak mengikut spesifikasi yang dtetapkan pihak PBT.

Operasi ini juga melibatkan premis tidak berlesen yang masih beroperasi sedangkan sebelum ini mereka telah diberikan surat supaya menghentikan perniagaan.
Dalam operasi hari ini, MPK menyita peralatan premis Winter Refleksologi yang sebelum ini pernah diserbu sebanyak lima kali.

Jelas Azmiam, kerajaan negeri sedang mengkaji undang-undang yang sesuai bagi membendung kegiatan haram ini.
“SUK sedang mengkaji undang-undang dan mengambil tidakan terhadap tuan punya premis yang menyewakan kedai mereka kepada pengusaha rumah urut.

Sekiranya mereka tidak mahu menghentikan operasi, premis berkenaan akan dirampas,” ujarnya.
Tegas beliau, pihak MPK tidak pernah meluluskan mana-mana lesen rumah urut sejak tahun 2008 dan pihaknya masih lagi memantau beberapa premis di kawasan Bukit Tinggi, Meru dan Bayu Perdana yang beroperasi secara tidak sah sebelum tindakan tegas bakal diambil.

Read More “BUSINESS maksiat tidak diingini di Selangor”  »»

ADUN SELAT KLANG berjaya bawa isu Pulau Ketam untuk tindakan negeri

Jambatan Baru Bagi Bagan Teochew
 




 
SHAH ALAM 19 SEPT : Kerajaan Negeri hari ini meluluskan peruntukan khas RM 80,000 bagi membina semula jambatan di Pulau Ketam yang musnah dalam satu kejadian pada Sabtu lalu.
Pengumuman itu dibuat Exco Negeri yang juga Adun Selat Kelang, Dr Halimah Ali dalam satu sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Kerajaan Negeri sebentar tadi.

Jambatan tersebut dikatakan musnah akibat dilanggar sebuah bot yang dibawa arus deras.
Keadaan itu menjejaskan urusan seharian penduduk termasuk para pelajar.
“Hasil Kajian mendorong kita untuk mengeluarkan dana bagi membina jambatan sementara bagi menghubungkan penduduk Bagan Teochew dengan tempat terputus hubungan.
“Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan melalui Setiausaha Kerajaan (Negeri) untuk mengarahkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) membina jambatan itu.
“Kita jangkakan ia akan siap dalam masa sebulan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata akan meminta Kerajaan Pusat bersama-sama membantu penduduk yang terjejas.
“Diharap jika adanya bantuan daripada Kerajaan Pusat, satu jambatan kekal dapat dibina untuk penduduk,” katanya.
 http://www.selangor.gov.my/          

Read More “ADUN SELAT KLANG berjaya bawa isu Pulau Ketam untuk tindakan negeri”  »»

TIPUHELAH:Strategi BN menipu pembaca dikesan rakyat celik


Warga maya dakwa foto orang ramai di majlis Najib diubahsuai
8:34PM Sep 18 2012  
Warga maya mendakwa gambar yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times telah diubahsuai untuk membuat orang ramai di perhimpunan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan Ahad lepas nampak lebih ramai.

Gambar itu, yang mempunyai salinan tepat orang ramai di latar belakangnya, mula tersebar di Facebook sejak Ahad lalu.

Gambar itu juga telah menarik perhatian blogger termasuk yang pro-Pakatan Rakyat blogger, Milo Suam, yang secara menyindir menulis:

"Besarkan mata anda luas-luas dan cuba perhatikan ada lebih 10 ekor hantu muncul di belakang Najib."

Sementara itu, pereka grafik terkenal Kukubesi secara berseloroh menggalakkan artis grafik di sebalik gambar itu belajar dengannya "supaya mereka boleh mengedit dengan lebih baik".

Gambar itu, yang disiarkan bersama dengan berita bertajuk 'Najib: United front crucial for Umno’s success in polls’ di lamanweb New Straits Times, telah dikeluarkan.

Cerita itu mendakwa sejumlah 15,000 orang hadir di majlis Najib di Pekan Ahad lepas.

Seorang lagi blogger yang menggunakan nama uppercaise,  mendakwa gambar itu mula-mula diterbitkan oleh agensi berita nasional, Bernama. Ini tidak dapat disahkan pada masa penulisan ini.

Usaha untuk menghubungi Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Abdul Jalil Hamid tidak berjaya dan mesej teks juga tidak berjawab.

Ini adalah kali kedua dalam beberapa minggu ini di mana kesahihan gambar yang memaparkan Najib bergaul dengan orang ramai, telah dipertikaikan.

Insiden terakhir melibatkan gambar Bernama di majlis rumah terbuka Najib di Putrajaya. Bernama telah menafikan dakwaan tersebut.

Read More “TIPUHELAH:Strategi BN menipu pembaca dikesan rakyat celik”  »»

SARAWAK, SABAH: jangan biarkan BN terus jadikan anda paling miskin di MALAYSIA

Pakatan jamin bela hak rakyat Sabah, Sarawak


KOTA KINABALU:
PAS mempersoalkan walaupun sudah 49 tahun Malaysia ditubuhkan dan 59 tahun merdeka namun kenapa Malaysia Timur masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada ambang sambutan Hari Malaysia di Tuaran semalam berkata, pasti terdapat kesilapan mahu pun kepincangan di dalam pemerintahan sekarang yang mana Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang amat kaya dengan hasil bumi tetapi rakyat dan negeri ini tetap berada dalam kemiskinan.

"Saya melihat secara jelas ada kesilapan berlaku dalam pemerintahan sekarang, di mana negeri ini cukup kaya dengan hasil bumi namun keadaan negeri dan rakyat terus berada dalam keadaan kemiskinan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

"Ini yang perlu kita semua fikirkan dan kita tidak mahu kekayaan negeri ini dibawa keluar untuk kegunaan lain sedangkan pembangunan serta rakyat terus dipinggirkan," ucapnya di hadapan ribuan rakyat yang hadir.

Presiden PAS itu turut memberitahu, mengikut ajaran Islam kita tidak boleh memindahkan hasil sesuatu wilayah kepada kerajaan pusat selagi hasil itu tidak boleh menyelesaikan kemiskinan di negeri tersebut.

"Sabah dan Sarawak belum lagi selesai masalah kemiskinannya terutama berkenaan hidup rakyat, tetapi hasil kedua-dua negeri ini terus diangkut keluar.

"Janji Buku Jingga akan kita laksana sepenuhnya sehinggalah taraf hidup kedua-dua negeri Malaysia timur serta pembanguan setanding dengan apa yang dialami di semenanjung," sambung beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia Timur diatas sikap pemimpin-pemimpin negara yang terus meminggirkan pembangunan negeri dan rakyat dari menikmati kekayaan hasil negeri sendiri.

"Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kita mesti bebas dari pemimpin-pemimpin yang menyalahguna kuasa serta yang tidak menunaikan amanah," jelas beliau.

Ustaz Hadi dalam ucapannya turut menjelaskan kenapa PAS mengadakan persefahaman dengan parti-parti dari kaum bukan Islam.

"Suka saya menegaskan Islam yang kami anuti adalah agama yg mengajar bukan sahaja terhadap ibadat tetapi termasuk juga mengajar politik dan cara hidup.

"Dalam politik dan cara hidup, kita disuruh berlaku adil kepada manusia dan kita disuruh bekerjasama menentang yang zalim siapa sahaja yang zalim.

"Dan kita disuruh bersama menegakkan sebuah kerajaan yang adil untuk semua, Islam mengajar kita berbagai kaum dan etnik, berbagai agama dan budaya sepatutnya tidak boleh memecah belah di antara satu sama lain," katanya.

Sambungnya, walaupun terdapat titik-titik perbezaan dan percanggahan serta bertentangan namun terdapat titik-titik persamaaan dalam isu menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Sehubungan itu beliau menyeru agar rakyat Sabah dan Sarawak membuat perubahan pada pilihanraya nanti demi mengembalikan hak yang telah dijanjikan pada pembentukan Malaysia serta memastikan pembangunan negeri ini terus selari dengan pembangunan di semenanjung.

"Demokrasi adalah hak rakyat menjadi hakim, sepatutnya rakyat menggunakan demokrasi untuk menghukum parti yang memerintah kalau parti itu tidak betul dan khianat," sambung beliau lagi.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Manakala dari PKR pula adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Mohamad Azmin Ali, Menteri Besar Selangor tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan beberapa barisan Majlis Pimpinan Pusat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut hadir dan memberi ucapan.

Majlis Sambutan Hari Malaysia itu dipengerusikan oleh Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin juga dihadiri  beberapa pemimpin dari Sabah, termasuk bekas bendahari Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin yang baru memgumumkan menyertai PKR.

Read More “SARAWAK, SABAH: jangan biarkan BN terus jadikan anda paling miskin di MALAYSIA”  »»

PILIHANRAYA KAMPUS: MESTI BERSIH DAN TELUS!!!


800 siswa berarak tuntut p'raya kampus bebas
  • Zulaikha Zulkifli
  • 3:20PM Sep 16 2012
 
Seramai kira-kira 800 pelajar menyertai perarakan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan berintegriti.

student protest on malaysia day 160912 07Kumpulan itu mula berkumpul di kawasan Masjid Jamek dan mula berarak pada kira-kira jam 2.30 petang menuju ke kawasan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, melalui Jalan Raja Laut.

Sebelum berarak, kumpulan pelajar berkenaan menyanyikan lagu Negaraku.

Mereka turut membawa bendera Jalur Gemilang dan kain rentang antaranya bertulis "sistem pengundian yang telus", "peruntukan dana calon" dan "penetapan tarikh PRK".

Kumpulan berkenaan turut melaungkan "bangkit anak muda", "tolak penipuan" dan "hidup mahasiswa".

Turut kelihatan, maskot bagi Pro-Mahasiswa- 'Mat Gempak'.

Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Masjid Jamek dan mengawal kumpulan pelajar yang berarak.

Anggota keselamatan itu turut memberi amaran kepada para siswa berkenaan agar tidak menghalang lalu lintas.

student protest on malaysia day 160912 17Perarakan ini antaranya disertai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI).

Setibanya di kawasan pusat membeli-belah Sogo, kumpulan siswa berkenaan duduk dan mendengar ucapan daripada pimpinan pelajar yang hadir kira-kira 30 minit.

Kumpulan itu kemudiannya meneruskan perarakan melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju Dataran Merdeka di mana kumpulan itu membawa 'Deklarasi Mahasiswa' beramai-ramai dan menyanyi lagu Negaraku sebelum bersurai pada jam kira-kira 4.15 petang.

Pada sidang media selepas perarakan ini, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto berkata tindakan yang diadakan hari ini adalah bersempena Hari Malaysia dan menuntut agar enam tuntutan pihaknya dilaksana sebelum pilihan raya kampus diadakan.

student protest on malaysia day 160912 12"Kita minta agar enam tuntutan ini dilaksanakan. Walaupun pilihan raya kampus semakin hampir, kita tetap akan desak. Apa yang kita nak buat ini bukan untuk masa sekarang tapi untuk masa akan datang," kata Edikoup.

Enam tuntutan tersebut ialah penetapan tarikh pilihan raya kampus, mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus, pemantauan pilihan raya kampus, kebebasan berkempen, sistem pengundian telus dan peruntukan dana kepada calon.

student protest on malaysia day 160912 11Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kesalahan yang dilakukan siswa berkenaan dalam perarakan hari ini.

"Kita akan siasat. Ada dua kesalahan. Pertama tidak beritahu polis untuk mengadakan perhimpunan dan kedua kerana mengadakan protes di jalanan. Semua ini akan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," kata Zainuddin.

Read More “PILIHANRAYA KAMPUS: MESTI BERSIH DAN TELUS!!!”  »»

Pencapaian UTAMA EXCO Pendidikan Selangor


Read More “Pencapaian UTAMA EXCO Pendidikan Selangor”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com