30.3.12
DUN SELAT KLANG
Hujan lebat yang bermula 3.30 pagi mengakibatkan paras air meningkat dengan pantas dan mengenggelami jalan, taman, sekolah dan lebih 1600 rumah di DUN Selat Klang. Di Kampung Delek sahaja sudah melebihi 1000 rumah. Yang teruk di Kpg Delek Kiri dan Kpg Delek Baru. Dikatakan orang kampung tidak pernah lagi banjir skala begini yang pernah disaksikan di kampung itu.
Jalan Yadi pula seperti laut. Jalan depan kedua buah sekolah kebangsaan Sg Udang dan Telok Gadong ditutup kepada kenderaan kerana telah ditenggelami air melebihi 2 kaki. Kedua-dua buah sekolah ditutup pada hari tersebut. Setiap inci sekolah digenangi air!
Kampung Sg Udang juga turut terlibat dengan banjir walaupun tidak keseluruhannya. Begitu juga dengan Kampung Telok Gadong.
Bilik gerakan ketiga-tiga kampung dibuka untuk menerima aduan daripada orang ramai dan mendapat pengesahan bagi tujuan memohon cuti daripada majikan masing-masing.
Malangnya ramai juga ahli PAS dan penyokong pakatan rakyat juga mendapat ujian yang melibatkan rumah mereka. Ketua kampung Kpg Delek dan Kpg Sg Udang juga diuji Allah bersama anak buah.
Bilik gerakan dibuka seawal 7.45pagi di Kpg Delek. Pusat Khidmat ADUN Selat Klang juga dinaiki air yang menyebabkan komputer dan mesin fotostat tidak boleh digunakan. Maka bilik gerakan dioperasi secara maksima. ADUN Selat Klang memberi sedikit input kepada YAB MB dan Pegawai Daerah Klang membuka bilik gerakan pukul 9pagi dengan mesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan. Sejurus habis mesyuarat mereka terus ke bilik gerakan JKKK Kpg Delek bertemu dengan ADUN dan Ketua Kpg yang ketika itu melayani penduduk yang sesak membuat laporan.
ADUN menaiki 4 wheel dengan Pegawai Daerah untuk memantau semua kawasan. Turut serta dalam rombongan Pemangku YDP MPK, Pegawai JPS Klang, Polis, JPA untuk meneliti keadaan sebenar dan mengenalpasti kawasan yang paling teruk.
Semua bilik gerakan dikunjungi untuk mendapat berita yang tepat dan menganalisa keperluan semasa seperti perpindahan, bekalan makanan dan minuman serta risiko kemalangan serta masalah keselamatan dan isu pesakit yang memerlukan rawatan dan ambulans.
Alhamdulillah tidak ada kemalangan jiwa. Hanya dua kes pesakit kronik yang perlu dipindahkan. Tindakan pantas daripada JKKK, MPK dan warga pejabat ADUN, perlu dipuji. Adab dan susila orang kampung ketika dihadapi musibah juga amat membantu proses menangani masalah yang berskala besar yang bertumpu di bilik gerakan JKKK.
Awal-awal lagi ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali telah meminta kepada D.O. supaya mempastikan kebajikan dititikberatkan. JKM menyediakan hanya sedikit makanan. Pejabat ADUN perlu menampung yang baki.
Memfotostatkan borang dan Kad Pengenalan menjadi satu aktiviti utama dalam bilik gerakan tersebut. Alhamdulillah, zaman teknologi tinggi amat membantu.
Bilik gerakan yang disponsor penghawa dingin juga membantu menyediakan suasana yang lebih selesa kepada petugas yang bekerja seperti lipas kudung.
YAB MB mendapat laporan keseriusan keadaan banjir di DUN Selat Klang dan memutus untuk menunai solat jumaat di masjid Sg Udang dan terus ke bilik gerakan JKKK Kpg Delek setelah selesai.Taklimat DO dan jabatan dan agensi terlibat bersama MB, EXCO, ADUN dan ahli Parlimen Klang diadakan dan diikuti dengan kenyataan akhbar.
Pemprosesan data kemudian proses pengesahan aduan yang melibatkan JKKK perlu ke rumah dan melihat sendiri keadaan rumah memang memerlukan kesabaran dan ketekunan. Alhamdulillah,beberapa pelajar UNISEL Bestari Jaya datang membantu membanci .
Sorting borang mengikut lot rumah untuk memudahkan pencarian di lapangan dibantu oleh wakil zon pejabat ADUN Selat Klang dan memerlukan ruang yang luas termasuk atas lantai!!
Setelah kerja di lapangan dan mendapat maklum balas, mesyuarat penyelarasan di ketuai oleh ADUN dan di laksanakan oleh JKKK. ADUN turun padang melihat kunci air dan anak sungai, parit dan longkang serta memberi komen terus kepada MPK, JPS untuk diberi tumpuan dan diambil tindakan segera.
Kerajaan negeri bersetuju untuk memberi sumbangan RM300 sebuah rumah, LZS RM300.
Kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM5juta untuk kerja jangka pendek yang bersifat segera bagi kerja pembersihan parit longkang dan mempastikan pengaliran air lancar di saliran hingga ke sungai.
Kunci air Kpg Delek menjadi destinasi terakhir ADUN Selat Klang untuk melihat dengan mata kepala sendiri kunci air yang dikatakan kritikal kerana ia menyambung Sungai Telok Gadong ke muara Sg Klang.
Read More “BANJIR SELAT KLANG: ADUN SELAT KLANG pantau 1600 buah rumah terlibat” »»
Betulkah kerajaan BN mahu BERSIHkan pemimpinnya. atau 1 lagi ERIC CHIA pra PRU?!
Waran tangkap terhadap MP Sabak Bernam
3:20PM Apr 5, 2012 |
Abdul Rahman adalah pengerusi Majuikan Sdn Bhd yang telah
diperintahkan membayar RM2.3 juta pada November lalu, ekoran saman Benzteel Sdn Bhd Perdagangan terhadap United Arena (M) Sdn Bhd
Ketika dihubungi, peguam plaintif, A Saha Deva berkata Abdul Rahman (kiri), sebagai salah seorang pengarah Majuikan, telah gagal menghadiri prosiding pelaksanaan.
"Para pengarah gagal hadir di mahkamah untuk menjelaskan mengapa mereka tidak membuat bayaran bagi jumlah penghakiman tersebut," kata peguam itu.
Berikutan itu, Mahkamah Tinggi mengeluarkan waran tangkap baru-baru ini dan akan diserahkan hari ini.
Saha Deva berkata bailif akan cuba menyerahkan waran tangkap itu hari ini.
Semasa berita ini ditulis, Abdul Rahman tidak ada di Parlimen.
Pada 1 Mac, Abdul Rahman dan pembantunya disabitkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap kesalahan membuat tuntutan palsu ketika mejadi ahli dewan undangan negeri.
Mereka masing-masing dihukum enam tahun penjara dan denda RM400,000. Read More “Betulkah kerajaan BN mahu BERSIHkan pemimpinnya. atau 1 lagi ERIC CHIA pra PRU?!” »»
Labels:
lakonan atau bersungguh...
Subscribe to:
Posts (Atom)