Video Kerjasama Antarabangsa PAS oleh FIQRAHISLAMI
PAS JAMAAH 'ALAMI OLEH FIQRAHISLAMI
"ISLAM ADIL UNTUK SEMUA" TEMA UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS

Tema ini dipilih kerana mereka yang adil lebih dekat dengan taqwa dan PAS mahu keadilan diberikan kepada semua tanpa mengira siapa mereka, kata Abdul Hadi dalam ucapan dasar yang diberikan beliau dalam muktamar yang diadakan di
Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) hari ini.
Islam adil untuk semua jadi tema ucapan dasar
KOTA BHARU, 11 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menawarkan kepada semua agar bersama-sama Islam yang dibawa PAS kerana 'Islam Adil Untuk Semua" yang dijadikan beliau sebagai tema Ucapan Dasarnya dalam muktamar PAS ke 56 ini.
Tema ini dipilih kerana mereka yang adil lebih dekat dengan taqwa dan PAS mahu keadilan diberikan kepada semua tanpa mengira siapa mereka, kata Abdul Hadi dalam ucapan dasar yang diberikan beliau dalam muktamar yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) hari ini.
Dewan besar Putik penuh sesak dengan kira-kira 5,000 perwakilan, tetamu dan pemerhati di samping ratusan petugas media dari dalam dan luar negeri mendengar ucapan beliau dengan khusyuk.
Turut menjadi tetamu adalah pemimpin Hamas Palestin walaupun rakan-rakan mereka sedang berdepan dengan tentera regi zionis Israel. Di samping itu, turut serta adalah pemimpin parti Al Adalah Maldives yang kini memerintah negara pelancungan itu.
Selain itu, pemimpin MILF dari Filipina juga turut serta bersama lain-lain tetamu.
Dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, PAS akan memperjuangkan keadilan untuk semua yang diberikan oleh Islam tanpa mengira apa-apa batasan.
Beliau berkata, Umno walaupun berkata akan memperjuangkan Melayu dan Islam tetapi pada hakikatnya sedang menghancurkan Islam dan Melayu juga.
Ini kerana tindak tanduk Umno jelas merosak Melayu dan Islam, katanya.
Tindakan Umno juga merosakkan negara bahkan juga kaum lain di negara ini. Kehilangan blok minyak rugikan negara ratusan bilion ringgit. Umno juga terperangkap dalam retorik perkauman yang jauhkan kaum lain di negara ini. Inilah kecelaruan yang di bawa Umno, kata Abdul Hadi.
"Akhirnya, umat Islam terus ketinggalan dan berlakunya hakisan kesedaran dan kuasa, adalah hasil dari kesilapan kepimpinan negara kita yang tidak memperkasakan kepimpinan umat Islam dengan hanya melahirkan pemimpin yang tidak bermoral ddengan politik wang tanpa kewibawaan," kata Abdul Hadi.
Bagi beliau, Umno telah mengakibatkan malapetaka dahsyat berlaku terhadap masyarakat Melayu Islam apabila menanam kefahaman salah kepada mereka.
"Umno mendabik dada kononnya merekalah penyelamat Melayu dan Islam.
"Hakikatnya mereka telah gagal dan mengundang padah malapetaka.
"Imej Islam begitu murni telah tercalar akibat dari kegagalan dan ketidakadilan Umno," katanya.
Umno juga katanya menjadikan ekonomi negara sebagai modal pusingan di kalangan pemimpin mereka sahaja.
Blok minyak katanya diserah begitu sahaja kepada negara lain sebagai pertukaran.
Sehubungan itu katanya PAS wajib mentafsirkan Islam secara sempurna dan lengkap bagi membebaskan khurafat pemikiran yang dibawa Umno.
"Keadaan ini mewajibkan kita berusaha sedaya upaya supaya orang Melayu yang majoritinya Islam ini dibebaskan daripada kepompong yang rosak itu.
"Di atas kegagalan Umno ini maka kita perlu mendampingi kelompok orang Melayu supaya mereka dapat bersama dengan PAS untuk diberikan kefahaman Islam yang sebenar," katanyaIslam adil untuk semua jadi tema ucapan dasar.
Kronologi
11.15 Presiden PAS menamatkan ucapan dasarnya selepas berucap 1 jam 10 minit.
11.10 PAS kini telah diberikan peluang untuk bersama-sama menyelesaikan konflik yang berlaku di Yaman. Krisis yang sedang berlaku di Yaman boleh cetuskan perang yang dibimbangi jika ia tidak diselesaikan akan menyebabkan campurtangan pihak Barat di bumi para ambiya ini
11.05 Umno akan terus memberikan lesen untuk perjudian bukan setakat judi bola sahaja. Yang menariknya, parti yang bukan Islam dalam Pakatan menentang lesen judi ini tetapi sebaliknya Umno menyokong judi ini.
11:00 Model Ekonomi Baru akan melepaskan tanggungjawabnya kepada swasta. Ini akan akhirnya menekan ekonomi rakyat yang hanya senangkan kroni mereka. Ini selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Ibnu Khaldun yang menempelak penglibatan kerajaan dalam perniagaan.
10:38: Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya. Alhamdulillah PAS terselamat dari mereka yang khianat sebegini. Mereka sebenarnya jahil dan bercakap tanpa pengetahuan. Abdul Hadi juga meminta ahli PAS hanya menerima berita dari mereka yang adil dan tidak fasiq. Mereka juga diminta berhati-hati dengan pihak yang suka membuat fitnah.
10.30: Pilihan raya kecil Sibu telah berjaya merapatkan lagi semangat setiakawan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
10.20: Umno dakwa pembela Melayu dan Islam tetapi secara realitinya Umno sedang menghancurkan Melayu dan Islam. Ini kerana tindak tanduk Umno jelas merosak Melayu dan Islam. Tindakan Umno juga merosakkan negara bahkan juga kaum lain di negara ini. Kehilangan blok minyak rugikan negara ratusan bilion ringgit. Umno juga terperangkap dalam retorik perkauman yang jauhkan kaum lain di negara ini. Inilah kecelaruan yang di bawa Umno.
10.15 : Tema ucapan dasar Presiden PAS kali ini adalah 'Islam Adil Untuk Semua'. Ini kerana mereka yang adil lebih dekat dengan taqwa. PAS mahu keadilan diberikan kepada semua tanpa mengira siapa mereka.
10.07 : Presiden meraikan tetamu dari Hamas Palestin, Al Adalah Maldives, MILF Filipina serta lain-lain tetamu. Beliau mengucapkan selamat datang kepada mereka dengan berucap dalam bahasa Arab untuk mereka.
10.05: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mula memberikan Ucapan Dasar.
10.00 : Pengerusi Tetap Abu Kassim mula berceloteh sebagaimana biasa. Beliau mengimbau kembali sejarah PAS. Antaranya dah ramai timbalan beliau (timbalan Pengerusi Tetap) yang dah meninggal. Beliau juga mengimbau kembali bahawa tembok PAS dengan bukan Islam yang dibina oleh penjajah dan Umno kini telah roboh. Kini Lim Kit Siang sudah berada di pentas utama muktamar kali ini.
9.45 : Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berucap meraikan para perwakilan, tetamu dan pemerhati. Beliau berkata, muktamar ini banyak mencatatkan sejarah antaranya dengan kehadiran perwakilan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS.
9.23 : Pengerusi Tetap,Ustaz Abu Kassim Abdullah mengambil tempat dan mengalu-alukan kehadiran bagi memulakan upacara perasmian Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 56. Ustaz Abu Kassim turut mengumumkan kehadiran 9 wakil Palestin yang diketuai Dr Munir.
9.10 : Ruang dewan dipenuhi perwakilan,pemerhati dan tetamu asing. Diatas pentas kelihatan pimpinan utama memenuhi ruang yang disediakan. Turut kelihatan Penasihat DAP, Yb Lim Kit Siang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Majlis dimulakan dengan hadirin berdiri menghormati lagu kebangsaan Negaraku dan lagu tema PAS. Tetamu kemudiannya dihidangkan dengan lagu dikir barat menyambut ketibaan hadirin ke negeri Kelantan.
9.05 : Pengerusi Majlis mengumumkan ketibaan Yab Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memasuki dewan muktamar di sambut lanungan takbir, Allahhu Akhbar
8. 55 : Presiden PAS Yb Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tiba dan dibawa ke pentas khas bagi membuat pemeriksaan perbarisan Unit Amal
8.50 : Kelihatan perwakilan asing masuk ke dalam dewan mengambil tempat masing-masing. Turut kelihatan memasuki dewan, Ketua Umum PKR, Yb Dato' Seri Anwar Ibrahim memasuki dewan muktamar
8.30 : Dewan mula dipenuhi perwakilan dan pemerhati, turut kelihatan Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustapha Ali dan beberapa pimpinan yang lain.
8.00 : Perwakilan dan Pemerhati mula mengambil tempat di dalam dewan.
Nazri Abdullah/Harakahdaily
PEGUAM KUMUTHA JADI TUMPUAN
Kumutha a/p Rama, 30 , pemegang ijazah undang-undang dari Britain yang bertanding di DUN Tiram atas tiket PAS pada PRU 12 telah menjadi tumpuan perwakilan Muslimat apabila beliau berucap di Muktamar ke 50 DMP selaku Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS
Ucapan Kumutha jadi tumpuan perwakilan
KOTA BHARU, 10 Jun: Ucapan Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS, Kumutha a/p Rama, menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati apabila beliau sering mengaitkan agama dalam ucapannya.
Kerana semangatnya yang melahirkan rasa syukur berada dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam bersama kepimpinan ulama, kedengaran anggota perwakilan bertakbir.
Kumutha dalam ucapan penangguhannya menegur sikap muslimat sewaktu muktamar yang kadang-kadang agak riuh rendah khususnya sewaktu membahaskan usul.
Menurutnya, sebagai seorang muslimat etika perlu dijaga.
“Sebagai seorang muslimat kita kena sabar, bukankah sabar itu separuh daripada iman,”ujarnya sambil disambut takbir oleh para perwakilan.
Sambungnya, agama Islam memang diakui baik dan murni kerana itu nilainya perlu dijaga oleh para ahli.
“Saya tinggal di Johor, saya dapati kaum muslimat ramai menutup aurat berbanding golongan lain yang tidak mengikuti jemaah ini,” ujarnya.
Pada masa yang sama beliau mengingatkan anggota parti jangan terpengaruh dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana mereka ada udang di sebalik batu.
Katanya, jangan sekali-kali terpedaya dengan Umno yang tidak pernah jujur, berfikir dulu sebelum bertindak.
Beliau turut mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini membuat slogan Satu Malaysia.
“Sebelum slogan tu Malaysia ada banyak ka? Satu ni je Malaysia,” ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh para perwakilan.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapan penggulungan mencadangkan perwakilan dan pemerhati mengekalkan pakaian rasminya hijau putih.
Menurutnya, keseragaman pakaian itu menandakan kesepakatan dalam perjuangan Islam.
“Walaupun warna lebih kurang pelajar Pasti tak apalah, asalkan kita ada identiti kita dan perpaduan dan kesatuan dalam parti,” ujarnya.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika menggulung ucapannya, mengharapkan anak bongsu PAS dapat membantu melebarkan perjuangan PAS di seluruh negara.
Sambungnya, untuk itu Dewan Himpunan Penyokong PAS perlu diwujudkan di setiap negeri dan kawasan di seluruh negara.
Katanya, warna hijau lembut menggambarkan keceriaan dan bukannya kanak-kanak Pasti.
“Kumutha pun boleh pakai baju warna ni ya,” ujarnya
Salmah Mat Husain/Harakahdaily
MUSLIMAT MAHU JAWATAN NAIB PRESIDEN SERTA TPJ NEGERI
Dewan Muslimat mendesak PAS Pusat mewujudkan jawatan Naib Presiden 1V di peringkat PAS Pusat dan jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1V di peringkat perhubungan PAS negeri dan dan Wilayah Persekutuan-bunyi usul Muslimat Kubag Kerian.
Muktamar Muslimat lulus usul 30% jawatan untuk Muslimat
KOTA BHARU, 10 Jun: Muktamar Dewan Muslimat PAS hari ini meluluskan usul mendesak PAS Pusat membuat ketetapan di semua peringkat agar melantik 30 peratus daripada ahli Jawatankuasa kerjanya daripada kalangan muslimat.
Usul yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Kerian, yang telah dipinda oleh lembaga penapis usul DMPP itu bersetuju dengan desakan itu demi untuk memberi pengiktirafan kepada muslimat yang mewakili separuh daripada pengundi dan separuh daripada rakyat Malaysia.
Ianya juga dipersetujui demi untuk menyahut resolusi Pakatan Rakyat 2009 dan Deklarasi Beijing.
Usul berkenaan dibacakan semula oleh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Senator Mumtaz Md Nawi, dengan pindaan.
Usul asal yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Kerian antara lain berbunyi Dewan Muslimat mendesak PAS Pusat mewujudkan jawatan Naib Presiden 1V di peringkat PAS Pusat dan jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1V di peringkat perhubungan PAS negeri dan dan Wilayah Persekutuan.
Terdahulu beberapa perwakilan muslimat dari kawasan berbeza pendapat mengenainya dengan ada yang menyokong dan ada yang membantahnya.
Antara yang menyokong usul asal perwakilan dari Padang Rengas, Dungun.
Namun ada juga beberapa perwakilan yang mewakili kawasan masing-masing turut menolak, antaranya Selangor, Rompin, Kelana jaya.
Perwakilan dari Rompin, yang menolak usul berkenaan berkata dengan jawatan yang banyak akan menyebabkan mereka tidak mampu untuk mengendalikannya.
Menurutnya, bersesuaian dengan dengan peranan muslimat yang telah diletakkan oleh Islam itu sendiri di mana mereka tidak boleh dijadikan imam solat secara bersama dengan muslimin dan berbagai lagi, amat wajar jawatan tertinggi di peringkat parti tidak diberikan kepada muslimat.
Lagipun, menurutnya jawatan lain telah diberi kelonggaran untuk pimpinan seperti Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), Senator dan wakil-wakil rakyat.
Bagaimanapun perwakilan dari Dungun, Terengganu pula memberitahu, kegagalan mengurus akibat tanggungjawab yang banyak kerana sikap individu mereka sendiri dan bukannya jawatan.
Katanya, untuk menerajui kepimpinan negara, muslimat amat wajar mengisi kerusi tersebut sebagai persiapan.
Salmah Mat Husain /Harakahdaily
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT BERMULA
Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-50
Harakahdaily
KOTA BHARU, 10 Jun: Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-50 berlangsung di Perdana Resort bermula jam 9.00 pagi dengan alunan ayat suci al-Quran serta nyanyian lagu Negaraku dan lagu PAS.
Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dan dua ahli jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Andul Ghani Abdul Rahman dan Anuar Tahir hadir sebagai pemerhati.
Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Kartini Ahmad dalam ucapannya menyeru para perwakilan merealisasikan tema muktamar kali ini iaitu 'Muslimat Penggerak Kemenangan, Penyelamat Ummah'.
9.30 pagi: Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dalm ucaptamanya berkata, muslimat akan terus mempertahankan konsep kepimpinan Ulama' dalam PAS. Muslimat juga akan terus mendukung dasar tahaluf siyasi yang dilaksanakan oleh PAS serta terus mendukung dasar strategi terbuka 'PAS for All'.
Muslimat juga katanya akan terus menjadikan kebajikan rakyat antara agenda utama gerak kerja terancang.
Ustazah Nuridah turut memohon Allah s.w.t menguatkan umat Islam di mana sahaja khususnya kepada umat Islam di Gaza.
10.15 pagi: Tayangan multimedia Dewan Muslimat PAS Pusat dipertontonkan kepada pada hadirin.
10.25 pagi: Ustazah Nuridah mengetuai acara memotong pulut sempena 50 tahun Dewan Muslimat PAS bersama pimpinan utama muslimat.
10.27 pagi: Pelancaran Akademi Pengajian Saidatina Aishah (APSA) dan Ustazah Nuridah melancarkan tabung kutipan dana bagi akademi tersebut.
10.40 pagi: Bekas ketua muslimat PAS Pusat, Allahyarhamah Hajah Kalthum Othman menerima anugerah Tokoh Muslimat PAS. Anugerah disampaikan oleh Ustazah Nuridah kepada anaknya, Nur Asilah Muhamad Zain.
Sebelum itu, sewaktu tayangan montaj mengenai perjuangan beliau kelihatan para pimpinan perwakilan dan pemerhati menitiskan air mata.
10.55 pagi: Ustazah Nuridah dalam sidang media sewaktu muktamar berhenti rehat menegaskan bahawa pimpinan muslimat akan turun ke peringkat akar umbi bagi merealisasikan tema 'Penggerak Kemenangan, Penyelamat Ummah'. Beliau berkata muslimat telah bersedia untuk berganding bahu bersama seluruh pihak untuk memimpin wanita di negara ini dan untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13.
Menyentuh mengenai usul Dewan Muslimat Muda yang akan dibawa ke muktamar kali ini, beliau berkata ianya akan diserahkan kepada para perwakilan dan keputusannya akan diketahui selepas muktamar pusat.
Timbalannya, Siti Zailah Mohd Yusoff pula berkata sudah tiba masanya pengundi wanita membuat perubahan dalam pilihanraya umum akan datang kerana negara semakin rosak di bawah pimpinan Barisan Nasional.
Naib Ketuanya, senator Mumtaz Md. Nawi berkata gabungan komposisi muslimat PAS yang terdiri daripada pelbagai latar belakang menunjukkan variasi dalam kepimpinan muslimat. Ujarnya Dewan Muslimat PAS Muda penting kerana ramai pengundi terdiri daripada golongan muda.
11.20 pagi: Muktamar disambung dengan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Wan Hamidani Wan Ahmad.
12.15 tengah hari: Dewan Muslimat PAS kawasan Kubang Kerian mengusulkan jawatan Naib Presiden IV di peringkat PAS Pusat dan jawatan Timbalan Pesuruhjaya IV di peringkat perhubungan PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan diwujudkan dan diisi oleh muslimat. Seterusnya membuat ketetapan kepada PAS kawasan agar melantik 30 peratus daripada ahli jawatankuasa kerjanya daripada kalangan muslimat.
1.01 petang: Usul Kubang Kerian diterima dengan pindaan iaitu mendesak PAS Pusat membuat ketetapan di semua peringkat agar mencalonkan 30 peratus daripada ahli jawatankuasa kerjanya di semua peringkat di kalangan muslimat.
Muktamar ditangguh sehingga jam 2 petang



