Kerajaan Selangor mahu melahirkan penulis-penulis yang mampu menampung keperluan bahan bacaan di negeri Selangor. Keperluan mendesak ini menjadi lebih ketara setelah kejayaan GERAKAN MEMBACA PERDANA SELANGOR 2010 yang disempurnakan pelancarannya oleh DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR pada 26.6.10. Peningkatan keahlian yang amat memberangsangkan ekoran daripada gerakan membaca perdana tersebut yang berjaya memecah rekod penyertaan 15,271 orang oleh MALAYSIA BOOK OF RECORDS.
Malangnya, apabila semakin melonjak minat rakyat Selangor khususnya daripada pelajar/remaja Selangor mengalami kekurangan bahan buku khususnya yang mempunyai nilai setempat yang ditulis oleh penulis setempat atau dalam negeri.. Justeru, kerajaan Selangor mahu menyemarakkan minat dan sekurang-kurangnya kesedaran dikalangan rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya perlu memulakan tabiat rajin menulis. Insyaallah dengan cetusan gelombang minat menulis, merekodkan, mendokumenkan pengalaman dan 'tacit knowledge' akan memperkayakan bahan kesusasteraan(literature).Ini akan menjana sumber ilmu dan adalah selari dan selaras dengan misi EXCO PENDIDIKAN SELANGOR untuk menjadikan Selangor Hub Ilmuwan Hub Pendidikan.

Sebagai kerajaan yang sentiasa berpijak dbumi yang nyata JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN SELANGOR telah memulakan kempen bersejarah yang melibat pimpinan tertinggi negeri hingga kepada rakyat jelata samada pekerja kilang,pekerja ladang, pengusaha nurseri dan tadika, lelaki dan wanita, miskin kaya, kota dan desa, pensyarah dan mahasiswa, kontraktor dan peniaga.Penulis -penulis kolektif seluruh Selangor termasuk wakil rakyat, ketua kampung, ketua jabatan yang akan dimuatkan dalam satu buku sebagai koleksi bersejarah yang memuatkan segala hasrat dan impian pemimpin dan rakyat dari perspektif masing-masing bidang.
Maka, tajuk yang relevan untuk semua yang dimaksudkan ialah SELANGOR NEGERI IDAMAN, MAJU, SEJAHTERA DAN BERKEBAJIKAN. Hasil titik peluh semua ini akan disimpan di PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR.
Semua rakyat hadir dijemput ikut serta. Segala perincian boleh didapati portal kerajaan negeri Selangor.
Comments :
Post a Comment