23.2.11
SHAH ALAM
Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan dalam mesyuarat EXCO nya hari ini bahawa Kerajaan Selangor akan membiayai penghanataran balik semua pelajarnya ke Mesir memandangkan keadaan sudah kembali pulih seperti biasa. Seperkara lagi keperluan mendesak untuk mereka bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan tahunan yang dijangka seawal bulan April.
EXCO Pendidikan Tinggi Dr Hjh Halimah Ali menegaskan bahawa semua pelajar diminta mendaftar dengan BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM(BPI) JAIS untuk melayakkan mereka dibiayai penerbangan mereka oleh kerajaan negeri. Beliau juga menyatakan satu mesyuarat khas bersama Setiausaha Kerajaan, JAIS, Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Selangor,badan kebajikan pelajar Selangor, BRIGED AMAL SELANGOR dan beberapa syarikat penerbangan sedang dirancang untuk urusan penerbangan.
Sementara itu, usaha untuk membantu mereka menyesuaikan diri semula dengan keadaan di Mesir disamping kebajikan mereka sedang di nilai secara holistik. Pertubuhan NGO seperti PAPISMA dan Yayasan Amal juga akan dilibatkan sama dalam membantu mempastikan kesihatan mereka terjaga dan berada dalam keadaan optima untuk meneruskan pelajaran.
Untuk melicinkan pengurusan dan menambahkan keupayaan pelajar, EXCO Pendidikan Tinggi akan menganjurkan program holistik pelajar Mesir berperingkat(berkumpulan) yang bermula 28.2.2011 -1.3.2011; 2-3.2;7-8.3; di AMPANG PECAH SELANGOR.
Sila daftarkan diri kepada BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS, Us Hafizul
MESIR: OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR HANTAR BALIK SEMUA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamu'alaikum...nk tanya,
daftar diri kat mana ???
assalamualaikum..
erm, untuk mendaftar nama tu, ada borang secara online ke di laman web Bahagian Pendidikan Islam Jais? Ataupun hantar email? Kalau hantar email, butiran apa yang sepatutnya diberi..terima kasih..~
Salam
Sila daftarkan diri kepada BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS, Us Fauzul
Salam Wrt YB Dr.
Tiket balik yang telah dibeli oleh sebilangan pelajar berdasarkan kepada maklumat awal tarikh mula kelas boleh ke dipertimbangkan untuk medapat bayaran balik?