PELAJAR UNIVERSITI MESIR SILA AMBIL PERHATIAN
26.2.11
SHAH ALAM
Mesyuarat khas mengenai pelajar Selangor yang mahu dihantar balik untuk melanjutkan pelajaran di Mesir telah memutuskan kemungkinan operasi penghantaran akan bermula se awal 3.3.11 sekiranya keadaan di Mesir terus reda dan urusan tempahan penerbangan selesai.
Mesyuarat bersama EXCO Pendidikan Tinggi, SUK, JAIS, LZS, Tourism Selangor dan Air Asia serta wakil persatuan pelajar bersetuju akan menghantar pelajar perubatan dan pelajar yang perlu menduduki peperiksaan dalam masa terdekat akan diutamakan.
Untuk itu mereka harus mendaftarkan diri dalam program holistik tajaan kerajaan Selangor bagi mempastikan kebajikan mereka terpelihara dan tersenarai dalam pangkalan data BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM(BPI) JAIS untuk urusan selanjutnya.
Program terdekat ialah
28.2-1.3.11;
2-3.3.11;
Tempat:AMPANG PECAH ,KUALA KUBU BARU SELANGOR
Bas akan disediakan di Masjid negeri SHAH ALAM (bertolak 7.30pagi)
Wajib bawa PASSPORT ANTARABANGSA(untuk urusan penerbangan)
Sebarang pertanyaan sila hubungi CIK SYAZWANI 0193806478
Di BAHAGIAN PENDIDIKAN JAIS
Pada pelajar yang tidak dapat menghadirkan diri? Ada cara lain untuk mendaftar?
Salam. Sila hubungi Ust Hafizul di JAIS pada kadar segera di talian 03-55143631
salam Dr.
saya sudah mendaftar di bahagian pendidikan. sudah telefon dan sudah datang sendiri mengisi borang.
tetapi untuk program holistik, saya berada di Kelantan untuk urusan keluarga. Macam mana ya?
salam. prioriti untuk yang hadir didahulukan.
salam Dr
Bolehkah pelajar yang lahir di wilayah persekutuan tetapi telah menetap di Selangor hampir 20 tahun, dan bersekolah dulu juga di Selangor mendaftar?
Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan tidak menerima yang lahir di wilayah, hanya yang menetap di wilayah sahaja. Jadi bolehkah saya mendaftar dengan kerajaan Selangor? atau kerajaan negeri Selangor hanya menerima yang lahir di Selangor sahaja?
salam,Dr.
hari ahad pun boleh dihubungi ke nombor2 di atas ni?
prioriti dr segi ap dr?
salam doktor,untuk pelajar perubatan yang tidak dapat menghadirkan diri,adakah bermakna dia akan mendapat penerbangan yang paling lewat?
wassalam.
salam...saya duduk di kawasan program holistik dijalankan...tapi saya x phm...program apakah ini dan wajibkah untuk dihadiri??? dan klau nk dtg mcm mane?? pergi terus ke???