Pray For MH370

Pray For MH370

takut,fobia gara-gara banyak tengok cerita hantu di TV PUTRAJAYA

Bersih 2.0: Bila 1 juta pelancong domestik banjiri Kuala Lumpur

Ahmad Tajdid   
Entahlah... Mengapa agaknya sesetengah pemimpin negara ini begitu kacau bilau pemikirannya apabila mengulas cadangan perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, 9 Julai ini?
Bagaimana pula perhimpunan aman tanpa senjata yang dibenarkan Perlembagaan tiba-tiba boleh menjadi ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan negara sedangkan ianya hanya berlangsung selama 2 hingga 3 jam dan diadakan pada cuti hujung minggu pula.
Tak semena-mena, hampir seribu laporan polis dibuat NGO dan pertubuhan politik di seluruh negara bagi membantah perhimpunan  itu sedangkan yang terjejas dalam kesesakan lalulintas (itupun jika polis enggan memberi kerjasama) hanyalah penduduk ibukota yang kebanyakannya tentu memilih untuk duduk di rumah jika tidak mahu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.
Lucunya antara yang membantah adalah Umno, Perkasa dan beberapa NGO pro-Umno, sedangkan merekalah yang saban minggu menganjurkan 'perhimpunan haram' di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan juga Perak ketika negeri-negeri itu ditadbir Pakatan Rakyat. Ada juga perhimpunan dan perarakan yang membawa pelbagai poster dan sepanduk mengecam kerajaan negeri. Tidak mudah dilupa juga perarakan membawa kepala lembu oleh ahli-ahli Umno Selangor ke Bangunan SUK di Shah Alam.
Mutakhir adalah komen dibuat Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (yang kini dikenali sebagai "Menteri Curi-Curi Malaysia" ekoran skandal RM1.8 juta akaun Facebook kementeriannya) tentang perhimpunan BERSIH 2.0.
Menurut Ng, perhimpunan 9 Julai ini bakal menyebabkan sektor pelancongan negara kehilangan lebih RM1 bilion. Ini kerana, dakwa beliau BERSIH 2.0 boleh merencatkan kehadiran pelancong sekaligus mengurangkan jumlah pendapatan sepertimana yang dicatat pada tempoh sama tahun lalu.
"Berdasarkan statistik, ketibaan pelancong antarabangsa pada bulan Julai 2010 adalah sebanyak 2.2 juta dengan perbelanjaan sebanyak RM6 bilion.
"Jika perhimpunan itu telah kurangkan 20 peratus daripada pendapatan tersebut, kita sudah kerugian RM1.2 bilion, yang mana ini akan dirasai oleh semua pihak dalam industri," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur seperti dipetik Malaysiakini.
Pelik juga difikirkan bagaimana perhimpunan aman selama 3 jam itu boleh menyebabkan pengurangan 20 peratus pendapatan industri pelancongan? Menurut Ng Persatuan Pelancongan Negara China telah berada di negara ini bagi berbincang dan mendapatkan perkembangan mutakhir 'perhimpunan haram' itu sebelum membuat keputusan sama ada membatalkan pakej-pakej percutian yang telah dibuat sebelum ini.
Lihatlah betapa jahilnya menteri berkenaan dalam memberikan hujah sehingga memperlihatkan bagaimana rapuhnya tahap keselamatan negara kita hingga perhimpunan aman pun boleh mengancam nyawa pelancong asing!
Adakah Ng berani membandingkan jumlah kemasukan pelancong asing ke Malaysia berbanding negara jiran Thailand dan Indonesia, sedangkan dua buah negara itu lebih kerap menghadapi demonstrasi rakyat? Demonstrasi rakyat di Thailand sebagai contoh bukan sahaja berlangsung selama beberapa jam, malah mengambil masa berhari-hari, berminggu-minggu dan berbulan-bulan! Dan adakah pelancong asing telah serik untuk mengunjungi negara gajah putih itu kerana rakyatnya gemar berdemonstrasi? Sudah tentu tidak.
Bagi menjawab hujah Ng juga, sukacita disiarkan komen beberapa pembaca Malaysiakini:
"Orang pergi BERSIH ingat tak keluar duit ke? Naik bas, naik kereta, itu semua kena pakai petrol. Perut kosong nak kena diisi. Tekak dahaga nak kena basahkan. Itu semua kena beli guna duit! Jangan nak membohong kata akan rugi RM1 billion. RM1.8 juta yang kamu dah rembat untuk akaun Facebook tu apa cerita? *** Ingat kami bodoh?" - Che' Tat
Lebih menarik lagi komen seorang pembaca:
"Alamak! Yang jadikan kerugian kononnya berbilion ringgit tu sapa? Hangpa jugak.. Cuba bagi dia orang buat demo secara aman, tak payah simbah itu ini. Hangpa yang buat rosak tu semua. Tengok Indonesia, buat demo cool je. Tidak pun polis nak buat kacau bilau... Masa saya pergi ke sana, siap pemandu pelancong bagi tahu hari ni ada demonstrasi pelajar-pelajar. Tapi jangan risau, mereka tak ganggu orang... di sini demonstrasi secara aman... lagi ramai pelancong datang adalah... Malulah! Berbeza betul dengan Malaysia. Tak boleh buat demo langsung. Kalau 'orang depa' buat tak apa pulak...
"Cuba bila tv atau radio umumkan hari ini BERSIH akan mengadakan satu demonstrasi secara aman. Sesiapa yang ingin menyertai perhimpunan tersebut, sila kawal tingkah laku anda agar tidak mencemarkan nama baik negara dan kawasan yang terlibat. Peniaga-peniaga juga digalakkan untuk membuka jualan dengan menempah khemah-khemah jualan. Siapa cepat dia dapat... Bukankah bagus begitu? Dapat tolong peniaga lain. Pasti orang yang berdemo itu lapar dahaga. Lepas berdemo, mereka pergi makan sama-sama. Bukankah bagus begitu? Tak ada kecoh-kecoh. Polis pun boleh makan laksa bawah pokok bersama orang yang berdemo." - Nora Abdullah
Begitulah komen-komen bernas pembaca yang sempat dirakam. Soalnya, mengapa Ng dan lain-lain pemimpin BN gagal melihat aspek positif perhimpunan itu.
Ketepikanlah sentimen politik sempit dan fobia hilang kuasa. Lihatlah perhimpunan BERSIH 2.0 dari sudut positif.
Bagi Ng Yen Yen, cuba bayangkan sejuta pelancong domestik yang bakal membanjiri Kuala Lumpur 9 Julai ini. Semuanya hadir dengan perbelanjaan sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak. Kementerian beliau sendiri tidak perlu membelanjakan walau sesen pun wang negara untuk menarik kehadiran sejuta pelancong domestik ini.
Bayangkan apa yang akan diraih oleh para peniaga dan pusat membeli belah di Kuala Lumpur dengan kehadiran sejuta pelancong domestik ini. Pastinya premis perniagaan mereka akan bertambah meriah dan kutipan hasil jualan berlipat kali ganda.
Apa yang pasti, negara tidak memerlukan pelancong asing untuk menjana ekonomi Kuala Lumpur pada tarikh 9 Julai ini!
HARAKAHDAILY

Comments :

0 comments to “takut,fobia gara-gara banyak tengok cerita hantu di TV PUTRAJAYA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com