يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Surah Hujurat ayat 6
9:6 (Malay) Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Lidah memang tidak bertulang.Kadang-kadang kata-katanya terlalu pantas keluar lebih-lebih lagi apabila apabila ada respon yang 'memberangsangkan' daripada pendengar. Maka adakala terpacul keluar kata-kata yang boleh mencetus tindak balas luarbiasa daripada kumpulan-kumpulan yang terkesan.
Meluap kemarahan, kekecewaan dan reaksi emosi negatif yang boleh menimbulkan ungkapan kurang enak atau juga mengakibatkan hubungan silaturrahim terputus, kerjasama menjadi kerja berpaksi kepada saling bertentangan, keharmonian bertukar kepada kekeruhan dan kegelisahan.
Justeru kita perlu bersedia untuk fatabayyanu atau mengkaji segala berita sensasi yang kita dengar supaya faham konteks dan juga kebenaran sebelum kita memutus untuk percaya atau tidak berita tersebut. Kita perlu menilai samada ia berita sahih. Kalau sahih adakah tanggapan kita mengikut perspektif konteks ia terjadi.
Kalau tidak sahih apakah akibatnya kita tenggelam dalam ledakan emosi ekstrim hingga memecahbelah komuniti kecila atau besar menurut pengaruh sipelaku.
Periksa, kaji, selidik, fatabayyanu untuk mendapat gambaran sebenar.Jangan cepat melatah dan hilang prinsip! Akibatnya buruk sekiranya kita bertindak mengikut emosi boleh menghantui seseorang yang terlanjur seumur hidup.
Cegah sebelum terkena.
Fatabayyanu...
Salam. mohon YB linkkan blog saya di blog YB : kelonsongpeluru.blogspot.com.
blog YB telah saya linkkan di kelonsongpeluru.blogspot.com
shukran.. bersama rakyat tumbangkan kezalimna, ABU