Pernahkah terlintas di fikiran anda kenapa biasanya dilaporkan hanya pelajar beragama Islam sahaja yang terlibat dengan" mass hysteria" atau histeria beramai-ramai? Lebih kerap berlaku lagi ialah kejadian pelajar perempuan sekolah agama menjerit-jerit, berlari-lari atau mengoyakkan pakaian mereka. Pernahkan dilaporkan pelajar menganut agama lain selain Islam di serang histeria di asrama mereka?
Anda boleh berbincang dengan para Ustaz/Ustazah serta Pengamal Perubatan Islam seperti ahli Persatuan Kebajikan Dan Perubatan Islam Bandar Baru Bangi dan sebagainya. Peubatan moden memberikan stres atau tekanan perasaan sebagai antara sebab-sebab berlakunya histeria. Tidak hairanlah jika histeria kerap berlaku ketika musim peperiksaan.
Kepincangan perubatan moden ialah ia tidak mengiktiraf secara rasmi kewujudan alam ghaib serta penghuninya seperi jin dan iblis. Sains Emperikal adalah asas kepada sistem perubatan moden. Masakini, istilah yang digunapakai ialah "evidence-based medicine".
Persoalannya kenapakah pelajar Islam lebih kerap diserang histeria terutama pelajar sekolah Agama?
Pelajar histeria diganggu ‘benda ganjil’ dipercayai datang dari Gunung Gading
Borneoonline
Serian Sarawak
Lihat wanita tanpa wajah
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
Harian Metro
asnawi@hmetro.com.my
SUBANG JAYA: “Saya lihat seorang wanita tanpa wajah menyebabkan saya menggigil ketakutan dan menjerit sekuat hari sebelum tidak sedarkan diri,” kata seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23 di sini, semalam.
Dia antara beberapa pelajar sekolah itu yang diserang histeria pada Selasa lalu dan semalam.
Pelajar tingkatan satu yang enggan namanya disiarkan ketika ditemui di rumahnya di Puchong, semalam berkata, sebelum kejadian, dia sedang belajar dalam kelas, jam 8 pagi.
“Tiba-tiba saya terdengar seorang pelajar perempuan tingkatan lima menjerit menyebabkan saya seram.
“Saya cuba mententeramkan diri tapi mula takut menyebabkan saya menangis,” katanya.
Menyedari dia menangis, beberapa pelajar dan guru bergegas membantunya.
“Cikgu suruh saya baca ayat suci al-Quran bagi mengelak terkena gangguan,” katanya.
Katanya, dia bagaimanapun terus menangis dan tidak menyedari apa yang berlaku sebelum dibawa ke sebuah bilik untuk ditenteramkan.
Wartawan yang menyedari kejadian itu pagi semalam bergegas ke sekolah terbabit, tetapi dilarang memasuki pintu pagar sekolah oleh pengawal keselamatan.
Harian Metro difahamkan, kebanyakan pelajar sekolah itu yang diserang histeria menjerit dan meraung seolah-olah dirasuk makhluk halus.
Malah, ada yang bertindak agresif, termasuk menumbuk seorang guru perempuan yang cuba mententeramkan keadaan.
Kejadian itu menyebabkan sesi pembelajaran terhenti apabila guru, kakitangan dan pelajar lain bertungkus-lumus menenangkan pelajar yang diserang histeria.
Sementara itu, seorang pelajar lelaki tingkatan tiga yang menyaksikan kejadian itu, berkata suasana sekolah menjadi kelam-kabut Selalu lalu.
Ini mengakibatkan dia bersama guru dan kakitangan sekolah serta pelajar lain terpaksa membantu mereka.
“Saya dan beberapa kawan membantu pelajar lelaki dan perempuan bagi mengelak mereka melakukan perbuatan berbahaya ketika tidak sedarkan diri.
“Pembelajaran di sekolah terhenti seketika kerana kejadian terbabit dan pelajar yang diserang histeria dibawa balik ibu bapa masing-masing,” katanya.
Kejadian semalam pula, menurutnya, beberapa lagi pelajar diserang histeria, namun ia tidak seteruk dua hari sebelum itu.
Pelajar histeria diganggu ‘benda ganjil’ dipercayai datang dari Gunung Gading
Borneopostonline
SERIAN: Sebuah kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serian gempar semalam dipercayai diganggu ‘benda ganjil’ yang menye-babkan para pelajarnya histeria dan memaksa pelajar lain pada sesi pagi pulang awal, iaitu sekitar jam 11.30 pagi.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, seorang atau dua pelajar histeria sejak tiga minggu lalu semasa sesi kelas berlangsung. Kejadian dipercayai berlaku sejak sekumpulan pelajar itu kembali dari satu lawatan ke Gunung Gading, Lundu yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Menurut sumber yang di-temui Utusan Borneo di sini semalam, ‘makhluk-makhluk’ ganjil itu mungkin mengekori pelajar pulang ke rumah dan menimbulkan masalah di seko-lah dengan ‘merasuk’ mereka.
Dipercayai sejak minggu lepas, pelajar-pelajar yang dirasuk adalah kebanyakannya dari kelas sesi pagi dan semua mereka adalah perempuan kecuali semalam apabila seorang pelajar lelaki dilaporkan turut ‘dirasuk’. Manakala tiada laporan diterima mengenai histeria di kalangan pelajar sesi petang setakat ini.
Seorang saksi kejadian, Nurul Ain Majalis, pelajar tingkatan empat berkata lima pelajar di asrama telah diserang ‘makhluk’ tidak dikenali pada malam sebelumnya.
Nurul berkata dia bersetuju dengan teori bahawa ‘makhluk’ itu mungkin datang dari Gunung Gading memandangkan dia terdengar khabar bahawa seorang pelajar memetik bunga dari gunung itu dan membawanya pulang lalu ‘makhluk’ itu mungkin telah mengekori pelajar berkenaan.
Seorang lagi pelajar, dikenali sebagai Mohd Affi Mohan mendakwa ‘makhluk’ tersebut marah dengan tindakan seorang pelajar yang tidak menghormati kawasan berkenaan semasa lawatan ke Gunung Gading, di mana pelajar tersebut minum dari kolam yang kemungkinannya membangkitkan kemarahan ‘makhluk’ itu.
Manakala pengetua sekolah, Ramli Zainuddin mengesahkan bahawa hanya 12 pelajar sahaja yang histeria dan bukan 20 seperti yang dilaporkan sebelum ini.
HISTERIA PELAJAR SEKOLAH: 2 KES SATU DI SARAWAK DAN SATU DI SEMENANJUNG
Labels:
histeria,
Islam,
Sains emperikal,
sekolah agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment