Jalinan erat antara dua negeri PAKATAN RAKYAT ini akan mencetuskan gerak kerja yang lebih strategik yang menguntungkan kedua belah pihak di mana kekuatan ilmu, kemahiran dan pengalaman masing-masing akan digunakan sebagai paksi kolaborasi bersinergi insya Allah.
Kekuatan ekonomi Selangor di samping lokasi yang strategik dan infrastruktur dan pengangkutan yang lebih baik akan dijadikan modal perkongsian dengan pengalaman yang kaya oleh Kelantan di bidang ar Rahn, pendidikan holistik dan hasil yang halal serta tenaga kerja belia yang ramai boleh dimanfaatkan supaya kebergantungan syarikat di Selangor kepada warga asing mudah mudahan boleh dikurangkan.
Budaya cinta ilmu di Kelantan juga diharapkan membantu merancakkan lagi budaya ilmu di Selangor insya Allah.
Mudah mudahan diberkati Allah usahasama ini.Amin
KERJASAMA KERAJAAN SELANGOR-KERAJAAN KELANTAN KUKUHKAN PAKATAN
Labels:
makin kuat,
Muafakat bawa berkat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment