Pray For MH370

Pray For MH370

BANJIR BESAR KELANTAN : Apa yang saya pelajari



 (siri1)
Alhamdulillah saya sangat bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan saya kesempatan untuk berada di bumi Kelantan yang telah dilanda banjir berskala besar bermula 26 Disember 2014.
Saya suka mengambil peluang belajar daripada bencana alam seperti yang Allah rezekikan saya terlibat bersama misi kemanusiaan NGO Yayasan Amal Malaysia khususnya ketika tsunami(Aceh), gempa bumi(Kashmir/Jogjakarta), meletus gunung merapi,tanah runtuh(Hulu Langat/Bukit Antarabangsa), pasca peperangan (serangan zionis Israel), Kampuchea, banjir besar(Johor) dan terakhir bah di Kelantan.
Bagi saya izin dan iradat Allah ar Rasyid untuk memberi peluang kepada saya untuk  melihat, memerhati, mendengar suara mangsa secara ‘first hand’, mengikuti pengakuan dan penceritaan semula kejadian daripada mangsa banjir termasuk pimpinan tempatan adalah proses pembelajaran hidup yang tidak ternilai harganya. Ianya tidak sama dengan membaca laporan pemberita lebih lagi media massa yang tidak menyeluruh dan berpihak-pihak. Ianya amat berbeza dengan kita mendengar perkongsian kekawan yang balik daripada misi bantuan. Semua ini hanyalah sekerat separuh keadaan sebenar! Ianya mengikut persepsi pencerita daripada pengalaman diri mereka sendiri di tempat yang tertentu. Bukan keadaan sebenar keseluruhannya. Bukan juga daripada persepsi neutral. Ada banyak di tokok tambah atau ditinggalkan pengajaran paling penting mahupun yang bersifat ‘subtle’ dan perlu proses tadabbur untuk memanfaatkan apa yang disaksikan.
Bertunjangkan kefahaman ini, saya diuji dengan terseliuh kaki kiri pada masa Allah mentakdirkan bah di bumi Kelantan. Nak berdiripun sakit! Bagaimana nak bantu mereka yang berjihad menyelamat mereka yang terperangkap dalam bangunan sekolah, atas pokok dan hospital dll. Bagaimana nak hantar makan minum kepada mereka yang diuji kebuluran dan kesakitan. Allahu Rabbi....saya hanya boleh mengikuti daripada saluran siber sosial pimpinan PAS di Kelantan dan juga rakan rakan di Selangor yang mempunyai keluarga dan kenalan di Kelantan....
Esok pula,pergelangan tangan kiri saya mula meragam. Kesan patah 10 tahun dulu, Colles fracture.Saya memang latih ia supaya tetap kuat dengan angkat barang seperti biasa. Kekadang ‘terlebih pakai’.Ia mula ‘demo’. Sakitlah jadinya. Beberapa hari kemudian, tambah set pula, sakit belakang  hingga nak mengiring kalau tidur pun sakit! Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Semasa sakit yang saya hadapi, saya malas berbicara. Memang saya bukan jenis yang sukar berbicara.Apatah lagi ketika anggota jasad yang tidak boleh membantu banyak. Saya gagahkan juga diri untuk meraikan pemuda dan anggota Jabatan Amal DUN SELAT KLANG yang menyambut panggilan jihad membantu saudara sejihad sebagai sokongan moral dengan sedikit sumbangan. Saya bangga pelapis sudah ada.
Kemudian golongan Muslimat dan Nisa’ SELAT KLANG pula sudah bersiap untuk berlepas. Saya raikan juga perlepasan mereka di dataran PASTI DARUL ULUM 2 , Kpg Sg Udang. Berbengkung untuk sokong belakang, dilengkapi dengan ‘ankle guard’ dan ‘wrist guard’.
Ketua Misi Muslimat-Nisa’ Selat Klang di ketuai oleh Kak Ani, rakan saya yang sama-sama pergi ke Acheh ketika bantuan misi kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia bencana tsunami 26 Disember 2014 dulu. Kak Ani ini baru sembuh beberapa bulan daripada patah kaki kemudian patah tangan. Malam itu saya lihat gelagatnya macam orang umur 20 + yang tak mengalami patah-patah anggota badan....... inilah karakter kak Ani yang saya kenal....orang kuat PAS Selat Klang. Lupa sakit diri sendiri. Sudah tentu ada masa ‘body’ Kak Ani ni berbicara juga.Ketika itu tidak siapa yang tahu. Namun sudah tentu jiwa kak Ani akan puas. Ini ciri ciri orang yang mementingkan orang lain.
Nikmat si Pemberi
Itu kesan orang yang telah ditarbiyyahkan secara praktikal oleh Allah swt yang telah merasai ‘first hand’ nikmat kepuasan apabila ‘memberi’ kepada orang lain. ‘Memberi tanpa syarat’, memberi tanpa mengharap balasan, memberi tanpa mengungkit, memberi walaupun payah, memberi ketika senang walaupun susah, memberi ketika sihat mahupun sakit.....
Ia tahu ia akan tidak dibalas oleh orang yang diberi itu. Ia bersedia orang yang memberi tidak berterima kasih. Adakala orang yang diberi ‘mencerca’ dan menghina pemberiannya kerana biasa dengan pemberian orang kaya-kaya, orang ada nama dan jenama....Bagi si pemberi yang ikhlas, dia tidak peduli itu semua.Bukan balasan manusia yang dibantu ini yang dia tagih.Bukan sekecil itu. Penat lelah, sakit ngilu, mencatu makan minum bahkan mencatu membuang air besar dan kecil itu bukan untuk melayan kerenah manusia kerdil yang sebangsa dengannya keturunan Nabi Adam a.s. dan Tok Hawa. Meninggal keselesaan hidup dengan keluarga sendiri demi mensejahterakan keluarga orang lain tidak perlu dimengertikan oleh orang yang mahu ditolong. Cukuplah baginya si MAHA MELIHAT, MAHA MENGETAHUI, MAHA BAIK yang membalasnya insya Allah. Itu pun dia tahu jasanya tak sebanyak mana pun kerana seandainya Allah memilih untuk melantik orang lain bekerja menabur bakti bagi membantu hambanya yang lain maka melepas dia peluang tersebut. Dia tahu bukan Allah  yang berhajat kepada pertolongannya tetapi dialah yang berhajat kepada Allah. So,beres....
Bak kata lirik lagu ‘Tidak ada yang kita punya’....lagu nyanyian Allahyarham Us Asri kumpulan Rabbani.
Ini sikap yang mesti ada pada sesiapa yang mahu ‘memberi’ sesuatu, samada mahu berkhidmat sebagai sukarelawan ketika bencana atau apa jua kebajikan yang mahu dilakukan. Jangan sama sekali menyimpang dari niat asal. Jangan mahu cari untung berlipat ganda daripada kesusahan orang lain.
Sebenarnya konsep memberi ini telah salah difahami oleh masyarakat kita termasuk ummat Islam. Walhal ‘memberi tanpa syarat’ ini menjadi sinonim dengan praktik Nabi saw. Ia diantara kekuatan karakternya. Ia tersimpul dalam uswah dan qudwah hasanah. Ia komponen utama dalam akhlak agungnya seperti termaktub dalam surah al Qalam ayat 4, pujian daripada pencipta dan pelantiknya sendiri yakni Allah swt
  Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung

….bersambung insya Allah

Comments :

0 comments to “BANJIR BESAR KELANTAN : Apa yang saya pelajari”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com