Apabila seseorang individu stress, beliau berisiko tinggi untuk salah tafsir apa yang didengar dan dilihat.Lazimnya secara negatif. Persepsi salah ini sering mengakibatkan emosinya terganggu: marah,geram, risau. Ini mencetus satu reaksi berangkai(chain reaction) yang boleh mendorong mulutnya berkata-kata perkara yang tidak sepatutnya, melukakan hati orang lain, meninggikan suara bahkan merangsangkan kaki tangannya untuk bertindak liar bagi menzahirkan luapan kemarahannya. Ia juga menatijahkan reaksi destruktif yang infektif di media sosial seperti fb, twitter, Whatsapp dsb. Cerita yang penuh emosi amatlah sensasi. Ia cepat merebak bila diviralkan. Ini baru tahap 'individu' yang stress.
Apabila sekelompok individu yang stress samada daripada punca yang sama dan biasanya bercampur aduk dengan stressor tahap individu itu sendiri semakin kompleks lah sesuatu insiden yang 'common' untuk semua di timbulkan sebagai isu oleh individu berpengaruh dalam kelompok tersebut. 'Hujjah' masing masing bila dipanjangkan serta di tambah rempah ratus, maka akan menimbulkan ketegangan dalam kelompok apabila berlaku perbezaan persepsi dan pendapat. Masing-masing kelompok akan berpegang kepada pandangan sendiri dan berhujjah berdasarkan maklumat terhad atau fakta separuh separuh.Apabila'opinion leaders' dalam kelompok ini bersikap eksklusif dan berperwatakan keras lebih lebih bila disulami dengan ego yang tinggi maka keadaan tegang ini sukar untuk dikendurkan. Sepatutnya masing-masing ketua kelompok ini boleh menerima konsep keharmonian yang memungkinkan kekusutan terlerai dengan baik dan menang-menang. Mereka sepatutnya matang untuk menerima hakikat bahawa sekiranya si A betul, itu tidak bermakna si B salah. Begitu juga sebaliknya. Tambahan, sekiranya si B salah, itu bukan bukti bahawa si A betul.Apa asasnya, buktinya. Mesti objektif bukan subjektif.
Mana-mana organisasi yang mahu menghadapi pemilihan pemimpin akan dilanda ribut-ribut dalam cangkir. Selesai pemilihan, ribut pun reda. Namun ribut dalam cangkir yang di tambah dengan gegaran daripada luar cangkir akan menumpahkan banyak air daripada cawan tersebut. Air semakin kurang dalam cawan. Dan sekiranya pukulan luaran terlampau kuat dan ribut di dalam tidak ditenangkan, cangkir boleh retak dan terus pecah.
Mudah-mudahan organisasi Islam cepat menyedari fenomena ribut dalam cangkir ini.Mudah-mudahan juga 'pengguna-pengguna' cangkir yang mendapat manfaat daripada maslahah daripada perjuangan Hizbul Islam bersama terus menyokong dan berdoa agar cabaran demi cabaran ini boleh segera diredakan dengan bermodelkan perjuangan Rasulullah saw.
Tundukkan EGO
Kawalkan EMOSI
OBATKAN HATI, INGAT ILAHI
Latih diri , 'mati sebelum mati'.
USAH CEPAT MELATAH, NANTI CANGKIR PECAH!
Labels:
UJIAN KEMATANGAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment