ADUN SELAT KLANG MEMBAHASKAN UCAPAN TERIMA KASIH DAN MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN DYMM
SULTAN SELANGOR
sempena
Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal
ke 4
Dewan Negeri
Selangor yang ke 13 tahun 2016
Bismillahi
rahma nirrahiim
Assalamua’alaikum wrt dan selamat sejahtera
Terima kasih
kepada Tuan Speaker kerana memberi saya ruang untuk turut serta dalam
perbahasan usul titah ucapan DYMM Sultan Selangor pada istiadat pembukaan
Persidangan dewan Negeri Selangor penggal ke 4.
Selat Klang mengucapkan
terima kasih dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah ucapan DYMM Sultan
Selangor.
1. Selangor
sebagai benchmark
Selat Klang bersyukur
dan turut berbangga atas hasrat DYMM Sultan Selangor untuk mempastikan negeri
Selangor menjadi penanda aras kepada kemunculan rantau ini sebagai pemimpin peradaban dunia Islam.
Implikasinya
sudah tentulah , kerajaan Selangor mesti bekerja keras untuk menjadi negeri
yang aman dan makmur yang terus maju dan sentiasa di pelihara Allah kerana mendapat keampunan dan keberkatanNya. Ke arah
Selangor sebagai ‘baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur’ seperti yang di rekodkan dalam surah Sabak
ayat 15.
Gambarannya
ialah rakyat Selangor adalah rakyat yang bertuah, ‘knowledgeable and cultured’, berhati luhur , berakhlak mulia,
produktif dan bersikap positif dan saling membantu ke arah kebaikan. Rakyat
yang terpimpin oleh pemimpin yang sedar diri mereka dalam radar pemantauan
Pencipta.
Urusan rakyat dengan jabatan dan agensi
kerajaan adalah yang cekap dan berkesan sesuai dengan slogan smartselangor yang
peduli rakyat. Ini adalah sasaran
urustadbir yang baik yang dipimpin oleh yang beriman dan bertaqwa. Sudah tentu ini semua memerlukan politik
matang dan sejahtera yang mampu bertindak dalam kerangka besar agenda
pembangunan Selangor yang mampan dan terus berkembang maju.
DYMM Tuanku
juga menekankan agar kekayaan tidak hanya berlegar di kalangan orang orang
tertentu... Untuk mencapai target Selangor yang maju sudah tentu perancangan
pembangunan dan perhatian kerajaan negeri jangan hanya tertumpu kepada kawasan
bandar semata-mata. Harus diingat, walaupun hasil cukai daripada kawasan luar bandar mungkin
tidak seberapa, mereka juag menyumbang kepada kesejahteraan negeri dengan cara
dan dalam aspek yang lain seperti tenaga manusia, kesimbangan kehijauan negeri
dan sudah tentu iringan doa mereka. Golongan di antara bandar dan luar bandar
lazimnya menjadi golongan yang tersepit di antara ke dua dunia yang berlainan. PBT
tidak mahu mengiktirafkan mereka sebagai kawasan yang perlu diberi
perkhidmatan. Mereka pula berebut perhatian mengenai keperluan infrastruktur
dan kemudahan awam dari pejabat daerah.
Amalan
biasa, peruntukan pembangunan di pejabat daerah adalah tersangat minima dan selalunya di tumpukan kepada kawasan yang
memang jelas daripada bandar. Malangnya bagi kawasan kampung pinggiran bandar
seperti Kampung Delek dan Sg Udang Klang yang mempunyai taman dalam kampung ,
maka prasana seperti jalan dan taman permainan di servis oleh MPK dalam kampung
tersebut tetapi tidak di luar taman. Fenomena ini mencetus salah faham penduduk
yang tidak puas hati melihat penyelenggaraan tidak seimbang di kejiranan
yang sama .
Maka saya
menyeru kepada pihak kerajaan negeri untuk membangun prasarana serta kemudahan
awam yang sempurna di dalam kampung pinggiran bandar ini. Khususnya bagi pusat
aktiviti komuniti kampung dan dewan orang ramai yang boleh digunakan dengan
selesa dan selamat. Contoh, perpindahan mangsa ribut di Kampung Delek Kiri bulan
lepas menimbulkan isu ketara di mana dewan orang ramai yang uzur dan tidak
mesra pelanggan menyulitkan penggunaan premis kerajaan itu apabila bencana berlaku
dan memerlukan perpindahan mangsa. Kekadang ada keadaan yang melibatkan OKU dan
orang sakit serta kanak-kanak yang sangat terkesan dengan bilik air/tandas yang uzur dan di paras yang tidak tinggi(tidak
sama level). Saya memohon kerajaan negeri
memperuntukan wang yang secukupnya untuk setiap kampung untuk
menyediakan prasarana asas yang diperlukan oleh setiap kampung. Rakyat
kampung Delek sudah lama memohonkan peruntukan untuk membina semula
sebuah rumah uzur yang digunakan untuk kegiatan wanita.
2. Kelestarian
pembangunan, Green Selangor
DYMM
berkenan aktiviti menghijaukan Selangor dan menekankan peri pentingnya
penjagaan alam sekitar dan mengingatkan tanggungjawab sebagai khalifah Allah
menjaga bumi. Kita perlu ingat pesanan Allah swt dalam surah Ar Rum ayat 41
yang bermaksud:
‘Telah
nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan
manusia, supaya Allah rasakan kepada mereka agar mereka kembali( ke jalan yang
benar’.
Sungai Klang
masih kotor. Air sungai Klang asalnya bersih. Yang mengotorkannya adalah tangan
manusia. Selat Klang mahu tahu apakah tindakan kerajaan terhadap kilang-kilang
yang mengeluarkan cecair kotor, dan lebih dahsyat cecair yang mengandungi kimia
yang akhirnya mengalir ke sungai? Bukankah ini menyebabkan kehidupan dalam air
bahkan unggas dan manusia yang memakan hasil sungai dan laut yang tercemar
dengan metal berat atau heavy metals yang boleh mengakibatkan kanser. Selat
Klang mahu tahu adakah kilang-kilang yang menggunakan air yang banyak yang
dibekalkan oleh Syabas menjadi punca utama pencemaran air sungai dan laut di
Selangor?
Tuan speaker
dan Ahli Yang Berhormat sekalian, semua sedia maklum sungai adalah satu jenis
sumber alam yang sangat berharga. Contoh, Sungai Klang yang panjangnya mencecah
120km dan menjadi pencetus pembangunan pesat di Lembah Klang sepatutnya boleh
menjadi sumber bekalan air dan menjana pendapatan sekiranya ia bersih dan
dipelihara serta dipulihara dengan baik kerana aktiviti seperti boat ride/boat
teksi, regatta dan pusat pelancongan yang menarik boleh dihasilkan.
DYMM telah
menegaskan baginda mahu sumber air, sungai, perairan pantai dan alam
persekitarannya berada dalam keadaan yang terpelihara dan mampan bagi menyokong
kelangsungan pembangunan sosioekonomi negeri.
Selat Klang
mengucapkan setinggi tahniah kepada kerajaan negeri kerana bersungguh
mengekalkan hutan simpan melebihi 30% dan di antaranya di sekitar Pulau Ketam.
Penguatkuasaan ke atas pencerobohan hutan mestilah serius tiada kompromi.
DYMM juga
menyentuh fenomena baru tentang perubahan suhu dan iklim dunia. Saya
berpendapat kerajaan negeri perlu proaktif dalam memainkan peranan bermula
dalam bulatan pengaruh sendiri seperti lampu-lampu besar(seperti lampu limpah)
di padang/kompleks dan mana mana premis sukan perlulah dipadamkan sekiranya
tidak digunakan. Kalau kita lihat dari
kapalterbang diwaktu malam, kita akan melihat nyalaan lampu terang benderang di
sana sini di Selangor terutama sekali di Lembah Klang. Kita perlu renung apa
yang telah dilakukan kempen EARTH HOUR yang dimulakan di Sydney Australia pada
2007 di mana kempen pengguna lampu seramai mungkin memadam semua lampu tidak
kritikal untuk satu jam bagi menjimatkan letrik dan telah terbukti memberi
impak yang positif dan memberangsangkan. Ia telah dilebarkan seluruh dunia
termasuk Malaysia. Langkah kecil yang kita ambil tetapi secara konsisten
dan melibat semua PBT terutama yang
besar akan memberi kesan berpanjangan yang membantu.
3. Pulau Ketam Aset
Bernilai Negeri
Satu-satunya pulau yang
asli di Selangor yang didiami penduduk adalah Pulau Ketam. Pulau asli bermaksud
pulau tulen yang seluruh tanah di
kelilingi air. Maka keunikan ini sepatutnya sudah lama mencuri tumpuan kerajaan
negeri untuk membangunkannnya sebagai pusat pelancongan yang ada daya tarikan
asli tersendiri. Jutaan penduduk di
Lembah Klang mengalami kehidupan penuh tekanan kerana budaya ‘rat’s race’ bersekali
dengan pencemaran udara dan masa dengan
keluarga yang kurang akrab.
Masa bersama keluarga
yang berkualiti, menjejaki kehidupan nelayan tradisi yang sederhana dan
menghirup udara nyaman dan menikmati makanan laut yang segar boleh mencetuskan
ukiran memori indah bersama keluarga.
Poin saya ialah, kerajaan
negeri belum meneroka potensi pulau ini. Berpuluh-puluh sangkar ikan besar juga
boleh menjadi tambah nilai kepada aktiviti pelancongan. Homestay dan beberapa
hotel kecil juga sudah wujud. Pihak Malaysian Nature’s Society juga mengatakan
Pulau Ketam juga adalah laluan penghijrahan burung merentasi benua dan boleh menarik
‘birdswatchers’.
Saya ingin menarik perhatian
kerajaan negeri bahawa Malaysian Nature’s Society bersama sebuah syarikat
antarabangsa telah memulakan langkah bersama dengan sekolah dan JKKK dalam
gotong royong dan kempen kebersihan berterusan dan pendidikan kepentingan
menjaga alam sekitar. Malaysian Nature’s Society juga membantu promosi kempen
menjaga ekosistem dan habitat kehidupan darat dan air supaya tidak pupus.
Insya Allah pada 14-15
April 2016 pihak Tentera Laut Diraja Malaysia juga telah komited mengadakan
aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan lebih 100 orang anggota sempena prasambutan HARI TLDM.
Saya faham kerajaan
negeri cuba mewujudkan ciri-ciri livable city di kawasan bandar dan telah
mencurahkan pelaburan besar untuk tujuan itu. Saya setuju. Apa yang Selat Klang
mahu utarakan ialah hakikatnya suasana asli seperti di Pulau Ketam adalah jauh
berbeza dan pengalamannya tidak serupa.
Justeru, saya memohon
pihak kerajaan negeri bersetuju memulakan projek rintis pakej pelancongan
keluarga dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan terutama STANDCO
PELANCONGAN DAN KAMPUNG BARU, TOURISM SELANGOR,
UPEN, GLCs dan syarikat pengendali sampah.
Perkongsian :
Baru-baru ini saya
tersilap google PULAU KETAM .
Apa yang memeranjatkan
saya ialah termuncul tajuk yang berbunyi:
Professor Tay Kheng
Soon,a conservationist and well known architect in Singapore with ARKITEK
TENGGARA, hatched on a plan to restore PULAU Ketam to its original nature.
The Pulau Ketam project
is envisaged to be a public-private social enterprise that is open to
individuals and societies joining it. It has found initial core support from the
Nature Society Singapore, National University of Singapore in particular the
alumni committee members of Msc(Environmental Management)progam and the
Singapore Power Boat Association through its charity programme.
4. Bebas Rasuah dan
berintegriti, Rakyat Selangor Yang Bermaruah
DYMM TELAH MENGAJAK KITA
SEMUA MENGAMBIL PELAJARAN daripada sejarah khususnya keruntuhan empayar gergasi
Rom kerana rasuah dan fitnah memfitnah menjadi budaya. Kerajaan Selangor perlu
mencegah PENYAKIT PEMUSNAH TAMADDUN yang berpuncah daripada rasuah, salah
gunakuasa dan pengaruh hawa nafsu. Politik matang mengoptimakan
kemampuan modal insan kunci sebagai pemutus dasar dan penjawat awam yang melaksanakan
polisi bertindak secara professional dan tidak tenggelam dalam kemelut siyasah
kompleks yang boleh menggugatkan urustadbir menjaga kemaslahatan ummah.
Saya berharap persoalan
integriti bukan hanya di permukaan sahaja tetapi menjadi nilai dan darah
daging kerangka kerajaan, swasta dan pemimpin serta rakyat di negeri Selangor.
Selat Klang mencadangkan
agar nilai-nilai murni ini dijadikan tajuk utama rujukan yang mesti
diulang-ulangkan agar sebati. Selat Klang mengesyorkan tajuk yang berkenaan dengan integriti,
rasuah, kebertanggungjawaban dimasukkan dalam senarai tajuk khutbah yang boleh
dipecahkan kepada syarahan yang bugar dan mudah difaham dan dipraktikkan. Hanya
insan yang terbangun spiritual dan akalnya yang mampu mengawal diri daripada
pengaruh hawa nafsu dan syaitan yang mendorong insan menyalahgunakan anggotanya
ke arah kemusnahan dan kerosakan.
Syarahan topik ini juga
boleh dicadangkan kepada semua pimpinan bangsa dan agama tanpa mengira ideologi
politik sebagai salah satu usaha politik matang dan sejahtera.
Langkah-langkah yang
mengamalkan keterangkuman ini akan menghasilkan budaya warga Selangor yang
berintegriti tinggi, boleh dipercayai dan layak menjadi khalifah Allah.
Inilah golongan insan yang akan melonjakkan negeri Selangor ke tahap yang
melayakkannya mencapai status penanda aras tamaddun insyaAllah.
Selat Klang menyokong
usul terima kasih dan menunjung kasih titah ucapan DYMM Sultan Selangor.
Comments :
Post a Comment