Pray For MH370

Pray For MH370

BANTAHAN WAKIL N45 TERHADAP SPR

Halimah Ali

No. 110 Jln Sg. Bertik

41100 Klang

Selangor D.E.

3hb Mac 2008

Kepada

Pengerusi

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Malaysia.

Per: Bantahan Kepada Pertukaran Tempat Pengiraan Undi Daripada Saluran Mengundi Ke Dewan Ahmad Razali, Klang

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Halimah Ali, Kad Pengenalan nombor 600627135574, selaku calon PAS untuk N45 DUN Selat Klang dengan ini membantah keras arahan Suruhanjaya Pilihanraya untuk melakukan pengiraan undi bukan di tempat mengundi tetapi di Dewan Ahmad Razali, Klang seperti yang diwartakan di tempat mengundi di Pulau Ketam.

Rasional bantahan saya adalah seperti berikut:

1. Pada 2004, waktu pengumuman keputusan pilihanraya bagi N45 DUN Selat Klang tidak ada perbezaan yang ketara daripada waktu pengumuman keputusan di tempat-tempat mengundi yang lain;

2. Risiko peti undi dimanipulasikan dalam perjalanan untuk dibawa ke tempat pengiraan undi di Dewan Razali adalah tersangat besar. Memandangkan bahawa Malaysia sangat terkenal dengan amalan rasuah, saya amat curiga dengan keputusan SPR untuk mengarah pengiraan di buat BUKAN di tempat mengundi.

3. Perjalanan bot daripada Pulau Ketam ke Tanah besar hanya mengambil masa setengah jam bukan berjam-jam seperti di Sabah dan Sarawak. Maka adalah tidak patut dan tidak wajar bagi pihak SPR untuk menukar tempat pengiraan undi apabila di ambil kira risikonya.

3.Saya juga membantah masa mengundi di singkatkan satu jam daripada pukul 4 kepada pukul 3 petang kerana ini akan mengelirukan ramai pengundi.

4.Maka, dengan ini saya, Halimah Ali calon PAS N45 DUN Selat Klang memohon bantahan saya dipertimbangkan oleh pihak SPR yang telah diamanahkan oleh rakyat Malaysia untuk mempastikan pilihanraya di jalankan dengan bebas, adil, telus dan penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih

………………………

DR HALIMAH ALI

k/p 600627135574

h/p no:0193152939

Comments :

0 comments to “BANTAHAN WAKIL N45 TERHADAP SPR”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com