Pray For MH370

Pray For MH370

SAAT YANG DITUNGGU PADA 9 MAC 2008

Setelah menunggu dengan sabar hampir tujuh jam lamanya, dalam Dewan Ahmad Razali, Jln Kapar Klang, kira-kira pada pukul 0400 pagi tanggal 09 Mac 2008, calon serta petugas parti dipanggil untuk mengambil tempat masing-masing sebelum perisytiharan calon-calon yang menang dibuat. Pemakluman atau perisytiharan rasmi secara lisan calon yang terpilih diperlukan untuk memenuhi perenggan (7) peraturan 25D Akta Pilihanraya 1958, dalam peraturan-peraturan perjalanan pilihanraya. Sebelum itu, calon-calon yang menang telah diminta untuk mententeramkan ahli-ahli parti yang agak resah dan kurang sabar menunggu di tepi jalan masuk ke dewan. Pelbagai alasan telah diberikan untuk menyabarkan mereka, antaranya, sistem komputer rosak, mesin facsimile rosak dan fax tak boleh masuk kerana talian sangat sibuk. Pegawai SPR sahaja yang tahu alasan sebenar di atas kelewatan ini. Dari jumlah undi yang tercatat pada borang 14 yang dibawa balik oleh agen -agen mengira (counting agents), sebenarnya, keputusan pilihanraya tidak rasmi telah diketahui seawal pukul 0930 malam oleh calon serta parti-parti yang bertanding. Pengisytiharkan calon serta parti yang menang dalam PRU 12 kawasan parlimen Kapar dan tiga DUN lagi yang dipertandingkan amatlah bermakna bagi saya serta jentera PAS kawasan KAPAR yang terdiri dari Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (MTD), jawatankuasa serta ahli cawangan yang bertanggungjawab untuk Unit Peti Undi serta Unit Daerah Mengundi (UPU dan UDM). Satu Dun lagi, iaitu DUN Sementa BN telah menang tanpa bertanding apabila calon PKR tidak muncul tiba pada hari penamaan calon.
Kelihatan duduk, Dr Abd Rani, Yang Dipertua (YDP) PAS kawasan Kapar, seorang anggota Polis berpangkat Inspektor dan Dr Halimah sedang menunggu-nunggu saat pengumuman kemenangan mereka.

Comments :

0 comments to “SAAT YANG DITUNGGU PADA 9 MAC 2008”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com