Pray For MH370

Pray For MH370

ANGGOTA GERAK KHAS BRIGADE COMMANDER SELANGOR BUAT TUDUHAN LIAR DAN TAK BERASAS

Semalam saya telah membuat laporan polis berhubung dakwaan dalam forum di sebuah laman web Gerbang Tempur Maya UMNO bahawa saya telah ditangkap basah.

Perkara ini adalah tidak benar dan merupakan satu tuduhan berniat jahat dan mahu mengaibkan saya selaku aktivis Muslimat PAS.

Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu, malah perkara tersebut juga telah disangkal oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di mana tiada serbuan atau tangkapan dibuat oleh pihak JAIS sepanjang minggu lepas. Sehubungan itu saya telah menghubungi Peguam PAS dan kami telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang petang semalam (27/01/09).

Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web Mykmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama ‘Brigade Commander Selangor’ mempunyai lokasi di Shah Alam dengan tajuk

"Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap basah"

Jamilisa dalam ruangan forum politik Malaysia pada 25 Jan 2008 telah memulakan thread mendakwa beliau dimaklumkan rakannya dari Kampung Idaman yang Adun Selat Klang itu ditangkap basah di sebuah hotel di sekitar Pelabuhan Klang.

Tuduhan yang dilemparkan kepada saya itu tidak masuk akal selain menjatuhkan maruahnya sebagai wanita, wakil rakyat dan juga Exco kerajaan negeri Selangor. Kg Idaman bukan di bawah DUN Selat Klang dan Hotel Crystal Crown adalah dalam kawasan Pandamaran.

Saya adalah wakil rakyat Pas, sudah tentulah yang saya dokong ini adalah Islam dan sebagai Exco Pembangunan Modal Insan sudah tentulah kita hendak memerangi perkara mungkar dan maksiat ini secara jamaei atau berkumpulan.

Bagaimana pula saya boleh terjebak dalam perkara yang mungkar dan maksiat di tempat sendiri. Tuduhan itu juga sama sekali tidak berasas sedangkan pada masa yang dinyatakan itu saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana diundang menghadiri Program Forum Perdana sebagai ahli panel.

Saya telah dimaklumkan tentang tulisan mengenai diri saya di laman web mykmu.net oleh seorang pengunjung blog saya ini pada pagi 26/01/09. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan beliau.

Sehubungan itu, saya amat berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pemilik, penulis blog dan ‘Brigade Selangor’ dengan segera mengikut Seksyen 509 / 298 Kanun Keseksaan.

Saya berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghalang penyebaran berita palsu atau fitnah seperti ini yang jelas menjatuhkan maruah mereka yang tidak bersalah.

Laporan selanjutnya SINI

Comments :

24 comments to “ANGGOTA GERAK KHAS BRIGADE COMMANDER SELANGOR BUAT TUDUHAN LIAR DAN TAK BERASAS”
lan said...
on 

salam YB, memang kerja memfitnah yang cukup dasyat. semoga Allah pelihara YB dan beri ketabahan. saya yakin ramai tidak mudah percaya pada perkara dakyah dan tomahan murah seperti ini

D'Rebok @ Ikhqoi said...
on 

puaka si pefitnah tu...
tak bermoral langsung.
samping dia kener dakwa bawah akta hasutan.
dakwa sekali dalam kes saman..
untung-untung dapat duit

mohd ikhmal

Anonymous said...
on 

Salam Dr Halimah

Saudara jamilisa telah meminta maaf atas kesilapannya membuka topik berkenaan.

Dr boleh baca di topik berikut :-

http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=24427

"Saya, dengan rasa rendah diri memohon maaf dan menarik balik forum bertajuk ADUN Selat Kelang kena tangkap basah. Berita tersebut telah sy perolehi dari sumber sy dan kesilapan berlaku bukan melibatkan ADUN Selat Kelang sepertimana yg ditulis sebelum ini.

Sy memohon maaf diatas segala kesulitan yg dialami oleh YB Selat Kelang serta ahli keluarga."

Anonymous said...
on 

Jamilisa sudah menyatakan permohonan maafnya. Sebagai seorang yg berjiwa besar saya percaya YB Halimah tiada halangan menerima permohonan maaf berkenaan. Walaupun demikian saya percaya sebelum YB Halimah mengambil keputusan menarik balik laporan berkenaan, MyKMU sendiri mestilah juga berjiwa besar dan menyiarkan permohonan maaf dari Jamilisa DAN MYKMU di halaman utama portal berkenaan. Permohonan maaf secara rasmi (bertulis) kepada YB Halimah daripada Jamilisa dan MyKMU juga akan membuktikan bahawa mereka ikhlas dalam mengakui kesilapan yg telah dilakukan.

D'Rebok @ Ikhqoi said...
on 

Apa tindakan yb...

Nak proceed kes ker?

Kami Pemuda PAS JYSU sentiasa di belakang pucuk pimpinan selagi mana pucuk pimpinan mengamalkan pemerintahan berlandaskan quran dan sunnah

Mohd Ikhmal

faizassyirazi said...
on 

Salam Dr Halimah..

Segalanya terpulang kepada dr samada untuk ambil tindakkan tegas atau memaafkan begitu sahaja.Yang penting keputusan yang terbaik haruslah berandaskan Qur'an dan Sunnah.Jika dibiarkan,kemungkinan golongan pemfitnah ini tidak akan serik untuk melakukan lagi perbuatan seumpama ini kepada orang lain.YB Mahfodz Omar,Dato' Seri Presiden adalah antara orang yang telah menunjukkan bahawa mereka ini perlu di beri ingatan seperti mana di dalam kes fitnah terhadap mereka di akhbar dan website.Setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..

tajudin said...
on 

YB Dr., banyakkan bersabar. Kuatkan semangat. Semoga yang menyebarluas fitnah menyesal dan diberi taufiq hidayah & bertaubat.

Unknown said...
on 

YB Dr,
Lantaran penggunaan media siber semakin dimanafaatkan, perundangan terhadap kebertanggung-jawaban wajar dipelihara hak-hak kesahihan sumber maklumat dan informasi.
Memberikan pemeliharaan perlindungan kepada warga yang memberi kepercayaan kepada permaklumatan medan ini mewajarkan YB Dr. meneruskan saman dan tuntutan.
Semoga ia menjadi langkah awal untuk pengaktaan perundangan digital di millenium ini yang upaya menjurus memerangi kegiatan cetak rompak.

Anonymous said...
on 

Salam YB Dr.Halimah,
Saya berharap YB teruskan usaha membela rakyat.Memang ramai yg iri hati dgn kejayaan kita Pakatanrakyat,Kami tau YB-YB buat kerja,saya sekeluarga mendoakan agar YB serta keluarga sentiasa kuat dan tabah menghadapi fitnah serta niat jahat.SemugaAllah melindungi apa saja perbuatan jahat mereka.

Salam hormat
Shah/siti-Balakong

D'Rebok @ Ikhqoi said...
on 

salam YB Dr.

Semoga segala tindakan samada berbentuk tindakan perundangan atau tindakan-tindakan lain, didasari atas iman dan taqwa bukan didasari dengan niat untuk membalas dendam.

InsyaALLAH

Anonymous said...
on 

Elok dimaafkan aje, dengan syarat jumpa secara bersemuka agar kita dapat sama-sama kenal siapa dia si pemfitnah ini.

Muka yang difitnah semua orang kenal, tukang fitnah main minta maaf guna forum aje mana boleh. Nak maafkan memang bagus, tapi muka si pemfitnah mesti tunjuk.

Tak timbul soal aib, kalau aib kenapa main belasah aje buat fitnah.

Anonymous said...
on 

Memang hampir kesemua mereka yang berforum di laman web berkenaan menyebarkan hal hal palsu seperti ini.

Sepatutnya saman saja blog ini kerana ini bukan saja telah membawa kepada nama buruk YB, malah kepada keluarga YB juga.

Ada banyak Mod dekat forum tu, mana boleh bagi alasan tak dapat memantau.

"Bagaimanapun pihak pentadbir laman bersedia menjawab apa sahaja isu perundangan sekiranya perlu."

Dah tahu salah, lagi boleh kurang ajar. YB, kan diorang kata bersedia untuk isu perundangan, apa lagi, proceed je.

Anonymous said...
on 

"""

Ermmm...dah mintak maaf pun lagi mau lempaq minyak ka? Kan Jamilisa dah mintak maaf kat atas tu...hang ni jadi batu api ka? Dasar Islam mana hang pegang ni? Dasar Islam ajaq kita supaya saling memaafkan dan berkasih sayang antara sesama Islam...dan bertegas kat kuffar (kat teresa kok hang sayang pulak noooo...?) So, Jamilisa dah mintak maaf secara terbuka...mod pun dah lock thread tu...yang hang pi jadi batu api ni apahal? Setan mana yg rasuk hang?

Kepada Dr. Halimah...maafkanlah saudara Jamilisa tu, dia dah akui kesilapan dan kesalahannya...saya bukan menyebelahi sdr. Jamilisa didalam kes ni, tapi...kalau dia dah minta maaf, maka seeloknya Dr. maafkanlah dia...dan saya harap sdr. Jamilisa berhati2 didalam penyampaian fakta dilaman web selepas ini...janganlah kita jadi cam penyokong2 PAS di TKO or PKR di laman2 web depa pulak...kita ahli UMNO takdak sifat cam depa tu..

p/s: Kita sesama Islam ni kena la ada sifat pemaaf sesama kita...lain la kalau degil tak mau mintak maaf....baru kita ambil tindakan...tak gitu Dr. Halimah? """

Di atas adalah lagi satu contoh memang puak UMNO ni takkan insaf, memang patut pun kena saman kemaluan.Memang kurang ajar, minta maaf tidak ikhlas dan minyindir PKR dan PAS. YB, kita pemuda PAS di belakang YB, teruskan report polis anda.

Anonymous said...
on 

Meminta untuk penjelasan apakah paparan Selangor Maju mempunyai dua versi?
Ada ditemui logo Merah Kunig dan ada juga Biru Tua.
Yang mana satukah milik kerajaan negeri dan yang mana satu milik pembangkang.
Minta penjelasan.

Anonymous said...
on 

- Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood mengutuk keras sikap dan perbuatan penulis Jamilisa yang menyebarkan fitnah dalam laman web Mykmu.net terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali yang kononnya ditangkap berkhalwat.

Beliau menegaskan perbuatan Jamilisa yang tersebar dalam ruangan forum politik Malaysia pada 25 Januari lalu telah menjatuhkan maruah pimpinan wanita Islam.

Katanya, itu perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan penulis tersebut wajar meminta maaf kepada Dr Halimah, suami, keluarga dan pihak PAS.

"Bagi kami pimpinan wanita PAS ini merupakan satu perkara yang sukar untuk dimaafkan kerana melibatkan maruah diri, keluarga dan perjuangan PAS," tegasnya.

Katanya, walaupun Jamilisa telah meminta maaf seperti yang disiarkan dalam laman web Mykmu.net tetapi itu tidak memadai kerana fitnah tersebut melibatkan maruah seorang isteri, ibu dan wakil rakyat.

Beliau mendesak laman web tersebut meminta maaf secara terbuka dan berjumpa sendiri dengan Dr Halimah, suami serta wakil PAS.

"Tuduhan ini bukan satu perkara yang main-main kerana ia melibatkan kredibiliti di mana selama ini akhlak Dr Halimah tidak pernah tercalar walaupun sedikit," tegas beliau.

Beliau memetik maksud surah An-Nur ayat 4 di mana Allah melarang menuduh wanita yang baik berzina.

Ayat itu bermaksud; "Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik berbuat zina dan tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka yang menuduh itu dengan 80 kali deraan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik."

Dr Mariah yang juga AJK PAS Pusat berharap Dr Halimah akan meneruskan tindakan saman malu bagi memberi pengajaran terhadap mana-mana pihak yang cuba menyebarkan fitnah.

"Dr Halimah ada bersama dengan saya dalam Forum Keluarga Bahagia Masyarakat Penyayang di Dewan Orang Ramai Bukit Kuching, Kuala Selangor pada malam 25 Januari lalu," jelasnya

Anonymous said...
on 

Laporan Sinar harian 30/01/09 Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali membuat satu laporan polis terhadap sebuah laman web berhubung dakwaan kononnya beliau ditangkap khalwat 25 Januari lalu.

Katanya, laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang kelmarin kerana dakwaan yang dibuat laman web berkenaan ternyata satu fitnah dan merupakan tuduhan yang mengaibkan beliau.

“Itu (dakwaan) satu fitnah. Saya tidak ada berhampiran kawasan Pelabuhan Klang pada malam berkenaan apatah lagi di hotel seperti yang didakwa.

“Pada malam berkenaan saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor menghadiri program Forum Perdana dan pada sebelah siangnya saya menghadiri mesyuarat Yayasan Amal Pusat,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan laman web berkenaan kononnya beliau ditangkap khalwat dalam satu operasi yang dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 25 Januari lalu di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Menurutnya, beliau akan memfailkan saman terhadap pengendali laman web berkenaan dan penulisnya yang menggunakan nama ‘ Brigade Commander Selangor’ berhubung tuduhan berkenaan.

Dr Halimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang berkata, saman berkenaan dibuat sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak mengeluarkan tuduhan yang mengaibkan seseorang terutamanya menjatuhkan maruah seseorang.

“Kini saya sedang menunggu Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) memilih peguam terbaik untuk mengendalikan kes ini.

“Kita akan saman RM30 juta hingga RM40 juta kepada mereka yang terlibat dalam fitnah berkenaan dan ia bertujuan sebagai pengajaran kerana melibatkan maruah saya,” katanya.

Menurutnya, beliau mahu pihak pengendali laman web dan penulis berkenaan memohon maaf secara bersemuka namun sama ada saman akan difailkan bergantung pada budi bicara dan perbincangan beliau dengan peguamnya.

“Saya nak mereka, webmaster dan pembawa berita muncul mengaku di depan saya secara bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, tuduhan berkenaan sama sekali tidak berasas dan menjatuhkan maruah beliau yang merupakan Exco Kerajaan Negeri, ADUN dan seolah-olah mencabar beliau yang merupakan ahli Pas.

Dakwanya, beliau tidak menolak kemungkinan tuduhan berkenaan bermotifkan politik yang dibuat UMNO kerana laman web berkenaan merupakan laman web menyokong parti berkenaan.

“Saya minta kepimpinan UMNO pusat mahupun negeri mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat menyebarkan fitnah ini.

“Dakwaan penulis berkenaan kononnya berita saya ditangkap khalwat telah tersebar dalam kalangan penduduk di Pelabuhan Klang juga fitnah kerana saya sendiri bertanya kepada penduduk dan mereka ternyata tidak tahu menahu mengenai perkara ini,” katanya.

Anonymous said...
on 

macam mana la mereka boleh mengatakan cukup dgn minta maaf apabila menfitnah....sebab tu golongan2 ini suka menfitnah...bukan dr halimah ja,dari dulu sampai sekarang x habis2 diorang menfitnah...cuma apabila dihukumkan seperti dlm surah an-nur baru puak2 ni akan berhenti fitnah..tp x dihukumkan...sebab tu kekuatan mereka hanyalah fitnah semata..ana yakin yg baca ni tahu siapa 'mereka' tu...Allah bersama orang2 yg teraniaya...Allahuakbar...

Anonymous said...
on 

diorang x pernah fikir yg bezanya menfitnah seorang wanita atau lelaki...kedua-duanya dosa besar..tp kesan terhadap wanita jauh lebih besar..terutama fitnah zina..terang2 Allah berfirman dalam surah an-nur tu sekali dgn hukumnya..tp diorang x pernah nak mengamalkan isi alquran..astaghfirullah..ana harap dr halimah tabah dan tenang ya...
ana cdgkan walaupun hukuman saman x dikenakan,tp kenekan hukuman yg dinyatakan Allah dlm alQquran itu..jika depa benar2 mengatakan "DEMI ISLAM"

Anonymous said...
on 

"Ermmm...dah mintak maaf pun lagi mau lempaq minyak ka? Kan Jamilisa dah mintak maaf kat atas tu...hang ni jadi batu api ka? Dasar Islam mana hang pegang ni? Dasar Islam ajaq kita supaya saling memaafkan dan berkasih sayang antara sesama Islam...dan bertegas kat kuffar (kat teresa kok hang sayang pulak noooo...?) So, Jamilisa dah mintak maaf secara terbuka...mod pun dah lock thread tu...yang hang pi jadi batu api ni apahal? Setan mana yg rasuk hang?"

Komen saya: Memang betul dasar Islam ialah supaya kita saling berkasih sayamg dan memafkan. Tapi jangan lupa menyebarkan fitnah bukan dasar Islam. Setiap orang mesti bertanggung jawab atas apa yang dia katakan. Dalam Quran pun Allah sebut kalau dtg seorang fasik menyampaikan berita maka selidikilah dahulu. Lain kali kalau tak pasti jangan sampaikan. Apa lagi niatnya (Jamilisa) kalau bukan untuk memburukan seorang Muslimah. Secara peribadi saya setuju Dr Halimah teruskan dengan tindakan undang-undang sivil. Mungkin boleh jadi pengajaran untuk Jamalisa dan lain2.

Ramzan melbourne said...
on 

salam,

sejak setahun membaca blog2 politik nih, senang sangat nak kenal mana satu penyokong umno dan masa satu pembangkang..

dorang nyer bahasa saja dah cukup utk dibezakan .. kalau tengok content komen tu, mmg lagiklah terserlah...

Unknown said...
on 

Salam sejahtera untuk semua yang telah memberi komentar serta pandangan yang bernas. Diucapkan berbanyak terima kasih serta JZKKK. Marilah kita sama-sama mengamalkan Islam, saling ingat serta nasihat menasihati agar beroleh sukses/ falah di dunia dan akhirat.

Silalah rujuk Al Quran surah AtTaubah:24 serta 71-72 sebagai peringatan dan kata-kata semangat buat kita semua. Kerima kasih.
"Kepada ALlah diserahkan kesudahan segala urusan".

Anonymous said...
on 

Dr.

Kalau dr rasa nk saman, samanlah

kalau tak mau saman selepas penulis maya itu minta maaf, tak apa jugak

Biasalah politik Melayu, kita akan 'bunuh membunuh' di antara satu sama lain.

Janji fulus masyuk, elaun masuk.

Kalau nk saman pun sapa plak 'responden' nya.

Saja nk tanya.

Anonymous said...
on 

Salam,

Rasanya kalau nak ambik tindakan pun check dulu siapa Jamilisa ni. Jangan percaya sangat "Gerak saraf" yg dia tulis kat forum tu. Ntah ye entah tidak dia ni "Gerak saraf". Ntah2 Jamilisa ni budak baru tumbuh misai yang tak tau apa2. Kalau betul la dia "Gerak saraf" memang tak hairan la BN kalah 8 Mac, PP dan KT. Macam gini punya standard pemikiran boleh jadi "Gerak saraf". Aku rasa Jamilisa ni mungkin budak baru Form 5 yang terpengaruh dengan perjuangan orang sekelilingnya. Aku akan terperanjat besar sekiranya Jamilisa adalah seorang dewasa.

Anonymous said...
on 

seeloknya cik Jamilisa dan Moderator berkaitan, bersemuka lah dengan YB dan minta maaf.. itu lebih baik..

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com