14.2.12
Klang
Keriangan 150 orang warga emas sukar diselindungi apabila mereka ditawar bersama-sama shopping dengan ADUN mereka, YB Dr Hjh Halimah Ali.
Yang terlalu uzur diwakili anak atau cucu.Yang uzur sedikit bergerak dengan kerusi roda bersama keluarga mereka.Tidak kurang juga ada yang OKU. Semua mereka diberi perhatian dan tumpuan khusus oleh YB Dr Halimah.
Dlam ucapan pra-shopping , YB Dr Halimah memberi sedikit taklimat tentang MES dan tujuan sebenar kerajaan Selangor mengajak mereka membeli belah ialah sebagai simbolik terima kasih kerajaan negeri kepada golongan emas yang telah menabur jasa membesar anak, membanting tulang bekerja dan dengan itu membantu membangun negeri Selangor. Justeru token hadiah RM100 untuk dibelanjakan itu adalah untuk menyatakan penghargaan terhadap pengorbanan mereka.
Mereka dihantar menaiki bas. Mereka ditunggu selepas urusan bayaran untuk diberi sedikit hadiah lagi. ADUN Selat Klang bersama krewnya yang bertungkus lumus menjayakan program MES ini mahu mempastikan warga emas yang disantuni ini menikmati sedikit kebahagiaan dengan usaha keras kerajaan negeri menjimatkan duit supaya tidak boros dan tiris.
Akhirnya rakyat merasakan nikmat agenda MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR!Alhamdulillah.
Comments :
Post a Comment