Budaya Dramatis
Amatlah menyedihkan apabila kita melihat fenomena dramatis yang melibat perkara kecil dalam masyarakat diperbesar besarkan oleh pihak yang memposisi diri mereka secara terancang untuk menghasilkan tindakan pihak atasan yang menyebelahi kelompok mereka.
Contoh.
Bagi pelajar di luar negara , bila mereka sibuk belajar terutama di musim sejuk, mereka akan mecuci pakaian di kedai dobi dan terus mengeringkannya di dobi tersebut. Sudah tentu ia melibat pengguna Muslim dan Non Muslim. Tidak ada isu.
Selama ini pun, ramai juga orang Malaysia menggunakan dobi. Bergaul juga Muslim dan Non Muslim. Tidak ada isu.
Apabila kedai KENTUCKY FRIED CHICKEN hanya menjual ayam goreng, kentang goreng, salad dan air berkarbonat.....tidak ada nasi kerabu, nasi kandar, nasi ambeng.....Tidak ada isu. Memang mereka mensasarkan pelanggan yang mahu makan produk KFC. Bukan selain darinya... Mereka hanya menyediakan keperluan pelanggan mereka dan bukan semua orang. Mereka bukan prejudis. Tetapi consumer-centric.Tidak ada isu.
Ianya menjadi isu, apabila ia disensasikan oleh sesetengah pihak yang dramatis. Samada dengan sengaja atau tidak sengaja. Lebih lebih lagi apabila pihak yang mahu menanguk di air yang keruh. Penularan isu kecil boleh menjadi besar kerana menimbulkan kemarahan, kebencian dan prasangka semata-mata kerana persepsi buruk yang terbentuk oleh reaksi dramatis kelompok yang supersensitif.
Amat merugikan masa, tenaga dan emosi semua pihak.
Kita cuba amalkan budaya politik matang dan sejahtera.
Isu panas.......ada agenda apa?
Labels:
pak dalang isu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment