Doa, ikrar akhiri Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4
Hazayani Zakaria,
25 Feb 2013
Manifesto SINI
SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Harapan Rakyat hari ini berakhir dengan bacaan ikrar daripada pimpinan ketiga-tiga parti dan seluruh perwakilan.
Bacaan ikrar diketuai Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Teresa Kok (DAP) dan Darell Leiking (PKR).
Berikut adalah Ikrar Pakatan Rakyat:
1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat
2. Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat
3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat
4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat
5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.
Bacaan ikrar kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP).
Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa mengakhiri konvensyen.-HARAKAHDAILY
MANIFESTO DAN IKRAR PAKATAN RAKYAT PRU13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment