Pray For MH370

Pray For MH370

DULU BUKU JINGGA DITIRU, KINI MANIFESTO PR PULA



KUALA LUMPUR: Jangan anda terkejut seandainya BN mengumumkan penurunan harga minyak menjelang pembubaran parlimen ini.



Demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man setelah kerajaan pimpinan Barisan Nasional baru-baru ini mengisytiharkan penurunan cukai kereta import dari Jepun dan Australia.



Semalam pula, katanya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia Datuk Ismail Sabri pula mengisytiharkan satu Malaysia satu harga, mirip penghapusan sistem kobotaj, bagi menghapuskan sistem dua harga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.



“PAS yakin akan ada lagi beberapa peniruan idea manifesto Pakatan Rakyat akan ditiru oleh BN, memandang mereka telah kehabisan idea baru terutama yang melibatkan kepentingan rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Hujah Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, pengalaman PAS di Kelantan yang telah mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain akhirnya ditiru oleh kerajaan BN, walaupun di peringkat awal mereka mengecam PAS dengan pelbagai tuduhan.



“Bertolak kepada pengalaman tersebut, tidak mustahil mereka sanggup menurunkan harga minyak demi mendapatkan sokongan rakyat. Kita tetap dengan tawaran kita, berapa mereka turun sekalipun PR tetap akan menurunkan di bawah harga semasa apabila kita memenangi PRU akan datang,” tegas beliau.-HARAKAHDAILY

Comments :

0 comments to “DULU BUKU JINGGA DITIRU, KINI MANIFESTO PR PULA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com