Pray For MH370

Pray For MH370

LAHAD DATU dan daerah sekitarnya: Apa yang istimewa?

Peta 1 Daerah di Sabah
Setelah apa yang berlaku seminggu dua ini di Sabah
agak menarik untuk melihat sedikit statistik demografi dan geografi empat daerah yang sedikit sebanyak terlibat dengan insident berdarah iaitu daerah Lahad Datu,Tawau, Semporna dan Kunak.

Keempat-empat daerah dalam negari di bawah bayu ini berjiran antara satu dengan yang lain, mempunyai persisiran pantai yang
panjang dan memiliki persisiran pantai berteluk. Yang paling penting ialah keempat-empat daerah ini adalah yang paling hampir dengan kepulauan Sulu serta negara Filipina. Sila lihat peta 1,2 dan 3.


Peta 2 Bandar Utama di Sabah










Peta 3 Majlis daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna


Dari aspek demografi, keempat-empat daerah di atas, memiliki kadar pertumbuhan penduduk yang agak tinggi dari tahun 1980 hingga 1991 menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Sila lihat jadual di bawah. kadar pertumbuhan penduduk Sabah secara keseluruhannya memang tinggi berbanding kadar negara dan negeri-negeri lain kecuali Sarawak. Pertumbuhan penduduk di Lahad Datu antara 1980 dan 1991 ialah 10.01 peratus, manakala Tawau 6.97%, Semporna 5.13% dan Kunak 10.54%.
Sebagai perbandingan  sila lihat jadual 5, taburan pendudk di Malaysia sebagai perbandingan.




Jadual 4 Pertumbuhan Penduduk di daerah Sabah


Jadual 5 taburan Penduduk Di negeri-negeri Malaysia



 Dari aspek pecahan kaum pula daerah Tawau,Lahad Datu , Semporna dan Kunak bagi tahun 2010, kita lihat dari jadual di bawah, secara purata, jumlah bukan warganegara hampir sama dengan jumlah warganegara. Juga kita dapati jumlah bumiputera selain Melayu, Kadazan-Dusun, Bajau dan Murut yang dikategorikan sebagai "bumiputera lain" cukup tinggi, hampir 15 - 20 %.

 




Kita juga dapati di daerah Tawau dan Lahad Datu, jumlah penduduk lelaki mengatasi jumlah penduduk perempuan,manakala di Semporna dan Kunak, jumlah kedua jantina agak seimbang. Namun, wujud perbezaan antara jumlah isirumah ("household") dan tempat kediaman ("living quarters").




Sekarang kita bandingkan dengan jumlah pengundi di seluruh Sabah. Pada tahun 2004, terdapat 513,490 pengundi berdaftar dengan SPR, 2008, ada 794,448 orang dan setakat Nov 2012, terdapat 969,467 orang pengundi berdaftar. Ini merupakan pertambahan seramai 175,000 pengundi baru. Bandingkan dengan Selangor yang jumlah pengundi baru naik mendadak seramai 470,526 orang setakat Nov 2012.




Sabah juga mencatatkan kadar migrasi atau perpindahan keluar yang tinggi bagi tempoh 2009-2011.










Ringkasan
(1) Jumlah penduduk di keempat daerah iaitu Lahad Datu, Tawau, Semporna dan Kunak mencatatkan pertumbuhan penduduk yang tinggi.

(2) Jumlah penduduk bertaraf BUKAN warganegara hampir menyamai jumlah warganegara di daerah berkenaaan.

(3) Jumlah penduduk bertaraf warganegara  yang dikategorikan sebagai BUMIPUTERA LAIN agak tinggi, hampir 15-20 peratus.

(4) Lebih 80% penduduk di empat daerah berkenaan berumur kurang dari 40 tahun dan  jumlah lelaki melebihi kaum perempuan.

(5) Walaupun penduduk Sabah hanya berjumlah 3.2 juta orang, tetapi Sabah dipweruntukkan sebanyak 25 kerusi Parlimen, berbanding Selangor yang mempunyai penduduk 5.4juta orang  dengan jumlah pengundi 2juta hanya diberi 22 kerusi Parlimen.

(6) Migrasi antara negeri mencatatkan Sabah di tangga ketiga dan pada tahun 2011, seramai 17,000 rakyat Sabah telah berhijrah ke Selangor.

Kesimpulan


(1) Jumlah Bukan warganegara menyamai jumlah warganegara sebenar di Lahad Datu, Tawau, Semporna dan Kunak. Adakah mereka PATI atau sebaliknya daripada negara Filipina, ?Indonesia ? Australia ? Amerika

(2) Majoriti  penduduk di empat daerah berkenaan adalah lelaki berumur di bawah 40 tahun. ? bakal pengundi

(3) Warganegara bertaraf "bumiputera lain" menghampiri 20% jumlah warganegara. Siapa mereka? Suluk

NOTA




Rujukan

http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf

http://drhalimahali.blogspot.com/2013/02/di-mana-sekarang-hendak-ke-mana.html

 http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/04Jadual_PBT_negeri/PBT_Sabah.pdf

http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/findings/Summary_findings_Migras2011.pdf

Comments :

2 comments to “ LAHAD DATU dan daerah sekitarnya: Apa yang istimewa?”
ibnmustaffa said...
on 

Jikalau PR memerintah, apakah yg akan dilakukan oleh PR terhadap orang2 Tausug.

Adakah hendak diperbanyakkan rumah merah? Hendak menghalau Tausug ke pulau-pulau? Atau hendak melupakan langsung sejarah bangsa Tausug di Sabah?

Persoalan ini mesti dilihat oleh PR, bukan hanya bertungkus lumus memenangi hati orang kafir Kadazan Dusun semata-mata hendakkan undi, tetapi permasalahan umat Islam Tausug dibakul sampahkan.

Kamal said...
on 

Jika PR perintah Sabah hendaklah dipastikan orang luar yang benar-benar layak jadi rakyat Malaysia hendaklah diasimilasikan kedalam budaya islam yang betul bukannya seperti masyarakat asal mereka diFipina. Di sana islam tidak begitu ketara kuat dalam pegangan hidup mereka.Sebabnya mereka sanggup datang ke Sabah dan membunuh orang islam.Ini tidak betul.Disana pegangan islam longgar seperti yang dilihat dari kaca TV.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com