Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label KUMPULAN PERTAMA PELAJAR MESIR TIBA DI KLIA. Show all posts
Showing posts with label KUMPULAN PERTAMA PELAJAR MESIR TIBA DI KLIA. Show all posts

UNIVERSITI SELANGOR PENUHI KEPERLUAN PELAJAR PULANG DARI MESIR

Bidang Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Komputer dan Kewangan yang memakan masa selama enam bulan hingga setahun di Universiti Industri Selangor (Unisel) akan  diberikan secara percuma selain yuran daftar kepada pelajar Selangor yang pulang ke tanah air akibat pergolakan di Mesir.

Selangor sedia kursus pelajar pulang dari Mesir
Ismail Hashim /Harakahdaily 

SHAH ALAM, 10 Feb: Pelajar-pelajar Selangor yang baharu dibawa pulang dari negara yang sedang bergolak, Mesir, bernasib baik kerana selepas ini mereka disediakan kursus sehingga setahun oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri menganjurkan kursus kepada pelajar yang berasal dari Selangor sementara menunggu pergolakan yang berlaku di negara berkenaan kembali pulih.

Kursus yang akan ditawarkan, jelasnya, seperti Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Komputer dan Kewangan yang memakan masa selama enam bulan hingga setahun di Universiti Industri Selangor (Unisel) yang diberikan secara percuma selain yuran daftar.

Abdul Khalid berkata demikian di dalam sidang media yang turut disertai Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Teresa Kok selepas mesyuarat exco yang diadakan petang semalam di Bangunan SUK, dekat sini.

Menurutnya, kerajaan negeri mengambil inisiatif itu bagi membolehkan pelajar memanfaatkan masa menunggu untuk kembali ke Mesir dengan melakukan perkara berfaedah termasuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

"Dianggarkan seramai 1,200 pelajar dari Selangor yang sedang belajar di beberapa universiti dan IPT di Mesir dan keutamaan kursus akan diberikan kepada pelajar tajaan kerajaan negeri menerusi Lembaga Zakat Selangor seramai 600 orang," tegasnya.

Sehubungan itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri sedang membuat persediaan rapi bagi membolehkan semua kursus itu dapat dimulakan dalam tempoh terdekat di bawah pemantauan Exco Dr Halimah bagi memastikan ia berjalan lancar dan efektif.

Read More “UNIVERSITI SELANGOR PENUHI KEPERLUAN PELAJAR PULANG DARI MESIR”  »»

SELAMAT PULANG KE TANAH AIR PELAJAR MESIR

Nazri Abdullah   
SEPANG, 7 Feb: Kerajaan negeri Selangor akan berbincang dengan semua pihak termasuk Kementerian Pengajian Tinggi dan Kedutaan Malaysia di Mesir bagi memastikan pengajian pelajar Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air tidak tergendala.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali berkata, usaha tersebut antara sedang dilakukan kerajaan negeri bagi membantu pelajar Malaysia khususnya anak-anak Selangor.
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan semua pelajar terlibat dalam masa terdekat.
"Kita akan kumpulkan mereka, kita nak tahu cerita sebenarnya dari mereka, tapi kita beri peluang kepada mereka berehat dan bersama keluarga dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada anak-anak Selangor ketika menyambut kumpulan pertama 778 pelajar dan rakyat Malaysia, yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia itu mendarat kira-kira pukul 10 pagi dan turut disambut isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet lain.
Katanya, kerajaan negeri juga turut menyediakan khidmat kaunseling kepada pelajar yang mengkin mengalami trauma kesan pergolakan di negara teluk tersebut sehingga menyebabkan mereka hilang semangat untuk meneruskan pelajaran.
Kerajaan Selangor seblum ini melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperuntukan RM100 ribu bagi membantu rakyat negeri itu yang terperangkap dalam pergolakan politik di Mesir.
Selain LZS, Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah menubuhkan Bilik Operasi yang yang beroperasi 24 jam untuk membolehkan ibubapa dan sanak saudara terutamanya mengetahui kedudukan mutakhir pelajar di Mesir.
"Hari ini Alhamdulillah mereka sudah sampai dengan selamat. Kita sedang melihat keperluan mereka untuk selepas ini," katanya lagi.
Selain ahli keluarga masing-masing, kepulangan pertama itu turut disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.
Ketibaan mereka disambut penuh syukur ahli keluarga masing-masing yang sebelum ini risau keselamatan mereka ekoran bantahan besar-besaran rakyat Mesir yang mahu Presiden negara itu, Hosni Mubarak meletak jawatan.
Bantahan tersebut juga telah mengakibatkan beberapa tempat Mesir diisytihar darurat dan sistem pentadbiran negara itu hampir lumpuh.

Read More “SELAMAT PULANG KE TANAH AIR PELAJAR MESIR”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com