
KDEB Taja Pasukan "Red Giant"
Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) hari ini menyatakan 

kesediaannya menjadi penaja utama Pasukan dan Persatuan Bola Sepak Selangor bagi musim 2009 pada satu majlis meraikan kemenangan pemain Selangor dalam Liga Malaysia di ruang legar, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini hari ini.
Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat berbesar hati kerana kesudian KDEB menjadi penaja utama Pasukan Bola Sepak Selangor bagi tahun 2009 dengan nilai tajaan kira-kira RM6.5 juta di samping melaksanakan tanggungjawab sosial kepada pembangunan sukan negeri Selangor.
“KDEB hingga kini sudah membelanjakan lebih RM300 juta dalam program-program komuniti dan CSR, termasuk membiayai program rakyat termiskin iaitu Program Kerajaan Prihatin, program pemuliharaan dan pembangunan alam sekitar serta program penajaan yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman tajaan KDEB untuk Pasukan Bola Sepak Selangor dan penyampaian hadiah insentif kemenangan Piala FA 2009.
Katanya lagi masih ada dua piala untuk dirangkul selepas ini iaitu Piala Super dan Piala Malaysia.
Pada majlis itu, Abdul Khalid menyampaikan hadiah insentif kepada Pasukan Bola Sepak Selangor yang menjuarai Piala FA baru-baru ini dengan jumlah ganjaran lebih RM400,000 yang disumbangkan oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri kepada 26 pemain dan 11 pegawai pasukan. Tambahnya lagi hanya 11 pemain utama sahaja menerima ganjaran RM15,000. - M.SAHRULNIZAM M.ZAIN
Showing posts with label PIALA FA. Show all posts
Showing posts with label PIALA FA. Show all posts
KESEBELASAN SELANGOR TERIMA RM15,000.00 SETIAP SEORANG MENANG PIALA FA
Labels:
PIALA FA
Subscribe to:
Posts (Atom)


