Pray For MH370

Pray For MH370
Showing posts with label harga barang keperluan. Show all posts
Showing posts with label harga barang keperluan. Show all posts

BAHANG DAN BAHANA KENAIKAN HARGA MINYAK KIAN TERASA

Dalam satu majlis dialog anjuran "Selangor State Investment Centre Bhd" yang telah diadakan pada 1 hb Julai 2008, pihak pengusaha industri telah menyuarakan kebimbangan akan gulung tikar, paling tidakpun menanggung kerugian dengan kenaikan harga bahan api yang mendadak.


Peserta dialog antaranya ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor, Dataran Usahawan Selangor, Dewan Perniagaan India Malaysia Selangor, Perniagaan Industri Desa Cawangan Selangor, Malaysia Automative As
sociation, Persatuan Pengilang-Pengilang Telok Gong dan MIDA Selangor.

Pengusaha Industri Mula Rasai Kesan Kenaikan Harga Minyak



Noor Allia Kassim

Suara Selangor maju

SHAH ALAM, 1 Julai - Kenaikan harga minyak petrol yang berkuatkuasa 4 Jun lalu mula memberi kesan kepada pengusaha industri di negeri ini.

Pengusaha terbabit termasuk dari sektor kecil dan sederhana mendapati kenaikan itu juga menjejaskan perniagaan mereka.

"Mereka mula mendapati kejatuhan urusniaga walaupun mereka sudah menjangkakan, tetapi mereka juga khuatir jika keadaan ini berterusan mungkin ramai pengusaha dan peniaga terpaksa bukan saja menanggung kerugian tetapi mungkin tidak dapat beroperasi," kata Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan sesi dialog bersama pengusaha dan persatuan industri di Bilik Mesyuarat Kekwa, Bangunan SSAAS dekat sini petang tadi.

Turut serta antaranya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor, Dataran Usahawan Selangor, Dewan Perniagaan India Malaysia Selangor, Dewan Perniagaan Industri Desa Cawangan Selangor, Malaysia Automative Association, Persatuan Pengilang-Pengilang Telok Gong dan MIDA Selangor.

Antara rintihan yang dikemukakan pengusaha terbabit ialah semakin kurangnya pelanggan di restoran-restoran, semakin kurang orang membeli produk atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri menerima pandangan dan rintihan yang dikemukakan pengusaha itu dan akan turut menyampaikan perkara itu kepada kerajaan pusat.

Antara yang dicadangkan beliau ialah pengusaha terbabit membuat cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi di peringkat pusat bagi memastikan kenaikan harga minyak dibuat secara berperingkat.

Kerajaan negeri juga akan melihat jenis-jenis pertolongan yang sesuai bagi membantu pengusaha terbabit meneruskan perniagaan.

"Mereka ini berfikiran positif dan apa yang mereka mahukan ialah kerajaan Malaysia dapat bersama-sama mereka meningkatkan ekonomi," katanya.

Read More “BAHANG DAN BAHANA KENAIKAN HARGA MINYAK KIAN TERASA”  »»

SENARAI HARGA BARANG KEPERLUAN DI BANDAR UTAMA MALAYSIA 10/06/08-13/06/08

Di bawah adalah senarai harga barangan utama di bandar besar negara kita hasil kajian Berita Harian dan Utusan Malaysia dari 8hb Jun hingga 13hb Jun 2008. Yang pasti, kajian ini
menunjukkan bahawa harga barangan tertentu mulai naik mendadak impak dari kenaikan harga
petrol dan diesel. Inilah masanya para peniaga akan mengambil peluang menaikkan harga jualan
barangan mereka. Dan, inilah masanya majikan yang tidak bertanggung jawab akan mencari
alasan untuk memotong gaji atau membuang pekerja mereka. Atas nama "COST CUTTING", "DOWNSIZING", "AUSTERITY DRIVE" dan lain alasan, pekerja akan teraniya. Siapa yang memulakannya?



Harga sayur, ikan dan daging di bandar utama negara pada 8hb Jun 2008.

Harga barangan berupa ikan, sayur dan daging pada 10 dan 11hb Jun 2008.
harga barangan utama pada 12 dan 13hb Jun 2008.

U Tube memaparkan ramalan harga barang naik konsisten dengan BN=barang naik

Read More “SENARAI HARGA BARANG KEPERLUAN DI BANDAR UTAMA MALAYSIA 10/06/08-13/06/08”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com