Pray For MH370

Pray For MH370

PAS DIBERI MANDAT BERTANDING DI PRK BAGAN PINANG

Keputusan memberi mandat kepada PAS untuk meletakkan calon di Bagan Pinang dalam PRK dibuat dalam mesyuarat bersama PAS, PKR dan DAP.

PAS Negeri Sembilan dikatakan mempunyai empat nama untuk menjadi calon di sini iaitu
Zulkefli sendiri di samping bekas Pesuruhajaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob, Ketua Dewan Ulama negeri, Kassim Tahir dan bekas calon dalam pilihan raya lalu, Ramli Ismail. Ramli adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang.
Foto dari kiri Isa (Ketua Umno Bahagian), Ramli Ismail (YDP PAS), Husam (AJK PAS) dan Zulkefli (PJ PAS Negeri).

Bagan Pinang: Salahudin pengarah, Pakatan serah PAS pilih calon

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Selepas PAS melantik Naib Presidennya, Salahudin Ayub sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Telok Kemang, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pula memutuskan PAS akan bertanding di kerusi itu.


Keputusan melantik Salahudin dibuat oleh Lajnah Politik PAS yang bersidang di sini Isnin lepas. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Di Seremban, keputusan memberi mandat kepada PAS untuk meletakkan calon di situ dibuat dalam mesyuarat bersama PAS, PKR dan DAP.

Dalam sidang media bersama mereka, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohd Omar memaklumkan keputusan itu.

Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Ketua Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Pengerusi DAP negeri yang juga Anggota Parlimen Rasah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Loke Siew Fook.

Datuk Kamarul yang juga anggota Parlimen Telok Kemang berkata, PKR akan memberikan sokongan penuh kepada mana-mana calon yang dipilih oleh PAS.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Telok Kemang meminta agar calon PKR diletakkan dalam pilihan raya kecil itu.


Dalam pilihanraya umum tahun lepas, Azman Mohd Nor, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi 6,430 menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi. Majoriti kemenangan adalah 2,333.

Halangan besar calon Pakatan dalam pilihanraya ini adalah undi Pos yang melebibihi 5,000 orang atau kira-kira 30 peratus dari pengundi kawasan ini.

Sementara itu, PAS Negeri Sembilan dikatakan mempunyai empat nama untuk menjadi calon di sini.

Mereka adalah Zulkefli sendiri di samping bekas Pesuruhajaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob, Ketua Dewan Ulama negeri, Kassim Tahir dan bekas calon dalam pilihan raya lalu, Ramli Ismail. Ramli adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Telok Kemang.

Di pihak Barisan Nasional pula, nama bekas MB Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad disebut-sebut bakal menjadi calon.

Namun menurut satu sumber lain, bagi meringankan tekanan kepada calon yang mempunyai rekod tidak baik itu, nama anak beliau Mohd Najib disebut-sebut sebagai ganti.

Keputusan untuk menyerahkan kepada Umno Telok Kemang yang dipimpin Mohd Isa untuk membuat keputusan menamakan calon di situ dibuat oleh Datuk Seri Mohamad Hassan, MB Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Zul Sulong/harakahdaily

Read More “PAS DIBERI MANDAT BERTANDING DI PRK BAGAN PINANG”  »»

TARIAN PUNYA PASAL....

Malaysia mencuri tarian Pendet dari Bali : Iklan Tarian Pendet dibuat oleh Discovery Channel dan adalah merupakan kesalahan syarikat itu apabila tidak menyebut bahawa tari Pendet berasal dari Indonesia menurut Ketua Pengarah Asean Kementerian Luar Negeri Indonesia, Djauhari Oratmangun. Tarian Reog Ponorogo yang Malaysia pernah dituduh mengaku sebagai miliknya, beliau berkata sebenarnya tarian itu juga diperkenalkan dan ditarikan oleh orang Ponorogo yang sudah menetap di Malaysia selama tiga generasi.


Pemerintah Indonesia Perlu Perbetul Salah Persepsi, Kata Cendekiawan Indonesia


JAKARTA, 9 Sept (Bernama) -- Beberapa cendekiawan Indonesia tampil meminta pemerintah republik ini menjelaskan kedudukan sebenar kepada rakyatnya dan memperbetulkan persepsi yang salah terhadap Malaysia berkaitan berkembangnya budaya warisan bersama di negara itu.

Dekan Undang-undang Antarabangsa Universitas Indonesia Prof Dr Hikmahanto Juwana berkata telah wujud salah pemahaman mengenai penggunaan budaya Indonesia oleh Malaysia dan pemerintah harus menjelaskan kedudukan perkara yang sebenarnya.

Beliau berkata pemerintah harus menghentikan situasi yang boleh membangkitkan kebencian yang lebih mendalam masyarakat Indonesia terhadap Malaysia, dengan memberikan penjelasan yang benar.

Hikmahanto berkata penggunaan tarian Pendet dalam iklan promosi pelancongan Malaysia bukan merupakan tuntutan negara itu ke atas seni budaya Indonesia dan terbaru, promosi pelancongan di Pulau Jemur milik Indonesia juga bukan bermakna Malaysia menuntut hak milik pulau itu.

Banyak tanggapan yang timbul akibat salah persepsi itu, termasuk pegawai yang memberikan tanggapan yang salah sehingga mengakibatkan masyarakat membuat kesimpulan memang ada tuntutan Malaysia itu, katanya seperti dipetik agensi berita Antara hari ini.

Sehubungan itu, Hikmahanto berkata sudah tiba masanya untuk pemerintah Indonesia memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai salah persepsi itu.

Selain itu, katanya pemerintah juga perlu memberikan penjelasan kepada masyarakat supaya tidak mengambil tindakan sebelah pihak dan pemerintah sendiri jika bermasalah jangan sehingga mengakibatkan setiap warga dari kedua-dua negara bermusuhan.

Beliau mahu pemerintah Indonesia berbincang dengan kerajaan Malaysia mengenai pelbagai isu sensitif dan, "Tunjukkan dialog itu di depan rakyat Indonesia bahawa kedua-dua negara tengah berusaha menyelesaikan perbezaan pandangan."

Katanya dalam dialog antara negara, Indonesia harus mengajak Malaysia untuk mengehadkan masalah tanpa mempengaruhi masalah yang lain, misalnya jangan sampai kes penderaan terhadap seorang pembantu rumah mempengaruhi pelaburan Malaysia di Indonesia.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata di Kuala Lumpur semalam kerajaan dan rakyat Malaysia tidak akan bertindak balas walaupun bendera Malaysia dibakar dan Kedutaan Besar Malaysia dilempari telur busuk serta batu.

Sambil menegaskan bahawa Malaysia ingin terus menjalin hubungan baik dengan Indonesia sebagai negara jiran dan serumpun, beliau menjelaskan bahawa semua tuduhan terhadap Malaysia, yang menimbulkan kebencian rakyat Indonesia, adalah tidak benar.

Mungkin juga pendirian Malaysia yang disuarakan oleh Rais itu turut mengajak pakar antropologi dari Sekolah Tinggi Seni Indonesia (STSI) Padang Panjang, Sumatera Barat, Maulid Hariri Gani mengingatkan semua pihak supaya tidak membesar-besarkan masalah Indonesia dengan Malaysia.

Sambil menjelaskan beliau juga mempunyai keluarga di Malaysia, Maulid berkata sebagai negara serumpun daripada asas sejarah yang sama tentunya kedua-dua bangsa saling mengamalkan budaya yang merupakan warisan bersama dan tidak boleh dinafikan hak untuk mengamalkan budaya itu.

Memberi contoh rakyat Malaysia yang tidak terpengaruh isu-isu itu, beliau meminta rakyat Indonesia bersikap lebih dewasa dan tidak membiarkan diri mudah terpancing isu-isu yang sengaja ditimbulkan kerana ia mungkin agenda golongan tertentu.

"Sebab tidak tertutup kemungkinan kes hubungan Indonesia-Malaysia ini merupakan sebahagian daripada senario elit untuk menutupi kes-kes besar yang terjadi di peringkat nasional ketika ini," katanya, seperti dipetik Antara, tetapi tidak menyebutkan kes yang dimaksudkannya.

Sebelum ini, Gabenor Kepulauan Riau, Ismeth Abdullah juga meminta seluruh masyarakat Indonesia tidak emosional menghadapi tuduhan kononnya Malaysia menuntut kebudayaan tertentu milik Indonesia.

"Jangan emosional menghadapi permasalahan itu kerana belum tentu kerajaan Malaysia yang bersalah seperti dituduh," katanya, yang menganggap tuduhan Malaysia mencuri tarian Pendet dari Bali itu sebagai janggal.

Ismeth memberi amaran keras kepada masyarakat supaya tidak bertindak sesuka hati terhadap rakyat Malaysia yang masuk ke Kepulauan Riau, kerana perbuatan itu hanya akan menjejaskan hubungan baik yang sedia terjalin.

Sementara itu, Ketua Pengarah Asean Kementerian Luar Negeri Indonesia, Djauhari Oratmangun pula berkata sebahagian besar daripada jumlah penduduk di Malaysia yang pelbagai kaum itu berketurunan Indonesia dan mereka membawa budaya nenek moyang mereka ke sana dan mengamalkannya.

Memberi contoh tarian Reog Ponorogo yang Malaysia pernah dituduh mengaku sebagai miliknya, beliau berkata sebenarnya tarian itu juga diperkenalkan dan ditarikan oleh orang Ponorogo yang sudah menetap di sana selama tiga generasi.

Mengenai tarian Pendet pula, Djauhari berkata iklan itu dibuat oleh Discovery Channel dan adalah merupakan kesalahan syarikat itu apabila tidak menyebut bahawa tari Pendet berasal dari Indonesia.

Djauhari kesal dengan sikap media di Indonesia yang membesar-besarkan berita tidak benar yang menuduh Malaysia menuntut pemilikan beberapa tarian sehingga membakar emosi rakyat dan mempengaruhi mereka ke tahap untuk melakukan ganyang terhadap negara jiran itu.

Seperti dilaporkan Antara, beliau meminta media di Indonesia bersikap arif dan bijak dalam menulis serta mengulas berita kerana sebelum timbul sebarang isu dan tuduhan, berita seni dan budaya di Indonesia di media nasional sangat jarang dimuat atau diulas secara meluas.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Da'i Bachtiar mengaku merasa malu dengan sikap rakyat Indonesia jika dibandingkan dengan sikap kerajaan dan rakyat Malaysia dalam menangani pelbagai isu membabitkan dakwaan budaya memandangkan semua tuduhan itu tidak benar.

Mengenai ancaman 'menyapu bersih' rakyat Malaysia oleh kumpulan yang menggelar diri mereka 'Benteng Demokrasi Rakyat' di sini Selasa, jurucakap Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Andi Mallaranggeng mengeluarkan kenyataan mengingatkan kumpulan itu supaya tidak bertindak sesuka hati.

Beliau berkata jika ada pun kemarahan terhadap Malaysia, ia hendaklah disuarakan menerusi saluran yang betul dan tidak bertindak ke atas rakyat Malaysia di sini.

Seorang anggota Parlimen Indonesia yang sebelum ini dikenali sering mengeluarkan kenyataan keras terhadap Malaysia berkaitan tuduhan yang dilemparkan, hari ini dilaporkan memberi peringatan kepada kumpulan itu supaya tidak bertindak sesuka hati kerana di Malaysia sendiri terdapat berjuta rakyat Indonesia.

-- BERNAMA

Read More “TARIAN PUNYA PASAL....”  »»

HOW DO YOU RATE THIS REPORT

2,000 Selangor MB's Hari Raya greeting cards found dumped


Alyaa Alhadjr/sun2surfi

PETALING JAYA (Sept 09, 2009) : About 2,000 Hari Raya greeting cards bearing the picture of Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim were found dumped in an apartment block's guard house in Bandar Seri Damansara Cheras on Monday.

PC by officials from Selangor Menteri Besar's office on Selangor MB
Hari Raya greeting cards found dumped at an apartment's guardhouse
in Cheras.
Sin Chew Daily reported today that the MB's officials then complained to Pos Malaysia in a meeting on Tuesday.

The cards were part of some 7,000 cards sent out to voters on Sept 2 and an apartment resident reported to the MB's political secretary of the find.

In a press conference called by the MB's office after a meeting with Pos Malaysia representatives, they claimed the incident "is purely a delivery system technical problem and not politically motivated".

The representatives claimed that during the festive seasons, several locations were chosen as drop off points for letters to be delivered within an area and thus the letters could have been accidentally left in the location.

Sin Chew also reported that the postman on duty realised that the bags were missing but thought it had been distributed by his colleague.

A resident who claimed to have seen the incident tried to alert the postman but was reported to be ignored.

Pos Malaysia corporate head office, when contacted, declined comment saying "we are in the midst of investigating the case".

Read More “HOW DO YOU RATE THIS REPORT”  »»

KOS MENJALANKAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA TINGGI KERANA JENAYAH DAN POTENSI KEGANASAN

Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010

1. Keselamatan merupakan kebimbangan utama di Malaysia dengan rangkingnya jatuh 25 tangga ke kedudukan ke-85.

2. Rangking daya saing global Malaysia jatuh tiga takuk ke kedudukan ke-24

3. Potensi keganasan (berada di kedudukan ke-97) dan jenayah (kedudukan ke-95) kedua-duanya membawa kepada kos perniagaan yang ketara.


08 September, 2009 22:19 PM

Daya Saing Global Malaysia Jatuh Tiga Takuk

SINGAPURA, 8 Sept (Bernama) -- Rangking daya saing global Malaysia jatuh tiga takuk ke kedudukan ke-24, demikian menurut Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010 yang dikeluarkan Selasa.

Penurunan itu pada dasarnya adalah disebabkan penilaian rangka kerja institusinya yang lebih buruk, kata laporan itu, yang dikeluarkan menjelang mesyuarat tahunan New Champion 2009 WEF di Dalian, China.

Menurut laporan itu, setiap petunjuk dalam bahagian tersebut menunjukkan aliran menurun sejak 2007, menyebabkan Malaysia tergelincir daripada tempat ke-17 ke tempat ke-43 dalam dimensi ini hanya dalam masa dua tahun.

Switzerland menerajui keseluruhan rangking 133 ekonomi, dengan AS jatuh satu tangga ke tempat kedua dan Asia terus mempamerkan kedudukan kukuh dengan Singapura di tempat ketiga dan Jepun kelapan, manakala Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan semuanya berada dalam kedudukan 20 teratas.

Laporan itu juga menyatakan keselamatan merupakan kebimbangan utama di Malaysia dengan rangkingnya jatuh 25 tangga ke kedudukan ke-85.

Menurut komuniti perniagaan itu, potensi keganasan (berada di kedudukan ke-97) dan jenayah (kedudukan ke-95) kedua-duanya membawa kepada kos perniagaan yang ketara.

Turut menjadi kebimbangan ialah defisit bajet yang meningkat pada 2008, menyumbang hampir lima peratus kepada keluaran dalam negara kasar Malaysia.

Bagaimanapun, Malaysia memperoleh mata tinggi dalam kebanyakan dimensi lain terutamanya dalam faktor rantaian nilai, iaitu kecanggihan perniagaan (di tempat ke-24) dan inovasi (juga ditempat ke-24).

Menurut laporan itu, jangkaan tinggi bagi Malaysia, yang secara puratanya mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan tujuh peratus setahun antara 1990 dan 2000 dan lima peratus sejak itu.

Mencerminkan kejayaan ekonomi ini, Malaysia berada di kedudukan kukuh dalam rangking daya saing semenjak ia memasuki senarai pada 1994.

"Malahan, ia kekal Negara Tahap 2 (berasaskan kecekapan) paling kompetitif," kata laporan itu.

Bagi mengekalkan daya saingnya, Malaysia kini perlu bersedia untuk beralih kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.

-- BERNAMA


Pautan Berkaitan: Keselamatan meruncing bukti tindakan bantah KPN berasas

Read More “KOS MENJALANKAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA TINGGI KERANA JENAYAH DAN POTENSI KEGANASAN”  »»

TERTUDUH TIDAK MENGAKU BERSALAH

Seramai 12 orang didakwa menyertai perhimpunan haram di dakwa di bawah Akta Polis. Enam dari mereka turut didakwa di bawah Akta Hasutan. Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.

Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu.

Penduduk setuju Tapak Kuil Baru


SHAH ALAM, 9 Sept: Setelah dailog anjuran kerajaan negeri Selangor Sabtu lalu kecoh, mereka yang terbabit akhirnya akur dengan hasrat kerajaan negeri membina kuil untuk masyarakat minoriti India di negeri Pakatan Rakyat itu.

Jurucakapnya, Ramzi Hj. Ramli (gambar kiri ) dalam satu kenyataan di luar mahkamah menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima cadangan tapak kuil yang baru daripada kerajaan negeri dan mendapati ianya bersesuaian; kerana jauh dari tapak perumahan.

Beliau yang mewakili OKT terbabit, berharap masyarakat India tempatan juga boleh menerima cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu.

Menurut beliau, penduduk Seksyen 23 berjanji untuk membubarkan Jawatankuasa Bertindaknya, selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan tapak cadangan pembinaan kuil yang baru.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengenalpasti tapak baru kuil Hindu selepas tapak asal dibantah penduduk Seksyen 23.

Ia terletak di kawasan perindustrian dan 100 meter dari tapak yang dicadangkan sebelum ini.

Pagi tadi, 12 yang didakwa menyertai perhimpunan haram di dakwa di bawah Akta Polis.

Enam dari mereka turut didakwa di bawah Akta Hasutan. Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.

Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu

Namun, mereka tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Kesemua mereka dibebaskan dengan ikat jamin enam OKT dengan RM4000 seorang; bakinya ada yang dikenakan RM500 seorang dan RM300 seorang.

Perbicaraan kes akan dibuka semula pada 21 Oktober depan. Tinjauan harakahdaily kemudiannya, didapati Ketua Penaja Umno Seksyen 23 Hj. Azmir Md. Zain turut disenaraikan sebagai salah seorang OKT.

Sekaligus, hanya Ketua Pemuda Umno Selayang Sohaimi Shahadan sahaja yang tidak terdapat dalam senarai OKT.

Sebelum perbicaraan berlangsung, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah mendakwa terdapat pendakwaan terpilih dalam perbicaraan kes tersebut.

Dakwaan Sivarasa itu sebenarnya merujuk kepada Hj. Azmir dan Sohaimi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan OKT terbabit adalah Timbalan Pengerusi Angkatan Tindakan Mempertahankan Hak Orang Melayu (ATOM) Rahimuddin Md. Harun, Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PeWARIS), Setiausaha Gabungan NGO Malaysia Mohd Zurit Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Seksyen 23 Mahyuddin Manaf dan Timbalan Pengerusinya Ibrahim Sabri; dan Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23 Zainudin Md. Yusuff.

Dzulfikar Mashoor/harakhadaily

Read More “TERTUDUH TIDAK MENGAKU BERSALAH”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com