Kita bakal menyaksikan pertarungan antara kelompok ibubapa yang tidak percaya dengan sistem SEKOLAH KEBANGSAAN dengan pemerintah esok.
Ada beberapa jenis kelompok ibubapa di Malaysia yang diperuntukkan oleh perlembagaan kebebasan untuk menghantarkan anak mereka ke mana-mana jenis sekolah yang mereka pilih. Sekolah itu juga berhak mendapat bantuan kewangan daripada pemerintah. Ibubapa mahu teliti tentang jenis persekolahan yang akan mencorakkan anak kesayangan mereka. Lebih-lebih lagi diperingkat DASAR yakni sekolah rendah.
Apabila orang India memilih untuk tidak menghantar anak ke SK tetapi memeilih untuk menghantar anak mereka ke SJKT, kerajaan UMNO-BN memperuntukkan RM100juta. Kita setuju. Itu hak kaum India yang mahu memelihara bahasa ibunda, budaya dan adat resamnya.
Kita saksikan pula ibubapa Tionghua yang tidak mahu memilih SK(Sekolah kebangsaan), menghantar anak ke SJKC, kerajaan UMNO-BN beri RM100juta. Kita hormati pilihan kelompok ibubapa ini.Mereka mahu mengekal bahasa, budaya dan cara orang Tionghua. Apabila sesetengah orang Melayu, cina dan India tidak mahu menghantar anak mereka ke SK, SJKT, SJKC tetapi memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah MUBALLIGH, kerajaan UMNO-BN setkan RM100juta. kita faham walaupun mereka riuh rendah tentang DUMC.
Yang pelik dan aneh, apabila ada golongan ibubapa yang juga tidak percaya kepada sistem SK, dan tidak mahu pula SJKC, SJKT dan muballigh. Mereka mahu satu sistem yang holistik, lengkap yang mempunyai framework akhirat-centric yakni sekolah agama rakyat(SAR) ........mereka ini tidak diperuntukkan langsung oleh UMNO-BN. Walhal, golongan ini juga berhak menuntut jenis persekolahan yang mereka yakini adalah terbaik untuk anak mereka.Mereka mahu anak mereka belajar ilmu dunia dan akhirat di tempat yang sama, iklim dibentuk agar biah solehah terpelihara dan anak mereka lebih terjamin masa akhirat daripada jenis persekolahan yang ditawarkan oleh sistem sedia ada.
Adakah kerajaan UMNO-BN meletak tinggi nilai SK, SJKC, SJKT, Muballigh dan nilai SAR(sekolah agama rakyat) TIADA NILAI di sisi kerajaan UMNO-BN??!!
Read More “SAR: terbelakah sistem ini oleh rejim pemerintah BN?” »»
Rahsia BN kekal berkuasa lama: Projek IC Mahathir
Surirumah akui dapat warganegara dalam 'Projek Mahathir'
![]() |
3:43PM Okt 8 2012 |
Surirumah berkenaan, Fawziah Abdul, 50, dalam laporan agensi berita Reuters itu berkata beliau juga ingin menyampaikan penghargaannnya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peluang itu.
"Saya merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir... Saya diberitahu supaya pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang," kata Fawziah dalam laporan itu.
Fawziah juga menunjukkan kad pengenalan yang menyatakan beliau sebagai seorang warga yang dilahirkan di Sabah, menurut laporan itu lagi.
Beliau seterusnya menjelaskan bahawa "Projek Mahathir" itu merupakan "rancangan sulit" yang dikatakan telah diluluskan Mahathir.
Projek berkenaan, menurut Reuters, membantu memacu peningkatan populasi Sabah kepada lima kali ganda sejak 1970 dan menjadikan negeri itu sebagai simpanan tetap untuk undi kepada BN.
Laporan itu juga memetik kenyataan seorang pengkaji politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah yang berkata, kekecewaan masyarakat minoriti di negeri itu boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya meraih sehingga 10 daripada 25 kerusi parlimen. Read More “Rahsia BN kekal berkuasa lama: Projek IC Mahathir” »»
ADUN SELAT KLANG di PESTA TANGLUNG
DUN SELAT KLANG
7/10/12
ADUN SELAT KLANG merangkap EXCO KERAJAAN SELANGOR, YB Dr Hjh Halimah Ali sudah biasa main tanglung.
Tahun ini adalah kali kedua pesta tanglung diadakan di padang Telok Pulai Klang anjuran Persatuan Penduduk Telok Pulai yang dipengerusi oleh Mr Loo Hock Chai.
Program bermula dengan sedikit ucapan.
Kemudian tanglung mula dinyalakan. ADUN Selat Klang dan ADUN Kota Alam Shah disambut dengan tarian singa.
Kemudian perarakan membawa tanglung diketuai oleh para VIP dan disertai oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Dihadapan kumpulan tarian singa. Perarakan berjalan mengelilingi taman telah berjaya menarik perhatian penduduk disekeliling yang menjengah keluar rumah dan turut terhibur dengan tarian singa dan orang ramai berarak membawa tanglung.
Ada juga yang masih ikut berarak walaupoun api tanglung sudah padam!
Tidak sukar mewujudkan perpaduan asal hati bersih dan mampu hormat menghormati antara satu sama lain.
Ahli Majlis Perbandaran Klang yang juga merupakan Naib Pengerusi Dewan Penyokong PAS Selangor, Mr Song Soon Guan juga turut hadir bersama PA ADUN Selat Klang.
Read More “ADUN SELAT KLANG di PESTA TANGLUNG” »»
Labels:
PAS for All
ADUN Selat Klang ziarah bakal haji
Kpg Sg Udang
Walaupun mengidap gout dan selalu bengkak kaki kalau banyak berjalan, beliau terlalu teruja dapat panggilan menjadi tetamu Allah. Nekad bersama isterinya akan melangkah ke tanah suci jua.
Bertolak 18.10.12 katanya. PA ADUN Selat Klang telah lama menunggu dengan rombongan yang setia menunggu mahu meraikan bakal haji. Tn Hj Kamaluddin seorang yang penyabar dan pandai mengambil hati kawan mahupun lawan.
ADUN Selat Klang berasa amat bertuah mendapat seorang PA yg cekap dan bersopan seperti Hj Kamaluddin. Banyak membantu menyelesaikan masalah rakyat.Mententeramkan yang gundah, menenangkan yang berkecamuk dan redha atas tindak tanduk klien yang kurang sabar dan sopan.
Muslimin dan Muslimat PAS bersama-sama menyertai rombongan ziarah bakal haji.Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran setimpal dengan amal soleh yang dilakukan Read More “ADUN Selat Klang ziarah bakal haji” »»

labaikallahhumma labaik
JPrK PARLIMEN BALING LAWAT SELANGOR
SHAH ALAM
YB Ahli Parlimen Baling berbesar hati membawa rombongan dari kawasan Baling untuk melawat Selangor untuk melihat perkembangan Selangor dengan mata kepala sendiri.
Mantan Imam Besar Masjid Negara ini, Ustaz Dato Taib Azamudden bersama keluarga dan aktivis di kawasan Parlimennya merangkumi pemuda dan Muslimat serta jentera.
Mereka menginap di Shah Alam dan dibawa ke Parlimen, Malaysia, Dewan Negeri Selangor kemudian ke Perbadanan Perpustakaan Selangor yang semakin masyhur kerana berteknologi tinggi dan sangat mesra pengguna.
YB EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangnan Modal Insan kerajaan Selangor memberi taklimat mengenai pencapaian kerajaan pakatan rakyat Selangor. YB Dr Hjh Halimah Ali juga turut membentangkan segala program, aktiviti dan perancangan untuk mencapai matlamat Selangor untuk mencapai negeri idaman, maju , sejahter dan berkebajikan atau baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.
Kemudian di sebelah petang mereka di bawa ke kampung tradisi Melayu yang dipilih untuk menjadi pilot projek mini baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur yakni Kampung Delek. Mereka singgah melihat projek kecil MINI Quranic botanical garden di SRA Kpg Delek.
Read More “JPrK PARLIMEN BALING LAWAT SELANGOR” »»

Subscribe to:
Posts (Atom)