Pray For MH370

Pray For MH370

LI TA'ARAFU


Read More “LI TA'ARAFU”  »»

KEPELBAGAIAN KAUM MEMPUNYAI PELBAGAI BUDAYA, BAHASA, NILAI DAN KEPERCAYAAN


Read More “KEPELBAGAIAN KAUM MEMPUNYAI PELBAGAI BUDAYA, BAHASA, NILAI DAN KEPERCAYAAN”  »»

ISU KOSTUM CINA KEBUDAYAAN ATAU KEAGAMAAN?!

 Bismillah
Semalam gempita dalam media tentang SU BPPNS dikecam memakai kostum tradisi orang Tionghua sempena sambutan tahun baru Cina di kawasan DUNnya. Beliau dikatakan menyarungkan pakaian 'dewa kekayaan' kepercayaan orang Tionghua. ADUN Paya Jaras telah mohon maaf dan menjelaskan bahawa beliau diberitahu kostum itu adalah kostum Maharaja Cina( Sam Fu) zaman dahulu. Tidak ada kaitan dengan keagamaan. Budaya semata-mata. Malangnya keterlanjuran beliau melayankan kehendak penganjur telah mengundang serangan politik baginya dan juga PAS.

Justeru,  PAS Selangor memandang serius keperluan mengenali dengan tepat batas batas yang boleh dimasuki oleh pimpinan dan YBnya dalam proses berdakwah dan siyasah dengan golongan bukan Islam.  Lajnah Perpaduan Nasional PAS Selangor akan bersama duduk semeja bersama Dewan Ulamak PAS Selangor untuk berbincang perancangan pelan mengenali fakta mengenai budaya dan agama serta nilai  golongan utama dalam negeri Selangor seperti yang diarahkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor. PAS MUST SEEK TO UNDERSTAND.

PAS sebagai parti yang mahu memimpin pelbagai kaum dan bangsa dan usaha rancak memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS SUDAH TENTU MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB untuk faham ciri-ciri setiap golongan mad'u yang pelbagai bangsa, budaya dan agama seperti yang dituntut oleh Allah swt sebagai pencipta kepelbagaian tersebut untuk li ta'arafu dalam surah al Hujurat ayat 13. Mungkin PAS perlu mengakui ia belum memahami secara mendalam ciri-ciri tersebut. Maka, sudah tiba masanya, PAS sebagai parti yang mendasari Islam memfokus usaha ke arah itu. Walaupun sedikit terlewat memandang PAS sudah berumur 60 tahun, tetapi dengan keikhlasan mahu memimpin masyarakat majmuk agar membangun negeri dan negara ke arah kemakmuran dan keharmonian serta keberkatan PAS PERLU mengorak langkah ke arah  memaksimakan aktiviti kemasyarakatan dan dialog di semua peringkat. PAS MESTI INKLUSIF. PAS mesti berada di atas landasan prinsip yang benar tetapi mempunyai HIKMAH dalam uslub yang mampu menerobos hati nurani sasarannya.
PAS kata ISLAM sesuai untuk semua. Dan oleh kerana PAS mendasari ISLAM, maka sudah tentu PAS juga sesuai untuk semua.
Tapi adakah orang bukan Islam kenal PAS sedemikian?! Pelikkah orang bukan Islam yang tidak kenal PAS menolak PAS? Adakah salah mereka atau salah PAS yang tidak mendekati dan menyampaikan mesej PAS kepada mereka? Kalau PAS pun masih kurang jelas tentang agama orang bukan Islam walaupun sudah dipersada politik tanah air sekelian lama....
Maka tidak ada alasan lagi bagi semua pejuang PAS, ayuh jom bersama berjuang menghayati ayat 13 surah Hujurat.
Mari tebarkan rahmat untuk semua..

YB DR HJH HALIMAH ALI
Pengerusi
Lajnah Perpaduan Nasional
(National Solidarity Bureau)
PAS Selangor
9 Februari 2016

Read More “ISU KOSTUM CINA KEBUDAYAAN ATAU KEAGAMAAN?!”  »»

PENDUDUK PULAU KETAM, BAGAN SG LIMA MULA SIBUK BALIK KAMPUNG UNTUK TAHUN BARU CINA

Read More “PENDUDUK PULAU KETAM, BAGAN SG LIMA MULA SIBUK BALIK KAMPUNG UNTUK TAHUN BARU CINA”  »»

XIN NIAN KUAI LE: SELAMAT TAHUN BARU CINA 2016

 Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana  Islam ini sesuai untuk semua bangsa, semua kaum yang pelbagai latar belakang dan mempunyai budaya serta bahasa tersendiri. Kepelbagaian ini juga adalah ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana.
Kita disuruh oleh Allah swt mengenali pelbagai bangsa dan kaum, serta bahasa dan budaya dengan dekat untuk memahami kehebatan kuasa Allah Sang Pencipta segala-galanya. Ini direkodkan dalam surah al Hujurat ayat 13.
Islam mengajar ummatnya li ta'arafu. Keluar dari kepompong sendiri, mencari, mendekati, menghormati, menerima dan menyantuni semua bangsa semua kaum , bahkan semua agama. Islam menyediakan ruang untuk perbezaan. Islam menghormati sekiranya tidak yakin dengan ajarannya.....ada ruang(space).Itulah cantiknya Islam. ISLAM FOR ALL.
Inilah sandaran slogan yang diambil oleh PAS lebih sedekad untuk dakwah dan siyasah. PAS FOR ALL. Tiada agenda tersembunyi. Kerana sudah ada ruang untuk semua kelompok.
Masalahnya sang da'ie yang kurang mengerti uslub terbaik untuk menebarkan 'rahmatal lil 'alamin'. Bukan bermaksud berkompromi tentang prinsip tetapi pendekatan terbaik untuk menyirami kemanisan Islam kepada semua ummat manusia. Islam yang sebagai solusi bukan gambaran Islam sempit serba kolusi.
Islamofobia tercetus oleh ummatnya sendiri yang kurang mengerti dan memaparkan imej buruk, seolah kejam, sempit, kolot, eksklusif , hina dina, papa kedana, melarat dan kaum yang sentiasa perlu bergantung kepada orang lain.
Cukuplah sudah kita di kepompong lama. Mari kita jadi rama-rama yang indah terbang mempaparkan kecantikan Islam yang tulen, Islam sebagai cara hidup atau ad Diin.
Kepada semua kaum Tionghua, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2016.
Happy and Prosperous Chinese New Year.

All the best in your undertakings.
May God guide you to the right Path and bring you good tidings.
If you have Allah, you have it all!!

Read More “XIN NIAN KUAI LE: SELAMAT TAHUN BARU CINA 2016”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com