Pray For MH370

Pray For MH370

JAMILISA AGEN GERAK KHAS UMNO DALAM PERANG SARAF TERHADAP PAS BERJAYA GUNA DR HALIMAH SEBAGAI ISU GERAK SARAF

Kegawatan dan masalah yang menimpa UMNO khususnya dan BN amnya seperti politik wang, pemimpin keluar parti , kekalahan dalam dua pilihanraya kecil berturut-turut dan lain-lain lagi perlu ditangani segera oleh "think tank " UMNO khususnya.

Ada yang mengatakan bubar sahaja sayap yang terdapat dalam UMNO iaitu Puteri dan Putera UMNO. Ada pula yang mencadangkan UMNO perlu "repositioning" bukan "rebranding". Kita tanya PAS, PKR dan DAP, mereka sebulat suara bersetuju UMNO dibubarkan.

Walau apapun, satu percubaan yang bagus telah dilaksanakan oleh anggota gerak khas UMNO melalui Brigade Commander Jamilisa yang telah mula menceburi bidang gerak saraf sejak 01 Julai 2001 berpengkalan di Shah Alam Selangor.

Jamilisa telah memulakan thread dalam Gerbang Tempur Politik Maya Kmu Dot Net dengan isu saya telah ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabohan Klang. Malang sekali Jamilisa kehilangan sentuhan penyudah sama ada telah terlepas pandang atau terburu-buru dalam meng"execute"kan tugasan dan projeknya apabila beliau tidak membuat kerja "groundwork" atau "homework" seperti pengumpulan maklumat yang tepat tentang aktiviti sasaran, alibi dan sebagainya.

Pasukan gerak khas UMNO fikir apabila telah berjaya membawa dan membakar isu khinzir, pelajar UiTM, Isu azan yang dikaitkan dengan Yb Teresa Kok dan isu lembu derma Eidul Adha, maka isu tangkap basah atau khalwat kepada diri saya lagi "kacang"dan saya akan "kantoi". Takbir dan Tahmid saya panjatkan ke hadhrat Ilahi yang telah memelihara jemaah PAS dari tercemar dan dibusukkan oleh dakyah UMNO.

Namun, telah berlaku sedikit sebanyak "damage" kepada peribadi saya dari satu sudut. Sebelum thread di"lock", seramai 1045 orang pengunjung telah membaca perihal diri saya dan terdapat 21 respons dari forumer yang pelbagai.

Setelah saya membuat laporan polis barulah pihak admin bergelar oVermars "DELETE" thread dan FORUM. Sebelum ini oVermars hanya "LOCK" forum supaya tiada lagi komen berkenaan seraya mengatakan "kalau ada berita baru dalam akhbar baru buka balik forum".

Isunya sekarang, UMNO melalui media internet telah menjalankan perang saraf ke atas PAS, Pakatan Rakyat dan pemimpin mereka bertujuan menjatuhkan imej pemimpin Pakatan Rakyat, aktivis Pakatan Rakyat sekaligus mewujudkan kesangsian, keraguan dan kehilangan kepercayaan rakyat (pengundi) kepada keupayaan Pakatan Rakyat memerintah lima negeri di Malaysia dengan jayanya sekaligus melumpuhkan Pakatan Rakyat.

Kenapa saya menjadi mangsa sasaran gerak saraf UMNO / BN? Persoalan itu biar anda sendiri menjawabnya. Selamat mencuba aktiviti gerak saraf.

Kenapa saya bercadang untuk menyaman pemilik, pengendali dan mereka yang terlibat dengan mykmu dot net?

Seorang pengunjung blogspot saya ini telah menjawabnya:

Anonymous pendukung islam said...

macam mana la mereka boleh mengatakan cukup dgn minta maaf apabila menfitnah....sebab tu golongan2 ini suka menfitnah...bukan dr halimah ja, dari dulu sampai sekarang x habis2 diorang menfitnah...cuma apabila dihukumkan seperti dlm surah an-nur baru puak2 ni akan berhenti fitnah..tp x dihukumkan...sebab tu kekuatan mereka hanyalah fitnah semata..ana yakin yg baca ni tahu siapa 'mereka' tu...Allah bersama orang2 yg teraniaya...Allahuakbar...

Anonymous pendukung islam said...

diorang x pernah fikir yg bezanya menfitnah seorang wanita atau lelaki...kedua-duanya dosa besar..tp kesan terhadap wanita jauh lebih besar..terutama fitnah zina..terang2 Allah berfirman dalam surah an-nur tu sekali dgn hukumnya..tp diorang x pernah nak mengamalkan isi alquran..astaghfirullah..ana harap dr halimah tabah dan tenang ya...
ana cdgkan walaupun hukuman saman x dikenakan, tp kenekan hukuman yg dinyatakan Allah dlm alQquran itu..jika depa benar2 mengatakan "DEMI ISLAM".

Saudara-saudara admin mykmu dot net yang budiman, terutama saudara Solaris, saya tak berasa kecil hati atau terguris jika saudara tulis seperti di bawah pada hari Jumaat 30/01/09, tetapi jangan tuduh saya berzina tanpa ada empat orang saksi.

Comments :

3 comments to “JAMILISA AGEN GERAK KHAS UMNO DALAM PERANG SARAF TERHADAP PAS BERJAYA GUNA DR HALIMAH SEBAGAI ISU GERAK SARAF”
lan said...
on 

Salam YB, insyaAllah tindakan menyaman tu untuk memberi pengajaran yang kuat pada puak2 yg tak jemu jemu nak buat kerja fitnah berat ni! demi maruah YB, keluarga dan Islam, tindakan menyaman itu saya fikir wajar sekali.. bukan sekali 2 kita diperlekeh oleh puak2 ini..

Semoga Allah pelihara kita semua dari fitan yang pelbagai

mohd ali ismail said...
on 

YB,
Orang yang suka fitnah orang lain tu tak ada ajaran ugama namanya.Yang memfitnah YB tu bangsa apa agagnya ya? Ambil tindakan undang2 terhadap memfitnah tu memang bolih YB, tapi, kan Institusi Kehakiman negara ini selalunya nampak macam tak telus aje.Saya perhatikan orang yang tak salah dihukum dan di penjarakan.Orang yang kita angap salah bebas.Saya takut YB habiskan duit dan masa aje nanti.Tapi tak cuba tak tahu!

Anonymous said...
on 

Saman jangan tak saman!

Nilai saman berapa? RM30 juta? RM40juta? Cukup ke?

Siapa respondennya dalam saman tu? hehehe

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com