Timbalan Pengerusi Penerangan UMNO Terengganu, Che Azmi Abdul Rahman telah mengingatkan kita semua ( maksud ayat Al Quran: manusia mudah lupa dan lalai; tergesa-gesa; mudah putus asa; perlu peringatan). Semoga menjadi pengajaran untuk semua.
Pemimpin UMNO perlu undur jika tidak mampu
Pemimpin UMNO yang tidak mampu menghayati diri sebagai pemimpin sebenar perlu mengundur diri supaya tidak menjadi bebanan kepada parti.
Timbalan Pengerusi Penerangan UMNO Terengganu, Che Azmi Abdul Rahman berkata, sekiranya seseorang pemimpin itu merasakan mereka tidak mampu memberi khidmat yang baik kepada rakyat, tempat mereka perlu diisi oleh mereka yang berhak.
“Pemimpin UMNO di setiap peringkat perlu memahami istilah kepimpinan, tanya diri sendiri sama ada mereka adalah pemimpin ataupun tidak. Kalau sebaliknya, mereka diminta mengundur diri dan perlu memberi ruang kepada orang lain,” katanya.
Menurut Che Azmi, bagi memastikan UMNO lebih disegani, pemimpin perlu menjadikan diri mereka sebagai pemimpin mithali dengan memenangkan hati rakyat melalui sentuhan peribadi.
Menurutnya, sentuhan peribadi yang dimaksudkannya adalah melalui kecaknaan, kemesraan dan keprihatinan terhadap masalah rakyat setempat selain keikhlasan untuk menyelesaikan masalah mereka dengan baik.
“Apabila jadi wakil rakyat, kita kena kenal pastimasalah rakyat bukanlah empat tahun sekali, tetapi sentiasa mengambil tahu sepanjang masa dan tahu menyelesaikan masalah mereka dengan segera.
“Namun, jangan sesekali menunjukkan muka tidak ikhlas dalam menyelesaikan masalah tersebut kerana ada segelintir pemimpin ‘masam catung’ bila ada rakyat mengadu nasib,” katanya.
Mengulas berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau turut bersetuju pemimpin tidak mesra rakyat menjadi punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil, Sabtu lalu.
Menurut beliau, pilihan raya kecil itu adalah sebagai satu pengajaran supaya setiap pemimpin di pelbagai peringkat bermuhasabah diri bagi melakukan perubahan lebih baik.
“Apabila sebut wakil rakyat, mereka adalah pemimpin dan kalau mahu dihormati, mereka kena mesra rakyat kerana kadang-kadang punca merosot adalah kerana rakyat tidak hormat pada wakil rakyat dan calon,” katanya.
Selain itu, beliau turut menasihatkan pemimpin UMNO cawangan serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya tidak sesekali sombong atau tidak mempedulikan rakyat setempat kerana sikap mereka mencerminkan imej parti.
Menurutnya, kelakuan dan keprihatinan mereka memberi kesan kepada akar umbi sama ada untuk memberi sokongan atau tidak kepada parti kerajaan.
“Demi untuk memperkasa UMNO dan BN, pemimpin yang ada perlu bermuhasabah diri supaya perjuangan parti diteruskan dengan cara sewajarnya,” katanya.
Sumber di SINI
PERINGATAN KEPADA SEMUA YANG LUPA
Labels:
Ahli PAS,
kempen jom sertai PAS,
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment