Pray For MH370

Pray For MH370

IBRAHIM ALI MINAT SERTAI SEMULA UMNO MANAKALA PEMUDA UMNO KELANTAN MENGINGATKAN

Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Paduka Ibrahim Ali yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menolak kemungkinan menyertai semula Umno.

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas Ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak "pisang berbuat dua kali".

Ibrahim yang menjadi anggota Umno pada 1981 dilucutkan keahlian pada 2004 kerana bertanding pada pilihan raya umum 2004 atas tiket bebas, berkata beliau tidak pernah menjadi anggota PAS.

*Ibrahim Ali Timbang Sertai Semula Umno
*Buat Penilaian Sebelum Terima Semula Ibrahim

Ibrahim Ali Timbang Sertai Semula Umno

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Paduka Ibrahim Ali tidak menolak kemungkinan menyertai semula Umno jika perubahan yang dituntut oleh pucuk pimpinan parti itu berjaya diterjemahkan untuk membela serta melindungi nasib kaum Melayu dan Peribumi.

"Kalau Umno berubah dengan apa yang dituntut Presiden (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) dan Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) itu berjaya diterjemahkan, mesti saya minat untuk bersama Umno, tapi bukan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari Jumaat.

Ibrahim yang juga anggota Parlimen Bebas dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengakui mempunyai dua sebab mengapa beliau kini lebih cenderung kepada Umno.

"Sebab pertama...peralihan pucuk pimpinan kepada Datuk Seri Najib manakala yang kedua sebab kesungguhan parti itu menjaga kepentingan orang Melayu," katanya.

Ibrahim yang menjadi anggota Umno pada 1981 dilucutkan keahlian pada 2004 kerana bertanding pada pilihan raya umum 2004 atas tiket bebas, berkata beliau tidak pernah menjadi anggota PAS.

Sebelum ini Pas mula sangsi dengan pendirian Ibrahim apabila 'Perang mulut' tercetus di antara beliau dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas lanjut mengenai kecenderungannya kepada Umno sekarang, beliau berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sokongannya kepada parti itu kerana Umno kini sedang melalui proses pemulihan.

"Umno sekarang macam orang sakit tapi yang bagusnya ubatnya sudah dikenal pasti, tapi kalau ubat itu tak dimakan atau tak dimakan mengikut aturan, tunggu masa nak mati sajalah," katanya.

Beliau yang mengikuti Perhimpunan Agung Umno sejak Selasa lepas menerusi siaran di televisyen, berkata pindaan perlembagaan parti itu adalah suatu langkah berani.

"Umno sepatutnya buat pindaan perlembagaan dulu lagi..." katanya.

-- BERNAMA


Buat Penilaian Sebelum Terima Semula Ibrahim


KUALA KRAI, 18 Okt (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas Ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak "pisang berbuat dua kali".

Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin berkata apa yang dialami oleh parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila Anggota Parlimen Pasir Mas itu sanggup menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 2005.

"Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya kecil lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang PAS," katanya ketika diminta mengulas kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula masuk sebagai ahli Umno.

Bazlan berkata, Ibrahim kini diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh Pas kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu.

Sehubungan itu beliau meminta cadangan itu diabaikan dulu sebaliknya mengajak semua pihak memberi tumpuan dalam membangunkan semula Umno.

"Saya percaya BN sudah diterima oleh masyarakat dan peluang untuk BN menang pada pilihan raya akan datang amat cerah," katanya.

Bernama

Comments :

0 comments to “IBRAHIM ALI MINAT SERTAI SEMULA UMNO MANAKALA PEMUDA UMNO KELANTAN MENGINGATKAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com