Pray For MH370

Pray For MH370

AIR BERSIH DI PADANG MELALUI TELAGA TIUB OLEH YAYASAN AMAL

Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) telah menghantar beberapa sukarelawan melalui misi kemanusiaan mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. AMAL Malaysia telah beroperasi di Bandar Periaman, Kota Padang. Beberapa team telah di hantar ke sana termasuk Team Medikal (Pemeriksaan Kesihatan) & Team Teknikal (Water Tube Well).


Yayasan Amal bina 14 telaga tiub untuk mangsa gempa


PADANG, Sumatera Barat, 20 Okt: Yayasan Amal Malaysia berjaya menyumbangkan 14 telaga air bawah tanah kepada mangsa gempa bumi di Kampung Lubuk Pandan, Pariaman kira-kira 40 km dari Padang.

Kesemua telaga tiub dengan pam itu dipasang oleh pasukan kedua Yayasan Amal yang pulang ke tanah air semalam.

Sumbangan ini sangat bermakna bagi penduduk di situ kerana sumber air mereka kini hanya sungai sahaja sedangkan ia telah banyak tercemar ekoran gempa bumi baru-baru ini.

Yayasan Amal telah menghantar pasukan pertama yang terdiri dari pasukan perubatan sebaik sahaja gempa berlaku.

Pasukan kedua yang terdiri dari 14 anggota ini adalah pasukan teknikal yang mahir dengan pembinaan telaga tiub untuk membolehkan penduduk yang sedang trauma ini mendapat bekalan air bersih.

Mereka berlepas ke Padang melalui KLIA pada 15 Oktober lalu dengan membawa wang tunai dan membeli segala keperluan membuat telaga ini di Padang.

Antaranya motor penyedut air, hos besar, paip dan sebagainya.

Untuk membeli motor sahaja, mereka telah belanjakan RM4 juta Rupiah.

Motor dan paip itu kemudiannya mereka pasang di kawasan-kawasan strategik penduduk yang dilanda gempa itu.

Masjid, sekolah, rumah, kedai semuanya runtuh. Sebahgian kawasan sudah menjadi padang jarak padang tekukur akibat gempa itu.

Pasukan Yayasan Amal ini memberikan fokus kepada kerja-kerja menyiapkan telaga tiub ini sahaja. Mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dengan bantuan aktivis Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di sana.

Pasukan ketiga dijangka akan bertolak beberapa hari lagi. Mereka terdiri dari pasukan perubatan sebagaimana pasukan pertama. Antaranya turut membawa sumbangan yang diberikan pembaca Harakahdaily.

Selain bantuan orang ramai, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM500,000 untuk membantu mangsa gempa di Padang.

Ketika di sana, wakil Harakahdaily turut bertemu dengan kain rentang yang menandakan kehadiran wakil mereka di samping petugas yang dihantar kerajaan negeri Selangor untuk membantu mangsa gempa.

Harakahdaily



Misi Kemanusiaan ke Padang akan di teruskan oleh Yayasan Amal Malaysia


13 Okt 2009, K.Lumpur (AMAL) - Bencana yang menimpa Kota Padang baru-baru ini meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat di sana. Ramai lagi mangsa yang memerlukan bantuan kemanusiaan dari negara-negara luar. Oleh itu, hasil pemerhatian dari beberapa misi kemanusiaan yang di lakukan oleh Yayasan Amal Malaysia (AMAL), maka bantuan akan cuba di salurkan secara berterusan sehingga suatu tahap yang stabil di sana. Pihak AMAL telah mengatur beberapa jadual Misi Kemanusiaan ke Padang iaitu pada 15-19 Oktober yang terdiri dari Team Teknikal (Water Supply Tube Well), 22-27 Okt terdiri dari Team Medik serta Team Teknikal dan seterusnya.

Selanjutnya di SINI

Comments :

0 comments to “AIR BERSIH DI PADANG MELALUI TELAGA TIUB OLEH YAYASAN AMAL”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com