Pray For MH370

Pray For MH370

KES DUN PERAK: HAKIM LAU TOLAK BANTAHAN PEJABAT PEGUAM NEGARA & SIVAKUMAR ADA HAK CABAR SPR (DWIBAHASA)

Hakim Lau Bee Lan membuatkan keputusan dalam kamar selepas menolak bantahan awal Pejabat Peguam Negara bahawa pemohon itu tidak mempunyai 'locus standi' atau hak undang-undang untuk mencabar keputusan SPR. Syabas Yang Arif Hakim Lau Bee Lan.

Sivakumar, Enam Lain Dapat Kebenaran Untuk Cabar Keputusan SPR



KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bekas Speaker Perak V. Sivakumar dan enam lagi diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Sivakumar, ADUN pembangkang Chen Fook Chye, Tai Singh Ng dan A. Sivanesan serta tiga pengundi Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai dari Jelapang diberi kebenaran untuk mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR itu.

Sebelum ini, SPR mengambil keputusan untuk tidak mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang berikutan wakil rakyat kerusi berkenaan menjadi ADUN bebas.

Hakim Lau Bee Lan membuatkan keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Pejabat Peguam Negara bahawa pemohon itu tidak mempunyai 'locus standi' atau hak undang-undang untuk mencabar keputusan SPR.

Sebaliknya, hakim itu memerintahkan bahawa Sivakumar dan enam lagi mempunyai 'locus standi' untuk berbuat demkian (mencabar keputusan SPR).

Berikutan keputusan hari ini, peguam pemohon, Ranjit Singh, berkata mereka akan memfailkan permohonan semakan kehakiman di mana mahkamah akan menentukan tarikh untuk mendengar perkara itu.

Hakim Lau juga tidak menerima hujahan Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lepas bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya.

Pemohon berkanaan mengemukakan saman terhadap SPR dan wakil rakyat, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Jamaluddin dan Osman memenangi kerusi DUN atas tiket Parti Keadlian akyat (PKR) dan Hee atas tiket DAP pada pilihan raya umum tahun lepas.

Kemudian mereka meninggalkan parti masing-masing dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN), sehingga mendorong kejatuhan kerajaan negeri pakatan pembangkang PAS-PKR-DAP pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS sebagai menteri besar.

Pada 3 Feb lepas, Sivakumar memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan tiga kerusi itu selepas dikatakan menerima surat peletakan jawatan dari Jamaluddin dan Osman pada 1 Feb manakala Hee pada 3 Feb lalu.

Bagaimanapun, SPR sangsi dengan surat peletakan jawatan itu dan tidak mengadakan pilihan raya kecil di kawasan masing-masing.

Dalam permohonan meminta kebenaran, yang difailkan pada 10 Mac lalu, Sivakumar dan enam lain memohon deklarasi bahawa kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang menjadi kosong berikutan peletakan jawatan oleh Jamaluddin, Osman dan Hee.

Mereka juga memohon satu perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiga mereka bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas-tugas sebagai ADUN.

Mereka juga turut memohon writ bersifat 'quo warranto' dikeluarkan kepada ketiga-tiga ADUN itu dengan memerintahkan kesemua mereka memberikan tunjuk sebab dan maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa mana kesemua mereka kononnya masih ADUN kawasan masing-masing dan bertindak menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai wakil rakyat.

Siva and six others given nod to challenge EC decision


KUALA LUMPUR (Oct 22, 2009) : Former Perak Speaker V. Sivakumar and six others were given the nod by the High Court here yesterday to challenge the decision of the Election Commission (EC) in not holding by-elections for three state seats in Perak.

Sivakumar, opposition assemblymen Chen Fook Chye, Tai Sing Ng and A. Sivanesan and three voters -- Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) and Foo Hon Wai (Jelapang) -- were granted leave to initiate a judicial review application in a bid to quash the EC's decision in not declaring vacant the Behrang, Changkat Jering and Jelapang state seats following the decision of the three assemblymen to be independent members of the state assembly.

Following the decision, the applicants' counsel, Ranjit Singh, said they would file an application for a judicial review.

Justice Lau Bee Lan made the decision in chambers after dismissing a preliminary objection from the Attorney-Genera's Chambers that the applicants have no locus standi to challenge the EC's decision.


Mohd Osman Mohd Jailu



Jamaluddin Mohd Radzi
Instead, she ruled that Sivakumar and the six others have the locus standi to challenge the EC's decision.

Lau also did not accept the argument of the Attorney-General's Chambers that the matter was academic following the Federal Court's decision on April 9 that the EC, and not the speaker, was the rightful entity to declare electoral seats vacant.

The applicants initiated the suit against the EC and the assemblymen -- Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) and Hee Yit Foong (Jelapang).

Jamaluddin and Osman won their seats on Parti Keadilan Rakyat (PKR) tickets, and Hee, under the DAP banner, in the general election last year.


Hee Yit Foong
They left their parties and pledged support for the Barisan Nasional, leading to the collapse of the PAS-PKR-DAP coalition government in Perak led by Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, of PAS, as the mentri besar.

On Feb 3, Sivakumar notified the EC that the three seats were vacant after purportedly receiving the resignation letters of the trio.

The EC, however, doubted that they had resigned and did not hold by-elections in those constituencies.

In their leave application, filed on March 10, Sivakumar and the six sought a declaration that the seats became vacant following the resignation of Jamaluddin, Osman and Hee, and an injunction to stop them from acting and carrying out the functions and duties of assemblymen.

They are also seeking a writ of quo warranto to compel the trio to show why they were still representatives of their constituencies and able to carry out the responsibilities, functions and duties of assemblymen.

Bernama

Comments :

0 comments to “KES DUN PERAK: HAKIM LAU TOLAK BANTAHAN PEJABAT PEGUAM NEGARA & SIVAKUMAR ADA HAK CABAR SPR (DWIBAHASA)”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com