Pray For MH370

Pray For MH370

MANIFESTASI MASYARAKAT YANG SEDANG TENAT

Apa dosaku untuk diperlakukan sebegitu rupa??!!!

Di mana ibu, datuk nenek, jiran tetangga serta qariah Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali Selangor ketika aku didera dan dikasari sehingga menemui ajalku??!!!

Di mana institusi keluarga, surau, masjid, JKKK, Polis dan sebagainya yang sanggup membiarkan pembunuhku bersekedudukan dengan ibu sejak enam tahun lalu sehingga melahirkan seorang anak luar nikah??!!!



Gurauan terakhir


KUALA KUBU BHARU: “Dia menggelar saya monyet manakala neneknya, Azizah Budin, 46, sebagai buaya.

“Itulah gurauan terakhir dan antara kenangan yang tak mungkin kami lupakan,” kata Aziz Sahar, 50, (gambar) menceritakan kerenah cucunya, Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelaki anaknya, Siti Nurhanim, 25, kelmarin.

Difahamkan, kali terakhir Aziz dan Azizah bertemu dengan cucu kesayangan mereka itu pada Rabu lalu.

Menurut Aziz, cucu keduanya itu seorang kanak-kanak yang sensitif dan berperwatakan melucukan. Namun, dia pengubat buat kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) semalam.


Aziz berkata, mereka sekeluarga hanya mengetahui mengenai kejadian ini jam 12 tengah malam semalam selepas dihubungi Nurhanim.


“Berderau darah saya sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu manakala isteri, Azizah pengsan sejurus kemudian.

“Kami sekeluarga bergegas ke hospital untuk melihat keadaan Syafia,” katanya.


Menurut Aziz, dia mendakwa tidak sanggup untuk melihat kesan lebam di seluruh muka cucunya itu termasuk kesan berbirat di seluruh tubuhnya.


“Mana tidaknya, boleh dikatakan seluruh muka Syafia lebam manakala tubuhnya pula dilihat mempunyai kesan berbirat.


“Saya percaya lelaki itu memukul Syafia menggunakan benda tumpul seperti tali pinggang atau ranting kayu....jika tidak mustahil kesan seperti itu akan berada di tubuhnya,” katanya.

Metro

'Bapa tiri' lari lepas hantar ke hospital


KUALA KUBU BHARU: “Suspek mengaku dirinya bapa tiri kepada Syafia Humairah Sahari, 3, ketika menghantarnya ke Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, untuk mendapatkan rawatan.

“Dia juga mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anak tirinya itu cedera serius,” kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, ketika diminta mengulas mengenai taktik dilakukan teman lelaki kepada ibu mangsa ketika menghantar kanak-kanak itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Namun, rahsia sebenar mengenai dakwaan berkenaan terbongkar apabila pihak hospital mendapati terdapat kesan penderaan terhadap tubuh kanak-kanak malang itu.


Berikutan itu, pihak pengurusan hospital berkenaan segera menghubungi polis untuk memeriksa mengenai kemalangan yang dilaporkan lelaki terbabit.


Selepas yakin dakwaan lelaki terbabit satu penipuan, pihak hospital segera membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu.


Menurut Norel Azmi, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu pihaknya segera bergegas ke hospital untuk melakukan siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, kami (polis) dapati suspek menghantar mangsa ke hospital itu ditemani seorang rakannya.


“Dia meninggalkan kanak-kanak itu yang sudah tidak bernyawa selepas kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam wad untuk pemeriksaan,” katanya ketika ditemui di Hospital KKB di sini, semalam.


Norel Azmi berkata, suspek berusia 28 tahun meninggalkan kanak-kanak itu di wad kecemasan hospital terbabit jam 8.30 malam, kelmarin.


“Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya.


Difahamkan, pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kejadian itu jam 11 malam selepas pemeriksaan pihak hospital mendapati sememangnya terdapat kesan penderaan terhadap mangsa.


Menurutnya, berdasarkan maklumat hasil pemeriksaan awal daripada pihak hospital, mangsa cedera di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.


“Kami sudah menahan teman lelaki kepada ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi jam 3 pagi tadi (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya.


Difahamkan, Ibu mangsa dan teman lelakinya itu menjalinkan hubungan sejak enam tahun lalu.


Norel berkata, pihaknya juga kini sedang mengesan enam lagi lelaki yang terbabit dalam kejadian berkenaan untuk membantu siasatan.


“Bedah siasat yang bermula sejak jam 3 petang semalam akan disambung semula pada jam 9 pagi hari ini. Sehingga itu, kami berharap keluarga mangsa dapat bersabar,” katanya.

mymetro
Berdepan kes bunuh, bersekedudukan

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Pemandu teksi, yang berdepan dengan tuduhan membunuh kerana dipercayai mendera sehingga mati anak perempuan teman wanitanya, juga bakal dihadapkan ke mahkamah syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid berkata, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut setelah didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan selama enam tahun.

"Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya, tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, 3, dilaporkan mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat ini, pada Khamis lepas.

Bakhtiar berkata, suspek itu kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Mac ini di lokap Balai Polis Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, polis akan memohon untuk melanjutkan reman sehingga 14 hari terhadap suspek bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, katanya, suspek juga positif dadah setelah ujian air kencing diambil semasa dalam tahanan.

Bakhtiar berkata, polis juga akan menahan enam individu termasuk ibu mangsa dan saksi di tempat kejadian yang mempunyai kaitan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan itu.

"Kita akan membuat tangkapan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menahan emak (ibu mangsa) yang melakukan perbuatan sama mendera anaknya itu.

“Saksi akan turut diambil keterangan berikutan ada beberapa orang yang melihat kejadian berlaku tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Selain itu, katanya, polis akan mengambil keterangan bapa mangsa yang kini ditahan reman tanpa boleh dijamin di Penjara Sungai Buloh sejak 2006.

Bakhtiar berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat Syafia Humairah di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 10.30 pagi ini mendapati kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras.

"Pada bahagian belakang tubuh badan mangsa pula terdapat lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.

Menurutnya, keluarga ibu mangsa telah menuntut mayat kanak-kanak itu dari Bilik Mayat HKKB pada kira-kira 1.30 petang tadi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang ini.

Bernama/Kosmo

Comments :

1
Imanisa riana @ sarimah said...
on 

Salam..
Rasulullah SAW bersabda;
" Penganiayaan adalah kegelapan di hari kiamat."

Dalam hadis yang lain;
" Barangsiapa menganiaya sejengkal saja dari tanah, Allah akan mengalungkan tujuh bumi kepadanya di hari Kiamat."

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com