Pray For MH370

Pray For MH370

BENARKAH KELANTAN MUNDUR ANKARA BN



Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mengesa agar Kelantan tidak berterusan 'eksport' rakyatnya dan mendakwa bahawa kedudukan perniagaan di negeri itu sebagai tidak bermaya.

Kita nak bertanya kepada Timb Menteri, pernahkah dijalankan kajian
menyeluruh tentang jumlah serta sumbangan rakyat Kelantan di setiap Jabatan dan Kementerian serta jumlah pelajar dari Kelantan di IPTA dalam dan luar negara.

Kenapa perlu lebih banyak penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu berbanding dengan penerbangan ke Kuala Terengganu atau Johor Bahru?


Umno sabotaj ekonomi Kelantan dengan JPP dan wang ehsan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan karenah Umno yang tidak pernah ikhlas membantu Kelantan.

Kelantan yang diperintah PAS selama dua dekad, tidak pernah sunyi dengan gangguan dan sabotaj dari Umno yang masih menguasai Kerajaan Persekutuan atas tiket Barisan Nasional.

Tindakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang mengesa agar Kelantan tidak berterusan 'eksport' rakyatnya dan mendakwa bahawa kedudukan perniagaan di negeri itu sebagai tidak bermaya adalah salah satu contoh persepsi buruk yang cuba ditimbulkan oleh Umno. Kedudukan ekonomi Kelantan masih baik dan peluang perniagaan sentiasa ada di Kelantan.

Isu Kelantan 'eksport' rakyatnya, tidak sepatutnya menjadi isu kerana negeri lain seperti Johor, Terengganu, Pahang, dan Kedah juga adalah antara negeri yang aktif mengeksport rakyatnya.

Negeri Johor sebelum ini dilaporan mengeksport lebih dari 100 ribu rakyatnya untuk bekerja di Singapura iaitu negara jiran Malaysia. Ini berbeza dengan Kelantan yang kebanyakkan rakyatnya bekerja di Lembah Klang dan membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia secara umumnya. Sebelum ini, perkara sebegini tidak pernah menjadi isu, kenapa sekarang beliau membangkitkannya.

Rakyat Kelantan kini berada di hampir semua negeri dalam pelbagai sektor termasuklah yang bekerja dengan Kerajaan. Dalam sektor Kerajaan sendiri ramai tenaga pakar kalangan anak-anak Kelantan yang pernah meminta ditukar ke Kelantan untuk membantu negeri itu tetapi mereka diletakan di Putrajaya, yang tidak sokong Kerajaan dihantar ke pedalaman di Sabah Sarawak.

Menyentuh tentang soal kedudukan perniagaan di Kelantan yang tidak bermaya serta kurangnya pelancong asing ke negeri berkenaan, fenomena ini bukan sahaja dirasai Kelantan pada waktu ini. Negeri-negeri lain juga sebenarnya mengalami masalah yang sama berikutan kelembapan ekonomi negara keseluruhannya.

PAS juga kesal kerana selama ini banyak peruntukan dari kerajaan Persekutuan tidak sampai sepenuhnya ke tangan pentadbiran Kerajaan Negeri. Kerajaan Barisan Nasional mewujudkan tol yang bernama "Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)" dimana sebahagian peruntukan Pusat kepada Kelantan diserahkan kepada Jabatan ini dan dana yang dimasukan dalam akaun JPP tidak direkodkan oleh Kerajaan Negeri sebagai hasil negeri. Ini berbeza dengan negeri yang diperintah BN, dimana mereka mendapat jumlah penuh peruntukan dari Pusat.

Dalam kes wang ehsan, Kerajaan Persekutuan juga mengunakan prosedur kewangan yang sama dimana RM 20 juta akan diserahkan kepada JPP Kelantan. Apakah ini bukan satu tindakan yang culas.

Kelantan secara tegasnya menolak wang ehsan kerana yakin mereka berhak menerima wang royalti minyak bernilai lebih RM 2 Bilion. Hak ini juga dinafikan sedangkan wang royalti adalah hasil negeri yang sewajarnya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan setelah membenarkan Petronas menjalankan carigali minyak di perairan Kelantan. PAS yakin, jika Kelantan menerima wang royalti dan JPP dibubarkan, maka kewangan negeri tidak akan mengalami defisit, malah pembangunan yang lebih rancak dapat diadakan.

Kenapa Umno Kelantan berpakat untuk menafikan hak rakyat ini. Jelas Umno berniat untuk sabotaj ekonomi negeri dimana hasil negeri yang sepatutnya diterima tidak diberikan dan Awang Adek sibuk mengatakan bahawa ekonomi dan perniagaan Kelantan tidak bermaya.

Kelantan sentiasa dimomokan dengan imej negatif hingga menyebabkan pelabur dan pelancong merasa kurang yakin. Kerajaan Persekutuan harus berhenti menganaktirikan Kelantan dan menerima hakikat bahawa negeri ini selesa dibawah pentadbiran PAS sejak dua dekad yang lalu. PAS akan terus memastikan Kelantan dapat dimajukan walaupun Umno-BN tidak akan berhenti mensabotaj negeri ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Harakahdaily

Comments :

0 comments to “BENARKAH KELANTAN MUNDUR ANKARA BN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com