Pray For MH370

Pray For MH370

ENAM USUL DIBAHASKAN DI MUKTAMAR KE 56

Perbahasan: Perwakilan tonjolkan kematangan PAS


PENGKALAN CHEPA, 12 Jun: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berpendapat mutu perbahasan yang ditunjukkan para perwakilan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 tahun ini menunjukkan kematangan ahli PAS itu sendiri.

Katanya, isu yang dibangkitkan oleh perwakilan dilihat suatu yang segar dan membina dan dibuat secara bersedia demi melihat parti terus gah dipersada politik tanah air.

Lebih penting katanya, para perwakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini mampu membawa isu yang berbeza-beza merangkumi pelbagai aspek dalam PAS itu sendiri.

"Wakil-wakil adalah orang yang memang mampu dan isu-isu yang dibawa adalah isu negeri yang berbeza antara setiap negeri," katanya ketika ditemui hari ini.

Kematangan perwakilan juga katanya seiring usia muktamar PAS pada tahun ini yang memasuki kali ke 56.

Perbahasan hari ini masuk hari kedua selepas perbahasan ucapan dasar presiden selesai sesi sebelah pagi tadi dan diikuti pembentangan dan perbahasan usul-usul.

Sebanyak enam usul dibentangkan kepada paerwakilan untuk dibahaskan pada petang ini.

Ianya termasuk usul pindaan perlembagaan berhubung perkara bayaran pendaftaran ahli, usul kedaulatan negara berhubung penyerahan blok L dan M kerajaan Malaysia kepada Brunei dan usul memansuhkan judi sukan.

Tiga lagi usul adalah berkaitan pemerkasaan parti berkaitan sokongan bukan Islam, usul Palestin berhubung mengutuk kekejaman tentera Israel yang menyerang konvoi antarabangsa ke Gaza dan usul persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 13.


Enam usul diluluskan sebulat suara


PENGKALAN CHEPA, 12 Jun: Sidang muktamar bermula jam 2.35 petang. Sebanyak enam usul akan dibahaskan pada petang ini.

5.45 petang: Sidang ditangguh sehingga esok pagi.

5.43 petang: Usul keenam diterima dengan sebulat suara.

5.35 petang: Perwakilan Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong usul dengan berkata PAS perlu meningkatkan sokongan orang Islam, bukan Melayu.

5.30 petang: Perwakilan Putrajaya, Ustaz Nazir Zakaria sebagai menyokong usul tersebut menyeru seluruh pimpinan melakukan perubahan untuk meningkatkan penguasaaan parti.

5.24 petang: Perwakilan Kubang Pasu, Ustaz taib Haji Ahmad menyokong usul tersebut iaitu pas melalui jabatan pilihanraya pas pusat merangka strategi gerak kerja pilihanraya dari sudut daftar pemilih, kewangan, latihan kepimpinan, jentera pilihanraya secara profesional dan menguruskan isu.

5.13 petang: Dr Hamzah Jaafar, perwakilan Jerantut membentangkan usul keenam iaitu persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Usul tersebut merupakan gabungan usul kawasan Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut, Bandar Tun Razak dan Shah Alam.

Usul tersebut mengambil ketetapan supaya PAS memenangi seberapa banyak kerusi parlimen bagi menggantikan kedudukan Umno sebagai teras utama politik negara.

5.10 petang: Usul diterima dengan sebulat suara.

4.55 petang: Perwakilan DPPP, Ustaz Ridhuan Mohd Nor turut menyokong usul dengan meminta para perwakilan menyoroti sejarah PAS dalam membawa isu Palestin.

Beliau memberi contoh bekas presiden PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy telah membawa isu ini ke peringkat antarabangsa.

4.45 petang: Perwakilan Shah Alam, YB Khalid Samad menyatakan sokongan dan mendakwa perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang melakukan perubahan terhadap dasar luar negara dengan melantik APCO sebagai penasihat.

4.38 petang: Perwakilan Kuala Kedah, Ustaz Ridzuan Abu Bakar menyatakan sokongan penuh kepada usul dewan muslimat.

4.20 petang: Perwakilan dewan muslimat PAS pusat, Aiman Athirah Al-Jundi membentangkan usul kelima mengenai Palestin.

DMPP mengutuk keras tindakan biadap tentera Israel ke atas misi kemanusiaan Gaza.

DMPP menyokong penuh warga Palestin yang berjuang menegakkan keadilan yang diceroboh oleh Zionis Israel dan bersedia untuk membantu dari semua aspek termasuk menghantar sukarelawan muslimat ke Gaza.



4.18 petang: Usul keempat diterima dengan sebulat suara.

4.11 petang: Perwakilan Kota Belud, Mohd Farhan Abdullah menyatakan sokongan.

Beliau merupakan bekas penganut Kristian yang memeluk Islam setelah melihat keadilan dalam Islam dan kini merupakan pendakwah bebas.

Sebelum itu tiga perwakilan turut menyokong usul tersebut.

3.50 petang: PAS kawasan Rembau menyokong usul pemerkasaan parti.

3.44 petang: Syed Abdul Kadir Al-Joofre, perwakilan Dewan Ulama' membentangkan usul keempat iaitu pemerkasaan parti.

Ini kerana dewan ulama' menyedari bahawa kepercayaan rakyat terhadap PAS semakin meningkat dan strategi PAS melaksanakan Tahalluf Siyasi telah mula menunjukkan hasil dengan sokongan rakyat Islam dan bukan Islam di negara ini.

3.42 petang: Usul ketiga diterima.

3.26 petang: Perwakilan Jerlun bangun meminta usul ketiga disokong.

Seterusnya perwakilan Tebrau, Shamsul Bakri turut menyatakan sokongan.

3.18 petang: Usul ketiga daripada dewan pemuda PAS pusat dibentangkan oleh Ustaz Ahmad Fadhli Shaari iaitu memansuhkan judi sukan.

Usul ini timbul apabila menyedari bahawa kerajaan Malaysia telah lama meluluskan judi sukan dan sedang dalam proses menganugerahkan lesen tersebut kepada Ascot Sports Sdn. Bhd.

Justeru DPPP mendesak pihak kerajaan Malaysia memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi.

DPPP mendesak PAS pusat memobilisasi semua rakyat Malaysia turun ke himpunan 100 Ribu Mansuhkan Judi Bola pada 3 Julai ini.

3.16 petang: Usul kedua diterima dengan sebulat suara.

3.12 petang: Perwakilan Tambun membahaskan usul diikuti perwakilan Tampin. Kedua-duanya menyokong usul tersebut.

2.55 petang: Naib presiden PAS, YB Salahuddin Ayub membentangkan usul kedua iaitu mengenai kedaulatan negara.

Antara hujah yang diutarakan beliau ialah tanah dalam khazanah negara adalah hak milik negara dan rakyat di negara ini.

Justeru katanya, memberikan tanah dan khazanah negara kepada orang lain adalah jenayah dan pengkhianatan kepada rakyat dan negara.

Beliau juga berkata tinadalan kerajaan mengambil penasihat negara daripada Zionis Yahudi APCO adalah satu pengkhianatan kepada negara dan keselamatan negara.

Beliau mendesak supaya perkara yang penting untuk rakyat dan negara perlu dibincang dalam parlimen bukan hanya dilulus melalui seorang perdana menteri sahaja yang berbincang.

2.54 petang: Usul diterima dengan sebulat suara.

2.45 petang: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali membentang usul yang pertama mengenai pindaan perlembagaan PAS

Harakahdaily

Comments :

0 comments to “ENAM USUL DIBAHASKAN DI MUKTAMAR KE 56”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com