Pray For MH370

Pray For MH370

Dengki melampau hingga SAMPAH jadi bahan ugut!

Kontraktor kutipan sampah Selangor diugut | Print |
Harakahdaily   
SHAH ALAM, 2 Jan: Bimbang kalau kalau kerajaan negeri Selangor berjaya menguruskan sendiri kutipan sampah (sisa pepejal) di negeri ini, kontraktor yang dilantik kerajaan negeri diugut oleh pihak-pihak berkenaan.
(Laporan polis yang dibuat oleh Ramli)

Ekoran itu, sehingga kini sudah tiga laporan polis dibuat oleh kontraktor yang dilantik kerajaan negeri selepas menerima ugutan itu.

Pengurus Besar Hebat Abadi, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Ramli Mohd Tahir membuat tiga laporan polis mengenai ugutan dan sekatan itu.

Tindakan ugutan ini pula selaras dengan laporan media Umno (gambar bawah) bahawa kerajaan negeri gagal mengutip sampah dengan baik di negeri ini selepas ia diambil alih oleh kerajaan negeri dari Alam Flora.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia melaporkan, Penduduk Seksyen 23, di sini menyatakan kekesalan terhadap kontraktor pengurusan sisa pepejal yang didakwa lewat melaksanakan operasi kutipan sampah di kawasan perumahan mereka sehingga menjejaskan keselesaan penghuni di kawasan tersebut.

"Masalah kelewatan kutipan sampah ini bukan baru, sebelum ini difahamkan turut berlaku kelewatan kutipan sampah di kawasan ini selepas kerajaan negeri memutuskan menamatkan kontrak syarikat Alam Flora sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut laporan polis itu, Ramli mengadu pemilik syarikat Aminora Enterprise yang dilantiknya untuk mengutip sampah di kawasan Seksyen 7, Shah Alam telah diugut agar jangan mengutip sampah di kawasan itu.

"Jangan menyesal kalau apa-apa berlaku," kata laporan polis itu berdasarkan ugutan yang diterima oleh operator pengutipan sampah itu.

Laporan itu dibuat Ramli di Balai Polis Seksyen 11.

Dalam laporan polis kedua pula, Ramli berkata, pada 1 Januari 2012 adalah hari pertama mereka dilantik oleh Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mengutip sampah selama dua bulan di kawasan itu.
(Laporan Utusan mengenai kegagalan kutipan sampah di Shah Alam)
"Bagaimanapun pada jam 11 pagi bertempat di satu kawasan di seksyen 17/23 Shah Alam, saya telah mendapat laporan bahawa kontraktor syarikat kami ditahan oleh beberapa orang dan mereka telah memberi amaran supaya kontraktor kami tidak memasuki kawasan tersebut," lapor Ramli kepada polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam.

Dalam laporan polis ketiga pula, Ramli berkata, kontraktornya di tahan dari melakukan kerja-kerja kutipan sisa pepejal (sampah domestik) di Seksyen 9.

"Saya diberi maklum oleh kontraktor, sebuah kereta berwarna merah (WWC 7760) tidak pasti modelnya bersama dua motosikal telah menahan kontraktor kami dari memasuki seksyen 9, Shah Alam," lapor Ramli.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan akan mengurus sendiri kutipan sampah di negeri ini. Sebelum ini, semuanya diuruskan Alam Flora.

Sementara kontraktor kekal dilantik, MBSA misalnya menyerahkan kerja kutipan ini kepada anak syarikat kerajaan negeri yang terletak di bawah KDEB iaitu Hebat Abadi Sdn Bhd.

Comments :

0 comments to “Dengki melampau hingga SAMPAH jadi bahan ugut!”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com