Pray For MH370

Pray For MH370

Proses Meninggalkan budaya penjajah menyambut tahun baru masehi(The process of unlearning)

SHAH ALAM
1.1.12

Bukan mudah untuk merubah budaya yang telah menjadi amalan sejak 54tahun yang lalu. Budaya hedonisme ketika menyambut tahun baru Masehi/Gregorian saban tahun. Bahkan remaja/belia Islam pula terikut-ikut dengan suasana kegembiraan melampau sehingga lupa Tuhan. Ini amat ketara dengan terjadinya perzinaan hingga menatijahkan anak luar nikah setelah mereka menyambut 'countdown' akhir tahun Masehi dan kadang-kadangnya diikuti dengan gejala pautan kasih segera. Ini menyumbang kepada gejala buang bayi, jangkitan HIV dan lain-lain.

  

      Menyedari hakikat ini, Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial terpanggil untuk membuat satu kelainan acara menyambut sambutan tahun baru masehi supaya mereka yang naif ada cara alternatif untuk merasa kebersamaan tetapi terhindar daripada dosa dan maksiat.Justeru kempen anti-zina ke 5 yang di adakan oleh Jawatankuasa GeMS telah diisi dengan elemen amar makruf bermula 30.12.11 dengan SEMINAR GeMS yang memuatkan elemen nilai yang positif untuk binda daya tahan menghadapi dunia praktikal di luar.Pada 31.12.11 pula aktiviti outdoor seperti pertandingan street soccer dan netball di sebelah siang untuk golongan muda yang minat aktiviti kesukanan. Expedisi dakwah diteruskan di seluruh daerah di Selangor.
   
    Kemuncak program waktu malam.Bermula dengan solat maghrib berjemaah,tazkirah.solat isya' berjemaah dan seterusnya persembahan artis popular yang telah dicorak supaya MENGIKUT KAEDAH ISLAMIK DAN TIDAK MELAMPAUI BATAS. Prinsip akhlak dijaga dan bantuan daripada BRIGED AMAL, YAYASAN AMAL DAN JABATAN AMAL.
    EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan merangkap Pengerusi JAWATANKUASA INDUK MENANGANI Gejala Sosial Negeri Selangor  memberi gambaran tentang GeMS dan kempen anti zina ke 5 dan rasional program berlainan daripada mana-mana sambutan biasa tahun baru.
    Figur popular yang mampu menarik minat orang muda, Us Azhar Idrus di kembarkan dengan Raja Lawak Zizan memberi impak yang besar kerana mampu memberi ilmu asas kepada golongan muda khususnya dan orang yang suka bersantai dan masih tidak sanggup menerima ceramah yang dianggap berat. Suntikan jenaka ZIZAN memudahkan penonton memahami dan menerima nilai yang cuba diterapkan oleh Pelawak ZIZAN.
  
   Countdown berupakan bacaan ASMAUL HUSNA BERAMAI-RAMAI bersama Us Azhar, artis-artis jemputan dan semua penonton.Ditutup dengan doa oleh US AZHAR IDRUS.

Faza ketiga KEMPEN ANTI ZINA diteruskan dengan gerakan penguatkuasaan oleh pihak JAIS, POLIS,PBT.
Alhamdulillah kita melihat respon yang begitu baik di mana lebih 80,000 orang telah menyertai program ini. Majoritinya dari kalangan remaja, belia dan mahasiswa.

Comments :

0 comments to “Proses Meninggalkan budaya penjajah menyambut tahun baru masehi(The process of unlearning)”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com